Tajuk albumnya agak berat untuk dibawa. Maklumlah Part 1 dan Part 2 adalah album yang dah masuk kategori lejen.
Namun ianya tidaklah mengecewakan. Ada lagu yang bagus tetapi banyak juga yang biasa-biasa sahaja. Masalah utama saya adalah durasinya yang panjang (2 disc). Cepat bosan.
Lama dah ianya berjaya di"gila format"kan tetapi baru sekarang datang kerajinan untuk menulis...
Helloween - Master Of The Rings (1994)
Ianya juga bersempena dengan ulangtahunnya yang ke 30 pada 7hb Julai yang lalu.
Walaupun pada ketika itu perasan tidak sukakan perubahan pada muzik band kegemaran masih ada tetapi kasetnya tetap dibeli. Tetapi tak adalah beriya nak dengar. Kesetian kepada Kai Hansen tetap menebal. Di tambah pula dengan ketiadaan Michael Kiske menyebabkab kaset ini hanya menjadi penghias rak.
Tetapi seiring dengan kematangan usia, akhirnya mengalah untuk untuk mencuba. Dan ternyata album ini sangat bagus. Mereka bukanlah menyimpang jauh. Mungkin ianya tidaklah selaju seperti album-album awal di zaman Kai Hansen, tetapi ianya melodic, catchy dan sangat sedap.
Sekiranya anda sudah boleh menerima yang Helloween adalah band Michael Weikath dan Andi Deris adalah vokalis Helloween, maka album ini memang untuk anda
Maka tak hairanlah kalau ianya saya "gila format" kan 😁
9 tahun dulu pernah buat cerita tentang album ini. Tetapi pada ketika itu sekadar mempunyai versi kaset...
Helloween - Rabbit Don't Come Easy (2003)
Tak ingat bila cdnya dibeli. Tetapi seperti kebanyakan cd-cd lain, ianya bertahun terperuk dalam rak dan ntah bila akan dimainkan. Tetapi apabila diarahkan bekerja dari rumah (angkara covid-19), agak banyak masa juga untuk cd-cd tersebut diputarkan sebagai muzik latarbelakang sambil bekerja.
Sedikit trivia yang di "google"… album ini adalah penampilan pertama Sascha Gerstner selepas Roland Grapow keluar dari Helloween. Ianya juga penampilan pertama Mikkey Dee dengan genre sebegini setelah kali terakhirnya bersama King Diamond untuk album Conspiracy (1989).
Saya tidak mempunyai banyak kenangan dengan album ini. Semenjak "The Dark Ride (2000)", saya secara tiba-tibanya menjadi kemaruk dengan genre power metal. Tetapi menjelang tahun album ini diterbitkan, saya mula menjadi tepu atau "burn out" dengan muzik sebegini. Namun begitu kasetnya tetap dibeli tetapi hanya mendengarnya sambil lalu.
Mendengarnya semula selepas 9 tahun. Rasanya tak ada banyak yang berubah. Ianya adalah apa yang kita mahukan dari band yang bernama Helloween. 4 track awalnya sememangnya cemerlang. Tetapi grafnya agak menurun selepas dari itu. Memerlukan sedikit masa untuk lebih hadam. Tetapi yang pastinya, Andy Deris telah mengukuhkan namanya sebagai vokalis Helloween.
Kalau 9 tahun yang lalu pertanyaannya adakah patut saya mendapatkannya dalam bentuk cd… tetapi untuk kali ini patutkah pula membelinya dalam bentuk lp?....😅
Lagi kenangan zaman remaja yang berjaya di "gila format" kan...
Helloween - Pink Bubbles Go Ape (1991)
Album ini adalah satu lagi kapsul masa yang menjadikan saya 30 tahun lebih muda. Ianya mengembalikan ingatan saya kepada ITM Segamat. Suasananya, kawan-kawan dan walkman Philips yang banyak berjasa.
