Saturday, May 31, 2014

Mama Cake



Mama Cake (2012)

Seperti yang pernah saya katakan dalam entri filem North Country dan Hot Tube Time Machine, mana-mana filem yang ada t-shirt Iron Maiden didalamnya, tak kira lah watak yang memakainya cuma watak sampingan yang tak berapa senonoh, sudah pasti ianya ada tempat di dalam blog merapu ini....hahaha...

Iyer...ini filem Indonesia. Mengetahui pasalnya secara tidak sengaja. Terbaca dalam satu review dari blog filem yang saya pun dah terlupa. Konsep visualnya yang dikatakan seakan-akan filem Scott Pilgrim vs. The World (2010) membuatkan saya tertarik untuk mencuba.

Ternyata filem ala-ala road trip dari Jakarta ke Bandung untuk membeli kek ini berjaya menarik minat saya. Cerita yang mudah tetapi mempunyai kritikan moral dan mesej dakwah yang bagus. Rupa-rupanya baru saya tau yang pengarahnya adalah seorang mat metal. Padanlah ada mat rock dan Iron Maiden. Pengarahnya iaitu Anggy Umbara atau lebih dikenali sebagai DJ Djakal adalah angota band Death/Nu Metal bernama Purgatory. Band ini lebih berkonsepkan islamik death metal. Maka tak hairanlah filem ini juga mempunyai banyak mesej dakwahnya.

Pada saya ianya lebih bagus dari Scott Pilgrim vs. The World dan mana-mana filem komedi remaja dari Malaysia. Tak perlu lawak bodoh yang tak bertempat. Walaupun ceritanya sedikit meleweh kerana agak panjang durasinya. Tetapi secara keseluruhannya kira boleh tahan lah. Nampaknya filem kita bukan sahaja ketinggalan dari genre aksi...

Sedang cuba mencari Comic 8, sebuah lagi filem arahan dari Anggy Umbara...

http://www.youtube.com/watch?v=5VfBzMF6AEY



Friday, May 30, 2014

The Story Of Michael Schenker

Album kompilasi gitar hero yang dah capai 20 tahun...



Michael Schenker ‎– The Story Of Michael Schenker (1994)

Ketika saya budak-budak dahulu (penghujung 70an), sebelum Yngwie Malmsteen atau Eddie Van Halen menjadi pengaruh bagi budak-budak melayu di kampung saya untuk bermain gitar dan menjadi Mat Rock. Ritchie Blackmore dan Michael Schenker adalah Gitar Hero yang awal.


Saya juga begitu. Walaupun ketika itu tak paham pun rock tu apa dan selalu konpius Michael Schenker ni Scorpions ker UFO?....dan MSG pulak band mana?  Zaman belum wujud teknologi internet lah kan. Tapi zaman sekarang ni kalau masih ada yang tak pasti dan baru teringin mencuba muzik Michael Schenker, mungkin kompilasi ini adalah antara yang dapat membantu.


Menampilkan lagu-lagu beliau sepanjang kariernya ketika bersama UFO,Scorpions, Michael Schenker Group dan yang terakhir McAuley Schenker Group. Dari rock 70an hinggalah ke era hair metal. Semuanya pun best.


Cumanya patut ada lagu-lagu Scorpions era Lonesome Crow (sebelum dia join UFO). Kalau ada "In Search of the Peace of Mind" pun ok jugak. Yang lain-lain tu takder lah nak komplen sangat. Walaupun banyak lagi lagu-lagu zaman UFO yang sedap-sedap. Tapi kalau nak letak semua tak cukup pulak kalau nak sumbat dalam 1 disc. Kan...







Wednesday, May 28, 2014

Wordless Wednesday : Class Of 1984





**antara tahun terbaik untuk rock/heavy metal....zaman ni semua pun yang macam ni orang panggil rock atau heavy metal...tak pening banyak mazhab macam sekarang....




Tuesday, May 27, 2014

First Blood Last Cuts

Antara band heavy metal 80an yang menghasilkan album kompilasi pada 20 tahun yang lalu...


