Monday, September 4, 2023

Born Again

Yang menyambut ulangtahun ke 40 pada 7hb Ogos yang lalu...

Black Sabbath - Born Again (1983)

Black Purple atau Deep Sabbath?

Kombinasi yang tak disangka. Siapa sangka Ian Gillian boleh bergabung dengan Black Sabbath. Ianya sesuatu yang janggal bagi sesetengah orang tetapi tidak untuk saya.

Sebagai pengemar Deep Purple (saya kenal dan membesar dengan lagu-lagu Deep Purple lebih awal dari Black Sabbath), gabungan ini pastinya sesuatu yang menarik. Nama Ian Gillan terlampau besar untuk Tony Iommi mengubahnya menjadi seorang Black Sabbath. Aura Deep Purple nya masih kuat. Malah ketika tour promosi untuk album ini pun mereka terpaksa memainkan lagu "Smoke On The Water"

Born Again sememangnya mempunyai pengaruh Deep Purple yang pekat. Ianya seperti mendengar Deep Purple dalam versi yang berat dan kelam. Tidak boleh dinafikan yang vokal Ian Gillian jauh lebih baik dari Ozyy. 

Satu-satunya perkara yang negatif untuk Born Again adalah soundnya yang mendap. Tetapi ianya tidak menghalang saya untuk jatuh suka. Malah sejak kebelakangan ini saya lebih sukakan album-album Black Sabbath yang bukan dari zaman Ozzy. Mungkin saya menongkah arus tetapi selera manusia bukan sesuatu yang boleh dipaksa.


1 comment:

  1. Adanya Gillan boleh lah dikatakan mereka mixed up antara jaket kulit dan jaket jeans dengan sound mendap membuat kan sound mereka lebih gelap dengan album nih..Aku suka sesangat. Lagu sume best dan favourite aku Digital Bitch

    ReplyDelete