Showing posts with label loudness. Show all posts
Showing posts with label loudness. Show all posts

Friday, August 12, 2022

Hurricane Eyes

 Yang menyambut ulangtahun ke 35 pada 10hb Ogos yang lalu...

Loudness - Hurricane Eyes (1987)

Antara yang jarang dan dah lama tak diputarkan. Dulu pun ketika zaman kaset ianya juga agak jarang dimainkan. Ketika itu (sekitar tahun 1987 - 1988), adalah tahun-tahun cuba jaya dengan pelbagai band yang baru dikenali. Ada yang beli, pinjam, dubbing atau didengar di rumah kawan. Mana-mana yang kurang terkesan biasanya akan jarang dimainkan.

Hurricane Eyes termasuk didalam kategori yang kurang terkesan. Walaupun begitu ianya adalah antara kaset yang dibeli. Maklumlah jenama Loudness agak besar bagi budak-budak rock pada ketika itu. Kalau tak silap kasetnya dibeli di pasar malam. Ianya adalah tahun-tahun terakhir kaset cetak rompak di jual secara berleluasa. Menjelang tahun 1989 dah agak sukar untuk nampak kaset cetak rompak di jual.

Kalau berdasarkan ingatan hanya ada beberapa lagu yang masih boleh diingat. Lagu-lagu side A rasanya lebih sedap dari side B. "S.D.I.", "Rock 'n' Roll Gypsy" dan 2 lagu ballads, "In My Dreams" dan "Ares Lament" versi baru, dengan tajuk "So Lonely" antara yang masih boleh diingat.

Setelah mendengarnya semula ternyata ingatan saya betul. Ada juga lagu-lagu lainnya yang kembali ke dalam ingatan. Dengan menggunakan Eddie Kramer sebagai penerbit dan Gregg Giuffria dari kumpulan Giuffria/House of Lords sebagai pemain keyboards jemputan, lagu-lagu mereka menjadi lebih komersial sesuai untuk pasaran di USA.

Bukan kegemaran, tetapi memori tentangnya tetap ada. Versi cd dan piring hitam ini adalah satu lagi kisah membeli kenangan. Lama dah kehilangan versi kaset. Tak boleh la nak bergila format….


Friday, October 2, 2020

Pandemonium

 Antara yang terkini dalam simpanan.

Loudness - Pandemonium (2001)

Tak ambil tahu dan tak mengikuti langsung tentang album ini pada tahun ianya di keluarkan. Loudness terakhir yang saya dengar dan beli secara fizikal adalah Heavy Metal Hippies (1994). Mungkin sebab utamanya kerana album-album selepas itu agak sukar untuk di dapati. Berkemungkinan besar memang tak masuk pun ke pasaran Malaysia.

Yang ini lagilah susah. Pandemonium memang asalnya dikeluarkan hanya untuk pasaran Jepun. Sekarang ni dah hidup zaman tanpa sempadan mudah la sikit nak dapat. Ianya adalah album kedua selepas klasik line-up (Akira Takasaki, Minoru Niihara, Munetaka Higuchi dan Masayoshi Yamashita) melakukan reunion. 

Tetapi ini bukanlah Thunder in the East, Lightning Strikes mahupun Hurricane Eyes. Loudness pada ketika ini sudah jauh berubah. Mereka juga terpengaruh dengan situasi muzik pada zaman tersebut. Tetapi mereka sebenarnya tidak lah menjadi komersil. Malah sebaliknya. Album ni soundnya lebih berat dan keras. Tak ada satu pun lagu balada. Memang nampak ada pengaruh Pantera dan alternatif metal. Ada juga yang lagunya ke arah thrash metal. 

Awalnya agak susak juga nak hadam. Kurangnya rif-rif melodic yang biasa kita dengar dalam Loudness. Tetapi setelah masuk 4,5 kali pendengaran rasa sedap juga. Ianya sebuah album yang "grower". Solo-solo gitar Akira pun tetap berbisa. Kebelakangan ini terngiang-ngiang pula melodi lagu "inflame" dalam kepala. Nampaknya kena cari juga rilisan Loudness yang lainnya pada zaman ini...