WASP - First Blood Last Cuts (1994)

Visual pertama WASP saya adalah video clip "L.O.V.E. Machine" dari tape VHS Kerrang Kompilation 1. Tak pasti mungkin dalam tahun 1986 atau 1987. Pada ketika itu mereka bersama-sama Twisted Sister dan Motley Crue (era sehingga Theater of Pain) pada saya sungguh ganas dan menyeramkan imejnya. Kalau zaman tu rasa macam tak jauh pun imej mereka kalau nak dibandingkan dengan band-band yang lebih extreme seperti Slayer, Venom ataupun Celtic Frost contohnya. Sama jer setan.

Cuma mungkin dari segi muzik dan liriknya yang ada perbezaan. Tapi band yang extreme pun tak letak tajuk lagunya "Animal (Fuck Like a Beast)". Mereka jer yang buat. Sebenarnya inilah suatu yang menarik tentang album kompilasi ini. Lagu "Animal (Fuck Like a Beast)" sememangnya tak terdapat didalam mana-mana album studio WASP walaupun ianya merupakan single pertama mereka. Lagu ni dibuang oleh syarikat rakaman dari album pertama mereka bagi mengelakkan sebarang kontroversi. (tapi untuk versi reissue 1998 lagu ni ada)


Selain itu, kompilasi ini juga ada 2 lagu baru yang pada ketika itu tiada dalam mana-mana album mereka yang lainnya. "Sunset and Babylon" dan "Rock and Roll to Death". Lain-lainnya lagu wajib mereka yang perlu anda dengar seperti "L.O.V.E. Machine", "I Wanna Be Somebody", "Wild Child" , "I Don't Need No Doctor" dan lain-lain termasuk slow rock berhantu "Forever Free" dan "Hold on to My Heart".

Tapi seperti biasa mana-mana album kompilasi pun, pastinya ada lagu yang kita suka tetapi tiada. Untuk kes ini bagi saya adalah lagu "Sweet Cheetah".

Bagi sesiapa yang baru nak dengar WASP, album kompilasi ini adalah satu permulaan yang baik.





Monday, May 26, 2014

Promised Land

Album yang dah 20 tahun...


Queensrÿche - Promised Land (1994)

Sebuah lagi band dari zaman 80an yang tak terkesan dengan apa yang popular di zaman 90an. Sayangnya band seperti ini sudah pastinya tidak akan mendapat perhatian.

4 tahun selepas kejayaan album Empire (album paling komersil mereka), Queensrÿche kembali lagi dengan sebuah album dengan formula yang hampir sama dengan Empire. Sayangnya mereka berubah menjadi mellow. Mereka terlupa untuk rock n roll.

Mereka kini seolah-olah cuba untuk menjadi Pink Floyd. Tak salah rasanya jika mereka cuba untuk memberikan sound yang lebih dewasa. Tetapi bila hampir tiada lagu-lagu yang rancak, ianya menjadi sedikit hambar. Sekurang-kurangnya itulah yang saya rasakan.


Rasanya cuma 2 lagu track awal yang sedikit berat, "I Am I" dan "Damaged" . Yang lainnya agak mellow. Malah siap ada saxaphone. Bukannya tak sedap. Suara Geoff Tate tetap sedap. Kerja gitar Chris DeGarmo tetap hebat. "Bridge" adalah lagu perlahan yang pada saya lebih sedap dari "Silent Lucidity". Sayangnya...secara keseluruhan, ianya terlampau mellow untuk selera muzik saya.

Rasanya Promised land sesuai bagi yang mahukan Pink Floyd versi hard rock.









Friday, May 23, 2014

Keretapi Kerajaan Muar




Sedikit info ala National Geographic Negeri Johor...

Kalau ikut buku sejarah yang kita belajar masa zaman sekolah dulu, landasan keretapi pertama di Tanah Melayu di bina oleh British adalah diantara Taiping dan Port Weld dibuka pada tahun 1885. Tahukah anda yang fakta ini salah sebenarnya. Biasalah zaman dulu sejarah di tulis oleh orang putih...so faham-faham sahaja lah...

