Showing posts with label Borknagar. Show all posts
Showing posts with label Borknagar. Show all posts

Monday, July 15, 2024

Fall

Lagi album terkini 2024...

Borknagar - Fall (2024)

Ini adalah album ke 12 mereka tetapi ianya yang ke 2 untuk saya. Baru sahaja belajar mendengar Borknagar. Memang agak terlambat tetapi bak kata orang Ulu Tiram, "better late than never"...

Pendedahan saya kepada band-band sebegini sememangnya terhad. Maklumlah saya bukanlah seorang yang banyak mendengar album-album dari genre black metal. Tetapi mereka bukanlah lagi sebuah band black metal yang tepu. Mereka pun dah banyak berevolusi.

Mendengar album terbaru dari mereka ini mengingatkan saya kepada album terkini dari Ghost. Yang berbezanya Ghost muzik dasarnya adalah hard rock manakala Borknagar pula adalah black metal yang vokalnya berselang seli antara suara growl dan clean. 

Yang tak pernah mendengar Borknagar mungkin boleh membayangkan muzik folk yang melodic dan progressif. Ada masanya agak psychedelic dan disulami dengan rif-rif black metal dalam suasana sejuk Scandinavian. Bagi kita yang bukan tinggal di hutan scandinavian ni, bolehlah kot membayangkan sebagai muzik syahdu dengan suasana dingin hujan sebelum subuh hari...hahaha...(buka jer la kat youtube dengar sendiri... susah lah nak bagi bayangan ni...hahaha...)

Sama seperti album mereka yang sebelumnya, Fall pastinya akan masuk di dalam senarai album kegemaran saya untuk tahun 2024. Tak kisahlah walaupun tahun 2024 masih separuh perjalanan...


Sunday, January 19, 2020

True North



Borknagar - True North (2019)

Dengan logo akar kayu yang tak berapa reti nak baca tu ingatkan mereka adalah sebuah band black metal yang tepu. Maaflah, tak berapa dengar sangat black metal. Makanya banyak yang tak berapa nak tahu.

Mendengar lagu "Up North" secara "trial and error" di spotify secara tiba-tiba jadi tertarik pula dengan muzik mereka. Untunglah kan zaman sekarang, boleh "trial dan error" secara mudah dan percuma. Dulu-dulu kena beli kasetnya. Kalau tak minat memang rugi duit...humban dalam gerobok ajerlah jawapnya.


Dah lama rupanya band ini wujud. Baru ni beriya nak dengar. . Nak banding dengan album-album sebelumnya memang tak tahu. Tak pernah dengar. Tapi True North memang sedap. Muziknya memang melodic. Ada elemen-elemen progressif. Ada symphonic metal. Ada folk. Ada classic rock. dan sudah semestinya ada black metal. Susunan muzik, choirs malah bunyian keyboardnya memang mengasyikan. Terasa aura Scandinaviannya.

Satu lagi album pilihan untuk 2019. Rekomended!

*ok...nak cuba dengar album-album yang sebelumnya pula.


Thursday, December 5, 2019

CD 2019 - Bahagian 14







Gambar kedua-duanya berkonsepkan sama. Suasana sejuk dan dingin. Maklumlah kedua-duanya berasal dari Negara Nordic. Tetapi genre muziknya tak sama. Sonata Arctica berkonsepkan power metal dari Finland manakala Borknagar pula progresif black metal dari Norway.

Sonata Arctica dah lama dengar sejak album Silence (2001) tetapi Borknagar ni baru jer belajar dengar dan terus melekat. Kedua-duanya antara calon album pilihan 2019.