Tuesday, September 8, 2020

Gila Format - Thunder in the East

LOUDNESS - THUNDER IN THE EAST (1986)

Lagi kenangan lalu yang berjaya di"gila format"kan. Dulunya sekadar mampu beli kaset pirate versi Apache RM3. Dah hilang pun dah. Akhirnya selepas 35 tahun berjaya juga memilikinya dalam bentuk fizikal 3 format. Benda macam ini hanya yang sama minat sahaja akan faham πŸ˜…

Album ini cukup besar pengaruhnya kepada mat rock era 80an di Malaysia.  Lambang matahari tu memang sinonim betul dengan mat rock pada zaman tersebut. Ianya menjadi soundtrack zaman persekolahan. Masih teringat-ingat betapa susahnya mencari lirik lagu Heavy Chains untuk dibawa pergi jamming. Naik lunyai kasetnya di kerjakan. Forward rewind forward rewind. Zaman tu mana la nak cari lirik. Bukan boleh google pun. Dah lah sebutan Minoru Niihara tu pekat sungguh pelat Jepunnya... lock n loll krazzy night...hahaha...



Thursday, May 14, 2020

Hiburan WFH - The Law Of Devil's Land

Dapat arahan untuk terus 'work from home' sehingga 9hb Jun. Mereput terus la duduk kat rumah lagi sebulan. Yang tak bestnya WFH ni selain line internet yang macam siput adalah tiadanya kawan untuk membawang πŸ˜€

Apa-apapun sambung lagi hiburan sambil kerja...


Loudness - The Law Of Devil's Land (1983)

Lambat dengar album ni. Loudness saya bermula dengan Thunder In The East. Kemudiannya baru album-album yang kebelakang. Malah lebih tahu Gadis Kota - Scandals (Juara Juara Rock 3) dulu dari In The Mirror. Kali pertama dengar In The Mirror rasa macam pernah dengar pula lagu tu πŸ˜…

Banyak lagu sedap. Tak kisah lah walaupun tak paham apa yang dia cakap. Yang penting melodinya memang mudah menangkap. Ini adalah zaman Loudness sebelum mereka pergi ke arena antarabangsa.

Cd ini terbitan Pony Canyon tahun 1993. Yang tak bestnya ianya tidak menggunakan cover yang asal.  Dulu pernah beli versi kaset tapi tak pasti pulak dah hilang entah kemana. Kalau tak silap versi Pony Canyon ni adalah untuk pasaran Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Tak apalah. Janji ada. Tapi nampak gayanya memang kena juga cari cd yang menggunakan cover yang asal...😁




Tuesday, March 20, 2018

Rise To Glory -8118-

Terbitan 2018 yang pertama dalam simpanan..


Loudness - Rise To Glory -8118- (2018)

Sejujurnya agak lama tidak mengikuti perkembangan album-album Loudness secara serius. Yang betul-betul dengar dari isi ke kulit kali terakhirnya adalah Spiritual Canoe (2001).

Loudness seperti juga majoriti band-band metal 80an yang lainnya telah cuba untuk kembali melahirkan album yang berjiwa metal 80an. Zaman ujikaji telah pun lama mereka tinggalkan.

Ternyata Rise To Glory berjaya mencapai tahap tersebut. Ianya bukanlah sebuah album yang hebat dan terbaik. Tetapi sudah cukup untuk membuatkan peminat lama mereka berpuas hati.


3 lagu awal selepas instrumantal di track pertama cukup menghiburkan. 3 lagu inilah punca yang membuatkan terjebak untuk membeli cdnya.

Bukanlah album heavy metal terbaik untuk 2018 tetapi sebagai peminat Loudness, ianya sudah cukup mengembirakan. Maklumlah mereka semua sudah pun berumur. Mungkin sahaja ianya akan menjadi yang terakhir...

*tetapi yang pastinya selepas 30++ tahun pun...Minoru Niihara tetap dengan pelat lokenlol nya...haha...



Wednesday, December 7, 2016

Lightning Strikes

Yang dah 30 tahun...


Loudness - Lightning Strikes (1986)

Lagi dari tahun 1986. Album kedua berbahasa inggeris dari Loudness. Dah cerita panjang lebar dah masa entri Shadows Of War 5 tahun yang lalu. Makanya tak payah la cerita lagi. Sila baca <SINI<

Bezanya 5 tahun yang lalu belum memiliki versi piring hitam. Kali ni boleh la sikit-sikit nak riak piring hitamwi...haha...nasib kasetnya dah hilang...kalau tak...dah tentu-tentu riak gila formatwi...huhu...


Buat yang malas nak baca entri lama, secara ringkasnya Lightning Strikes adalah versi pasaran Amerika untuk Shadows Of War. Maka soundnya lebih bersih, lebih "polished" khas untuk selera orang Amerika. Susunan lagu pun berubah dan tajuk lagu Shadow Of War pun ditukar menjadi Ashes In The Sky.