Kaset ini adalah antara yang banyak berputar di dalam walkman tersebut. Ianya dibeli pada 29/04/1991. Lebih kurang sebulan lebih selepas ianya dipasarkan keseluruh dunia (11/03/1991). Antara kaset yang terus dibeli tanpa banyak tanya.
Versi cd pula dibeli dari Dr Ibrisam ketika zaman beliau belum lagi menubuhkan kedai Rock At Large. Mungkin sekitar tahun 2008 atau 2009. Tak ingat adakah melalui Facebook atau masih lagi zaman forum Metal Terus atau mungkin juga zaman mailing list.
Manakala versi piring hitam pula adalah gara-para panic buying ketika PKP pertama tahun lepas. Ianya di beli melalui e-bay dari Korea Selatan. Ianya adalah hari-hari terakhir postage percuma / murah yang boleh kita dapat dari Korea Selatan. Kerana selepas berlakunya pandemic Covid-19, semua e-bayer dari Korea Selatan mula mengenakan kadar postage yang agak tinggi. Harga posnya ada yang sekali ganda dari harga piring hitam. Memang tak berbaloi.
Tak payahlah ulas pasal albumnya kot. Semua pun dah tahu yang Helloween telah pun berubah menjadi lebih pop dan komersial dengan album ini.
Dah lama tak ada rasa teruja untuk membeli album baru Helloween. Kali terakhir mungkin ketika album Chameleon (1993). Dengan kembalinya Michael Kiske dan Kai Hansen, perasaan teruja tu memang ada. Tambah-tambah pula selepas menonton konsert live reunion mereka pada 3 tahun yang lalu >SINI<
Memilih versi digibook berbanding versi cd biasa kerana "packaging"nya yang jauh lebih menarik dan harganya pula tidak banyak beza. Manakala versi piring hitam memang jaranglah di beli untuk album baru. Kebiasanya lebih kepada album-album lama yang diminati dan banyak kenangan.
Sebagai peminat lama Helloween rasanya tak ada apa sangat yang hendak di komplen. Mendengar suara Michael Kiske dan Kai Hansen kembali dalam Helloween pun dah rasa seronok. Tapi seperti biasalah, kenangan silam akan lebih terpahat di hati. Apa-apa yang baru walaupun datang dari yang lama pastinya akan mengambil sedikit masa untuk terkesan di hati. Itu lumrah manusia. Tetapi secara keseluruhannya memang rasa puas hati.
Jujurnya saya "lost" dengan Helloween sejak dari album "Rabbit Don't Come Easy (2003)" lagi. Walaupun cuba beli dan mengikuti setiap album selepas itu tetapi pada saya tiada satu pun diantaranya yang boleh diingati. Mereka menjadi biasa-biasa dan agak membosankan. Kebiasannya saya akan hilang tumpuan selepas lagu ke 4.
Tetapi yang ini agak berlainan. Aura Michael Kiske dan Kai Hansen memang kuat. Mereka bijak menggunakan mereka berdua untuk kami peminat bernostalgia. Walaupun ianya bukanlah seratus peratus kembali ke era 80an. Tetapi dia punya "rasa" atau "jiwa" itu sampai. Ayat mudahnya, album ini mempunyai rasa klasik Helloween dengan sound yang lebih moden.
Kalau ada rasa nak komplen pun mungkin pasal kurangnya lagu-lagu ciptaan dari Kai Hansen dan durasi keseluruhan cd yang agak panjang. Bila panjang ni biasanya akan senang hilang fokus berbanding satu album yang durasinya bawah 40 atau 50 minit yang membuatkan kita rasa tak puas dan akan mendengarnya berulang-ulang kali.
Apa-apa pun, boleh dah kot masuk senarai antara album kegemaran tahun 2021.
Sebuah lagi album yang berjaya di"gila format"kan...
Helloween - Keeper of the Seven Keys Part II (1988)
Antara album yang lama mengidam untuk di "gila format"kan. Versi piring hitam dan cd expanded edition baru sahaja diperolehi beberapa bulan yang lalu. Versi piring hitam adalah cetakan dari Korea Selatan. Tak kisahlah asalkan harganya mampu milik dan kualiti sampul, piring dan soundnya memuaskan.
