Showing posts with label Darul Takzim. Show all posts
Showing posts with label Darul Takzim. Show all posts

Monday, December 30, 2024

Sudah Sampai Sini - Adventure Waterpark Desaru Coast

 Menghabiskan cuti 25hb Disember 2024...


Satu jam lebih sahaja perjalanan dari rumah tetapi ini baru kali pertama menjejakkan kaki di sini. Tetapi bagi anak-anak dan isteri, ntah kali ke berapa dah mereka ke sini. Biasalah sindrom orang berusia…malas betul nak pergi ke tempat-tempat sebegini…😁



Kawasannya tidaklah sebesar Lost World Of Tambun. Sesuai untuk percutian setengah hari bersama keluarga.


Kebanyakan permainannya bersesuai untuk kanak-kanak. Tak adalah yang extreme sangat. Ada satu rollercoaster dan beberapa water slides yang bolehlah dikatakan menarik juga.


Tempat mandinya ada ombak. Tetapi bukanlah sentiasa. Kena menunggu juga lah.


Kongsi gambar sahaja lah.. Kalau ada nak komplen pun cuma perihal makanannya. Mahal tu satu hal tapi yang tak berbaloinya tak sedap.


Ada beberapa lagi permainan yang tak diambil gambar. Masa hari kejadian tu panas. Rasa tak larat pula nak berjalan… satu lagi sindrom orang berusia…haha…


Kawasannya terletak betul-betul bersebelahan Hard Rock Hotel. Kalau waktu malam dapatlah menonton live band disini. Tapi waterpark ni tak adalah buka sampai malam.

Satu lagi sindrom orang berusia adalah sewa Cabana. Ada tilam ada bantal ada kipas dan petisejuk. Memang sedap la bantai membuta kat sini…hahaha…


Monday, November 22, 2021

Sudah Sampai Sini - Tanjung Balau

 Antara lokasi jalan-jalan selepas PKP...

Untuk yang tak tahu, Pantai Tanjung Balau lokasinya adalah berdekatan dengan Desaru. Dulu-dulu sebelum ianya dimajukan memang seronok kalau kesini. Seronoknya kerana tak ramai orang. Tapi sejak dah ada pelbagai resort dan chalet, sama sesak dah dengan pantai Desaru. 


Tetapi apa yang menariknya bila PKP dan tempat-tempat sebegini di tutup dalam tempoh yang lama, air pantainya jadi jernih. Memang boleh nampak batu-batu dan ikan di dalam air. Tak ada orang bermakna tak ada pencemaran. Harapnya dapat lah bertahan lama...


Tak banyak ambik gambar, sekadar singgah sekejap. Namanya pun jalan-jalan bukannya bermalam. Lagipun sejak-sejak habis PKP ni mana-mana tempat peranginan kalau tak di tempah awal terutamanya bila hari minggu memang pastinya tak akan dapat tempat.



Saturday, October 30, 2021

Sudah Sampai Sini - Forest City

Hari tu (2hb Okt) ketika Johor beralih fasa dan mula boleh mengunjungi tempat-tempat peranginan seperti pantai contohnya, kami sekeluarga mengambil peluang untuk ke Forest City. Kesian budak-budak lama dah terperuk di dalam rumah dan hampir terlupa bentuk pantai...haha...


Laluan masuk ke Forest City memang lengang. Dah macam cerita Walking Dead. Adalah berselisih dan potong memotong dalam 2,3 buah kereta.


Tak pasti adakah bangunan tinggi-tinggi semua ini ada penghuni. Kalau dulu sebelum PKP memang meriah dengan bas-bas pelancong dari Singapura yang membawa pelancong-pelancong dan prospek pembeli rumah dari negara China. 


Pantainya pun memang lengang. Hampir tiada orang. Memang kami yang punya. Yang ada pun cuma pengawal dan pekerja berbangsa Bangladesh yang sedang membuat penyelengaraan. 


Sayup-sayup kat belakang gambar adalah jambatan link kedua ke Singapura. Semenjak sempadan tak buka, memang lengang la keadaan di sini mahupun di Tambak Johor. Kalau sesak pun cuma deretan lori yang menghantar keperluan harian ke Singapura.


Dulu tangga ini sentiasa ramai orang yang beratur untuk bergambar. Ketika kami datang nak tidur atas tangga tu pun boleh...hahah...Tapi rasanya kalau datang sekarang dah mula dah kembali sesak dengan orang ramai...




Wednesday, March 27, 2019

Big Bad Wolf JB 2019

Macam dah lama rasanya Big Bad Wolf tidak diadakan di Johor. Kali terakhir kalau tak silap adalah pada tahun 2015. Tak ada lah nak cari buku sangat pasal rasa macam baru lagi 2, 3 bulan lepas pergi yang di The Mines, KL.

