Tuesday, November 21, 2017

Reload

Yang menyambut ulang tahun ke 20 pada 18hb yang lalu...

 

Metallica - Reload (1997)

Lupa dah bila kali terakhir mendengar cd ini. Mungkin juga 19 tahun yang lalu. Tetapi untuk menulis entri ini saya telah cuba mendengarnya semula. Sesiapa yang kenal saya pastinya tahu ini bukannya Metallica yang suka.

20 tahun lebih tua matang, mungkin penerimaannya berbeza. Mendengarnya selama 3 hari berturut-turut. Pendapat saya, Reload bukanlah sebuah album metal. Apatah lagi thrash. Tetapi ianya adalah sebuah album hard rock yang boleh tahan juga lagu-lagunya.


Kalau anda abaikan ini adalah Metallica, abaikan kisah lampau mereka. Mungkin lebih mudah untuk menerima Reload. "Fuel", "Memory Remains" dan "The Unforgiven II" agak sedap juga. Tetapi agak bermasalah juga untuk menerima lagu-lagu yang lainnya.


Mereka jadi kaya. Dapat peminat baru. Makanya tak ada apa salah pun tentang Reload. Album sebegini sebenarnya khas untuk mereka yang kata band seperti ACDC dan Yngwie Malmsteen tak habis-habis main muzik yang serupa.

Tetapi untuk saya...cukuplah sekadar ada KEA, RTL, MOP dan AJFL....atau mungkin sekali sekala DM atau HTSD...





Saturday, November 18, 2017

For Those About To Rock




Thanks for the music sir...

Malcolm Mitchell Young (6th Jan 1953 - 18th Nov 2017)



Friday, November 17, 2017

Annihilator




Carnival Diablos (2001) / Criteria for a Black Widow (1999) / Live at Masters of Rock (2009)


Sementara menunggu album baru Annihilator - For the Demented mendarat di bumi Malaysia...layan dulu la apa yang ada...


* sampai sekarang masih gagal untuk melengkapkan discography mereka...





Wednesday, November 15, 2017

Hakikat

Lagi yang terkini di pasaran


MAY - Hakikat (Limited Edition Gold Disc - 2017)

Tu hari masa Rahsia keluar versi gold disc, tak rasa nak beli pun. Tak terduit nak dah nak beli semua. Tambahan pula cd reissue versi biasa tu pun soundnya dah ok dah.

Tetapi yang ini memang ada rasa nak beli. Sound lebih baik dari versi reissue biasa. Tetapi tak ada beza sangat pun dengan versi special edition. Mungkin ianya menggunakan sumber yang sama.


Gold Disc 2017 vs Reissue 2016 vs Special Edition 2003

Nak kata minat sangat pun….tak juga. Tapi banyak lagu klasik MAY dalam ni. Ini adalah antara album-album terakhir rock melayu yang di beli sebelum selera muzik saya berubah. Tetapi ianya ada kenangan tersendiri.


Kasetnya dulu dibeli masa zaman kerja kilang. Kilang membuat kuih bulan cina di Taman Johor Jaya. Waktu itu sedang menunggu result SPM. Kerja shift. Masuk pukul 2 petang. Sebelum pergi, sempat lah menyinggah kedai kaset. Beli siap dapat poster. Masuk kilang semua member, abang, kakak, makcik dan pakcik kat kilang tegur poster apa. Bukak...gulung...bukak...gulung...abis shift pukul 11 malam, poster pun lunyai....haha...


Sayangnya kaset tu dah hilang ntah kemana. Boleh sahaja kalau hendak di ganti. Bersama-sama versi gold disc ini ada juga dikeluarkan semula versi kaset. Tetapi macam yang dah dikatakan awal tadi...tak terduit dah nak beli kesemuanya....

Tapi kalaulah akan datang dikeluarkan dalam bentuk lp...hmmm...mungkin akan terjebak juga nanti...







Monday, November 13, 2017

Kombinasi Mus & Yantzen

Entri hasil dari perbualan group whatsapp...