Sayangnya t-shirt untuk cover album ini lama dah jadi kain buruk. Ianya adalah t-shirt band pertama yang saya beli pada tahun 1989 dahulu. Ianya versi bootleg "iron on"di beli di kedai "Rock Station" di Komtar, Johor Bahru. Nak beli yang asli, selain tak mampu biasanya tiada size yang kecil. (Zaman tu kedai jual semua yang besar-besar). Banyak kenangannya tshirt tesebut.
Keeper of the Seven Keys Part II adalah salah satu album yang menjadi soundtrack zaman remaja. Ianya merupakan album Helloween pertama saya. Antara album yang tak pernah jemu dengar dari usia belasan tahun hingga ke usia pengeluaran akaun dua KWSP...hahaha...
Sementara menunggu album terbaru Helloween yang akan berada di pasaran pada 18hb Jun nanti (telah pun di pre-order cdnya) sempat juga melengkapkan kesemua discography studio album mereka.
Secara jujurnya, cd terakhir mereka yang saya beli adalah "Keeper of the Seven Keys : The Legacy"(2005). Itu pun sekadar beli dan tidak pernah mendengarnya secara serius. Tetapi setalah kembalinya Kai Hansen dan Michael Kiske, dan berpeluang pula menonton konsert mereka di Kuala Lumpur pada tahun 2018 yang lalu. Rasa bersemangat pula untuk kembali mendengar album-album mereka yang terkini.
Hasilnya, Gambling With The Devil (2007), 7 Sinners (2010), Straight Out of Hell (2013) dan My God-Given Right (2015) telah pun berjaya dimiliki secara sekaligus. Ambil masa jugalah untuk mendengar kesemuanya. Kalau rajin nanti adalah entri berkenaannya satu-satu. Tapi kalau malas, tunggu sahajalah cerita tentang album baru 😁
Cd-cd mereka yang ada dalam simpanan. (ada juga dalam simpanan beberapa keping kaset dan lp yang malas nak kembur untuk diambil gambar 😁). Nampaknya saya tidak mempunyai walau satu pun cd album live mereka. Berkemungkinan besar ianya akan menjadi misi yang seterusnya...
Ini adalah antara yang dibeli di ebay ketika terperap dalam rumah semasa "work from home" sebulan dua yang lalu. Makin lama terperap makin banyak pula cd yang beranak…hahaha…
Helloween - The Best - The Rest - The Rare (1991)
Beli dari seller Jerman. Harga dalam RM20++ siap pos. Memang berbaloi-baloi. Tapi dekat 2 bulan juga baru sampai. Maklumlah sejak kes Covid-19 ni pos antarabangsa memang kelam kabut. Ada yang dah masuk 3 bulan tanpa khabar berita 😓
Dulu memang tak pernah ada album ni. Walaupun selalu nampak kasetnya di kedai. Maklumlah ketika itu sumber kewangan agak terhad. Lebih kepada membeli studio album berbanding album kompilasi. Tapi sebenarnya album kompilasi ini bukan biasa-biasa. Lagu-lagu rare b-side dari single mereka tu yang membuatkan ianya sangat berbaloi.
Tak payah cerita lagu-lagu yang biasa. Itu semua memang dah best dah. Tetapi "Livin' Ain't No Crime", "Savage", "Don't Run For Cover" dan yang paling best "Victim of Fate" (Rakaman semula vokal dari Kiske bukannya Kai Hansen) menjadikan ianya "wish list" saya sejak bertahun tetapi baru sekarang tertunai.
Senang cerita, kalau nak dengar Helloween awal zaman Kai Hansen, tetapi tak larat nak beli kesemua albumnya, the Best the Rest the Rare adalah jawapannya. Tapi satu yang kurang, sepatutnya Eagle Fly Free patut ada. Ini kira salah satu lagu trademark Helloween kot...
