Showing posts with label Quiet Riot. Show all posts
Showing posts with label Quiet Riot. Show all posts

Monday, March 29, 2021

Quiet Riot

 Randy Rhoads sebelum Ozzy dan Quiet Riot sebelum Metal Health...

Quiet Riot - Quiet Riot (1977)

Album ini sebenarnya hanya pernah dikeluarkan di Jepun. Randy Rhoads ketika hayatnya dan keluarga beliau selepas kematiannya tidak membenarkan ianya di keluarkan semula terutamanya di US. Pernah terbaca yang Randy berasa malu dan pernah menangis bila ibunya sendiri mengkritik album ini. Dan ada juga terbaca yang Kevin Dubrow semasa hayatnya juga tidak mahu album ini dikeluarkan semula. Tak pasti juga adakah album ini pernah dikeluarkan dalam bentuk cd. Yang pastinya versi cd kepunyaan saya ini adalah versi bootleg dari Russia. 

Album ini memang jauh bezanya jika hendak dibandingkan dengan Quiet Riot di zaman Metal Health apatalah lagi Randy di zaman Ozzy Osbourne. Ia sememangnya bukan sebuah album heavy metal. Muziknya lebih terarah kepada pop rock 70an. (ala-ala Queen mungkin?..). Kerja gitar Randy dalam album ini juga agak kurang menonjol jika hendak dibandingkan dengan status beliau sebagai gitar hero di kemudian harinya. Namun begitu ada juga solo-solo dan rif-riff beliau yang sudah nampak ke arah tersebut. Cumanya mungkin produksi album ini yang kurang memberi perhatian kepada gitar beliau.

Album ini sering mendapat ulasan dan kritikan dengan rating yang rendah. Tetapi secara peribadinya, saya rasa ianya masih sebuah album yang saya boleh enjoy selagi tidak kita membandingkannya dengan Blizzard of Ozz, Diary of a Madman, Metal Health atau pun Condition Critical.


Saturday, August 22, 2020

Fly on, Thunderbird fly... Frankie Banali

Lagi sekali berita sedih. Kerap sangat dah kebelakangan ini. Bila kita sendiri pun dah semakin tua, apatah lagi hero-hero zaman kita membesar dulu. Pagi tadi dikejutkan dengan berita kehilangan salah seorang pemain drum yang dikagumi sejak dari zaman sekolah dulu...

Tahu pasal Quite Riot dan Frankie Banali sebelum saya betul-betul terjebak dengan muzik rock dan metal lagi. Album Metal Health pada penghujung tahun 1983 telah menjadi album no 1 di carta Billboard 200. Ketika itu saya baru terjebak mendengar lagu-lagu pop berbahasa inggeris terutamanya muzik new wave seperti Duran Duran dan selalu membeli majalah Weekend. (sebuah majalah muzik pop berbahasa inggeris tempatan). Ada di antara keluarannya yang menyiarkan artikel dan poster Quiet Riot. Maklumlah album mereka no 1, sudah tentu cerita pasal mereka juga tersiar didalam majalah pop. Mereka adalah perintis yang menjadikan muzik heavy metal menjadi muzik yang mainstream.

Tetapi tak pernah dengar pun muzik mereka sehinggalah saya betul-betul terjebak dengan muzik metal dan membeli kaset pertama mereka mungkin sekitar tahun 1986 atau 1987. Sejak itu mula mengikuti perkembangan karier Frankie Banali walaupun saya berhenti mendengar Quite Riot selepas album QR III. Maklumlah selepas tahun 1988, dah mula terjebak pula dengan muzik yang lebih ekstrem.

Tetapi hasil kerja beliau selepas itu bersama WASP memang tetap saya ikuti. Semangat beliau untuk meneruskan Quite Riot sangat kuat. Beliau terus menerus menghasilkan album Quite Riot walaupun selepas berakhirnya reunion klasik line-up pada 2001 dan kematian Kevin DuBrow pada tahun 2007. Paling tabik beliau masih cekal untuk menghasilkan album Quite Riot - Hollywood Cowboys pada tahun lepas walaupun pada ketika beliau telah pun disahkan menghidap kanser dan hanya boleh hidup untuk 6 bulan sahaja lagi.

Semangat beliau dalam perjuangan muzik rock dan melawan kanser adalah sesuatu yang perlu diberikan penghargaan. Tabik!