Highlight utamanya dah tentu-tentulah kerja gitar Akira Takasaki. Memang hebat. Dia ni kalau mat salleh dah lama dah jadi lejen.


Ashes In The Sky, Let It Go, Dark Desire dan Black Star Oblivion adalah antara yang menjadi hidangan halwa telinga ketika zaman remaja.

Budak budak rock melayu zaman tu kalau tak kenal Loudness memang tak tau la nak cakap apa...






Wednesday, January 21, 2015

Thunder in the East

Hari ini, 21hb  Januari. Genap 30 tahun album ini pertama kalinya dilancarkan di Jepun.


Loudness - Thunder in the East (1985)

Kalau anda sezaman dengan saya dan membesar pula di sekitar Johor, album ini pastinya akan mempunyai pengaruh yang besar jika anda minat muzik rock. Kalau tak pernah dengar keseluruhan album pun pastinya anda pernah dengar lagu "Heavy Chains".

Saya pun tak pasti ada apa dengan "Heavy Chains". Tetapi lagu ini cukup popular dikalangan budak budak rock melayu pada zaman tersebut. Banyak betul band kerja kahwin yang "cover" lagu ini termasuklah band yang dah popular seperti Search. (Boleh cari di youtube - konsert di Panggung Anniversary).


Ianya juga antara lagu wajib juga jika anda baru belajar main gitar. Part "plucking" kat intro lagu tu memang boleh show off la kalau main tak terkucil..dan lagu ini juga antara lagu yang saya dan rakan-rakan sekolah cuba untuk main setiap kali jamming walaupun biasanya memang kelaut jadinya...heheh...

Thunder in the East adalah antara kaset terawal saya (versi apache) dengan mengumpul duit belanja sekolah. Satu hari 50 sen...6 hari baru berjaya beli. Harganya pada ketika itu RM3. Zaman tu memang payahlah nak jumpa kaset asli. Memang hampir tiada pun termasuklah kaset artis melayu.

Saya dah kehilangan kaset versi apache tetapi kaset yang ini dibeli pada sekitar pertengahan tahun 90an....tak pasti beli kat mana...lupa dah...

Bolehlah dikatakan majoriti lagu-lagunya adalah soundtrack hidup remaja saya. "Crazy Nights", "Like Hell", "Heavy Chains", "Run for Your Life" dan "Never Change Your Mind" adalah antara yang menjadi kegemaran. Memang banyaklah kenangan dan "sentimental value"nya kepada saya.

Zaman ni semua pun berangan nak jadi Akira. Masih terngiang-ngiang berkumpul bersama rakan-rakan yang satu kepala di belakang bilik darjah, ketuk meja dan ber "air guitar" (kadang-kadang batang penyapu pun jadi...) menyanyi lagu-lagu dari album ini. Zaman-zaman nakal budak sekolah "youth gone wild". Cikgu-cikgu pun geleng kepala.

Tetapi Alhamdulilah. 30 tahun selepas itu. Kami semua masih berjaya jadi orang. Dan ada juga antara kami yang dah berpangkat besar dan bergelar Haji. Terima kasih cikgu. Siapa kata mat rock tiada masa hadapan.

Banyak kenangannya. Rekomended!




Wednesday, May 7, 2014

Heavy Metal Hippies

Lagi yang dah 20 tahun...


Loudness - Heavy Metal Hippies (1994)

Macam ada yang tak kena dengan album ini. Semua pun berubah di era 90an.

Ianya adalah sesuatu yang saya tunggu-tunggu. Loudness kembali menjadi band yang 100% Jepun. Dengan tajuk Heavy Metal Hippies sudah semestinya kita terbayangkan heavy metal 80an. Sayangnya tajuk tidak mengambarkan isi. Pada saya ini adalah album Loudness yang paling tidak saya gemari dari keseluruhan discography mereka.

Macam tak kena bila ianya masih di panggil Loudness. Hanya tinggal Akira Takasaki anggota yang asal. Malah penyanyinya Masaki Yamada dan drummernya Hirotsugu Homma adalah bekas EZO. 2 dari 3. Mungkin kalau dipanggil EZO lebih tepat.

Tapi yang paling mengecewakan adalah arah tuju muziknya. Loudness juga tersampuk dengan penangan grunge. Seolah-olah mendengar "Alice In Chains yang di Black Sabbath"kan. Muziknya berat tetapi meleweh. Perubahan ketara dari muzik Loudness yang biasa. Mungkin itu yang Akira maksudkan dengan perkataan "Hippies" pada tajuknya.

