Lama dah cari...akhirnya...
MAY - 25th Anniversary Discography Limited Edition (2011)
6 tahun kot cari...sejak Deaf buat entri >NI < Akhirnya berjaya juga dimiliki. Bukan 2nd hand...tapi baru siap berbungkus.
Kalau nak baca dengan lebih terperinci dan nak tengok banyak gambar,boleh pergi ke blog Deaf. Kat sini tampal sikit-sikit dah lah..
Secara ringkasnya boxset ini mengadungi buku bergambar sejarah kumpulan MAY dari awal penubuhannya hinggalah ke ulangtahun ke 25 mereka. Disertakan juga sebuah cd rakaman album terbaru mereka pada ketika itu berserta sekeping dvd wawancara mereka dan 2 video clip.
Asalnya dulu memang tak pernah tau pun kewujudan boxset ni. Pernah nampak di kedai cd versi digipak. Ingatkan ianya sekadar album kompilasi koleksi terbaik mereka sempena 25 tahun. Baca blog Deaf baru tahu rupa-rupanya ia adalah sebuah album baru.
Memang berbaloi la boxset ni. 100++ mukasurat yang penuh dengan gambar warna warni. Paling seronok bila dapat tengok gambar-gambar lama tahun 80an. Nostalgia sungguh.
Rasanya merekalah satu satunya kumpulan rock yang mengeluarkan buku biography bergambar seperti ini. Patut yang lain pun buat. Khazanah muzik negara ni semua. Amy Search dulu pernah keluar cerita nak buat buku autobiography. Tapi sampai sekarang senyap. Rosli Mohalim ada. Nak kena beli juga yang tu nanti.
Satu nak pesan. Kalau terjumpa orang jual. Sila beli kerana ianya adalah satu pembelian yan berbaloi-baloi terutamanya kalau anda peminat kumpulan MAY khususnya dan peminat rock melayu amnya.
***terimakasih Portdy kerana maklumkan jualan boxset ini di FB. 🤗
Showing posts with label dvd. Show all posts

Monday, April 2, 2018
Wednesday, April 9, 2014
Come Hell or High Water
Hari tu dah terbuat entri pasal Deep Purple sikitkan...kali ini baru yang banyaknya...album live yang dah 20 tahun usianya...
Deep Purple - Come Hell or High Water (1994)
Apa-apa sahaja dari Mark 2 memang berbaloi. Walaupun mungkin rakaman live ini lebih diingati kerana perangai diva Ritchie Blackmore. Tetapi ini adalah suatu kenangan yang menarik untuk peminat Deep Purple. Tambah pulak ini adalah antara penampilan terakhir beliau bersama mereka. Tak kisah la kalau tengok videonya muka Ritche ketat semacam. Tapi dari segi muziknya dia memang terbaik. Tak hairanlah kenapa budak-budak rock melayu ketika penghujung 70an menjadikan beliau sebagai idola.
Cd ini adalah rakaman live Tour The Battle Rages On di Birmingham NEC (9th November 1993) dan Schleyerhalle, Stuttgart (16 October 1993). Ritche tak abiskan pun tour ni. Joe Satriani jadi pengganti bidan terjun. Kalau cari kat youtube best juga tengok Joe Satriani dengan Deep Purple. Kalaulah gandingan mereka ini berkekalan...kan ke best. Tiada masaalah dengan Steve Morse....cuma ini Joe Satriani ok!
Kalau tak silap rakaman live ini ada dikeluarkan dalam bentuk VHS. Pernah tengok suatu ketika dulu. Tetapi saya cuma memiliki versi VCD, itupun versi Jack Sparrow. Dibeli di zaman-zaman VCD tengah top suatu ketika dulu.
Ada perbezaan antara versi cd dan vhs/vcd/dvd yang mana versi cd banyak potong. Cuma ada 9 lagu berbanding 16 lagu. Dan versi vhs/vcd/dvd adalah sepenuhnya rakaman di Birmingham NEC. Tambah pula ada sedikit wawancara dengan anggota Deep Purple kecuali Ritche. Sayangnya tak ditunjuk pula kes Ritche naik stage lambat dan baling air kat kamera tu.
Dari segi sound memang terbaiklah. Mendiang Jon Lord memang betul-betul tunjuk skill. Takder nak komplen. Lagu pertama jer dan Highway Star. Apa lagi yang nak dikomplen kan? Ok lah... Ian Gillan bahagian high note tu terkial-kial sikit. Paham-pahamlah sahajalah ketika itu pun usia dia dah berapa. Tetapi yang lainnya memang spot on. Ian Paice dan Roger Glover pun memang hebat. Pilihan lagu mungkin ada pro dan kontra. Tapi adanya "Anya" kira saya dah puas hati la...
* Sedang mencari boxset "Live in Europe 1993" keluaran tahun 2006. Kalau dapat yang ini lagi best. 4 disc rakaman live kat Birmingham NEC dan Schleyerhalle, Stuttgart tanpa potong.

