Showing posts with label Viper. Show all posts
Showing posts with label Viper. Show all posts

Monday, January 21, 2013

Evolusi

Lagi koret-koret entri tersangkut dalam draft dari tahun lepas

Album rock melayu yang dah 10 11 tahun.


Viper - Evolusi (2002)

2002 adalah tahun-tahun yang saya kembali membeli kaset dan cd terutamanya band2 rock melayu. Sudah lupa bagaimana saya boleh terjebak membeli kaset ini. Mungkin juga atas faktor XPDC dan rasa ingin tahu bagaimana agaknya muzik Zuar selepas keluar dari XPDC.

Mungkin ini album balas dendam Zuar untuk membuktikan dia boleh bergerak sendiri tanpa XPDC. Lirik "Nekad" jelas adalah luahan yang terbuku di dalam hati beliau. Dia memilih untuk bermain gitar sambil menyanyi. Bukannya bermain bass semasa bersama XPDC. Sayangnya pada saya album ini agak kurang menjadi. Saya akui Zuar memang berbakat tapi lagu-lagunya tidak cukup kuat. Mungkin atas dasar itu lagu-lagu XPDC kebanyakannya hasil ciptaan Izo dan Mael.


Tetapi kelemahan yang ketara pada saya adalah vokal Zuar sendiri. Ternyata beliau bukanlah lawan Mael mahupun Ali. Growlnya memang tak menjadi. Pengunaan teknologi studio sedikit sebanyak membantu menutup kelemahan vokalnya. Rasanya cuma lagu Memori dan Nekad sahaja kot yang agak diketahui.

Senang cerita, eloklah dia kembali bermain bass dan bukannya menyanyi. Antara kaset yang akan hilang dimakan zaman.