MAY - Kombinasi & Mus Yantzen (1995)

Tak pernah ingat pun pernah beli kaset ini. Biasalah dulu dulu selalu pergi ke kedai kaset tanpa niat nak membeli tetapi waktu balik ada sahaja yang terbeli.

Pernah dengar atau tidak kasetnya pun dah tak ingat. Ini semua jenis beli dan simpan. Banyak juga rasanya yang jenis macam ni. Apa yang menarik adalah kerana kandungan lagu-lagunnya. Ianya mengandungi 5 lagu dari album Strategi. Satu satunya album MAY yang belum pernah dikeluarkan (reissue) semula.


Sejujurnya saya agak "lost" dengan album Strategi. Tak pernah dengar dan tak tau pun kewujudannya. Tahun ianya dikeluarkan adalah tahun tahun yang saya kurang mengambil tahu perihal rock melayu.


Boleh tahan juga lagu-lagunya. Setuju dengan Rafi Xyrus Zone, lagu "Singa Taring Palsu" memang ada pangaruh thrash. Teringin pula nak dengar keseluruhan albumnya. Kalau ikut catatan di inlay kaset, Ianya adalah hak milik Suwah Music Publishing Sdn Bhd. Company ni masih ujud kot. Harap harap adalah peluang untuk di reissue suatu hari nanti.


P/s...best jugak bila lagu lagu Mus di nyanyikan semula oleh Yantzen dengan susunan muzik yang baru. Tak dapat Strategi...reissue yang ini pun ok.




Thursday, November 9, 2017

News of the World

Yang menyambut ulangtahun ke 40 pada 28hb Oktober yang lalu.


Queen  - News of the World (1977)

Selepas terjebak mendalami muzik Queen. Cd ini adalah antara yang dicari. "We Will Rock You" dan "We Are the Champions" adalah penyebabnya. Mana-mana album yang cuma ada satu lagu anthem pun dah rasa patut ada cdnya, inikan pula sebuah album ada 2 lagu anthem.


Rasanya 2 lagu ini adalah antara lagu yang paling dikenali di dunia. "We Are the Champions" tu dari majlis besar macam World Cup, Olimpik hinggalah majlis sukan sekolah ataupun sukan kampung anjuran jkkkkkkkk ceruk hulu mana pun pastinya akan guna lagu tu.


News of the World adalah sebuah album yang bagus. Zaman Queens masih rockin'. Tetapi ianya akan sentiasa di bayangi oleh 2 lagu tersebut.




Sunday, November 5, 2017

Battle Of The Bands - vinyl

Yang terkini di pasaran..


Battle Of The Bands (piring hitam 2017)

Kali pertama dikeluarkan dalam bentuk piring hitam. Sebuah album yang tak perlu diperkenalkan lagi. Album wajib untuk untuk semua mat rock. Album yang menjadikan muzik rock satu budaya di Malaysia. Tak rock la kan kalau takder album ni...



Untuk standard lp rock melayu...ni kira ok la...sound...packaging pun ok...takder nak komplen sangat...ada duit lebih sila beli...


Kaset dah hilang. Tak boleh la nak buat giler format. Harapnya selepas ini Round 2 pulak dipiring hitamkan.


Muzik Rock Yang Sebenar!




Thursday, November 2, 2017

Back for the Attack

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada hari ini, 2hb November...


Dokken - Back for the Attack  (1987)

Dari 3 album mereka yang saya suka, Tooth And Nail (1984), Under Lock And Key (1985) dan Back For The Attack (1987), ini adalah yang paling suka. Mungkin kerana tahun ianya dikeluarkan adalah tahun yang saya benar-benar tengah kemaruk dengan muzik yang sebegini. Bolehlah dikatakan hari-hari dengar. Tahun-tahun berikutnya telah berubah mendengar muzik yang lebih keras untuk kononnya menjadi "true"...haha..



Tambah pula bila salah satu filem kegemaran zaman remaja, A Nightmare on Elm Street 3 menggunakan lagu Dream Warriors sebagai lagu tema mereka. Sesiapa yang pernah ada/sewa tape video vhs filem ini pastinya ingat ada diselitkan sekali video clip lagu Dream Warriors sebelum permulaan cerita. Masa tu zaman sewa tape video. Dua tiga kali jugalah sewa semata-mata nak tengok balik video clip tu...maklumlah zaman tu mana ada youtube kan...


