Wednesday, July 31, 2019

Kaset lagi...Nightmare Scenario

Lagi kenangan pasal kaset. Baru beli beberapa minggu yang lalu...


Slammer - Nightmare Scenario (1991)

Kaset ini sememangnya mengimbau kenangan silam. Dulu beli di dalamnya ada borang untuk dapatkan singlet hitam berlogo Slammer secara percuma. Hanya perlu lengkapkan slogan seperti gambar di bawah.


Ramai yang berkenan. Ramai yang minta. Tapi memang tak lah kalau nak bagi. Memang lawa dan terasa bertapa thrashnya ketika pakai...haha... Zaman tu zaman belajar. Mana lah ada duit nak beli tshirt hantu banyak-banyak. Masa tu cuma ada 3 tshirt band. Metallica Justice, Helloween Keeper 2 dan Carcass Symphonies.


Kemudiannya bila mula bekerja. Merantau di Kuala Lumpur. Terus lupa tentangnya. Maklumlah dah ada duit untuk beli tshirt hantu yang lain. 😁  Kasetnya pun hilang entah kemana. Tetapi beberapa tahun selepas itu, balik kampung baru perasan yang singlet tu tak hilang kemana pun. Rupa-rupanya orang tua yang pakai buat baju basahan kat rumah... haha...


***Slammer adalah salah satu band thrash dari Britain yang seangkatan dengan Onslaught , Acid Reign , Xentrix dan lain-lain. Mereka agak kurang popular berbanding yang lain. Ini adalah album penuh mereka yang kedua dan terakhir. Muzik mereka agak kuat pengaruh american thrash tetapi lagu-lagunya agak kurang konsisten. Ada yang menarik tetapi majoritinya biasa-biasa sahaja. 


Sunday, July 28, 2019

Cd 2019 - Bahagian 8



Manowar - Final Battle I EP  /  Enforcer - Zenith

Dua cd terbaru band heavy metal. Satu band orang lama dan satu lagi band baru.

Yang lama muziknya sudah agak berubah. Tidak lagi muzik heavy metal asli. Banyak pula pengaruh epic dah symphonic dengan orchestra bagai. Tetapi yang baru tetap meneruskan legasi heavy metal yang sebenar. Terbaik!

Thursday, July 25, 2019

Kaset lagi... Dio



Ntah macamana la boleh terbeli lagi. Tak ada niat pun nak kumpul. Tapi bila ada yang jual... rasa terpanggil pula nak beli.


Dulu-dulu tak pernah pun beli kaset Dio ni. Tak jumpa di kedai. Satu-satunya kaset Dio yang ada hanyalah versi Apache. Ini adalah antara kaset terawal yang dibeli hasil mengumpul duit belanja sekolah. Yang lainnya sekadar pinjam kawan. Mula  mengumpul album Dio pun bila tiba zaman cd.

Pembelian sebegini sememangnya untuk kenangan zaman silam. Untung betul siapa yang meniaga kenangan ni....






Saturday, July 20, 2019

Moonglow



Avantasia - Moonglow (2019)

Diam tak diam ini adalah album ke 8, walaupun ianya sekadar projek band dari Tobias Sammet (Edguy) tetapi ianya sangat produktif.

Tak banyak dah band dari genre Power Metal yang masih di ikuti. Tepu dah kepala layan lagu-lagu bergenre begini. Tetapi Avantasia adalah salah satu darinya. Antara sebabnya kerana ianya supergroup. Tobias Sammet memang sentiasa dapat menarik nama-nama besar dalam genre metal untuk turut terlibat.


Untuk kali ini senarai nama-nama yang terlibat adalah seperti berikut.

Ronnie Atkins (Pretty Maids)
Jorn Larde (Jorn)
Eric Martin (Mr Big)
Geoff Tate (Queensryche)
Michael Kiske (Helloween)
Bob Catley (Magnum)
Candice Night (Blackmore's Night)
Hansi Kursch (Blind Guardian)
Mille Petroza (Kreator)

Seperti tipikal album-album power metal atau symphonic metal atau opera metal atau apa pun namanya. Ianya memang sedap di dengar. Melodic. Menangkap. Tetapi ianya agak payah untuk melekat dengan sekali dengar.

Tak ada komplen. Tak ada yang mengecewakan. Tobias Sammet memang bagus. Thumbs up!


Saturday, July 13, 2019

Cdholic

Kemalasan untuk menulis semakin menjadi jadi.... Makanya cara yang paling mudah untuk blog ini terus hidup ialah berkongsi gambar tentang hobi....

Ini adalah antara cd-cd yang baru di beli. Seperti biasa ianya bermacam genre. Yang penting janji sedap di telinga...


Cancer - Death Shall Rise / Cancer - To The Glory End / Powerwolf - Metallum Nostrum / Pretty Boy Floyd - Kiss of Death



Sunday, July 7, 2019

CD 2019 - Bahagian 7


Setengah tahun dah... Diam tak diam banyak juga cd-cd terbitan 2019 yang ada dalam simpan an.


Avantasia - Moonglow dan Children of Bodom - Hexed adalah antara yang terkini. Kedua-duanya berlainan genre. Tapi kalau dulu zaman 80an semua pun orang panggil rock ajer... Haha...

Seperti biasa kalau rajin... Ada lah cerita tentang Kedua-duanya...



Monday, July 1, 2019

Piring Hitam



Ini adalah beberapa keping piring hitam yang dibeli sepanjang setengah tahun 2019. Ada lagi yang lainnya. Tetapi samada ianya dah pernah dibuat ceritanya ataupun ianya bukanlah didalam senarai kegemaran.

Tetapi yang 4 ni memang beli kerana minat. Lama dah cari tetapi baru ni dapat dengan harga yang mampu milik. Kononnya nak buat gila format. Sayangnya 3 daripada 4 album di atas tak tau kemana dah hilang kaset-kasetnya. Yang Waysted tu memang tak ada, Dulu pun sekadar pinjam kawan - kawan.

Makanya kalau ada yang nak jual kaset-kaset di atas, roger-roger la yer...😀