Saya tidak mengambil tahu perihal Loudness semenjak dari album ini sehinggalah reunion mereka pada album Spiritual Canoe (2001). Rasanya tak sampai 3 kali pun kaset ini dimainkan terus saya simpan. Ini bukannya "secawan teh" saya. Tetapi jangan cepat terpengaruh. Apa yang tak best pada saya mungkin juga bagus untuk anda. Terutamanya bagi yang meminati muzik grunge/sludge metal ala 90an.

Walaumacamanapun, gambar kavernya cantik. Berwarna warni.








Monday, July 25, 2011

Shadows Of War

Lagi pasal Loudness...untuk yang tak pergi semalam macam aku...tunggu review orang jer la...sambil tu jom layan lagi cerita pasal Loudness..



Dulu zaman kaset apache aku ada satu kaset kompilasi yang dalamnya ada lagu Shadows Of War...tu jam aku tak tau lagu tu dari album mana...bila aku beli kaset Lightning Strikes...ada pulak lagu yang serupa tapi tajuknya berlainan..lagu "Ashes in the Sky" la kan...puas belek2 album loudness sebelum Thunder In The East pasal aku ingat ni lagu lama dorang rakam semula...tapi tak jumpa jugak...zaman2 sebelum internet...memang payah nak cari maklumat...

Ada sorang kawan aku cakap..tu lagu sama...tapi Ashes In The Sky untuk pasaran US...Shadows Of War untuk Jepun...tukar tajuk ajer...tapi aku macam tak caya sangat...pasal aku dengar dua2 lagu ni berbeza sebenarnya walaupun melodi dan liriknya sama..

Akhirnya beberapa tahun lepas tu aku terbaca yang Loudness ada album bertajuk Shadows Of War selepas Thunder In The East dan sebelum Lightning Strikes...rupa2nya ianya hanyalah untuk pasaran jepun sahaja...baru la aku tau dari mana datangnya lagu Shadows Of War ni...sejak tu puas jugak la aku cari kat mana nak beli album ni...



Akhirnya...terimakasih la kepada Wounded Bird Records yang meriliskan semula album ni...walaupun iannya jenis inlay sekeping ala2 Malaysia Edition punya cd...tapi ok jugak la...dari tak ada...untuk pengetahuan...Wounded Bird Records bukan jenis macam Asialink...dorang memang dapat hak untuk mengedarkan album2 rock lama macamni...aku ada terbaca..dorang tak buat remastered...apa yang dorang dapat..tu yang dorang riliskan...contohnya untuk album ni...sound adalah sound asal dari master tape yang WEA kasi kat dorang...takder adjust2...tapi aku rasa boleh tahan jugak soundnya bula di buat cd...

Shadows Of War dan Lightning Strikes sebenarnya album yang sama...Shadows Of War diriliskan pada March 24, 1986 manakala Lightning Strikes pulak pada July 25, 1986...disebabkan selepas kejayaan Thunder In The East menembusi pasaran USA...mereka mahu meriliskan album yang bercitarasa USA...album yang lebih lembut lebih pop...merasakan Shadows Of War agak kassr dan berat soundnya...Lightning Strikes di hasilkan dengan mixing yang baru...made in USA...soundnya lebih bersih...sususan track lagu jugak diubah dan lagu Shadows of War ditukar tajuknya menjadi Ashes In The Sky...

Hasilnya jadilah 2 album yang serupa tapi tak sama...kalau tanya pendapat aku...dari segi kavernya...aku lebih suka Shadows Of War...dari segi mixingnya...ada part2 gitar yang ada kat LS tapi takder kat SOW...ni korang kena dengar betul2 baru dapat cam...tapi secara keseluruhannya...aku lebih suka SOW...pasal saoundnya lebih raw...lebih heavy...lebih pada Loudness yang lama...tapi ni ikut citarasa masing2la...



Tapi apa2 pun...banyak lagu2 sedap dalam ni...yang pop untuk USA market macam "Let It Go"...atau yang heavy macam "Black Star Oblivion", "Dark Desire","Shadows Of War", "Who Knows (Time To Take A Stand)" dll...

ni album memang boleh buat Eddie Van Halen menangis beb...salut la Akira...memang dasat...