Fakta sebenarnya landasan keretapi pertama adalah di Johor. Di rasmikan pembinaannya oleh Maharaja Abu bakar pada tarikh 21hb Julai 1869. Ianya menghubungkan antara Johor Bahru dan Gunung Pulai. Yang berbeza cuma landasannya keseluruhannya di buat menggunakan kayu. Sebab itu ianya dikenali sebagai keretapi kayu. Tetapi sayangnya pembinaanya ditamatkankan pada tahun 1874 akibat tragedi keretapi tergelincir. (boleh google kisah ni....antaranya boleh baca  kat sini http://amataman.blogspot.com/2012/01/landasan-keretapi-pertama-di-tanah.html)

Sebenarnya bukan nak cerita pasal keretapi kayu ni pun...landasannya pun dah tak tau kat mana dah. Ni nak cerita satu lagi landasan keretapi kat Johor. Selepas gagal dengan projek keretapi kayu, Maharaja Abu Bakar buat projek landasan ke 2. Kali ini di Muar. Guna besi. So jangan tak tau...Muar dulu ada keretapi.


Ia dikenali sebagai Muar State Railway (MSR) atau Keretapi Kerajaan Muar berpangkalan di Bandar Maharani hingga ke Parit Bakar. Muar dulu memang ada kerajaannya sendiri. Tu pasal ada bendera Muar. Menurut sejarah, MSR diwujudkan pada zaman pemerintahan Maharaja Abu Bakar yang beroperasi sepenuhnya pada sekitar 1890 sejauh kira-kira lapan kilometer dari bandar Muar ke Padang ketika itu, yang kini dikenali Parit Bakar. Yang menariknya landasan ini dibina oleh orang-orang melayu dan jawa.


MSR mengandungi 11 gerabak iaitu tujuh bagi mengangkut barangan dagangan (kargo), dua gerabak tertutup dan dua lagi gerabak penumpang dengan kelajuan maksimum 20 kilometer (km) sejam. Kemudiannya perkhidmatan ini diperluaskan lagi sejauh kira-kira 5 km iaitu dari Parit Bakar ke Parit Jawa pada tahun 1913. Setahun selepas tu (1914) disambung lagi hingga ke Sungai Pulai iaitu sejauh 6 km menjadikan jumlah laluan Keretapi Kerajaan Muar ketika itu adalah sejauh kira-kira 20km.

Cadangnya hendak di sambung sehingga Batu Pahat, malangnya perkhidmatan MSR itu tidak berpanjangan berikutan faktor ekologi dan ekonomi. Peruntukan kewangan yang besar adalah diperlukan untuk membaikpulih sistem keretapi ini. Dibebani dengan masalah kewangan dan kemerosotan populariti, kegemilangan MSR selama 36 tahun berakhir pada tahun 1925. Kesan landasan telah hilang apabila tapaknya digantikan dengan pembinaan Jalan Temenggung Ahmad.


Apa yang tinggal kini hanyalah kepala Lokomotif MSR sebagai kenangan. Kalau pergi ke Tanjung Emas Muar, Di taman bersebelahan dengan Medan Selera pasti boleh nampak kepala keretapi ni. Ini sahajalah yang tinggal sebagai warisan untuk membuktikan kewujudan MSR di masa silam. Landasannya dan stesennya memang dah lenyap dah. Kan best kalau dulu dorang tinggalkan sedikit landasannya boleh lah dijadikan sebagai tempat bersejarah.

masa taip ni tergiang-giang pulak.....All aboard!!!...hahahahahahahaha...Ay, Ay, Ay, Ay, Ay, Ay, Ay...




antara tempat rujukan - http://www.mpmuar.gov.my/pengangkutan-awam





Thursday, May 22, 2014

Jar of Flies

Kaset 'EP" yang dah 20 tahun...


Alice in Chains - Jar of Flies (1994)

"Would?" menjadi punca saya membeli album Dirt. Tapi tak minat pun lagu-lagu yang lainnya. Entahlah jiwa saya memang susah nak masuk dengan muzik depressed yang sebegini. Jar of Flies adalah percubaan kedua saya untuk memahami muzik Alice In Chains.

Nampaknya sekali lagi saya gagal.

Tak kisahlah kalau EP ni pernah menjadi EP pertama dalam sejarah untuk dinobatkan di kedudukan no. 1 di carta Billboard pada minggu pertama ianya dikeluarkan.

Tak kisahlah jika ianya sudah terjual sebanyak 4 juta unit di seluruh dunia.

Tak kisah lah kalau Jerry Cantrell tu gitaris hebat lagi hensem

Tak kisahlah jika saya tak "cool" kerana tak minat AIC.

Tak kisahlah jika saya tak trendy kerana tak minat AIC.

Maafkan saya. Saya dah mencuba....


Jar of Flies adalah yang terakhir...saya tak ambil tahu pasal AIC selepas itu....




