Saturday, July 28, 2018

cd 2018 pt 2

Lagi cd-cd terkini yang sempat dibeli...

Michael Schenker Fest - Resurrection / Amorphis - Queen of Time / Pungent Stench - Smut Kingdom / Riot V - Armor of Light

Mungkin ianya bukanlah yang terbaik....tetapi yang penting apa yang kita suka...macam biasa kalau rajin...ada lah ceritanya nanti...




Tuesday, July 24, 2018

God Damn Evil

Antara yang terkini di pasaran.


Stryper - God Damn Evil (2018)

Stryper adalah antara contoh band lama yang masih sedap mata memandang dan enak untuk telinga mendengar. Identiti yang masih sama. imej...tema...lirik...warna...malah anggotanya tiada yang gemuk, berperut buncit dan berkepala botak...masih hensem kesemuanya...hahaha...

Semenjak comeback mereka...atau lebih tepat semenjak album Murder By Pride (2009), Stryper memang tidak mengecewakan. Lagu dengan melodi yang catchy, rif -rif harmoni dan solo-solo shredding mereka masih seperti dulu. Dan sememangnya itulah kekuatan mereka. Memang sedap.


Adik beradik Sweet ( Michael dan Robert ) dan Oz Fox berserta anggota terbaru mereka, En. Perry Richardson (bekas anggota kumpulan Firehouse) berjaya membawa kita untuk bernostagia bersama metal era 80an tetapi dengan sound yang lebih moden. Mungkin muzik sebegini tidak akan dapat menarik ramai peminat baru. Tetapi ianya membuatkan peminat lama seperti saya tersenyum lebar.

Mungkin ada yang was-was dengan Stryper. Maksud saya tentang imej white metalnya. Tetapi bagi saya, mendengar Stryper, samalah juga seperti mendengar black metal. Abaikan liriknya dan enjoy the melodies.



Wednesday, July 18, 2018

Maximum Destruktion



Aircraft - Maximum Destruktion (2017)

Selepas Ironbird, ini sebuah lagi cd band heavy metal tempatan yang berjaya memikat hati. Sebuah kumpulan yang agak misteri. Dianggotai oleh 2 orang individu hanya mahu dikenali sebagai Azgtex Warrior (gitar dan semua alat muzik yang lainnya merangkap sebagai pencipta lagu) dan Assassin Tiger (vokal dan penulis lirik).

Mereka memainkan muzik heavy metal lama. Pengaruh NWOBHM yang sangat kuat. Ianya akan mengembalikan nostagia anda ke zaman Battle Of The Band mahupun Juara Juara Rock. Produksi soundnya yang sedikit tenggelam sememangnya membuatkan kita seolah-olah terasa kembali ke zaman tersebut.

Mengandungi 8 lagu yang sedap dan senang melekat. Solo solo melodic yang memikat. Vokal yang menarik. Tiada apa yang nak di komplenkan sangat jika anda sukakan genre muzik yang sebegini. Lagu-lagu seperti Maximum Destruktion, Stranger Behind, Soul dan Speed of Thunder pasti akan membuatkan anda tersenyum kepuasan.


Mereka juga memilih untuk merakamkan semula lagu Kabus dari Metalian (Juara Juara Rock). Jarang jumpa band yang cover lagu ni. Setahu saya hanya band Ijau (Metuk Ulau Project) yang buat. (Ijau...ko patut dengar cd ni...haha...)

Satu lagi yang menarik, cd ini diterbitkan oleh label dari Jerman. Bukannya terbitan tempatan. Kalau label dari luar pun yakin, maknanya mereka ini memang cukup bagus. Terbaik!



* Cd tempatan kegemaran yang kedua untuk saya untuk tahun ini selepas Ironbird - Into The Evil (walaupun secara teknikalnya cd ini diterbitkan pada tahun lepas, disember)






Monday, July 16, 2018

Destiny

Ulangtahun ke 30 pada 20hb Jun yang lalu...