Helloween - The Keeper Of The Seven Keys Pt 2 (1988)
Sebuah lagi album yang membuatkan rasa diri ini dah tua...haha...
30 tahun dah rupa-rupanya. Rasa macam baru semalam. Cepat betul masa berlalu. Masih tak rasa jemu-jemu mendengarnya. Antara album yang masih dimainkan cdnya sehingga kini. Dari zaman muda remaja hingga dah nak jejak umur boleh keluar KWSP...hahaha...
Rasanya tak perlu kot nak ulas pasalnya. Ini memang album lagenda. Pernah menulis pasalnya 9 tahun yang lalu. Zaman tengah bersemangat menulis blog. Nak baca klik >SINI<
Memang banyak kenangannya. Terutamanya ketika zaman menuntut di ITM Caw Segamat. Antara kaset kesayanagan. Memang pantang nak bagi orang pinjam. Antara yang sering berputar dalam walkman untuk peneman study. Inlaynya pun dah naik lunyai.
T-shirt dengan gambar cover album ini pula adalah tshirt band rock pertama yang di beli di Rock Station, Komtar, JB. Ianya juga jadi penyebab bermulanya t-shirt tidak berkolar tidak dibenarkan untuk dipakai di ITM Segamat. Terserempak dengan pengetua ITM ketika menuggu bas untuk keluar ke bandar. Beliau dengan muka nak marah berkata "Baju apa ni?". Esoknya satu surat pekeliling dikeluarkan yang semua pelajar tidak dibenarkan lagi untuk memakai tshirt tidak berkolar jika hendak keluar bandar...hahaha...kalau zaman sekarang pun masih ramai yang memandang serong bila kita memakai tshirt rock hantu...apatah lagi 30 tahun yang lalu...hmmm. 😁
Tetapi yang paling best sudah semestinya dapat menyaksikan mereka secara langsung pada bulan April yang lalu. Memang tak sangka lah dapat tengok dan dengar lagu Dr Stein, March Of Time, Eagle Fly Free, Keeper Of The Seven Keys dan I Want Out di mainkan secara langsung di depan mata. Tak kisah lah walaupun dah botak dan berperut buncit. Kita yang dulu-dulu remaja pun dah tua...apatah lagi mereka...
Ok la...ramai dah tanya...(maaf kalau ayat lintang pukang dan gambar/video tak lawa...maklumlah handphone cap ayam dan tiket pprt)
Dah seminggu kejadian berlaku. Tapi masih terbayang-bayang. Kalau ikut hati malas nak tulis panjang-panjang. Cukuplah sekadar ayat PUAS HATI atau BERBALOI dengan rating 110%....titik!
Tapi memang betul. Memang puas hati. Penantian 30 tahun yang berbaloi. Saya mula mengenali muzik mereka pada tahun 1988 dengan album Keeper Of The Seven Keys Pt 2. Malah tshirt rock pertama saya juga adalah Keeper Of The Seven Keys Pt 2. Dibeli di Rock Station, Komtar Johor Bahru pada tahun 1989. Bukan warna hitam...tetapi warna biru. Ianya menjadi punca tshirt tanpa kolar diharamkan di ITM Segamat. Bab tu lain kalilah boleh cerita...haha..
Bagi seseorang yang menjadikan Kai Hansen sebagai idola gitar heronya, konsert ini seperti impian jadi nyata. Tak kisahlah walau hanya sekadar mampu tiket PPRT. Tak kisahlah kalau mereka pun dah tua, Michael Kiske pun dah tak ada rambut. Yang penting akhirnya merasa juga menonton mereka secara langsung di depan mata.
Gambar selingan. 1st time cuba Burger Ramly. Tapi rasanya sedap lagi yang orang jual kat stall burger tepi jalan tu...
