Yang menyambut ulang tahun ke 40 pada 8hb yang lalu...
Eagles - Hotel California (1976)
Antara album bukan metal yang menjadi kegemaran. Asalnya dibeli kerana mahukan lagu "Hotel California". Suka betul dengan twin gitar solo antara Don Felder dan Joe Walsh pada penghujung lagu tersebut. Antara solo gitar terbaik dalam sejarah.
Selain itu "New Kid in Town" dan "Life in the Fast Lane" adalah antara lagu hits yang sering boleh kita dengar di radio. Selain 3 lagu ini yang disusun berturut-turut. Lagu track ke 4, "Wasted Time" juga bagus. Tetapi lagu-lagu lainnya selepas itu agak kurang menarik untuk saya. Kena dengar banyak kali baru rasa menangkap.
Saya mempunyai bekas rakan sekerja yang gemarkan lagu-lagu Eagles. Melalui beliaulah saya banyak tahu tentang lagu-lagu mereka. Sekiranya anda sukakan lagu rock 70an dengan pengaruh country dan blues. Ini memang patut anda miliki. Produksi soundnya pun sedap. Menarik juga sekiranya album ini dapat dimiliki dalam bentuk lp. Sound analog 70an begini memang lebih syiok jika dilayan mengunakan piring hitam.
Klasik!