Wednesday, May 21, 2014

Throwback : Sweet Charity

Ini adalah balasan untuk Gemilang 35 dari Takilala.


Kesemua cd album dari 1979 - 1985 (Sweet Charity 88 dan live aku tak kumpul)

Tak pandai sangat pasal sejarah Sweet Charity. Tapi apa yang aku tahu koleksi ini tidak lengkap sebenarnya. Masih ada 4 lagu Sweet Charity yang tidak boleh diperolehi dari mana-mana studio album.

Lagu-lagu tersebut adalah "Seri Hari Raya" dari album "Aidifitri Bermaaf Maafan" - 1980 dan
"Ribut 10.59 Pagi", "Ikrarku Pada Rozana", "Apa Apa Saja" dari album "Koleksi Sweet Charity" - 1984


- Pilihan Terbaik (1979-1985) diterbitkan pada 1992. Didalamnya ada lagu "Ribut 10.59 pagi"

- Pilihan Terbaik Vol 2 (1995) pula kecuali lagu "Jangan Lama Lama" dan "Terharu" adalah kompilasi lagu yang berlainan dari Vol 1.

- Ramli Sarip Ziarah Seni (Litar Api Rock) - 1994 mengandungi lagu "Ribut 10.59 pagi" dan "Ikrarku Pada Rozana". Sayangnya ianya bukan versi asal tetapi dirakamkan semula. Aku lebih suka versi asal.


Tetapi kalau sesiapa ada ni...

Koleksi Sweet Cahrity 1984

dan ini...

Aidifitri Bermaaf Maafan 1980

memang tabik arr....

Kaset Koleksi 1984 tu dulu selalu dengar kawan abang aku punya manakala Aidifitri Bermaaf Maafan dulu bapa aku ada katrijnya. Sayang tak simpan...

Maknanya aku masih tak ada lagu "Ikrarku Pada Rozana"(versi ori), "Apa Apa Saja" dan "Seri Hari Raya".

Oleh itu...kalau apa-apa rilisan tentang Sweet Charity tapi tiadanya lagu "Ikrarku Pada Rozana" (versi ori), "Apa Apa Saja" atau "Seri Hari Raya" memang aku pass la...termasuklah Gemilang 35...


http://www.youtube.com/watch?v=sKkx7wyuaxQ   (Ikrarku Pada Rozana versi ori)


Sekian, harap maklum.




Tuesday, May 20, 2014

Far Beyond Driven

Album no 1 yang dah berusia 20 tahun.


Pantera - Far Beyond Driven (1994)

Album ini mencapai kedudukan no 1 di carta Billboard ketika ianya diriliskan. Suatu pencapaian yang memang membanggakan kalau dilihat dari segi muziknya yang agak berat dan ekstrim. Tetapi saya tak rasa ianya ada berkaitan dengan album ini sebagai satu album yang bagus. Mungkin ianya lebih kepada populariti Pantera yang memuncak pada ketika itu.

Jujurnya saya kurang gemar dengan album ini. Saya memang kurang berminat dengan genre groove metal. Tambah-tambah pula muzik mereka semakin kurang aggresifnya.Semakin meleweh. Sound yang berat tidak bermakna ianya aggresif. Mungkin ianya seperti seseorang yang sedang marah tetapi dalam masa yang sama dia di dalam keadaan kepenatan. Entahlah...saya pun tak pasti samada anda faham tak apa yang saya cuba maksudkan...heheh...


Mungkin mereka terlalu mencuba untuk mengatasi "Vulgar Display of Power". Akibatnya semua seperti terlebih. ("Overdo"). Cuba untuk menjadi lebih berat...menjadi lebih dalam...lower and lower...Sayangnya mereka terlupa formula "lagu" yang bagus. Setakat meletakan riff-riff berat dan kasar tidak bermakna menjadikan sesuatu lagu itu sedap. Akibatnya album ini menjadi sangat mendatar bunyinya walaupun produksinya sangat tip top.

Entahlah, saya sememangnya sedikit kecewa dengan album ini. Maaf peminat Pantera. Pada saya "Far Beyond Driven" sedikit membosankan. Kalau inginkan Pantera, saya lebih suka untuk mendengar "Cowboys from Hell" ataupun "Vulgar Display of Power".