Berdua memandu dari JB. Selepas 5 jam lebih berada di atas highway PLUS. Hujan dan jem dibeberapa tempat. 5.30 baru sampai Tangkak. Dan entah berapa puluh kali nampak billboard muka Najib tersengeh di sepanjang highway. Sempat pekena burger RAMLY di RNR Seremban. Akhirnya sampai juga di Mega Star Arena dalam lebih kurang pukul 7.45 malam.
suasana di luar dewan
Kali pertama ke sini. Terkial-kial juga guna google map takut sesat. Tapi bila nampak geng geng seragam hitam terus rasa lega. Bagus betul la pergi konsert rock ni. Nampak geng tshit hitam ramai-ramai konpem tahu yang kita berada di tempat yang betul..😀 Cumanya tak tahu yang sekolah bersebelahan ada menawarkan tempat parking. Ni parking kat stesen minyak Shell yang berdekatan kenalah menapak sikit.
official t-shirt
Sampai-sampai terus cari merchandise. Official tshirt tak silap ada 4 design dengan harga RM110 sehelai. Limited 500 helai katanya. Design yang berkenan di hati dah sold out. Nampak pula design yang sama versi bootleg di jual dengan harga RM30. Beli lah juga buat kenangan-kenangan. Nampak juga muka-muka yang familiar di facebook. Tapi segan nak tegur. Tapi taklah seramai masa konsert Megadeth.
Dewannya tak besar. Tiket PPRT pun nampak stage dengan jelas. Aircond pulak tu. Mengikut laporan jumlah penonton dalam 1500 orang. Betul la kot. Taklah sendat. Kawasan PPRT lagi la...tak sesak, selesa dan santai. Memang sesuai venue ni untuk konsert berskala sedehana dan penonton yang majoritinya warga tua.
background video tu memang cantik la...terpegun!
Mat Salleh memang punctual. Konsert bermula tepat jam 8.33 malam dan habis pada 11.26 malam. Giler dasyat hampir 3 jam. Memang berbaloi dengan harga tiket. Naik lenguh kaki berdiri. Sembahyang terawih pun tak lenguh macam ni...hahaha...Dah tua-tua ni memang kena tengok konsert duduk lah agaknya.
Kai Hansen dan gitar cabang-cabangnya
Tak pernah terpikir dapat tengok Kai Hansen depan mata. Sememangnya priceless untuk seorang fan boy seperti saya. Terutamanya ketika line-up Walls of Jericho di atas stage. Starlight / Judas / Ride the Sky dan Heavy Metal (is the law) menjadikan saya seperti remaja 17 tahun semula. Terpaku tengok. Vokal Kai Hansen masih power. Tak padan dah tua...Sayangnya Ingo Schwichtenberg dah tak ada….
Heavy Metal is the Law
Ada juga segmen tribute untuk Ingo. Dani Löble berduet dengan visual dan audio dari Ingo. Baguslah sekurang-kurangnya mereka tidak melupakan anggota asal Helloween. Selepas Ingo dan Uli Kusch, saya kurang mengambil tahu tentang pemain drum Helloween. Malam tersebut beliau berjaya membuktikan yang saya silap. Beliau sememangnya bagus. Sayangnya… kalau lah Pumpkins United ini juga dianggotai oleh Roland Grapow dan Uli Kusch…itu lagi perghhh!!!
(*saya hampir-hampir berjaya mendapatkan drum stick Dani. Beliau mencampakkannya betul-betul ke arah saya. Sayangnya dengan handphone di tangan kiri, tangkapan tangan kanan saya terlepas. dan ia jatuh di belakang saya dan hilang tanpa dikesan. Masing masing mencari mengunakan lampu handphone tetapi tak pasti lesap kemana....tak ada rezeki...kepada sesiapa yang dapat tu...tahniah dan untung la)
set list cilok dari FB
Dari segi set list, memang semua lagu lagu makanan. Majoritinya 30 tahun dah melekat dalam kepala. Ada lah satu dua lagu era baru yang tak berapa biasa sangat. Kalau nak kata terkilan, mungkin tiadanya lagu Kids Of The Century dalam list. Dah siap-siap hafal dah lagu tu...huhu... Tapi kalau nak suruh dorang nyanyi semua lagu best...mahu 5 jam pun tak cukup.
