Showing posts with label Jason Becker. Show all posts
Showing posts with label Jason Becker. Show all posts

Monday, September 6, 2021

Go Off!

Lagi pendengaran secara rawak ketika bekerja dari rumah...

Cacophony - Go Off (1988)

Antara album yang cukup popular dikalangan rakan-rakan yang kaki gitar shredder. Apa-apa sahaja keluaran dari Shrapnel Records memang sudah pastinya mengujakan terutamanya untuk para guitarist wannabe pada ketika itu. Saya yang "tangan bangku" untuk bermain gitar pula hanya setakat mendengarnya sambil lalu.

Saya tidak pernah membeli apa-apa kaset gitar hero. Saya tahu salah seorang rakan sekampung saya pasti akan membelinya. Beliau agak kemaruk untuk menjadi gitar hero. Makanya hampir kesemua kaset-kaset keluaran Shrapnel Records yang ada di pasaran pasti akan beliau beli. Ketika saya menutut di ITM pun begitu juga. Ramai rakan-rakan yang handal bermain gitar memiliki kaset-kaset dari Shrapnel Records. Saya hanya sekadar tumpang pinjam dan dengar...Bijak kan?😀

Tetapi yang betul-betul rasa teruja nak mendengar Cacophony adalah selepas Megadeth - Rust In Peace (1990). Bila dapat tahu yang Marty Friedman bermain untuk Megadeth, pada ketika itulah mula mencari semula kaset-kaset Cacophony, album solo Marty - Dragon's Kiss dan tidak terkecuali juga Jason Becker - Perpetual Burn.

Go Off sama juga seperti album pertama mereka, Speed Metal Symphony adalah album yang menonjolkan kehebatan Marty dan Jason. Cumanya pada saya Go Off lebih memberi ruang kepada Peter Marino untuk menyanyi. Sayangnya pada saya itulah kesilapannya. Kelemahan utama Cacophony adalah di bahagian vokal.

Tapi tak kisahlah. Sesiapa pun yang mendengar album ini tujuan utamanya adalah untuk mendengar hasil kerja tangan bijaksana dari Marty dan Jason. Dan ianya memang sangat bagus. Sangat bagus tu maksudnya untuk yang minat gitar shredder lah. Yang kata main laju-laju nak pergi mana tu pergilah dengar album lain... 


Saturday, March 2, 2019

Triumphant Hearts

Antara yang terkini dalam simpanan...

Jason Becker - Triumphant Hearts (2018)

Satu perkataan. Kagum! Itulah yang boleh disimpulkan tentang kegigihan dan semangat kental Jason Becker. Walaupun beliau tidak lagi boleh bermain gitar disebabkan penyakit ALS. Beliau berjaya merealisasikan irama yang bermain-main di minda beliau menjadi sebuah album.

Hasil crowd funding dari peminatnya, album ini berjaya diterbitkan pada 7hb Disember yang lalu. Semua lagu adalah ciptaan beliau yang dizahirkan hanya melaluinya pergerakan mata. Banyak nama-nama besar dalam dunia gitar turut terlibat membantu. Marty Friedman, Joe Satriani, Steve Vai, Uli Jon Roth, Chris Broderick, Steve Morse, Michael Lee Ferkins, Paul Gilbert, Neal Schon, Greg Howe, Jeff Lomis, Richie Kotzen, Gus G, Joe Bonamassa dan lain-lain lagi.


Lagu-lagunya bukanlah menumpukan kepada solo gitar semata-mata. Bak kata Jason sendiri, album ini bukanlah untuk menunjuk kehebatan dan mencari populariti, sebaliknya ia lebih kepada mencari kewarasan dalam dirinya yang lumpuh keseluruhan anggota.

Di sebalik solo-solo hebat guitar hero yang terlibat, ada juga lagu-lagu yang berbunyi seperti muzik tradisional Jepun. Pangaruh dari Marty Friedman mungkin.


Terdapat juga lagu yang menggunakan rakaman lama ketika beliau bersama Cacophony dan David Lee Roth.

Secara keseluruhannya memang sedap. Kalaulah lah beliau masih boleh berrmain lagi...

A true guitar hero. Respek!







Thursday, November 23, 2017

Speed Metal Symphony

Yang dah pun berusia 30 tahun...