Labels:
1994,
cd,
Deep Purple,
dvd,
live,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Monday, December 31, 2012
Under the Blade
Yang menyambut ulangtahun ke 30.
Twisted Sister - Under The Blade (1982)
Kalau ditanya apakah album pilihan saya dari tahun 1982. Mungkin ramai yang meneka Iron Maiden - The Number Of The Beast. Tetapi sebenarnya kurang tepat. Kerana ada masa-masa dan ketikanya Twisted Sister - Under The Blade adalah jawapannya. Mungkin bro RockSportS akan bersetuju dengan saya.
Kenapa dan mengapa? Itu anda kena dengar sendiri. Bias ker tak, saya sememangnya peminat tegar Twisted Sister tapi dalam masa yang sama juga amat meminat Iron Maiden. Dua2 album pun bagus tapi kalau anda mengemari heavy metal awal 80an yang mempunyai sound yang raw dan power, ini lah album yang patut anda cari.
Under The Blade adalah album pertama mereka dan yang paling heavy dalam discography mereka. Semua lagu pun sedap, semua lagu pun metal anthem. Teringat zaman budak2 1st time dengar lagu Under The Blade rasa seram pulak dengar muzik dan suara Dee Snider tu.
Ok sebenarnya bukan nak cerita pasal lagu2nya. Ini sememangnya album kegemaran saya tapi nak cerita pasal cd special edition yang saya ada ni. Yang menariknya ianya juga mengandungi EP pertama mereka "Rough Cutts" yang mengandungi demo version untuk lagu "What You Don't Know," "Shoot 'em Down," "Under the Blade" dan Shangi-La's cover, "Leader of the Pack". Sememangnya EP ni dah jadi sangat rare dan memang susah nak cari.
Tambah berbaloinya special edition ini jugak disertakan dengan dvd 40 minit interview mereka berkenaan pembikinan album ini dan yang paling bestnya dvd live mereka di Reading 1982. Mereka tak main satu hari yang sama dengan Iron Maiden dan zaman tersebut mereka belum dikenali lagi. Rakaman cuma menggunakan 3 kamera (kiri,kanan dan tengah), takder edit2, muzik pun raw dan dapat tengok macamana tightnya dorang perform. Yang bestnya dapat tengok Dee Snider cabar penonton yang baling macam2 barang atas stage supaya jangan jadi pengecut, baling barang nanti kena penonton depan kalau berani jumpa dia one by one belakang stage...hahaha...(dalam interview lepas tu, Dee Snider cakap takder siapa pulak datang, mungkin dorang dah suka Twisted Sister kot)
Maklum la zaman tu tak ramai kenal Twisted Sister, album ni pun tak rilis lagi tapi bila lagu last Rolling Stones kaver "It's Only Rock 'n Roll" bila Pete Way, "Fast" Eddie Clarke dan Lemmy Kilmister join sekali atas stage, penonton semua support mereka. Tak tau penonton betul2 support mereka atau dorang sebenarnya teruja tengok Eddie Clark dan Lemmy join satu stage 1st time selepas Motorhead berpecah (ketika itu la).
Apa2 pun tak kisah lah versi special ni ker atau versi biasa, Under The Blade sememangnya sebuah album yang berbaloi.
REKOMENDED!