Kali ini lokasinya bukan seperti biasanya di Danga City Malls. Kalau tak silap lokasi tersebut dah tutup. Kali ini ianya diadakan di Mydin Mall Mutiara Rini, Skudai. Ikut pendapat peribadi tempat ini agak kurang selesa. Maklumlah tengah musim panas ni, memang rasa bahang bila ianya di buat di tempat letak kereta walaupun ianya berbumbung.


Tak bercadang nak beli tapi akhirnya terbeli juga. Dua-dua buku ni memang tak jumpa di The Mines tempohari.


Yang ni tak banyak cerita. Nampak. Terus sambar. Apa-apa pasal Iron Maiden memang sapu jer la....


Tapi tujuan sebenar pergi ke sini sebenarnya adalah untuk ini. Selain nak beli buku yang mengimbau zaman remaja ni...


Tetapi yang utamanya nak jumpa pelukisnya. The one and only..the legendary heavy metal cartoonist, Tuan Gayour. Rasanya kali terakhir bersua muka dengan beliau dalam 20++ tahun yang lepas. 1996 atau 1997 di Plaza Kotaraya, JB.

Beliau adalah antara hero dan idola dari zaman remaja. Lama juga dah rasanya berkenalan di alam maya. Blog, Instagram, fb dan akhirnya dapat jua bersua muka.



Tabik tuan... maaf tak boleh nak borak panjang...ada rezeki...Insya Allah boleh jumpa lagi...




Friday, September 15, 2017

Sudah Sampai Sini : Laman Kreatif Kluang

Tak rancang pun nak pergi. Disember tahun lepas dah sampai pun >SINI<

Ni sempena cuti menang Sukan Sea tempohari. Cadangnya nak naik keretapi. Budak-budak tak pernah naik. Dah planning dah konon-kononnya nak naik dari Kempas dalam pukul 10 pagi. Tapi bila tengok jadual perjalanan balik dari Kluang tu pukul 5 lebih. Alahai...tak larat pula rasanya nak tunggu sampai petang...susah pula nak bergerak bila dah terbiasa berkenderaan sendiri kesana sini...

Alang-alang dah janji nak ke Kluang...capai kunci kereta...terus gerak....walaupun budak-budak protes nak naik keretapi...hahaha...


Saja singgah kot-kot dah lain...rupanya memang dah ada pertambahan mural...dulu sikit...sekarang dah sepanjang-panjang lorong...


Ini antara yang dulu masa bulan disember tahun lepas pergi tak ada. Rasa macam banyak lukisan yang baru ni lagi cantik.


layan jer la gambar gambarnya...


Yang payung bergantungan kat atas kepala dulu tu dah tak ada dah sekarang...Mungkin bukak untuk ganti baru kot...agaknya la...


Ni antara tarikan terbaru untuk bergambar...antara yang popular...


Sayangnya banyak lukisan-lukisan lama dah agak pudar dah warnanya. Contohnya yang lukisan terowong tu (lupa pulak nak ambil gambar). Dulu memang nampak real...sekarang kelam dah warnanya. Harapnya ada lah usaha untuk membaik pulih lukisan ni semua. Kalau tak kesian lah yang datang naik keretapi jauh-jauh cuma dapat tengok lukisan yang kusam.....





Friday, September 8, 2017

Sudah Sampai Sini : Endau, Mersing dan pantai-pantainya...

Cuti cuti Malaysia sempena cuti sekolah yang lalu.


Selama ni hanya lalu. Tak pernah singgah. Kali pertama pusing-pusing pekan Endau dan makan. (maaf..gambar makan tak ambik...perut lapar lebih diutamakan daripada bergambar 😀)


Seberang jambatan dah masuk negeri Pahang. Maklumlah sempadan. Sempat juga makan di Dataran Kuala Rompin. (maaf sekali lagi...gambar makan tak ambik...perut lapar sekali lagi lebih diutamakan 😀 😀 )

Antara pantai yang berdekatan. Pantai Pasir Lanun. Dari dulu rasa teruja dengan namanya. Kawasannya agak terpencil. Kalau musim hujan memang jahanam la kereta berlecak. Jalan nak masuknya jalan kebun. Tak ada tar.

 Pantai Penyabong. Berdekatan dengan tempat bermalam (Teluk Penyabung Resort - Heavenly Bay Garden). Maaf juga tak ada gambar, penulis terleka menonton acara gimrama Sukan Sea sampai terlupa nak ambil gambar 😀...

Kat sini ada gerai-gerai makanan laut. Boleh juga beli hasil tangkapan laut dari nelayan. Nak sewa bot ronda-ronda pulau berdekatan pun boleh.