Fly on, Thunderbird fly

Fly on, spread your wings to the sky

Fly on, Thunderbird fly

Thanks for the music,

Frankie Banali (November 14, 1951 – August 20, 2020)


Wednesday, March 16, 2016

Greatest Hits

Yang dah 20 tahun pada 20 februari yang lalu...


Quiet Riot - Greatest Hits (1996)

Quiet Riot adalah salah satu band metal terawal yang menghiasi zaman remaja saya. 3 album terawal mereka dengan line up klasik Kevin DuBrow, Carlos Cavazo, Rudy Sarzo dan Frankie Banali adalah antara yang menjadi pilihan.

Tak hairankah jika cd ini menjadi antara pilihan utama saya suatu masa dulu apabila cuba menggantikan koleksi kaset saya kepada cd. Sayangnya saya agak kurang berpuashati dengan pilihan lagu-lagunya. Tidak menidakkan Paul Shortino sebagai vokalis di album QR (1988), tetapi pada saya oleh kerana ini cd greatest hits official mereka yang pertama sudah sepatutnya mereka lebih menumpukan zaman Kevin DuBrow sebagai vokakis. Kerana itulah zaman emas mereka.


Mungkin juga ini strategi syarikat rakaman untuk mempromosikan zaman Paul Shortino tetapi yang tak menariknya banyak lagu-lagu best zaman 3 album awal mereka tiada. Lagu seperti Sign of the Times, Thunderbird, Condition Critical sepatutnya lebih layak berbanding lagu zaman Paul. Paling merugikan bila mereka meletakkan 2 versi lagu Metal Health. Satu versi studio sudah cukup dan tak perlulah vesri live. Versi live sepatutnya ada album live yang lain.

Tetapi disebalik ketidakpuashatan saya, album ini menarik juga untuk di jadikan pengenalan untuk seiapa yang baru nak mengenali muzik Quiet Riot. Separti biasa 3 lagu hits paling dikenali mereka mesti ada, Metal Health, Cum on feel the Noize dan Mama We're all crazy now.

Untuk cerita saya berkenaan album Metal Health...sila klik >SINI<




Monday, July 7, 2014

Condition Critical

Hari ni, genap 30 tahun dah usia album ini.


Quiet Riot - Condition Critical (1984)

Susah nak agak apa yang menyebabkan sesuatu album itu berjaya atau tidak. Mungkin segalanya terletak pada nasib. Quiet Riot telah melakukan tindakan pemasaran yang betul apabila mengeluarkan Condition Critical 9 bulan selepas Metal Health mencapai kedudukan no 1 di carta Billboard . Pertama kali dalam sejarah sebuah album heavy metal dapat no 1.

Sayangnya Condition Critical tidak berjaya mengulangi kejayaaan tersebut. Susah nak agak selera peminat. Ada yang tak suka bila sesuatu band itu berubah. Tetapi tidak berubah juga bukan satu jaminan untuk berjaya. Condition Critical bolehlah dikatakan sebagai salinan dari Metal Health. Memang tiada perubahan. Segalanya dari segi konsep dan muziknya memang sama. Malah mereka juga sekali lagi mengambil lagu Slade untuk dijadikan lagu cover. Kalau dulu "Cum on Feel the Noize"  kini "Mama Weer All Crazee Now" . Tetapi ntah di mana silapnya album ini gagal menandingi Metal Health.

Tak kisah lah jika ada yang kata ini glam, cheesy atau pop metal. Tetapi bagi saya yang membesar pada zaman itu, ini adalah heavy metal. Mereka bersama beberapa band yang lain pada ketika itu mengenalkan saya kepada terma "Heavy Metal". Dulu semua pun panggil rock. Iron Maiden pun rock. Zaman kegemilangan "hair metal" lah yang membawa heavy metal ke dunia mainstream. Kalau tak kerana mereka tidak mungkin saya akan terjebak ke muzik metal yang lebih ekstrim kemudiannya.


Walaupun ada yang menganggap ianya tidak sebagus Metal Health, tetapi oleh kerana ini adalah antara album yang  sering saya dengar ketika saya mula terjebak dengan heavy metal. Maka ianya membawa nilai sentimental kepada saya. Membawa saya kembali kepada kenangan zaman sekolah, Semua lagunya saya suka terutamanya "Sign of the Times","Mama Weer All Crazee Now, "Party All Night", "Condition Critical" dan lagu perlahan "Winners Take All".