Cacophony - Speed Metal Symphony (1987)

Kenangan zaman menuntut di ITMCJ. Ramai kaki shredder. Dari mereka lah saya belajar (bukan belajar main gitar...itu memang tak pandai-pandai...telah ditakdirkan tangan bangku 😀), belajar mendengar kaset-kaset shredder dari Shrapnel Records. Ini adalah salah satu darinya,

Dari sini mula tahu Jason Becker dan Marty Friedman. Pernah juga memiliki kaset solo mereka, Perpetual Burn dan Dragon's Kiss. Sayangnya dah hilang entah ke mana. Baca tajuk album pun dah boleh agak macamana isinya. Memang laju. Solo-solo gitar shred yang laju. Ianya bukanlah sebuah album untuk majoriti pendengar. Jika anda mahukan bluesy melodies, sing-along choruses, slow arpeggios, lagu-lagu balada menusuk kalbu. Ini sememangnya bukan untuk anda.


Ianya sebuah album untuk pemuzik terutamanya gitaris dan peminat muzik gitar. Tetapi jika anda seorang gitaris/peminat muzik gitar yang sering berkata “laju laju ni nak pergi mana”. Maka ianya juga bukan untuk anda.

Jason Becker dan Marty Friedman benar-benar menyerlahkan kehebatan mereka disini. Sayangnya, jika mereka mempunyai vokalis sehebat Jeff Scott Soto dan  produksi yang lebih baik, pastinya album ini akan jadi lebih menarik.

Khas untuk pengemar shredder.





Monday, June 3, 2013

Jason Becker: Not Dead Yet



Jason Becker: Not Dead Yet (2012)

A documentary film about the extraordinary life of a famous, musical prodigy who has been battling against Lou Gehrig's Disease for 22 years. A paralyzing, terminal illness with no real treatment or cure, it has trapped Jason inside of his body for over 15 years; unable to move, unable to speak, and unable to play the instrument which propelled him to international stardom at just 19 years of age. Using an eye communication system invented by his father, Jason is able to escape the confines of his own body and release the music that is trapped inside of his mind"


Lama dah tunggu dokumentari ni sejak-sejak tau ianya akan diriliskan. Akhirnya berjaya juga dengan versi sedut.

Untuk yang tidak mengenali siapa beliau, Jason Becker adalah salah seorang gitar hero di zaman-zaman penghujung 80an. Pemilik Shrapnel Records, Mike Varney yang banyak mencungkil bakat2 baru gitar seperti Yngwie Malmsteen, Paul Gilbert, David T. Chastain, Vinnie Moore, Tony MacAlpine, Greg Howe, Richie Kotzen dan berderet-deret lagi gitar shredder hebat adalah orang yang bertanggungjawap mengenalkan Jason Kepada Marty Friedman. Bersama-sama Marty, Jason menubuhkan Cacophony yang sempat menghasilkan 2 album Speed Metal Symphony(1987) dan Go Off! (1988) yang berkonsepkan neo-classical metal.


Jason dan Marty dalam Cacophony

Selepas masing-masing menghasilkan album solo, Marty dengan Dragon's Kiss (1988) manakala Jason dengan Perpetual Burn (1988), Bintang mereka berdua memang sangat cerah. Marty dilamar Megadeth manakala Jason pula dipelawa untuk bersama David Lee Roth. Bukan calang-calang orang nak dapat main dengan David Lee Roth. 2 orang gitarist sebelum beliau, Eddie Van Halen dan Steve Vai menjadi nama besar. Sudah semestinya dalam usia beliau yang baru sahaja mencapai 19 tahun, beliau juga akan menjadi "the next big thing".

Sayangnya nasib tidak menyebelahi beliau. Ketika rakannya Marty menjadi seorang bintang terkenal bersama Megadeth, beliau pula disahkan mengidap Lou Gehrig's Disease (ALS). Penyakit yang membuatnya menjadi lumpuh. Walaupun dalam kepayahan, beliau sempat juga menghasilkan album A Little Ain't Enough (1991) bersama David Lee Roth. Sayangnya beliau tidak sempat untuk mengikut road tour kerana penyakitnya menjadi semakin serius.

Memang sedih menonton dokumentari ni. Bayangkan dari seorang yang aktif, beliau kini tidak mampu lagi mengerakkan apa-apa anggota badannya kecuali kelopak mata. Dokumentari ini, seperti tajuknya di buat (sebahagian besarnya dibiaya oleh peminatnya melalui derma secara on-line) adalah untuk mengingatkan dunia yang beliau masih bernyawa. Masih bersemangat untuk terus hidup dan terus berkarya dalam muzik.