1982,
cd,
dvd,
rekomended,
rock omputeh,
twisted sister,
Youth Gone Wild 80's
Wednesday, April 21, 2010
Dari Singapura
Sabtu lepas aku dapat satu surat yang aku tak jangka dari Singapura…dalamnya terdapat cd White Lion “Return Of The Pride”…Cd ni bukanlah dalam wanted list aku…tapi disebabkan reganya yang murah Sing$7.95 ajer…aku kirim beli jugak…sekadar pelengkap koleksi cd White Lion aku…dah lengkap pun kesemua studio album…Pride,The Big Game, Mane Attraction dan yang ni…

Aku memang minat White Lion…tapi semata2 kerana gitaris mereka Vito Brata…so disebabkan album baru ni tak der beliau…malah yang ada sebenarnya hanya vocalist dia…si laki Ayu Azhari (nyum..nyum..) tu ajer…maka tak der la beriya2 nak sangat pun…
Tapi bukan la tak best langsung cd ni…Mike Tramp masih hebat dalam mencipta melodi2 yang sedap…cuma suara dia sedikit berbeza dari zaman 80an dan 90an dulu…sedikit kasar…lagi bagus kot…tapi disebabkan tiadanya gitar work Vito Brata…pada aku dah tak bunyi White Lion dah…walaupun aku tau Mike Tramp cuba sedaya upaya nak balik ke zaman tu….tapi tanpa Vito Brata….ini bukan White Lion…rasa macam solo projek Mike Tramp pulak ataupun Freak Of Nature (band Mike Tramp selepas White Lion)..

Aku memang harap la satu hari nanti akan ada reunion dari dorang…Cuma tak pasti la tangan Vito Brata tu dah ok ke tak nak meng”shred” macam dulu…Cuma beberapa tahun lepas dalam satu interview dia ada cakap segalanya mungkin…tambah pulak sekarang ni semenjak Dave Mustaine dah berdamai ngan Dave Ellefson….memang dah takder tempat la untuk James Lomenzo dalam Megadeth…mungkin dorang boleh on projek ni kot…
Abis bab White Lion….dalam surat dari Singapura tu jugak…terdapat 2 keping dvd 1983 Dortmund Rock Pop Festival…lama dah aku cari dvd konsert ni…sebelum ni yang dapat aku sedut dari internet hanyalah Iron Maiden, Judas Priest dan Def Leppard…dengan adanya dvd ni maka dapat la aku tengok keseluruhan band2 yang ambik bahagian dalam festival ni…Quiet Riot, Scorpions,Krokus, Ozzy Osbourne dan Michael Schenker Group…semua nama2 besar heavy metal masa awal2 80an tu…memang best beb…puas hati…selepas berpuluh tahun…baru ni dapat nengok…

kalau boleh teringin gak nak cari US Festival 83…yang ada Motley Crue, Van Halen, Scorpions, Quiet Riot, Judas Priest, Ozzy dll tu...cari versi sedut pun tak dapat nak complete…kalau dapat yang melayu punya Dari Panggung Annivesary pun best jugak kan..
sedikit snapshot dari dvd tersebut..3 band yang aku suka live performance dorang dalam dvd tersebut...Iron Maiden, Def Leppard dan Quiet Riot..

Akhir sekali terimakasih la kepada pengirim surat tersebut…the one and only Mr. Deaf Angel…thanks fren…kerana sudi belikan aku White Lion dan salinkan aku dvd festival tu…kalau turun Jb jangan lupa roger2 aku…boleh kita pekena the tarik bang segelas dua…

Friday, February 26, 2010
Elizabethtown
Dari idea Zan tempohari...aku ingat nak review satu filem muzikal yang aku suka...tapi disebabkan pengaruh cerita romantik komedi dari blog Portdy tempohari kuat berbeno...akhirnya aku pun ter"seluar koyak main cinta..." la pulak...hahaha..
Ingat nak buat The Spinal Tap...kembur2 dvd lama terjumpa dvd ni pulak...akhirnya terlayan cerita tahun 2005 ni...Elizabethtown

Awalnya dulu tengok cerita ni pasal 2 sebab...pertama pasal ni filem Cameron Crowe beb...semenjak Singles aku memang ketagih citer2 dia...Keduanya dah tentu2 pasal kirsten Dunst...nak kata cantik sangat minah ni tak jugak...tapi tak tau la...muka dia macam ada something la..macam misteri skit..tu yang aku jatuh cinta tu...hahaha...tapi kalau untuk orang pompuan...macam Portdy punya Meg Ryan...tarikan utamanya dah tentu2 la Orlando Bloom kan....