Sayangnya selepas dari ini, klasik line-up Kevin DuBrow – Carlos Cavazo – Rudy Sarzo – Frankie Banali berpecah bermula dengan Rudy Sarzo yang menyertai Ozzy Osbourne. Saya kurang berminat dengan album-album mereka yang seterusnya. Pada saya inilah era Quiet Riot yang perlu diingati...bukannya era Randy Rhoads mahupun era selepas Kevin Dubrow.





Wednesday, July 2, 2014

Wordless Wednesday : 30 years ago - July 1984





*kalau anda lahir pada Julai 1984, anda menyambut ulangtahun pada bulan dan tahun yang sama dengan mereka...




Thursday, May 15, 2014

Throwback Thursday : US Festival 1983 - Heavy Metal Day



Lama dah cari dvd ni. Tak sangka pula boleh jumpa. Selain dari Dortmund Rock Pop Festival - 1983, memang teringin nak ada ada dvd ni. Versi sedut memang dah ada dah. Akhirnya terjumpa juga dengan harga RM19.90 di Harris Bookstore, AEON Tebrau City Shopping Centre JB.

Sayangnya versi yang ini tak cukup sempurna. Tiada Motley Crue. Kualiti gambar dan soundnya pun lebih kurang sama macam versi sedut. Nak buat macama...ini pun bukannya official release. Kalau tak silap satu-satunya official release dvd festival ini hanyalah "US Festival 1983 Days 1 – 3". Tapi tak best pun. Day 1 (New Wave Day) dan Day 3 (Rock Day) tu artisnya tak berapa menarik sangat. Lainlah kalau ada Duran Duran ker apa. Tambah pula Day 2 (Heavy Metal Day) cuma tunjuk Judas Priest, Scorpions dan Triumph sahaja.


Tapi dvd ni kira ok la dari takder. Sayangnya satu band tu cuma 2,3 lagu sahaja. Tapi kalau nak tengok set list penuh band-band ni boleh cuba cari kat youtube. Melambak ada.

Rasanya cuma Quiet Riot, Triumph dan Judas Priest ( bonus dvd dalam 30th Anniversary Screaming for Vengeance) sahaja yang pernah officially keluarkan persembahan mereka dalam bentuk dvd. Yang lain-lainnya setakat bootleg. Van Halen mungkin tak akan kot. David Lee Roth malam tu memang kelaut. Tapi dorang memang kaya la. Show malam tu jer dapat US1.5 juta. Pernah masuk dalam 1984 Guinness Book of World Records sebagai artis termahal bayaran dalam sejarah. Hebat!

Antara yang menarik dapat tengok antara persembahan terawal Jake E. Lee dengan Ozzy. Semua pun lagu zaman Randy Rhoads. Pasal lagu-lagu zaman dia belum keluar lagi pada masa tu.

Best!



“It was the day new wave died and rock n’ roll took over” - Vince Neil




Thursday, November 21, 2013

The Randy Rhoads Years

Lagi album yang sambut ulangtahun. Ni yang ke 20 tahun.
(Disember makin dekat...banyak lagi album nak cerita ni...kena cepat-cepat...iskhhhh...)



Quiet Riot - The Randy Rhoads Years (1993)

Quiet Riot ditubuhkan oleh Randy Rhoads. Tetapi beliau lebih dikenali ketika bersama Ozzy. Quiet Riot sendiri mencapai zaman kegemilangan selepas ketiadaan beliau (album Metal Health). Mungkin mereka tidak ada rezeki untuk terkenal secara bersama.

Album ini adalah himpunan lagu-lagu terbaik di zaman ketika beliau bersama Quiet Riot. (Quiet Riot - 1977 dan Quiet Riot II -1978). 2 album yang asalnya hanya boleh diperolehi di pasaran Jepun. Lagu-lagunya dipilih dan diterbitkan semula atas persetujuan keluarga Randy oleh vokalist Quiet Riot, mendiang Kevin DuBrow .

