Showing posts with label Boston. Show all posts
Showing posts with label Boston. Show all posts

Tuesday, December 20, 2016

Third Stage

Yang dah 30 tahun pada 23hb sept yang lalu...


Boston - Third Stage (1986)

Tak ingat sangat samada "More Than A Feeling" ataupun "Amanda" yang mula-mula mengenalkan saya kepada Boston. Kedua duanya saya dengar dari salah satu kaset lagu-lagu kompilasi Top Hits versi lanun yang banyak abang saya beli ketika pertengahan tahun 80an.

Bagi saya kedua-duanya adalah timeless classic dari Boston. Cuma yang saya tak tahu pada ketika itu kedua-dua lagu tersebut adalah dari album yang berbeza. Malah jarak bezanya 10 tahun. Tetapi bunyinya seakan-akan dari tahun yang sama. Sebenarya itulah keistemewaan Third Stage. Ianya mengambil masa 6 tahun untuk dirakamkan. Dari tahun 1980 hingga ke 1986. Soundnya memang tidak lari dari 2 album awal mereka di tahun 70an.

Proses 6 tahun itu sebenarnya tidak sia-sia. Album ini mencapai kedudukan no 1 dan "Amanda" menjadi satu-satunya lagu mereka yang pernah menjuari carta Top 40 di USA. Namun begitu ramai juga peminat setia mereka yang merasakan mereka tidak ada pembaharuan. Lagu-lagunya tidaklah sebaik dari 2 album awal. Susah juga hendak memuaskan hati peminat. Jika band berubah ada yang tak suka tetapi jika tidak berubah pun tetap ada juga komen yang sama.


Bagi saya pula kali pertama mendengar "Third Stage" adalah ketika menumpang kereta abang rakan sekolah yang kebetulan berkerja satu tempat dengan saya. Sepanjang perjalanan lebih kurang 30km itu beliau memasang kaset ini. Ada beberapa lagu yang sekali dengar dah tangkap melodinya. Nak pinjam...segan...tak biasa....Akhirnya bertahun juga mencari album ini sehinggalah saya kenal apa itu ebay.

Lagu-lagunya sedap. Sebuah album hard rock  yang bagus. Sayangnya Boston tidak produktif. Mereka mengambil masa 8 tahun kemudiannya untuk album yang seterusnya. Mungkin ketika itu momentumnya sudah tiada, Tambah pula Brad Delp bukan lagi vokalisnya. Pada saya selain gitaris/pencipta lagu/penerbit Tom Scholz yang genius, Brad Delp juga memainkan peranan penting dalam Boston. Suara dia memang tiada duanya...Terbaik!!

RIP Brad Delp





Monday, November 7, 2016

Boston

Yang 40 tahun pada 25hb Ogos yang lalu...



Boston - Boston (1976)

Konon nak tulis pasal album ni...rupa-rupanya baru perasan dah pernah tulis pasalnya 4 tahun yang lalu....makanya untuk disenangkan cerita...kalau berminat nak baca, sila klik >SINI<

(senang tak payah nak perah idea untuk menulis...hahaha...)


Apa-apa pun sampai sekarang...sekali sekala dengar kat radio mesti singalong...takpun...bila lama tak dengar...bukak youtube...layan "More Than A Feeling"...ini memang betul-betul timeless classic rock punya lagu...masterpiece!!!



Friday, September 14, 2012

Boston s/t

Terjangkit entry Krenmaut kat >SINI<


Boston - Boston (1976)

Sebenarnya dah lama nak buat entri ni...terutama masa aku tengah semangat buat entri album2 70an dulu...tapi bila Dr Ben dah buat...tak leh jadi ni...heheh..

Kalau sebut Tom Scholz atau Brad Delp atau mungkin Boston...rasanya ramai yang tak tau...tapi kalau lagu "More Than A Feeling" atau mungkin "Amanda"...rasanya ramai yang sekurang2nya pun pernah dengar dan tau...

Begitulah nasib Boston...lebih dikenali sebagai band one hit wonder berbanding dari yang sepatutnya...pernah di war war kan akan menjadi lagenda seperti Led Zeppelin berdasarkan album pertama ni...tapi perbalahan antara Tom Scholz dan syarikat rakaman menyebabkan dorang terperap bertahun tak mengeluarkan album...

Boston adalah 50% nya Tom...kehebatannya dalam mencipta lagu, rif2 dan solo gitar, sound dan produksi album memang boleh masuk kategori genius...tapi 50% nya lagi adalah kepunyaan mendiang Brad...suara high pitch lunaknya tu memang jenis2 satu dalam sejuta...



Ini adalah debut album terlaris dalam sejarah (Gold dalam tempoh 2 bulan dan mencecah platinum selepas 3 bulan) sehinggalah di potong oleh Guns N' Roses - Appetite For Destruction kemudiannya....lagu2nya memang melodic dan sedap2...hard rock 70an dengan sedikit elemem progresif ala2 Uriah Heep....lagu "More Than A Feeling" tu dah memang2 la timeless classic...antara lagu yang pertama yang aku akan teringat  kalau aku kena buat list best of classic rock songs....

Walaupun Boston bukanlah pencipta genre yang digelar sebagai AOR atau pun Arena Rock...tapi mereka lah yang membuka jalan untuk band2 seperti Journey,Styx,Foreigner,REO Speedwagon dll...kalau anda peminat rock 70an...Boston self titled ni memang REKOMENDED!!!