Tapi bila dah tengok abis cerita ni...tak tau la...ada macam satu perasaan feel good pulak...aku kalau tengok movie takder perasan boring..nak forward...tertido..tu kira movie tu best la pada aku...tu yang jadi aku minat cerita ni...nak kata romantik komedi 100% pun tak jugak...ada jugak ciri2 road movie skit...ada rock sikit...biasala Cameron Crowe kan..

adegan bergayut talipon sampai ke bilik tido ni buat aku terkenang2 zaman memuda pulak :P
Lakonan Kirsten Dunst macam biasa...memang menyakinkan...cuma aku kurang minat Orlando Bloom ni..tapi dalam cerita ni agak menjadi jugak la "kimia" antara mereka berdua..Tepat jugak pilihan Cameron Crowe walaupun watak asal tu sebenonya diberi kepada Ashton Kutcher...malas pulak aku nak cerita pasal sipnosis dia...aku cut n paste je la...
Drew Baylor (Orlando Bloom), once a rising star at a leading athletic shoe company, has just fired due to the overwhelming failure of his design for a sneaker and the $972 million loss his cimpany suffered because of the fiasco. As if that wasn't bad enough, things get even worse. Drew receives a phone call informing him that his father has passed away-and now, he must get on a plane for Elizabethtown,Kentucky to retrive his father's remains.
On the plane ride, Drew meets Claire (Kirsten Dunst), a flight attendant and unstoppably positive woman who changes the course of his life. It is in Kentucky that Drew comes to learn the breadth of his father's life and his own family roots. Drew, with the help of Claire, submits to discovering the possibilities for his own destiny. A love letter to the resilience of the life force. "Elizabethtown" is a charming,music-filles journey that proves amazing things can happen when you least expect them.
Ini antara scene yang paling aku suka dalam movie ni....sepupu Drew dengan tribute bandnya perform lagu Free Bird dari Lynyrd Skynyrd...tak kira apa berlaku pun...the show must go on...so rock n roll beb!..best...
(untuk Ijau...Explorer tu beb!)
So sesapa yang bosan nak layan cerita tembak menembak stereotypes...kesan CGI melampau...hantu yang tak seram...cerita2 yang tak masuk akal...lawak ketuk kepala ala2 Prof Iron Maiden...jom layan cerita feel good macamgini...rekomended!

Saturday, July 4, 2009
Flight 666 Ulu Tiram Pressing
Sepatutnya entry ni aku buat selepas aku dapat cd Flight 666...tapi disebabkan dah dekat 2 minggu aku ronda2 sekitar JB langsung tak nampak rupa paras cd ni pun kat mana2...aku gave up la...nampak sangat dah kedai2 cd kat jb ni tak rock langsung...bila tanya semua buat muka tercengang...mamat dan minah yg jaga kedai cd ni terutama yang melayu semuanya kaki lagu indon ajer....hampeh...
walaucamna pun terimakasih la kepada tokey dvd pirate kerana bermurah hati mereleasekan dvd Flight 666 ni di JB...bukan salah aku eh...syarikat rakaman yg tak nak jual kat Malaysia...nak order dari obersea...tak larat...aku sebagai peminat yg tak berapa nak berkemampuan ni...hanya mampu sambar pressing yang ini...RM5.00 ajer...hehe..