Mendengarnya mengingatkan saya kepada lagu-lagu Van Halen di era 70an David Lee Roth. Memang tak pelik kerana mereka adalah band pembuka tirai untuk Van Halen di zaman tersebut. Cuma nasib tidak menyebelahi mereka. Van Halen menjadi terkenal sedangkan mereka hanya mendapat kontrak rakaman untuk pasaran Jepun. Bezanya lagu-lagu mereka ada yang terlebih pop bunyinya. Seperti kata Kevin DuBrow "We desperately wanted a record deal that we sometimes lost sight of our heavy metal roots". Lagu-lagu seperti "Picking Up the Pieces" dan "Breaking Up Is a Heartache" memang kuat pengaruh popnya.


Quiet Riot di era 70an ini agak berbeza dengan Quiet Riot di era 80an. Nampak nyata pengaruh mereka adalah band rock 70an seperi yang diakui oleh Kevin sendiri. Contohnya "Trouble" dari Led Zeppelin/Boston, "Killer Girls" dari Sweet dan "Look in Any Window" pengaruh dari Alice Cooper.

Walaubagaimanpun tumpuan utama album ini adalah kerja gitar Randy. Dari zaman ini lagi dah nampak kehebatannya. Paling best kita boleh dengar solo dan riff yang kemudiannya beliau gunakan ketika bersama Ozzy. Contohnya dalam lagu "Laughing Gas". Kalau dengar betul-betul boleh perasan ada bahagian "Dee", "Goodbye to Romance" malah "Crazy Train". Manakala lagu "Force of Habit" ada riffnya yang beliau gunakan untuk "Suicide Solution".

Khas untuk peminat Randy khususnya dan peminat rock 70an amnya.




Friday, June 28, 2013

Metal Health

lari dari cerita Metallica live in Singapore....

Yang ni baru betul Heavy Metal Klasik yang dah 30 tahun...


Quiet Riot - Metal Health (1983)

Ini adalah album pembuka jalan. Suka atau tidak, ini adalah satu fakta. Metal Health adalah album heavy metal yang pertama berjaya menduduki kedudukan no 1 di carta Billboard 200. Ianya membuka jalan untuk muzik heavy metal lebih dikenali secara meluas ataupun mainstream. Kerananya, Heavy Metal bukan lagi muzik underground. Kerananya, semua rekod label besar mahu menerbitkan album heavy metal.

Walaupun ada yang mengenali Quiet Riot sebagai band awal Randy Rhoads, tetapi era Metal Health adalah zaman kegemilangan mereka. Majalah Weekend (rujuk entri >NI<) mengenalkan saya kepada mereka. Metal Health dan album selepasnya Condition Critical menjadi antara album kenangan zaman rock remaja saya.

"Cum on Feel the Noize" adalah lagu yang membuatkan mereka terkenal. Lagu cover dari Slade ni asalnya bukanlah pilihan mereka tetapi dipaksa oleh penerbit mereka. Sesiapa yang pernah menonton documentary mereka dalam VH1 Behind Music pasti tau yang Frankie Banali cukup tak suka lagu ni. Mereka memainkan dengan tidak sepenuh hati tetapi mungkin kerana tuah...lagu inilah yang menjadikan mereka terkenal.


Mungkin generasi sekarang mengangap muzik mereka sebagai cheesy. Tetapi jika anda berada di zaman tersebut, Metal Health adalah antara yang palling rock...paling metal ketika itu. Lagu-lagu seperti "Metal Health (Bang Your Head)", "Cum on Feel the Noize", "Don't Wanna Let You Go" dan  "Let's Get Crazy" menjadi anthem remaja seperti saya di zaman tersebut. Selain lagu-lagu yang rancak tersebut, saya juga cukup suka kepada lagu slow rock "Thunderbird" yang ditujukan untuk Randy Rhoads...selain "Home Sweet Home" dan "The Price", ini adalah all time favourite slow rock saya.

Mereka adalah superband...Mendiang Kevin DuBrow dengan suara dan showmanship hebat...Frankie Banali lagi....tambah pulak dengan Carlos Cavazo...paling suka tengok gaya dia main gibson flying V dia tu dan dah tentu-tentunya Rudy Sarzo. Bassist kegemaran saya sejak zaman Ozzy...maka sudah tentulah line-up zaman Metal Health dan Condition Critical ini pada saya adalah line-up terbaik Quiet Riot.

Klasik!!!