Showing posts with label Riot V. Show all posts
Showing posts with label Riot V. Show all posts

Wednesday, August 14, 2024

Mean Streets

 Lagi yang terkini untuk 2024...

Riot V - Mean Streets (2024)

Ini adalah album Riot yang ke 17 dan yang ke 3 menggunakan nama Riot V (sempena menghormati pengasas Riot, Mark Reale yang sudah meninggal dunia).

Walaupun hanya tinggal Donnie Van Stavern dan beliau pun bukannya anggota yang asal tetapi album ini sememangnya tidak mengecewakan. 


Riot V sememangnya khas untuk pengemar Thundersteel. Donnie sendiri bermula dari album tersebut. Dan beliau juga watak penting yang mencorakkan Thundersteel maka sudah semestinya era tersebut adalah pilihan beliau.

Jika anda peminat Thundersteel maka sememangnya tiada alasan untuk tidak suka kepada album ni.

Pastinya album ini adalah antara album pilihan saya untuk 2024.
 

Tuesday, September 18, 2018

Armor Of Light

Yang terkini di pasaran...


Riot V - Armor of Light (2018)

Ingatkan tanpa Mark Reale, Riot juga akan berkubur bersama beliau. Tetapi ternyata tidak. Baki anggota yang tinggal masih terus gagah meneruskan legasi Riot. Dengan menambah huruf V dibelakang (menghormati permintaan bapa Mark Reale yang mahu nama Riot disemadikan), mereka terus melangkah dengan album terbaru yang kedua selepas kematian beliau.

Adakah ianya masih Riot? Bagi saya secara muzikalnya iya. Walaupun hanya tinggal Don Van Stavern satu-satunya anggota lama. Tetapi tak kisah lah kerana mereka masih dapat menghasilkan bunyi dan feel Riot yang lama terutamanya era kegemilangan mereka dengan album Thudersteel (1988).


"Messiah" contohnya, mirip lagu-lagu dari album Thundersteel. Suara vokalis barunya juga seakan-akan suara Tony Moore. Majoriti lagunya memang sedap. Produksi tip-top. Walaupun tiada lagi kerja gitar dari Mark Reale, tetapi yang mengantinya memang bagus.

Album seperti ini sememangnya patut menjadi rujukan kepada band-band baru bagaimana sepatutnya muzik power metal dihasilkan.

Walaupun bukan sempurna...tetapi ianya memang baik!.