Aku tak pasti adakah cover dan back cover ni sama macam yang ori...err..untuk makluman..kotak ni kalau regular customer macam aku je beli dapat..kalau tak plastik biasa tu la..err..agak2 boleh jual kat e-bay tak? hahaha...
Pressing (tak nak sebut pirate tu..hahaha) yang ni cuma ada 1 disk ajer...yang dokumentari sahaja...yang konsert kena download sendira la..terimakasih kepada rapidshare dan mereka2 yg bermurah hati sungguh mengupload kat alam maya ni..
nak review macam dah basi la...banyak dah orang lain buat..baca je kat deaf, krenmaut dan takilala...tapi pendapat peribadi aku memang aku mengharapkan satu dokumentari yang menarik la...maklum ini hasil kerja Sam Dunn...tengok Metal : A Headbangers Journey dan Global Metal je dah tau macamana bagusnya hasil kerja mamat ni..
kesimpulannya memang memuaskan...pilihan lagu dan tempat amat bersesuaian...tak perasan pun hampir 2 jam terpaku depan tv...yang menariknya selain dapat tengok keadaan dalam Ed Force One...dapat juga mengikuti aktiviti2 riadah dorang..dan paling best dah tentu tengok sambutan dan reaksi peminat2 la...terutama tempat2 yg 1st time dorang datang...ada satu mamat tu cakap...kawan dia sanggup berhenti kerja demi nak tengok Maiden...pergh...gila..
cd2 yang konsert pun aku rasa sama hebat macam live after death...nasib la LAD tu banyak nilai2 sentimentelnya...kalau tak Flight666 jadi pilihan utama...yang bestnya pasal dia banyak lokasi..so tak la boring sangat...aku ni selalu tengok dvd live mesti lost masa separuh jalan...tapi yang ni berjaya dihabiskan dengan jayanya..
satu yang aku tertarik...masa peta tunjuk dorang singgah Batam tu...tak tulis pulak Indonesia ker Singapore ker...tapi dia tulis Malaysia...adakah satu hari nanti Ed Force One akan singgah Malaysia...hehe..dream on.
-------------------------------------------------------------------------------------
oh ye..tu hari kat entry LAD aku tulis inlay cd tu ada sekeping ajer...terimakasih la Deaf pasal ingatkan aku sebenarnya ada booklet untuk cd tu...aku salah letak rupanya..dawai kokot staplernya dah tertanggal dan mispalced kat cd lain..nasib jumpa

Friday, February 27, 2009
White Lion Concert Anthology

2 minggu lepas aku terjumpa dvd ni kat Popular City Square...aku tak sure adakah dvd ini ori...siap ada logo KHEDN..tapi daripada cover dan inlaynya tu sangat mencurigakan...rasanya dvd ini adik beradik macam cd keluaran asialink tu..tapi tak kisah la...bukan senang nak jumpa White Lion live...

gambar cover ori dvd ni yg aku cut & paste dari internet..tapi yang aku beli macam gambar yg kat atas sekali tu...sah memang bukan ori...tu gambar album baru White Lion tu...apara!!!