Friday, July 22, 2011

Thunder In The East

Ok..deman Loudness dah melanda...oleh sebab aku tak dapat pergi 24hb ni...jom layan cerita jer la...(cadang nak gi yang Singapore punya...duk JB memang lebih praktikal kalau gi Singapore jer...tapi hari kerja pulak dah...budget pun tak berapa nak ada...jawapnya...tak pergi arrr..)



Band rock Jepun yang pertama aku tau ialah Earthshaker...tu pun gara2 Search cover lagu Tokyo...kaset apache rock jepun pertama pun Earthshaker...Loudness ni mula aku tau pasal lagu Heavy Chains...tu jam budak2 terer main gitar semua main lagu ni...dan aku start kemaruk Loudness bila aku beli Thunder In The East...tahun 86 kot...versi apache ler...mana lagi..

Dan dah tentu2nya jadi perhatian bila dengar Loudness ni adalah pasal gitaristnya...Akira Takasaki...memang dasat la...tu jam mat rock mana yang tak kenal Akira kan?...Loudness adalah antara band yang orang lebih kenal gitaristnya berbanding sapa penyanyinya...dia memang salah seorang gitar hero aku la...semua pun dulu jamming mesti nak bawak lagu Heavy Chains...cerita pasal Heavy Chains ni teringat masa nak cari lirik dia...kaset Thunder In The East cap apache ni mana ada lirik...dengar nak paham apa yang Niihara cakap memang pening oii...kamikaze engrish abis...tapi at least lirik kita orang lebih tepat berbanding Search masa kat panggung anniversary...haha...


kaset ori ni tak ingat bila aku beli...sayangnya versi apache dah hilang pulak dah..

Thunder In The East kira antara kaset yang wajib dengar la zaman tu kan...kena pulak kalau ada t-shirt dia...pergh...lu memang paling rock la...haha...aku dulu2 memang naik hafal la lagu2 dalam ni...apa taknya siang malam dengo...sampai naik lunyai kasetnya...dari Crazy Nights ke Like Hell...Heavy Chains...Run For Your Life hinggalah ke lagu last..Never Change Your Mind...semua pun aku suka...

Taknak banyak bebel la...ni memang salah satu album yang bernostalgia bagi aku...banyak kenangan dan nilai sentimentalnya...dari sini aku jadi peminat Loudness...tapi lost kejap lepas zaman2 On the Prowl....



Apa2 pun pada sapa yang pergi tu...jangan lupa kasi review la...

lock n lol cwazy night!!!!

Monday, December 1, 2008

Heavy Chains

Pagi tadi...aku terbaca berita sedih ni...

Drummer Munetaka Higuchi of veteran Japanese metallers LOUDNESS passed away today (Sunday, November 30) around 10:00 a.m. (Japan Standard Time) at a hospital in Osaka, Japan. He was 49 years old.

Higuchi was diagnosed with liver cancer (Hepatocellular Carcinoma) in April 2008. He had reportedly undergone two rounds of chemotherapy treatment and an operation to remove part of his liver.

In an October 18, 2008 statement released via the band's official web site, Munetaka wrote about his condition (translated from Japanese), "It has been half a year since I was diagnosed with liver cancer. I am really sorry that the fans are worried. The cancer has become worse despite the fact that I have been taking care of my health, and I will need more time for my treatment. [Even after undergoing the] big operation to remove half of my liver, I still need more treatment. There are various risks and dangers involved with my condition, but I'll do my best to keep my spirits up and maintain my physical strength to fight this illness. I know it is still the middle of my treatment, but I just wanted inform you about my progress since the operation. Thank you very much for all the support."





Balik rumah...aku belek cd aku...terjumpa cd ni..loudness ni band fav. aku dulu2...zaman rock kapak...sapa x der baju loudness ni mmg tak cukup rock arr...hehe..sayangnya aku dah tak der t-shirt tu...mak aku dah buat kain buruk kot...dan sayang jugak aku tak der cd Lightning Strikes...satu lagi album fav. aku dari Loudness.

Teringat zaman2 sekolah bangin dgn air guitar ikut irama Crazy Night, Like Hell,Let It Go, Shadow Of War...mahupun tangkap syahdu dgn lagu So Lonely, Never Change Your Mind...

Tapi untuk mengenang Munetaka Higuchi...aku letak lagu ni..lagu Loudness yg pertama aku dengar dan terus jatuh hati...teringat2 kenangan di thn 1986-1988....zaman tak ingat dunia...zaman Youth gone Wild...

To Munetaka...thanks for the memories...