Hightlight utama album ini sudah semestinya kerja gitar George Lynch. Dengarkan instrumental, "Mr. Scary". Ianya adalah mengapa nama beliau adalah antara yang paling disebut-sebut bila bercerita perihal shredder hebat era 80an.

Banyak lagu sedap. Catchy. Mungkin yang sedikit luar biasanya, tiada lagu yang betul-betul boleh dianggap sebagai power ballad atau slow rock. "Kiss of Death", "Prisoner","Heaven Sent","Burning Like a Flame", "So Many Tears", "Dream Warriors" adalah antara yang menjadi pilihan.

Rekomended jika anda sukakan pop metal dengan shredding gitar yang dasyat!




Tuesday, October 31, 2017

Schizophrenia

Yang menyambut ulangtahun ke 30, semalam (30hb October)


Sepultura - Schizophrenia (1987)

Penghujung 80an dulu ini adalah antara album yang menunjukkan anda seorang mat thrash. Cukup popular dikalangan mat thrash melayu. Majoriti rakan-rakan saya mempunyai kasetnya. Poser la kalau tak ada....dan saya adalah antara yang tiada...memang lah poser....haha...


Pengenalan pertama saya kepada Sepultura adalah pada tahun 1989 dengan album Beneath The Remains. Sejak itu terus jadi minat. Kemudiannya baru mencari album-album yang sebelumnya. Saya kurang gemar dengan produksi sound Schizophrenia. Mendap. Ianya menjadi penyebab kenapa saya tidak membeli kasetnya selain masalah kekangan kewangan seorang pelajar.

Produksi sound mereka menjadi bertambah baik selepas dari ini. Beneath The Remains, Arise dan Chaos AD adalah antara produk terbaik mereka terutamanya dari segi sound. Sayangnya mereka tidak lagi bermain thrash selepas itu.

Namun begitu Schizophrenia adalah album thrash yang bagus. Elemen utama thrash adalah rif-rif angguk kepala. Schizophrenia mempunyai begitu banyak rif-rif yang sebegitu. Bagi saya, Andreas Kisser hanyalah seorang gitaris yang biasa-biasa...tetapi beliau bersama Max Cavalera banyak menghasilkan rif-rif thrash yang padu. Ianya adalah kekuatan utama Sepultura.

Best!




Saturday, October 28, 2017

Legendary Tales

Yanga menyambut ulangtahun ke 20 pada 27hb Oktober...


Rhapsody - Legendary Tales (1997)

Rhapsody adalah antara band yang membuatkan saya terjebak kembali mendengar metal selepas konon-kononnya pencen selepas bergelar suami dan ayah. Metal bukanlah satu kerjaya, mana mungkin adanya pencen. Kecuali minat dan passion kepadanya menjadi pudar.


Album Rhapsody - Dawn Of Victory (2000) adalah pembuka jalan untuk saya terjebak dengan genre yang di panggil sebagai symphonic power metal. Agak lambat juga sebenarnya. Dari situ saya mula mendengar band seperti Blind Guardian, Edguy , Sonata Arctica, Stratovarius dan lain-lain yang seangkatan dengannya.


Dan dalam masa yang sama mencari juga album-album lain dari Rhapsody. Kebetulannya pada ketika itu (tahun 2000) mungkin juga genre sebegini memang sedang popular di Malaysia. Banyak pula kaset-kaset genre sebegini di jual di pasaran. Kebanyakannya adalah keluaran dari Jamback Records yang beralamat di Shah Alam. Tak pasti pula adakah ianya pirate atau under licensed. Ianya mengingatkan kembali zaman kegemilangan kaset pirate Apache di tahun 80an.


Mendengar Legendary Tales menguatkan lagi minat saya pada Rhapsody. Agak menarik bila music klasikal digabungkan dengan muzik melodic metal.