Dr Stein
Dari segi prestasi, ketujuh-tujuh mereka mencapai tahap KPI yang cemerlang. Tak ada apa yang boleh kita komplen pun tentang persembahan Michael Kiske mahupun Andi Deris. Dah tua-tua pun masih power terutamanya Andi Deris. Masih hebat lontaran vokalnya. Kedua-dua mereka pun lawak. Happy jer dorang atas stage. Kita yang menonton pun rasa tempias happy.
Jujurnya saya kurang gemar dengan Michael Weikath. Maklumlah fan boy Kai Hansen lah kan. Tambah pula dengan album Chameleon dan kes Ingo. Tapi sebenarnya dia memang hebat buat lagu. Malam tu dia paling relek. Lepak one corner. Dah tua-tua ni saya maafkan dia. Malah berharap sangat dia main lagu Windmill....hahaha.. (tapi seriusnya....dulu tak suka Chameleon...tapi seiring peningkatan usia...rasa sedap pula album tu. Lagu First Time memang laju...memang sedap!
untung la siapa yang dapat bawa balik bola bola tu
Kalau nak kira showmanship, selain Kai Hansen, Markus Grosskopf paling happening. Seluruh pentas dia jelajah. Tapi kalau nak bagi hadiah man of the match, ikut hati nak bagi Kai Hansen, tetapi secara jujurnya saya bagi kepada Sascha Gerstner. Bukan pasal dia like komen saya di IG (haha..) tetapi dia paling cool. Tahu diri. Tak cuba untuk overshadow gitar hero Hansen dan Weikath. Dia jadi tulang belakang. Paling menarik dia juga diberi peluang untuk menyolo dalam lagu-lagu zaman Hansen. Pengganti paling tepat untuk Roland Grapow.
Satria gitar bercabang.. \m/ \m/\m/
Secara keseluruhannya tak ada apa yang saya nak komplen tentang malam tersebut. Berbaloi setiap sen yang dibelanjakan. Persembahan band yang mantap. Set-up stage cantik. Sound sedap. Lightning cemerlang. Paling best video yang jadi background pentas. Lawa sangat. Kagum! Video selingan maskot mereka, Seth dan Doc sepanjang konsert pun menarik.
Terimakasih Helloween
Memang puas hati. Singalong sepanjang malam. Crowd pun sanngat sporting. Sampai serak suara. Bagi saya malam tersebut adalah jauh lebih best dari malam Megadeth setahun yang lalu. Lebih best dari semua segi. Pulang ke JB malam tu dengan rasa happy dan puashati. Walaupun sampai rumah jam 4 pagi....tetapi kepuasannya menyebabkan hilang rasa letih dan ngantuk.
Seminggu dah berlalu...tapi kenangannya masih tak kebah. Tahniah kepada penganjur. Harap penganjur tak rugi dan bolehlah bawa band yang lainnya pula....terutamanya Iron Maiden... Please.....
***Untuk Deaf...memang rugi la ko tak pergi...kah..kah...kah....
Sempena kedatangan Helloween ke Kuala Lumpur dan ulangtahun ke 20 ( 4 hb April, 1998) album ini…
Helloween – Better Than Raw (1998)
Ini adalah zaman yang saya tidak mengambil tahu perihal Helloween. Namun begitu kasetnya tetap dibeli. Penyakit membeli setiap kali masuk kedai kaset memang sukar untuk diubati. Ianya jenis beli - dengar sekali dua sambal lewa – terus simpan.
Yang betul-betul mendengar semula album ini adalah selepas zaman The Dark Ride (2000). The Dark Right adalah album yang membuka semula hati untuk kembali mendengar Helloween. Sebelum itu sentiment fan boy Kai Hansen dan Micheal Kiske sangat menebal. Sebenarnya tiada masalah pun Helloween selepas mereka. Masih konsep yang sama. Cuma soundnya lebih "up to date". Mereka telah jauh meninggalkan zaman Keeper Of The Seven Keys. Tetapi yang pentingnya ia masih sedap. Malah ianya lebih melodic.