 Ini pula Pantai Teluk Gorek. Tak jauh dari Pantai Air Papan. Air Papan dah komersil sangat. Lalu sahaja malas dah nak menyinggah. Teluk Gorek masih belum membangun. Orang pun tak ramai.


Ok...sekian sahaja sudah sampai sini edisi bercanda di tepian pantai. Terimakasih.





Monday, February 13, 2017

Harris Bookstore @ AEON Tebrau City




Sini pun dah ada jual piring hitam...tapi tak banyak pilihan...tak sampai 30 keping kot....tapi harganya memang tak berapa nak mampu milik....



Monday, December 12, 2016

Sudah Sampai Sini : Street Art Kluang

Ni sambung hari tu pergi jalan jalan cari makan kat Kluang...


Macam yang cakap kat entri "Kluang Rail Coffe" tu hari, bandar Kluang ni adalah antara daerah yang jarang saya kunjungi. Makanya dah alang alang sampai tu pusing pusing juga kawasan bandarnya. Dan ini dalah antara tarikan terkini jika anda berkunjung ke sana.


Kluang Street Art. Nak cakap kat mana kawasannya tu tak pandai sangat. Guna jer la google atau waze...konpem akan sampai...haha..


Tak seperti di Pulang Pinang yang kedudukannya bersepah, yang di Kluang ini semua lukisannya tersusun dalam satu lorong. Maka takder la penat sangat nak menapak.


Macam-macam tema ada. Tetapi sudah semestinya yang bersangkut paut dengan Kluang. Salah satunya yang popular dah tentu-tentunya Kluang Man.


Kluang Rail Coffe pun ada. Sememangnya ianya satu nama besar dan popular di Kluang. Memang sampai sini kena cuba pergi kedai ni.


Ni antara yang menarik...nampak real jer jalan pergi ke Gunung Lambak ni.


Dan tidak ketinggalan tema JDT.


Shafiq Rahim pun ada.


Dan macam-macam gambar yang lain..


Dan semestinya ia dilukis oleh pelukis tempatan. Tabik!


Jumlah keseluruhannya kalau tak silap ada 24 buah mural..


Ok baru google...nama jalannya adalah Jalan Teo Siew Khor...kat bahagian belakang bangunan...adalah lebih kurang 100 meter panjang lorongnya.


Ok..tu ajer...tu hari singgah juga Gunung Lambak...tapi hari hujan...maka tak adalah seisi bergambar...jumpa lagi di entri sudah sampai sini yang lainnya...Babai!





Sunday, November 20, 2016

Sudah Sampai Sini : Kluang Rail Coffe


Jalan jalan cari makan sempena cuti umum yang lalu. Lama dah berhajat nak kesini. Nama jer orang Johor tapi seumur hidup belum pernah sampai ke Kluang Rail Coffe ni. Sebenarnya bukan lah jauh sangat pun dari tempat kediaman tetapi ntah mengapa memang Kluang lah satu satunya daerah di Johor yang amat jarang saya kunjungi.


Sayangnya nasib tak baik. Rupa-rupanya Kluang Rail Coffe yang terletak di Stesen Keretapi Kluang ini ditutup pada waktu tengahari (12.30 hingga 2.30). Nasib juga adik manis si penjaga parking di Stesen Keretapi ini mengesyorkan saya ke cawangannya yang satu lagi.


Lokasinya tak berapa jauh juga...sila google...ianya di kawasan rumah kedai. Boleh tahan besar kedainya. Selesa dan bersih. Ruang dalamnya pun menarik. Ada juga gambar-gambar lama stesen keretapi Kluang.


Antara makanan yang dipesan. Tak ingat dah apa tajuknya. Ada lagi yang lupa nak tangkap gambar.


Ni anak bongsu punya. Set untuk kanak-kanak. Pun tak ingat apa tajuk menunya.


Yang ni pula antara menu yang direkomen oleh encik yang ambil order. Sebenarnya nak order roti bun bakar, tapi dah habis la pulak. Seingat saya dulu masa mereka ada franchise di Plaza Kotaraya, Johor Bahru (sekarang dah tutup), roti bakar mereka antara yang popular. Perisa kaya resepi buatan sendiri dorang yang buat sedap. Makan dengan kopi o kaw...memang sedap!


Sebenarnya kalau nak kata sedap sangat pun tak juga.  Biasa-biasa sahaja. Tetapi mungkin kerana jenamanya tu yang membuatkannya popular. Tapi sayang juga tak dapat makan kat tempatnya yang asal. Datang balik pukul 2. Kedai belum bukak...tapi dah ramai yang menunggu...dasyat betul branding kedai ni...