Di kala dunia metal mainstream pada ketika tengah sibuk dengan genre nu metal dan anti gitar heronya, (yang saya tak berminat) muzik sebegini benar-benar mengembalikan semangat hingga menyebabkan saya terjebak kembali mendengar dan membeli muzik metal.



Wednesday, October 25, 2017

MMDUT - Gold Disc

Terkini di pasaran...katanya dah sold out...katanya la....


Search - Mentari Merah Di Ufuk Timur (Limited Edition Gold Disc 2017)

Musim gold disc. Semua pun reissue jadi gold disc. Selepas Battle Of The Bands dan MAY - Rahsia, kalau tak silap ini adalah yang ke 3. Hukum Karma versi pok amai-amai tu tak payah la kira...hahaha....

Tapi sebenarnya selain cantik dan harga mahal 😀 , tak ada bukti yang kukuh pun yang mengatakan gold disc ni akan menghasilkan sound lebih baik. Yang paling utama adalah sumbernya. Kalau sumber dah out pakai apa disc pun sound tetap out.


Tetapi yang ini perlu diakui, soundnya baik. Ada peningkatan sedikit berbanding dengan versi cd yang asal. Ada tulis juga dimana ianya di remaster. (tak la macam yang Made in USA tu kan...😅) Hasil kerja tangan d'Atok Akeem memang diperakui bagus.

Ok la...tak payah cerita banyak...Entri ini sebenarnya hanya untuk melihat perbezaan di antara cd gold dan versi biasa.


Cover depan gold disc lebih penuh...nampak nama Boul...tapi gambarnya tak sharp dibandingkan dengan versi lama.

dalam dan cdnya

inlay sama 3 keping

lirik


Kita tunggu "Langit Dan Bumi" dan "Cinta Buatan Malaysia" pulak....






Monday, October 23, 2017

Pleasures of the Flesh

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 7hb Oktober yang lalu...


Exodus - Pleasures of the Flesh (1987)

Album pertama yang menampilkan Steve "Zetro" Souza di posisi vokal. Selepas kejayaan Bonded By Blood, nama Paul Baloff sudah menjadi lejen dan seakan maskot untuk die hard Exodus. Maka sudah pastinya bukan mudah untuk Steve Souza diterima. Di tambah pula Pleasure of the Flesh soundnya lebih bersih, lebih lembut berbanding Bonded By Blood. Maka ramai juga yang kurang gemar dengannya.

Tetapi bagi saya ini adalah album peralihan untuk mereka. Album mencari arah. Exodus kembali dengan sebuah lagi album thrash lejen selepas dari ini. Namun begitu untuk saya, ini sebuah album yang bagus juga. Masih aggresif dan menyengat terutamanya di bahagian gitar. The H-Team (Gary Holt dan Rick Hunolt) tidak mengecewakan. Banyak rif dan gitar harmoni yang sedap. Paling menarik adalah solo gitar kembar mereka yang kini lebih melodic.


Pleasure of the Flesh bolehlah dianggap antara album thrash yang menampilkan solo-solo gitar yang terbaik. Secara keseluruhannya... ia bagus. Tetapi tidaklah cukup bagus untuk menjadi salah satu album terpenting dalam sejarah thrash.




Friday, October 20, 2017

Melissa

Akhirnya...berjaya juga dimiliki...


Mercyful Fate - Melissa (1983)

Semenjak timbulnya minat untuk mengumpul cd-cd King Diamond / Mercyful Fate, ini adalah antara cd yang terawal di cari. Sayangnya agak sukar juga nak jumpa dengan harga yang mampu milik. Terimakasih kepada seorang rakan yang membantu mencari sehinggakan cd ini berjaya juga dimiliki.

Album yang ada kenangannya seperti ini memang rasa teruja bila dapat beli. Ianya pengalaman pertama penulis mendengar King Diamond di sekitar tahun 1987 ataupun 1988. Teringat kenangan mendengar lagu Melissa waktu tengah malam dalam gelap tanpa membuka lampu. Suara mengilai King Diamond memang menyeramkan.