Walaupun begitu, tetap juga saya memiliki album ini dalam bentuk kaset dan cd. (parah jadi seorang cdholic ni... :P )








Sunday, May 18, 2014

Vs Pahang

Liga Super
16hb May 2014

Johor Darul Takzim 2  Pahang 2
( Luis Figueroa 26', Safiq Rahim 48' )



Hujung minggu yang bz dengan aktiviti keluarga. Makanya agak lambat untuk entri ini ditulis. Bila dah lambat bermakna semangat dan keghairahan tentang perlawaan ni pun dah jadi sejuk. Tulis ringkas-ringkas ajer la....

1 - Penonton tak seramai masa perlawanan separuh akhir tempohari. 2,3 baris seat bahagian paling bawah kawasan scoreboard masih ada kosong. Penyokong Pahang lagi la pulak...ada la dalam 30, 40 orang jer kot...

2 - Lagu-lagu B.O.S kali ni banyak hentam FAM. 10 minit pertama perlawanan semua lagu pasal FAM. Pukul habis kempen rombak FAM dorang ni. Siap banner semua. Mungkin pasal game ni ada live. Dapat lah promosi percuma.

Banner Rombak FAM...press pun kena sekali...

3 - Tentang game. Seri lagi. Memang frust la bila kena last minit. Tak tau apahal last 15 minit dorang main hampeh. Padahal sebelum tu control game. Taktikal Bojan pun silap kot. Baru minit 60 dah tukar pemain...macam lah dah leading banyak...takder nasib tu satu hal la kan....tapi kalau dah main ntah hapahapa...tak nak kejar...tak nak pressing...bagi ruang kat player lawan...memang sakit hati la...puas kena sumpah.

4 - Tak kisah la kalau nak kata lalang ker...jangan hanya tau bersorak ketika menang ker....penonton kuaci ker...penonton sekarang bukan bodoh...penonton sekarang bukannya takder ilmu pasal bolasepak...yang bercakap tu sila datang stadium setiap perlawanan...rasa perit nak beli tiket...rasa macamana duduk dalam stadium dari pukul 6...rasa berapa banyak duit abis...baru boleh cerita siapa yang lalang.

5 - Kesimpulan perlawanan ni boleh lah disamakan dengan prestasi pasukan kebangsaan Malaysia. Dah boleh nampak dah sejauh mana pemain kita boleh pergi. Bila dah bajet star...main terus hampeh....

6 - Penyokong macam aku memang frust...tapi aku rasa TMJ yang cari duit tu lagi frust giler kot. Harap perlawanan selepas ni dorang boleh buktikan apa yang dorang dapat dari JDT sama berbaloi dengan apa yang dorang persembahkan kat padang.

Sokong tetap sokong...tapi agak-agak la kan...Marah ni...hahaha....


"LUASKAN KUASAMU!"

Thursday, May 15, 2014

Throwback Thursday : US Festival 1983 - Heavy Metal Day



Lama dah cari dvd ni. Tak sangka pula boleh jumpa. Selain dari Dortmund Rock Pop Festival - 1983, memang teringin nak ada ada dvd ni. Versi sedut memang dah ada dah. Akhirnya terjumpa juga dengan harga RM19.90 di Harris Bookstore, AEON Tebrau City Shopping Centre JB.

Sayangnya versi yang ini tak cukup sempurna. Tiada Motley Crue. Kualiti gambar dan soundnya pun lebih kurang sama macam versi sedut. Nak buat macama...ini pun bukannya official release. Kalau tak silap satu-satunya official release dvd festival ini hanyalah "US Festival 1983 Days 1 – 3". Tapi tak best pun. Day 1 (New Wave Day) dan Day 3 (Rock Day) tu artisnya tak berapa menarik sangat. Lainlah kalau ada Duran Duran ker apa. Tambah pula Day 2 (Heavy Metal Day) cuma tunjuk Judas Priest, Scorpions dan Triumph sahaja.


Tapi dvd ni kira ok la dari takder. Sayangnya satu band tu cuma 2,3 lagu sahaja. Tapi kalau nak tengok set list penuh band-band ni boleh cuba cari kat youtube. Melambak ada.