Nak yang speed metal ada lagu "Push". Yang mid tempo ada "I Can". Balada ada lagu "Time". Cukup sifat untuk sebuah album power metal yang hebat. Rasa rugi juga tidak mendengarnya dengan lebih awal.
Helloween ni tak kira apa zaman pun. Semua pun sedap. Kepada yang hadir ke konsert mereka esok, selamat berhibur! Jumpa anda di sana...
Khabarnya Pumpkins United aka Helloween Reunion nak datang Malaysia pada hujung April ni...makanya dah mula lah mengembur gerobok mencari bahan untuk tujuan ulangkaji....😀
Terjebak juga dengan #9albumsthatchangedmylife di instagram...ni semua Eddie punya pasal...hahaha...
*ianya disusun mengikut turutan tahun....tahun dikeluarkan dan tahun ianya didengar...dan ia juga bukanlah album kegemaran utama saya untuk sesuatu band. Contohnya untuk Iron Maiden semestinya kegemaran saya adalah Somewhere in Time. Tetapi senarai ini lebih kepada album yang memberi kesan dan pengaruh kepada selera muzik saya...dan ianya sememangnya sukar untuk hanya memilih 9...kalau 10, pastinya ada album Poison - Look What the Cat Dragged In (1986) tersenarai...hey! Hair Metal Rules!!! ok...
1 - Scorpions - Blackout (1982) Album yang membuatkan saya sedar yang muzik adalah minat, hobi dan passion yang utama...bukannya main tembak-tembak, mandi paya dan menyauk ikan...haha...entah mengapa bunyi gitar dari album ini benar-benar memikat hati.
2 - Duran Duran - Seven And The Ragged Tiger (1983) Seperti kanak kanak lain yang membesar di era 80an, siapalah yang tidak terjebak dengan Duran Duran dan lain-lain angkatan artis new wave/new romantic yang cukup popular di zaman itu....kira mcam Kpop untuk budak-budak zaman sekarang 😀
3 - Bryan Adams - Reckless (1984) Walaupun kemaruk dengan pop, satu yang saya perasan saya lebih cenderung kepada lagu-lagu yang berasaskan gitar. Reckless membuka jalan untuk saya lebih cenderung kepada muzik rock. Akhirnya saya faham kenapa saya terjebak dengan Blackout sebelum ini.
4 - Iron Maiden - Powerslave (1984) Pertama kali dengar lagu 2 Minute to Midnight dalam satu kaset kompilasi, terus rasa terpikat. Rasanya inilah genre muzik yang saya cari-cari. Tambahan pula pada ketika itu secara kebetulannya, album rock/heavy metal melayu yang pertama, Search- Cinta Buatan Malaysia diterbitkan. Koyak poster Duran Duran, koyak poster Spandau Ballet...kini bilik saya penuh pula dengan poster Iron Maiden, Motley Crue, Dio dan lain-lain...and the rest is history...
5 - Yngwie J. Malmsteen' s Rising Force - Marching Out (1985) - Zaman kemaruk dengan heavy metal. Malmsteen adalah antara pengaruh saya untuk memiliki kumpulan sendiri dan menjadi gitar hero. Malangnya saya tangan bangku. Pernah juga bermain bass bersama rakan-rakan dalam satu kumpulan di sekolah. Pergi jamming tiap-tiap minggu adalah pencapaian tertinggi saya sebagai pemuzik. Memang tak berbakat. Jadilah tukar dengar sahaja sehingga kini...
6 - Megadeth - Peace Sells... but Who's Buying (1986) Pertama kali dengar baru tahu ada lagu lain yang lebih berat, lebih laju dari Iron Maiden. Ini adalah permulaan untuk saya mula terjebak dengan muzik yang lebih ekstrem.
7 - Metallica - Master of Puppets (1986) Satu perkataan Wow!!!!..... selepas inilah baru kenal apa itu thrash metal dan ianya adalah genre muzik yang saya minat sehingga sekarang.