Pada ketika itu penulis memang rasa takut untuk mendengar mereka. Dah lah liriknya pasal setan. Memang rasa inilah band yang paling setan. Itu adalah antara puncanya tak membeli kaset mereka pada ketika itu. Tetapi dalam takut-takut tu dengar juga. Maklumlah lagu-lagunya sedap. Melodic dengan solo-solo gitar yang memang berhantu.



Rasanya lagu Melissa tu adalah antara lagu wajib untuk budak -budak rock zaman tu. Kalau dengar melodi, sound dan susunan muziknya memang boleh agak pengaruhnya kepada banyak band-band rock melayu pada zaman itu.

Contohnya, lagu Melissa - Helter Skelter. Mesti tajuk tu di ambil dari album ni. Jangan cakaplah ianya pasal Melissa Saila walaupun zaman tu dia tengah hot...haha...Tapi Helter Skelter biasalah...mana nak ngaku..."Tiada Lagi Airmata" pun katanya hanya satu kebetulan...huhu...

Rekomended!






Monday, October 16, 2017

Sudah Sampai Sini : Phuket

Kongsi sedikit cerita dan gambar di Phuket. Percutian yang ditanggung oleh majikan. Nak pergi sendiri tak berapa nak mampu.


Phuket ni keluasannya sedikit kecil dibandingkan dengan Singapura. Maknanya boleh tahan besar juga. Dari timur nak ke barat dengan keadaan trafficnya...makan masa sejam lebih juga. Gambar di atas adalah dalam perjalanan dari Airport hendak ke Pekan Patong (tempat perginapan). Boleh tahan jauh juga. Yang dalam gambar ni tak pasti apa nama pekannya.


Keadaanya tak jauh beza dengan pekan-pekan kecil di Malaysia. Tesco pun ada. Makro yang dah lama pupus kat Malaysia pun kat sana ada. Premium Outlet pun. Tapi tempat-tempat ni tak singgah. Pasal agak jauh juga dari hotel penginapan.


Phuket ni 30% peratus penduduknya Islam. Memang banyak masjid dan madrasah terutamanya di penempatan muslim. Ini antara masjid yang terbesar di sana. Masjid Nurul Islam kalau tak silap namanya. Tak sempat singgah kerana lokasinya juga agak jauh dari hotel penginapan. Kawasan sekitar sini memang banyak kedai-kedai makanan halal. Sempat juga makan malam di salah satu kedai muslim di sini. Tomyamnya sedap. Yang bezanya di sini dalam tomyamnya ada ikan. Belum pernah pula jumpa di Johor. (lupa pula nak ambil gambar)



Ini pula tempat penginapan. Tak jauh dari Bangla Street dan Pantai Patong. Tak menariknya di kawasan sini tiadanya kedai makan islam warga Thai. Kebanyakan kedai makan halal adalah kedai pak arab. Tapi dorang pun pandai masak tomyam. Satu lagi yang tak best harganya agak mahal. Ada kawan yang makan nasi putih lauk telur goreng pun dan kena 80 baht. (lebih kurang RM10++). Makanan lain contohnya nasi goreng ayam pun dah dah dalam 120 baht. Satu lagi terjumpa juga roti canai. Tapi roti canai sini tak ada kuah. Makan gitu ajer...Tak cuba pulak macamana rasanya...


Pemandangan dari bilik hotel. Sarapan percuma. Tapi waktu lain kena cari makan sendiri. Satu lagi bila di negara orang walaupun kita dimaklumkan ada makanan halal di hotel, tapi kedudukannya bercampur bukannya asing-asing. Hotdog ayam dan babi letaknya sebelah menyebelah. Kalau tak baca betul-betul ada yang tersalah ambil pulak. Akhirnya 2 malam menginap di sini, 2 kali hanya sarapan roti dan telur. Tak berselera pula nak makan yang lainnya.


Patong ni untuk orang lelaki tak ada la apa nak di shopping kan sangat. Beli tshirt selai dua, fridge magnet ker...cukup dah. Kalau perempuan lain la. Tapi sini harga mahal. Maklumlah tempat tumpuan pelancong. Ada juga la beli pashmina untuk orang rumah. Murah...pandai tawar...terutama waktu pagi boleh dapat 80 baht.