Rasanya cuma Quiet Riot, Triumph dan Judas Priest ( bonus dvd dalam 30th Anniversary Screaming for Vengeance) sahaja yang pernah officially keluarkan persembahan mereka dalam bentuk dvd. Yang lain-lainnya setakat bootleg. Van Halen mungkin tak akan kot. David Lee Roth malam tu memang kelaut. Tapi dorang memang kaya la. Show malam tu jer dapat US1.5 juta. Pernah masuk dalam 1984 Guinness Book of World Records sebagai artis termahal bayaran dalam sejarah. Hebat!

Antara yang menarik dapat tengok antara persembahan terawal Jake E. Lee dengan Ozzy. Semua pun lagu zaman Randy Rhoads. Pasal lagu-lagu zaman dia belum keluar lagi pada masa tu.

Best!



“It was the day new wave died and rock n’ roll took over” - Vince Neil




Wednesday, May 14, 2014

Wordless Wednesday : My Wish List










**dua daripadanya on the way...harap KDN tak buat hal....




Tuesday, May 13, 2014

Purple

Ni bukan pasal Deep Purple...tapi album rock yang dah capai usia 20 tahun..


Stone Temple Pilots - Purple (1994)

Rasanya tahun 1994 adalah tahun yang paling saya mencuba untuk menjadi trendy dengan mengikuti perkembangan muzik semasa. Setelah kerap mendengar lagu "Plush" di radio, saya tergerak hati untuk mencuba Purple.

Tidak pernah mendengar album pertama mereka "Core" secara sepenuhnya, hanya "Plush" dan satu dua lagu yang lainnya. Apa yang saya tahu mereka bergenre "grunge". "Plush" memang ada gaya Pearl Jam tetapi secara keseluruhannya saya tak rasa album Purple ini boleh di kategorikan sebagai grunge. Mereka agak kurang meleweh. Lagunya juga agak pelbagai dan melodic. Mungkin mereka tidak lagi mahu lagi digelar klon Pearl Jam dan mahu lari dari sound Seatle. Pada saya muzik mereka adalah modern rock 90an atau mungkin juga alternatif.


"Vasoline", "Interstate Love Song" dan "Big Empty" adalah antara lagu yang menarik dari album ini. Bukanlah sesuatu yang saya suka sangat tetapi saya lebih menyukai muzik begini jika hendak dibandingkan dengan Pearl Jam. Tak boleh pula nak banding dengan zaman Scott Weiland bersama Velvet Revolver kerana secara jujurnya saya tidak berminat dengan Velvet Revolver dan tidak tahu apa lagu-lagunya.




Monday, May 12, 2014

Vida


Thank you captain!...

Nemanja Vidić

Manchester United 2006-2014

sementara itu.....





24 years and counting.....kah..kah...kah....kah.....




Friday, May 9, 2014

Handful of Rain

Antara album kegemaran dari 20 tahun yang lalu...


Savatage - Handful of Rain (1994)

Tak ramai yang tahu pasal Savatage. Tapi bagi yang biasa dengan blog ini, pasti tahu yang saya adalah peminat tegar mereka.

Handful of Rain diterbitkan 10 bulan selepas kematian Criss Oliva. Sebenarnya album ini boleh sahaja di panggil sebagai album solo Jon Oliva kerana semua alatan muziknya dimainkan oleh beliau seorang. Menang hebat dia ni. Anggota yang lain seperti Johnny Lee Middleton dan Steve Wacholz tidak terlibat kerana mereka masih berkabung. Mungkin ini satu tribute dari Jon untuk adiknya. Malah bab vokal pun asalnya dinyanyikan oleh Jon. Cuma kemudiannya Zachary Stevens di panggil.

Tambah menarik, atas cadangan syarikat rakaman yang mahukan nama besar, Alex Skolnick (Testament) di jemput untuk menyolo. Seperti yang pernah saya katakan dulu, saya menyukai Testament kerana kerja gitar beliau. Yang bestnya Alex tidak cuba untuk menjadi Criss. Pada saya memang tiada siapa yang boleh menggantikan Criss. Memang bunyi solonya agak berlainan tetapi secara keseluruhannya ianya masih Savatage yang dulu. Mana mungkin jadi lain bila kebanyakan rif dan bahagian rythm gitarnya dimainkan oleh Jon.



Sebuah album yang sedikit emosi tetapi masih mempunyai lagu-lagu rancak yang bagus seperti "Taunting Cobras" dan "Nothing's Going On". Semua lagu pun sedap-sedap.Terdapat juga lagu tribute untuk Criss, "Alone You Breathe". Tetapi yang paling menarik perhatian saya adalah lagu epik ala "Bohemian Rhapsody" yang berjudul "Chance".