Jason...sekarang

Tetapi yang lebih menyentuh perasaan rasanya adalah pengorbanan kedua ibubapa beliau. Semangat mereka memang sangat mengagumkan. Contohnya bapanya sendiri yang berjaya mencipta alat komunikasi yang mengunakan kelopak mata. Ibunya, bekas tunangnya yang sentiasa disisi. Rasanya tak ramai yang sanggup bersusah payah begini.

ALS adalah sejenis penyakit yang masih belum ada penawarnya. Dokumentari ini bukan sahaja mengenai Jason Becker, tetapi menyedarkan kita bahawa tidak semua manusia ini mempunyai nasib yang baik. Kejayaan yang hampir didepan mata pun belum tentu terjadi jika tidak dengan izin Nya....bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

Wajib tonton bukan hanya kepada peminat Jason atau gitar shredder (ada Steve Vai...ada Joe Satriani) tetapi atas nilai-nilai kemanusiannya.


REKOMENDED!






Friday, August 31, 2012

Not Dead Yet



Jason Becker: Not Dead Yet (2012)

Aku lum tengok lagi dokumentari ni sebenonya....baru jer pun rilis kat selected filem festival...kat UK pun bulan November nanti baru rilis....tapi ini adalah antara filem yang aku tunggu2....sejak dengo ura2 pasal filem ni setahun dua yang lepas (tajuk asalnya Jason Becker Movie : Perpetual Burn)...aku lama dah follow fanpage dia kat FB pasal nak tau apa latest news pasalnya...

Mungkin budak2 rock/metal sekarang tak kenal pun sapa dia Jason Becker ni....tapi masa tahun 1988,1989...beliau adalah salah seorang gitarist/shredder yang disebut2 bakal menjadi bintang besar...pernah menang 'Best Young Guitarist tahun 1989' dari majalah 'Guitarist'...menjadi pengganti Steve Vai untuk David Le Roth dalam album A Little Ain't Enough (1991)....tapi segala2nya berubah bila dia kena penyakit ALS yang menyebabkan dia lumpuh dan tak boleh bercakap dan dah tentu2nya tak boleh lagi bermain gitar...(cerita lebih lanjut baca jer la kat wiki)....

Aku mula tau pasal beliau melalui kaset Cacophony - Go Off! (1988)...kepunyaan sorang kawan sekolah aku yang baru mula berjinak2 nak belajo main gitar...beli gitar dan baru start belajo gitar lepas abis periksa SPM...tapi lepas tu terer giler main gitar mengalahkan aku yang dari sekolah rendah dah pegang gitar tapi tak pandai2....dia ni cukup giler minat Cacophony...band yang diterajui oleh 2 bintang gitar muda yang sedang nak naik pada masa tu Marty Friedman dan Jason Becker....dan dialah antara yang frust bila Jason memilih untuk join David Lee Roth yang tak metal sedangkan Marty join Megadeth...

Walaupun diramalkan oleh doktor yang nyawanya tak akan panjang lepas kena penyakit ALS ni...tapi sehingga sekarang (22 tahun kemudian)...beliau masih bernyawa...masih terus berkarya walaupun beliau tak boleh bercakap dan lumpuh seluruh badan...hanya boleh berinteraksi menggunakan mata...dari situlah mulanya idea untuk pembikinan filem ni...

Siapa sangka...dengan teknologi terkini...dengan hanya mengunakan mata...Jason masih mampu mencipta lagu...masih menerbitkan album....semangat yang adanya padanya memang sangat2 la aku respek....tak sabo aku nak nengok dokumentari ni....



Antara masterpiece Jason...di petik dari album Collection (2008) - "End of the Beginning"...lagu ciptaan beliau ni asalnya dirakamkan oleh Michael Lee Firkins kerana pada masa tu beliau dah tak boleh main gitar....tapi versi demo ni dimainkan oleh beliau sendiri...pada ketika ianya dirakamkan...beliau telah pun menghidap ALS tapi masih diperingkat awal....nak dengar versi Michael Lee Ferkins cekidot >SINI<


Jason Becker bersama2 ngan Marty Friedman di zaman kegemilangan Cacophony....kalaulah dia masih boleh bermain...buat reunion pulak ngan Marty....memang pergh!!!!


My Guitar Hero