Terjumpa pulak tempat ni. Senang la orang pompuan nak shopping...hahaha...Tapi Patong ni untuk lelaki tak payah tempat ni kot...Siapa-siapa yang pernah sampai sana tahu la...hihi...



Di sini pun ada Hard Rock Cafe. Tak beli apa pun. Biasalah Hard Rock...semua pun mahal. Jalan-jalan bergambar sahaja lah.


Satu yang rasa pelik kat sini bab pendawaian elektriknya. Mak aii...punya la serabut. Saspen pula tengok. Macamana la dorang maintain yer. Nak check pun punyalah berselirat. Takut juga kot-kot terbakar ker...


Ini pula Bangla Walking Street. Belah siang aman damai. Masuk malam punya lah ramai umat. Nak cari souvenir bukan ini tempatnya. Ni memang tak sesuai untuk kanak-kanak. Dah lah pekan Patong ni bersepah tempat urut. Yang ini lagi dasyat. Sepanjang jalannya dipenuhi bar terbuka dengan wanita seksi menari tiang (err...tak pasti juga...wanita atau lelaki jelita...haha..) Hmmm...tak payah la kot kongsi gambarnya...hahaha..


Yang bestnya kalau anda minat muzik, selain bar tiang tu, banyak juga bar yang ada live band. Sini semua konsep terbuka. Dari tepi jalan pun boleh lepak-lepak layan muzik dan layan tiang (hahaha..). Bukan kena masuk pun. Mungkin itu cara mereka nak tarik pelanggan. Yang menariknya majoriti live band main lagu rock. Ni band Thai kat atas ni tengah main lagu TNT - ACDC...power!


Selalu nampak orang buat gambar macam ni. Ok per sekali sekala ikut jadi hipster...hihi...


Patong Beach. Ini pantai awam. Yang berdekatan Bangla Street ni semuanya pantai awam. Dia ada yang private punya. Tapi jauh dari kawasan ini. Maklumlah Phuket ni pulau. Maka banyaklah pantainya.

Nak kata cantik, pantai kat Malaysia pun cantik. Cuma satu yang nampak...pantainya bersih. Tak jumpa sampah. Bukan setakat pantai, pekan Patong pun bersih. Tak jumpa walaupun sebatang putung rokok. Bab ni memang tabik la..


Sayangnya tak sempat nak ke Pulai James Bond. Yang situ pantainya cantik. Masalahnya pengangkutan ke sana semuanya adalah secara pakej sehari (pergi pagi balik petang). Tak ada yang kita boleh suka-suka nak pergi bila-bila masa.


Amaran Tsunami. Dengar cerita pemandu van yang kita orang naik, area pantai belah sini bukanlah kawasan yang kena trajedi tsunami. Dia belah lain. Yang kena tu adalah pantai private. Hotel mahal. Tu pasal katanya yang banyak mati adalah warga asing. Bukannya warga Thai.


Ombak sini kuat. Tak sesuai untuk mandi. Terpikir juga kalaulah kena tsunami...mana yer nak lari.


Menurut cerita warga tempatan lagi, Phuket sebelum Tsunami bukanlah segah sekarang. Masa tu Phuket mundur dan bukanlah destinasi utama pelancong ke Thailand. Tetapi dengan publisiti Tsunami, khabarnya dalam tempoh 8 bulan selepas trajidi tersebut, Phuket bangkit menjadi lebih happening.

Khabarnya juga kebanyakan tanah di Phuket dah jadi milik orang luar. Pelabur-pelabur mat salleh pandai mengambil kesempatan ketika kejatuhan harga tanah selepas Tsunami. Paling terkini khabarnya banyak pelabur dari Russia sampaikan dah ada komuniti Russia di sini. Bukan setakat penari tiang...saluran tv pun ada yang berbahasa Russia...



Yang atas tu gambar pantai yer...yang korang fokus tempat lain kenapa....Ok tu ajer...hahaha...


Kesimpulannya...Phuket ni bukanlah destini terbaik untuk bawa anak-anak...Tapi kalau nak merasa pergi apa salahnya...