Seperti biasa Savatage tidak pernah mengecewakan saya. Selagi Jon masih ada, visi dan legasi Criss dalam Savatage akan terus berkekalan. Sayang line-up bersama Alex Skolnick ni tak bertahan lama. Walaupun begitu sempat juga mereka mengeluarkan rakaman live "Japan Live '94". Ni nanti tahun depan buat entrinya sempana 20 tahun...

Terbaik!!









Thursday, May 8, 2014

Throwback Thursday : Joyride

Atas permintaan Portdy


Roxette - Joyride (1991)

Dulu dalam entri Don't Bore Us, Get to the Chorus!, saya ada bercerita bagaimana mulanya saya terjebak dengan Roxette. Saya tak rasa mendengar Roxette adalah sebagai satu "guilty pleasure". Saya bukannya true metal hantu pun. Roxette adalah sebuah band yang guitar oriented. Mereka band rock. Tiada masalahnya mendengar Roxette.

Lagu "Spending My Time" menjadi punca kenapa album ini dulunya kerap saya dengar. (mendengar melalui kaset kepunyaan adik perempuan saya). Ntah kenapa lagu tersebut selain Life Goes On dari Poison sering mengingatkan saya kepada zaman pertunangan dan awal perkahwinan saya.

Ketika itu saya di Kuala Lumpur manakala "my better half" berada di Johor Bahru. Zaman belum meluasnya penggunaan internet mahupun handphone. Walaupun pada ketika itu (sekitar tahun1996 atau 1997) saya telah pun memiliki handphone (milik company yang merupakan handphone pertama saya, berjenama Motorola StarTAC yang jenis flip dengan bateri yang tebal tu ). Tetapi zaman tu teknologi "SMS" pun belum ujud apatah lagi nak ber "WhatsApp". Makanya bila berseorangan di malam hari memang feeling habis la bila mendengar lagu-lagu tersebut.


Ada banyak lagu yang menarik selain "Spending My Time"... "Fading Like a Flower", "The Big L.", dan "Church of Your Heart" adalah diantaranya. Tetapi yang paling best sudah tentu-tentunya lagu yang menjadi tajuk album, "Joyride". Saya cukup suka dengan riffs gitarnya. Mungkin ramai yang tak kenal siapa dibelakang riffs tersebut. Beliau adalah Jonas Isacsson. Pada saya beliau lah yang mewarnakan lagu-lagu Roxette. Trademark gitar dia tu lah yang mebezakan Roxette dari band-band yang lain. Sayangnya beliau kini tidak lagi bersama Roxette. Album terakhir yang melibatkan beliau adalah "Room Service (2001)".

Ada terbaca yang beliau kecewa kerana tidak lagi bersama Roxette. Tapi nak buat macamana, Roxette adalah band kepunyaan Per Gessle dan Marie Fredriksson. Takper la...dia pun dah kaya raya kot makan royalti Roxette. Pengganti beliau Christoffer Lundquist pun bagus sebenarnya. Malah lebih aggresif bila di atas pentas.

Kalau ikut saya, album ini di rangking ke 3 dari discography mereka yang saya suka. Don't Bore Us, Get to the Chorus! (1995) sudah tentu yang paling best. Maklumlah ianya adalah album best of. Tambah-tambah pula adanya lagu dari soundtrack Pretty Woman"It Must Have Been Love".  Dan yang ke 2 adalah album Look Sharp! (1988) kerana itulah album yang mengenalkan saya kepada mereka.

Best!






Wednesday, May 7, 2014

Heavy Metal Hippies

Lagi yang dah 20 tahun...


Loudness - Heavy Metal Hippies (1994)

Macam ada yang tak kena dengan album ini. Semua pun berubah di era 90an.

Ianya adalah sesuatu yang saya tunggu-tunggu. Loudness kembali menjadi band yang 100% Jepun. Dengan tajuk Heavy Metal Hippies sudah semestinya kita terbayangkan heavy metal 80an. Sayangnya tajuk tidak mengambarkan isi. Pada saya ini adalah album Loudness yang paling tidak saya gemari dari keseluruhan discography mereka.

