Punisher - Dehumanized (EP 2018)
Saya berada di zaman mereka. Walaupun bukanlah seorang yang terlibat di dalam pergerakan muzik bawah tanah tetapi banyak juga yang saya ketahui tentang mereka melalui rakan-rakan dan fanzine.
Penghujung 80an adalah tahun yang thrash dan muzik yang lebih ekstrem mula mendapat tempat di hati peminat muzik rock Malaysia. Dan pada ketika itu jugalah nama Punisher mencanak naik. Sayangnya mereka gagal untuk menghasilkan sebarang album.
Namun kini penantian selama hampir 30 tahun berakhir juga. Walaupun tidaklah semuanya anggota asal. Kemunculan semula Rosdan, Khalil dan Karim sememangnya dinanti nantikan.
Mungkin kerana lepas geram hampir 30 tahun, muzik mereka sememangnya apa yang mereka perjuangkan pada ketika itu. Jelas kedengaran pengaruh Bay Area thrash penghujung 80an dan awal 90an. Ada
Exodus, Metallica dan yang paling ketara adalah
Megadeth.
Jauh beza vokal Rosdan dari zaman
Bloodshed. Pengaruh
Mustaine jelas kedengaran. 5 lagu yang melodinya senang hadam. Riff dan solo yang menepati citarasa Bay Area thrash yang tidak terlalu teknikal. Tabik juga kepada drumer versatile, Ainol (
Deja Voodoo Spell, Kristal, Prime Domestic dll) dengan permainannya yang jitu.
Lagu-lagu mereka mengembalikan nostalgia kegemilangan Bay Area thrash. Sesiapa yang hidup pada zaman tersebut atau yang sukakan muzik era tersebut pastinya tiada sebab untuk tidak suka kepada EP ini.
Best!