Showing posts with label slash. Show all posts
Showing posts with label slash. Show all posts

Sunday, February 23, 2025

It's Five O'Clock Somewhere

Sempena ulangtahun yang ke 30 pada 14hb Februari yang lalu...

Slash's Snakepit - It's Five O'Clock Somewhere (1995)

Slash memilih bluesy hard rock / rock n roll untuk album solo beliau. Ianya berbeza dari muzik Guns N Roses yang kita kenali. Saya kurang berkenan dan tiada juga lagu yang melekat. 

Seorang gitaris yang hebat tak semestinya boleh juga menghasilkan lagu yang hebat. Saya tertarik dengan kata-kata seorang rakan yang Slash kalau di Malaysia umpama Kid dan Nordin Search. Tanpa band mereka tidak kemana.

Percubaan mendengarnya selepas 30 tahun pun masih tidak berjaya menangkap. Saya meletakkan album ini paling bawah diantara album-album solo band member GnR selepas album Duff McKagan - Believe in Me, Gilby Clarke - Pawnshop Guitars dan Izzy Stradlin and the Ju Ju Hounds.


Tuesday, April 14, 2015

It's Five O'Clock Somewhere

Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada 14hb Februari yang lalu...


Slash's Snakepit -   It's Five O'Clock Somewhere (1995)

Selepas Izzy Stradlin And The Ju Ju Hounds (1992)Duff McKagan - Believe in Me (1993) dan Gilby Clarke - Pawnshop Guitars (1994), kini seorang lagi bekas anggota Guns N Roses menghasilkan album solo.

Dengan reputasi Slash, saya sememangnya menaruh harapan yang tinggi. Sayangnya album ini sedikit mengecewakan. Mungkin pemuja Slash tidak akan bersetuju. Tetapi sebagai peminat Guns N Roses, secara jujurnya album ini membuktikan yang Slash cukup hebat sebagai seorang shredder dan gitar hero tetapi beliau bukanlah seorang komposer yang hebat.

Lagunya ok. Tetapi jenis lepas dengar tiada satu pun lagu yang betul-betul boleh melekat di kepala. Sememangnya dalam Guns N Roses, Izzy, Axl dan Duff adalah penyumbang utama dalam penciptaan lagu-lagu hits dan klasik GNR.


Slash memilih untuk konsep album berkumpulan bukannya album gitar solo. Makanya album ini bukanlah hanya kerana solo beliau semata-mata. Band members pun boleh tahan. Gilby Clarke, Matt Sorum dan Dizzy Reed dari Guns N Roses. Sementara bass adalah Mike Inez dari Alice In Chains. Cuma vokalisnya Eric Dover tidak dikenali tetapi suaranya memang boleh tahan bagus.

Hard rock dengan sedikit elemen blues dan funk. Hanya sesuai untuk peminat Slash dan mungkin juga Gun N Roses.