Macam tak kena bila ianya masih di panggil Loudness. Hanya tinggal Akira Takasaki anggota yang asal. Malah penyanyinya Masaki Yamada dan drummernya Hirotsugu Homma adalah bekas EZO. 2 dari 3. Mungkin kalau dipanggil EZO lebih tepat.

Tapi yang paling mengecewakan adalah arah tuju muziknya. Loudness juga tersampuk dengan penangan grunge. Seolah-olah mendengar "Alice In Chains yang di Black Sabbath"kan. Muziknya berat tetapi meleweh. Perubahan ketara dari muzik Loudness yang biasa. Mungkin itu yang Akira maksudkan dengan perkataan "Hippies" pada tajuknya.

Saya tidak mengambil tahu perihal Loudness semenjak dari album ini sehinggalah reunion mereka pada album Spiritual Canoe (2001). Rasanya tak sampai 3 kali pun kaset ini dimainkan terus saya simpan. Ini bukannya "secawan teh" saya. Tetapi jangan cepat terpengaruh. Apa yang tak best pada saya mungkin juga bagus untuk anda. Terutamanya bagi yang meminati muzik grunge/sludge metal ala 90an.

Walaumacamanapun, gambar kavernya cantik. Berwarna warni.








Tuesday, May 6, 2014

Vs Pahang

Separuh Akhir Piala FA
05hb May 2014

Johor Darul Takzim 1  Pahang 1
( Luis Figueroa 12')


Seperti biasa...catatan merapu bergambar...

Kali pertama untuk musim ni aku dapat duduk grandstand. Tak rancang pun...dah yang payungkan tiket untuk aku cakap ini jer yang ada...hentam sahaja la...walaupun sekeping harganya boleh buat untuk tengok 3 game kalau duduk kat tempat biasa...


Yang aku suka duduk grandstand ni bab nak sembahyang senang. Tak payah susah-susah nak keluar stadium. Setiap tingkat ada disediakan tempat sembahyang. Kalau tak sembahyang jugak...tak taulah nak cakap apa...sendiri mau ingat..Cumanya tempat nak ambil air sembahyang la leceh sikit...terhad.

"BoysOfStraits"

Walaupun hari kerja...stadium sesak. Aku sampai pkl 5.30 petang pun dah jem dah jalan kat luar. Ni semua warga Johor tak kerja ker apa hari ni (termasuklah jugak yang tengah menaip ni...hahahah...)

Tapi dah boleh agak la...ni separuh akhir...konpem stadium macam sardin...dengarnya pukul 11.30 pagi lagi tiket dah sold out dah...entah bila lah nak buat sistem tiket on-line...stadium dah canggih tapi bab tiket masih hampeh...kesian juga tengok kat grandstand ni pun ada yang terpaksa duduk kat tangga...bayar RM30 pun tak dapat tempat duduk...

"TMJ"
Menariknya duduk grandstand ni bukan sahaja dapat duduk dekat dengan player...malah VIP juga...nasib baik ada artis...semalam ada Azlee dari kumpulan Senario yang aku nampak...tak ambik gambar...tak minat pun...hahaha...

Team Pahang pun dah pakai sweater...banyak juga pembaharuan kat JDT yang team lain dah ikut...baguslah tu...harap2 bola Malaysia makin maju.
Dari segi penonton kat dalam stadium memang tak ada masalah...takdernya nak baling2 batu...Siap satu stadium berdiri lagi tanda respek masa penyokong Pahang nyanyi lagu negeri mereka.

Setau aku la...start musim ni memang takder dah penyokong Johor (B.O.S terutamanya) chant lagu kutuk2 negeri lain...semua lagu pun untuk negeri sendiri ajer...tapi tu hari kat Kuantan...siapa pergi stadium (bukan yang keyboard warrior yer) taulah macamana keadaan kat sana.

siapa yer nama awek pengacara Astro Arena ni?..heheh..
Tentang game memang frust la kita tak menang. Selain pengadil yang terang2 memang hampeh...boleh salahkan diri sendiri juga. Peluang banyak....tapi sayangnya penyudah tumpul...

Player baru Marcos tu boleh tahan. Boleh pahamlah kenapa Bojan tukar Baihakki. Terkial-kial juga lah Dickson tu nak lepas...



Takper lah...jumpa lagi di Kuantan...



"LUASKAN KUASAMU!"