Showing posts with label Vandenberg. Show all posts
Showing posts with label Vandenberg. Show all posts

Sunday, February 4, 2024

Sin

 Lagi album pilihan dari 2023

Vandenberg  - Sin (2023)

Ini adalah album kedua bagi Adrian Vandenberg selepas kembali meggunakan nama Vandenberg. Album sebelum ini pernah saya tulis di >SINI<. 

Dari segi muziknya tiada yang berbeza kecuali kali ini beliau meggunakan Mats Levén (Yngwie Malmsteen, Therion) sebagai vokalis. Menariknya juga kerana Ronnie Romero sudah terlampau "overexpose" dengan bermacam-macam projek lain. 

Mats Levén mempunyai vokal blusey yang ada masanya menyerupai David Coverdale. Dengan sejarah Adrian sebagai gitaris Whistenake, maka album ini memang tidak boleh lari dari kedengaran seperti Whitesnake. Lagu yang menjadi tajuk album, "Sin" sememangnya benar-benar seperti lagu Whitesnake.

Adrian Vandenberg sekali lagi membuktikan yang beliau bukan hanya seorang gitaris yang hebat, tetapi boleh juga menghasilkan lagu-lagu yang sedap.

Tambah menarik adalah kulit albumnya. Ianya mengembalikan nostalgia kepada album-album Vandenberg di tahun 80an. Dan jangan tak percaya, ianya dilukis sendiri oleh Adrian seperti juga di album-album lama beliau. Ternyata beliau adalah seorang yang sangat berbakat.


Friday, December 18, 2020

vandenberg 2020

 Lagi album tahun 2020 yang ada dalam simpanan...

Vandenberg  - 2020 (2020)

Saya adalah peminat Adrian Vandenberg. Dia adalah salah seorang gitar hero di zaman saya membesar. Mengenali muzik beliau sebelum zaman Whitesnake lagi. Adrian dan kumpulan beliau, Vandenberg membawa saya kembali ke zaman kaset Apache. Ada 2 lagu mereka yang terkandung dalam siri kompilasi "The Ultimate Revenge Of Kerrang!" yang mengenalkan saya kepada mereka. ("Burning Heart" dan "All the Way").

Kini beliau kembali menggunakan nama Vandenberg sebagai satu band. Walaupun tanpa anggota yang asal, sudah semestinya Vandenberg adalah beliau. Arah tuju muziknya masih sama. Album ini mengembalikan nostalgia tersebut.

Dengan Ronnie Romero bertindak sebagai vokalis, ianya seperti mendengar album Raibow atau pun Whitesnake. Tak pelik pun. Ritche Blackmoore pun menggunakan khidmat Ronnie untuk Rainbow. Beliau mempunyai kekuatan vokal yang seakan-akan seperti Ronnie James Dio, Jeff Scott Soto mahupun David Coverdale.


Album ini juga menampilkan rakaman semula lagu "Burning Heart". Ianya lebih perlahan dengan solo Adrian yang lebih mendayu. Boleh tahan sedap. Tetapi saya lebih menyukai versi asal dari tahun 1982. Bukan sahaja kerana nilai nostalgianya tetapi kerana soundnya yang lebih "raw"...lebih 80an...

Yang pastinya, Vandenberg 2020 adalah salah satu album hard rock kegemaran saya untuk tahun 2020. Cuba dengarkan lagu "Shadows Of The Night". Memang umphhhh...


Tuesday, November 1, 2011

Burning Heart

Ok...pasal tak pergi Whitesnake punya pasal...lagi aku bercerita pasal benda yang ada kena mengena ngan Whitesnake...kali ni pasal gitarist yang pernah berkhidmat untuk Whitesnake...Adrian Vandenberg...ataupun nama belandanya...Ad "Adje" van den Berg



Kalau tak kenal mamat ni tapi pernah tengok vc Still Of The Night...Vandenberg adalah mamat yang gesek gitar pakai kayu biola tu (apa nama bendalah tu ek?)...tapi jangan terpedaya...tu cuma gimik semata2...dia tak main pun...dia join Whitesnake masa album 1987 tu dah siap dibuat...satu2nya yang dia main kat album tu cuma solo kat lagu "Here I Go Again"...
(btw...aku ada terbaca part gesek2 tu sebenonya John Sykes pun tak guna gitar...dia pakai keyboard)

Rasanya dia kurang bernasib masa bersama Whitesnake...walaupun dia terbabit dalam mencipta lagu2 untuk album Slip Of The Tongue...tapi kecederaan tangan menyebabkan seisi rakaman album tersebut semua part gitarnya dimainkan oleh Steve Vai...nampaknya sekali lagi lah dia cuma dapat berposing bergambo...tapi tak dapat menunjukkan skill...walaubagaimanapun dia main untuk album solo Coverdale (tapi syarikat rakaman still guna nama Whitesnake) Restless Heart terbitan 1997....sayangnya pada aku...album ni lebih kearah blues...kurangya elemen hard rock/metal..(mungkin pasal ini album solo David Coverdale sebenonya) menjadikan tak dapat la nak dengo skil2 rock/metal seperti album2 awal band dia sebelum Whitesnake...

Sebenonya itu yang aku nak cerita...entri ni bukan nak cerita pasal zaman dia bersama Whitesnake...tapi zaman sebelum itu...zaman2 semasa beliau bersama band yang menggunakan nama beliau sendiri iaitu Vandenberg...sempat meriliskan 3 album Vandenberg (1982), Heading for a Storm (1983), Alibi (1985)...ada beberapa lagu yang menarik dari 3 album tersebut...tapi yang paling aku suka...dan menjadi salah satu all time fav. aku adalah lagi dari album pertama beliau bertajuk "Burning Heart"...

1st time dengo lagu ni kat kaset Apache "The Revenge Of Kerrang"...masa tu tak kenal pun sama Vandenberg ni...bila dia join Whitesnake baru la tau sapa dia Adrian Vandenberg tu...naik lenguh tangan hari2 rewind kaset tu guna pen semata2 pasal tak puas2 dengo lagu ni...dia punya solo memang meruntun jiwa...ntah kenapa ek takder lagi orang nak buat lagu2 jenis cenggini...

Aku dah beberapa kali try bid album2 Vandenberg ni kat ebay...tapi tak pernahnya menang...mahal ler...

Burning Heart adalah salah satu contoh kenapa jiwa aku masih tersangkut kat era 80an....tiada teknologi canggih yang dapat menandingi betapa lazatnya lagu2 macam ni...melodinya...solonya....pergh!!!..meleleh...kalau tak caya...try layan 2 versi kat bawah ni...kalau korang tak suka...mungkin aku yang ketinggalan zaman nampaknya...iskh..






***mungkin aku patut buat entry pasal lagu2 power ballad yang jadi fav. aku....nanti lah...kalau rajin...