Destiny - Saxon (1988)

Mereka tidaklah sepopular Iron Maiden ataupun Def Leppard yang seangkatan dengan mereka. Tetapi merekalah yang paling konsisten dan aktif dalam mengasilkan studio album sehingga hari ini. 22 album kesemuanya berbanding Maiden, 16 dan Leppard, 11.

Destiny adalah album ke 9. Diterbitkan di zaman dunia rock/metal dikuasai oleh MTV. Zaman Glam/Hair Metal berada di kemuncak. Mereka juga terpaksa salin kulit. Terpaksa mengikuti peredaran zaman. Ini adalah antara album mereka yang dikecam hebat. Baik majalah mahupun peminat.


Ianya lebih pop dan komersial. Lagu seperti "I Can't Wait Anymore" memang susah untuk diterima oleh peminat awal mereka. Malah menurut Biff Byford, pada satu ketika mereka terpaksa tidak memainkan lagu cover “Ride Like the Wind" dalam persembahan live kerana teruk dikecam oleh majalah. Ini adalah apa yang terpaksa mereka lalui demi untuk survive.

Tetapi sebenarnya album ini tidaklah seteruk mana. Pop? Memang betul. Tetapi ianya sedap. Banyak lagu yang sedap. Rasanya jika anda tidak ada masalah mendengar lagu melodic/A.O.R, makanya anda juga tidak akan ada masalah dengan Destiny. Ada juga lagu yang heavy. "For Whom the Bell Tolls" contohnya.

Pada saya ianya bagus, Hair/Glam metal sebenarnya tidaklah jauh tersasar dari rock/metal 70an dan 80an. Tetapi kalau grunge, itulah dah lain cerita...




Friday, July 13, 2018

Power Metal

Sempena tribute kepada Vinne Paul dan album yang menyambut ulang tahun ke 30 pada bulan Mei yang lalu…


PANTERA – POWER METAL (1988)

Antara album yang mahu dilupakan oleh Pantera. Mungkin kerana genre muzik mereka yang dah berubah atau mungkin juga kerana imej yang berbeza.

Power Metal adalah album pertama Phill Anselmo bersama Pantera. 3 album yang awal adalah bersama vokalis yang lain. Walaupun ianya sering dikategorikan sebagai sebuah album glam/hair metal seperti 3 album awal, tetapi sebenarnya ianya tidaklah sepenuhnya begitu. Ianya bukanlah sebuah album seperti Poison ataupun Warrant


Lagu-lagunya lebih ke arah heavy metal 80an ala Judas Priest. Ada juga pengaruh speed metal yang ada masanya mengingatkan saya kepada band seperti Savatage di awal kemunculan mereka. Ada juga elemen thrash dengan rif rif ala Megadeth yang dapat dikesan.

Senang cerita ianya adalah permulaan untuk Pantera yang baru. Lagu-lagunya tak lah bagus dan tidak juga teruk. Kira  ok-ok sahaja lah. Tumpuan utama sudah semestinya kerja gitar Diamond Darrell.



Thanks for the music
Vincent Paul Abbott
(March 11, 1964 - June 18, 2018)




Wednesday, July 11, 2018

Monday, July 9, 2018

cd 2018 - versi tempatan

2018 ni dah kurang dah keluarnya album-album reissue rock melayu. Tak pasti kenapa. Mungkin dah tiada apa yang boleh di keluarkan semula. Atau mungkin juga ianya tidak menguntungkan pihak penerbit. Banyak lagi agaknya tak terjual. Pembeli pun semakin selektif. Nak yang berkualiti. Atau mungkin juga kuasa membeli semakin berkurangan. Harga cd/lp pun semakin mahal. Masih tak nampak lagi shoping RM50 boleh penuh satu troli...kah..kah..kah...

Makanya banyak pula membeli cd-cd tempatan yang berbahasa orang putih. Ini adalah yang terkini dalam sebulan dua yang lalu...