8 - Helloween - Keeper Of The Seven Keys Pt 11 (1988) Mereka dan Manowar membuka saya kepada satu lagi genre metal yang saya minati. Selain thrash, saya jugak agak kemaruk dengan genre Power metal. Kena sebut juga, Savatage adalah salah satu darinya (maklumlah kipas susah nak mati😀)
9 - Sepultura - Beneath The Remains (1989) Ini adalah album yang membuatkan saya mula terjebak dengan extreme metal. Mula terpengaruh dengan death metal walaupun Sepultura mungkin bukan death metal tetapi ianya membuka jalan untuk saya mengenali band-band seperti Morbid Angel, Death, Obituary dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Zaman remaja yang mana apa yang bukan extreme adalah poseur...hahaha...
Helloween - Keeper of the Seven Keys: Part I (1987)
30 tahun dah. Cepat betul masa berlalu. Mula mendengar Helloween dari zaman Pt 2. Selepas tu baru mencari album-album sebelumnya. Sejak itu Hellowen menjadi salah satu band kegemaran.
Mendengar semula "Future World", "Twilight of the Gods", "A Tale That Wasn't Right" dan "Halloween" mengembalikan kenangan silam. Ini lah lagunya yang satu ketika dahulu didengar berulang-ulang kali. Fwd Rwd Fwd Rwd sampai naik lunyai kasetnya.
Sememangnya sebuah album klasik power metal! Walaupun zaman itu rasanya tak pernah dengar pun lagi terma tersebut. Ia biasanya di rujuk sebagai speed metal. Tetapi lagu-lagunya agak melodic untuk speed metal tetapi terlampau laju pula kalau hendak digelar pop metal. Tak kisah la nak panggil apa pun..yang penting ianya memang sedap!
Ianya juga sebuah album yang membuatkan nama Kai Hansen menjadi idola gitar hero saya. Solo solo gitarnya sememangnya meruntun jiwa.
Dan sudah semestinya, mana-mana kaset kegemaran akan di upgradekan ke cd, apatah lagi jika kasetnya pun dah hilang. Memiliki piring hitamnya pula bukanlah suatu kemestian. Tetapi jika terjumpa dengan harga yang mampu milik...dalam berpuasa beli pun pastinya akan teracun juga...haha..
Yang menyambut ulang tahun ke 20 pada hari ini, 29hb Mac...
Andi Deris - Come in from the Rain (1997)
Saya hanya betul- betul menerima kenyataan yang Michael Kiske bukan lagi suara Helloween pada album The Dark Ride (2000). Semenjak itu rasa teringin pula hendak mendengar apa-apa karya lainnya dari Andi Deris.
Asalnya hendak mencari album band lama beliau, Pink Cream 69. Tetapi secara tidak sengaja terjumpa pula dengan album solo ini. Tambah menarik ianya keluaran Jepun yang lengkap dengan obi strip. Dan sudah semestinya ada lagu bonus dan disertakan juga dengan poster sticker. Sangat berbaloi dengan harganya yang tak sampai pun RM25.
Come in from the Rain diterbitkan selepas 2 album beliau bersama Helloween. Namun begitu ianya memang tidak sama seperti Helloween. Satu-satunya lagu yang berbunyi Helloween adalah "King Of Seven Eyes". Itu pun kerana ianya menampilkan rif dan solo-solo dari Roland Grapow dan Michael Weikath bersama Markus Grosskopf di posisi bass.
Lain-lain lagu lebih kepada melodic hard rock. Ada yang kata ianya lebih kepada bunyi Pink Cream 69. Kalau anda sukakan lagu-lagu perlahan Helloween seperti "Forever and One" atau "In The Middle Of A Heartbeat" pastinya anda akan menyukai album ini.
Come in from the Rain menunjukkan kehebatan vokal beliau. Disamping itu ianya juga membuktikan kebolehan beliau dalam penciptaan lagu. Banyak lagu sedap. Beliau semakin diberi kepercayaan dalam menghasilkan banyak lagu-lagu menarik Helloween selepas dari ini.