yang lawaknya lagi...kat inlay tu gambar Jamez Lomenzo pakai tshirt Megadeth...dgn stail rambut tu nampak sangat ni gambar zaman sekarang...zaman dia ngan Megadeth...kot ye pun cari la gambar lama...lagi sekali...apara!! hahaha..
Track Listing
1. Hungry
2. Dont Give Up
3. Lonely Nights
4. Sweet Little Lovin
5. Broken Heart
6. Fight to Survive
7. Tell Me
8. All Join Our Hands
9. Wait
10. When the Children Cry
11. All You need Is Rock N Roll
12. All The Fallen Men
Aku beli dvd ni semata2 pasal Vito Brata...dari segi track list...ada banyak lagu best tak der...paling boring lagu Lady Of The Valley takder...his!!!..nasib vito brata punya pasal...lagu 1-6 adalah konsert kat New York...yang lebih tu kat Tokyo...tak tau lah tahun bila...tapi dua2 kualiti gambar tak best...rasa macam tengok konsert guna tape VHS zaman dedulu ajer...his!!!...diulangi...nasib Vito Brata punya pasal...
Aku tak tau la samada dvd ni official ker tak...tapi selain konsert...ada bonus video clip lagu Broken Heart dan 3 lagu live kat Jepun Freak Of Nature (Band Mike Tramp lepas White Lion pecah)...yang best sikit ada interview...tapi pendek sangat...
Kesimpulannya...hanya untuk die hard la...kalau korang tak pernah dengar White Lion...tak payah la...kecualilah kalau nak tengok kehebatan Vito Brata...macam aku kata...semata2 Vito Brata punya pasal...
Wednesday, February 4, 2009
"A night to remember"
Scorpions Live At Wacken Open Air 2006 A Night To Remember A Journey Through Time
Dah lama rasanya DVD ni berada di pasaran...cuma aku je yang baru dapat dvd ni..pernah download lama dah..tapi tak pernah tengok2 hingga la sekarang.
Siapa yang tak kenal Scorpions kan...dgn special guestnya Uli Jon Roth...Michael Schenker..Herman Rarebell...pergh...reunion ni...kalau korang die-hard Scorpions tapi tak der dan tak pernah tengok dvd ni memang buat malu je ah...haha..
Terdapat 26 lagu semuanya...dari zaman 70an hingga ke 90an yang dipilih oleh peminat mereka sendiri (mengikut nota di booklet..lagu2 dipilih oleh peminat mereka dari senarai 50 lagu dari homepage mereka).
So...jika anda baru nak belajar dengar Scorpions atau nak tau lagu2 lama Scorpions...dvd inilah jawapannya..bukan senang oi nak tengok Scorpions sekarang bawak lagu2 zaman Uli Jon Roth..
Track List
1.Coming Home
2.Bad Boys Running Wild
3.The Zoo
4.Loving You Sunday Morning
5.Make It Real
6.Pictured Life
7.Speedy's Coming
8.We'll Burn The Sky
9.Love 'em or Leave 'em
10.Don't Believe Her
11.Tease Me Please Me
12.Coast To Coast
13.Holiday
14.Love drive
15.Another Piece Of Meat
16.Kottak Attack
17.Blackout
18.No One Like You
19.Six String Sting
20.Big City Nights
21.Can't Get Enough
22.Still Loving You
23.In Trance
24.Bolero
25.Ready To Sting (Appearance of the Scorpion)
26.Rock You Like A Hurricane
Aku memang tak sabar nak tengok Uli Jon Roth beraksi kembali bersama Scorpions..dulu zaman Tokyo Tapes tak der video..tapi sayangnya lagu favourite aku zaman Jon Roth "The Sails Of Charon" tak der...rugi ahh...tapi walaucamnerpun...Jon Roth dengan Sky Guitarnya memang tak menghampakan...lagu2 macam Pictured Life,Speedy's Coming dan We'll Burn The Sky buat aku rewind 2,3 kali...Begitu jugak bila turn Micheal Schenker...lagu Coast To Coast,Holiday,Love drive dan Another Piece Of Meat..ulang2 2,3 kali lagi...iyer la...lagu2 zaman Mathias Jab dah banyak kali tengok live kan...
satu yang best Scorpions ni...vocal si Klaus Meine la...dah tua2 pun power...tapi sepatah haram aku tak paham dia cakap apa dlm dvd ni...dah dia ngomong jowo...eh jerman..mana la aku nak paham...haha...
satu lagi yang aku tertarik dengan identiti 2 gitarisnya...dari dulu sampai sekarang...Rudolf dengan V nya...Mathias ngan Explorernya (Jamez Hetfield pun dah tak pakai dah...)memang tak berubah2...aku memang suka gitar cabang2 ni...baru rock..hehe..dan Mathias dan Rudolf memang energetic bila live...tak main arr berdiri macam tiang bendera...
Dan yang best jugak...masa lagu Balero...semua join atas stage together...termasuk sekali anak Michael Schenker iaitu Tyson Schenker (penyambung generasi Schenker ni..pun guna V..) dan tak lupa aksi stunt Rudolf dengan headstandnya...pergh...org tua ni...dah tua2 pun bertenaga (banyak minum air tongkat ali agaknya....hahaha)
Kesimpulannya...a must have la pada die hard fan...kalau aku ada kat Wacken masa tu...memang la a night to remember...
Subscribe to:
Posts (Atom)