Ironbird - Into The Evil / Aircraft - Maximum Destruktion / Cryptic Malediction - Embedded in Blood ...Feudal Delirium / Punisher - Dehumanized / Succubus - Nocturnal / Farasu -Sulalatus Salatin

Harapnya ada la kerajinan untuk menulis tentangnya satu persatu. (untuk rekod, Ironbird dan Punisher dah buat dah)



Thursday, July 5, 2018

South Of Heaven

Ulangtahun yang ke 30 pada hari ini, 5hb Julai...


Slayer - South Of Heaven (1988)

Pejam celik pejam celik dah 30 tahun. Satu lagi kenangan zaman remaja. Umur belasan tahun yang kita rasa kita boleh hidup selamanya. Zaman tak fikir masa depan. Bila fikir-fikir balik rasa lawak. Rasa bodoh pun ada juga…haha… Tetapi sesuatu yang rasa boleh berbanga adalah citarasa muzik. Tiada apa yang nak di malukan…tiada apa yang perlu disorok. 30 tahun dulu, saya dah dengar SLAYERRRRR!!!

Bila sentuh tentang South Of Heaven, ada sedikit sentimental value. Ini album pertama Slayer saya. Penghujung tahun 1988 adalah tahun yang saya mula kemaruk dengan thrash. South Of Heaven adalah antara kaset thrash terawal yang di beli.


Ketika itu hari-hari dengar. Maklumlah zaman tu baru ada berapa keping pun kaset dalam simpanan. Melodinya memang sudah melekat di dalam kepala. Lagu-lagu seperti "South Of Heaven", "Silent Scream","Behind the Crooked Cross", "Mandatory Suicide","Ghosts of War","Spill the Blood" dan lain-lain antara yang menjadi kegemaran

Ia agak berbeza dari Reign In Blood (1986). Tiada lagi kelajuan membunuh. Lebih melodic dan perlahan temponya. Tetapi petikan gitar Jeff Hanneman di kanan speaker dan  Kerry King di kiri speaker memang cukup berhantu. Di tambah pula dengan dentuman drum Dave Lombardo yang mengegarkan jiwa. Tidak boleh di nafikan ianya adalah salah satu dari 3 album zaman kegemilangan Slayer selain dari Reign in Blood dan Season in Abyss.

Tak perlu ulasan pajang lebar. Senang cakap, tak cukup sifat thrash lah kalau tak pernah dengar.

Terbaik!



Monday, July 2, 2018

RUSSIA 2018



World Cup datang lagi. Dan dah separuh jalan pun. Meneruskan tradisi menulis pasal World Cup semenjak South Africa 2010 ( 8 tahun dah), kali ni nak cerita sedikit pasal World Cup walaupun sekarang semakin malas dan tak ada masa untuk menulis.

Rasanya semenjak betul-betul mengikuti Word Cup dari zaman Espana 82, edisi World Cup kali ini lah yang paling rasa kurang feel dan kurang bersemangat untuk menonton. Entahlah mungkin juga atas faktor usia. Tiada lagi beriya-iya menyokong mana-mana negara mahupun sanggup berjaga malam demi menonton perlawanan secara langsung.

Kali ini lebih kepada berminat dengan team underdog. Tak kisahlah team apa pun. Tak berminat dah dengan Argentina seperti ketika zaman muda remaja dahulu. Tak minat dengan Messi. Batigol 10 kali lebih bagus dari Messi. ­čśÇ

Sehingga hari ini, hanya ada beberapa game yang berjaya ditonton sepenuhnya. Game pukul 2 pagi memang lansunglah tak larat nak tengok. Rakam. Bangun subuh baru tengok. Itupun sekadar fast forward tengok gol. Kang nanti terngaga pula bila kawan-kawan cerita pasal bola di opis…haha…

Apa-apa pun rasa sedih juga bila negara-negara yang dulunya setaraf dengan Malaysia, sama-sama bermain dalam kejohanan Pesta Bola Merdeka pada tahun-tahun 80an dahulu seperti Korea Selatan, Jepun dan Senegal dah jauh meninggalkan kita. Tak tau kat mana silapnya...

Akhir kata...May the best team win...walaupun sebenarnya dalam Word Cup, nasib adalah sebahagian dari penentunya.