Showing posts with label Sabaton. Show all posts
Showing posts with label Sabaton. Show all posts

Thursday, April 6, 2023

The War to End All Wars

Dah setahun dah album ni. Baru sekarang nak buat cerita 😁.

Sabaton - The War to End All Wars (2022)

Sambung lagi cerita tentang album-album terbitan tahun lepas

The War to End All Wars masih dalam acuan yang sama dengan album yang sebelumnya. Tidak banyak yang berbeza. Band yang sudah ada tanda nama seperti mereka pastinya tidak mahu terlalu banyak perubahan. Setiap perubahan ada risikonya.

Mereka masih mengekalkan lirik bertemakan perang dunia pertama (WW1). Penceritaan kali ini tertumpu untuk tempoh tahun 1914 ke 1918. Ianya adalah konsep album sambungan dari album yang sebelumnya ("The Great War - 2019").

Lagu-lagu mereka yang kedengaran agak bombastik sememangnya bersesuaian untuk didengar dan ditonton secara "live". Maka tidak menghairankanlah kenapa mereka adalah antara band yang sering diberikan peranan utama (headliner) dalam mana-mana festival rock dan metal untuk masa sekarang.

Secara ringkasnya jika anda baru dengan Sabaton, mereka adalah sebuah band yang bolehlah dikategorikan sebagai power metal. Yang membezakan mereka adalah gaya nyanyian vokalisnya yang tidak menggunakan high pitch dan lirik yang berkisarkan tentang sejarah perang dunia pertama (WW1). 

Mungkin "The War to End All Wars" tidak akan mendatangkan peminat baru untuk mereka. Tetapi ianya cukup untuk memuaskan hati peminat setia mereka secara khususnya dan genre power metal secara amnya.


Wednesday, October 23, 2019

The Great War



Sabaton - The Great War (2019)

Band yang bagus ada di mana-mana. Cuma kita yang tidak mahu mencari. Begitulah dengan Sabaton. Tahun ni dah masuk ulangtahun ke 20 mereka. Tetapi baru beberapa tahun kebelakangan ini terpanggil untuk mendengar mereka. Itupun disebabkan lagu "In The Army Now - Status Quo" yang mereka cover. Tak sangka pula sekali dengar lagu-lagu mereka yang lainnya terus jadi suka.


Masalah besar bagi band-band power metal adalah untuk menghasilkan sesuatu yang segar dan berbeza. Kelainan untuk Sabaton adalah dari segi liriknya. Mereka lebih selesa dengan lirik sejarah dan perperangan berbanding "dungeon and dragon" dan "metal heroes". Suara vokalisnya juga bukannya tipikal "high pitch" seperti kebanyakan band power metal yang lain.

The Great War liriknya berdasarkan kepada sejarah Perang Dunia Pertama. Epik, bombastic, melodic, catchy, singalong chorus, solo dan rif yang membunuh, semua perisa untuk power metal ada dan di adun dengan secukup rasa. Memang sedap.


Banyak album power metal yang cepat membuatkan rasa jemu dan bosan. Tetapi ini tidak. Mungkin kerana lagu-lagunya agak pendek. 38 minit untuk keseluruhan sebuah album dengan majoriti lagu di bawah 4 minit bagi genre power metal memang agak asing, Tetapi ianya menjadikan kita tak sempat untuk merasa bosan.

Muzik heavy dan power metal sebegini sememangnya kena dengan jiwa. Makanya sesiapa yang sejiwa bolehlah cuba-cuba untuk merisik album-album mereka.





Wednesday, October 9, 2019

Cd 2019 - Bahagian 11

Banyak juga habis duit tahun ni beli cd. Ini antara yang terbaru di beli.



Kali ini kedua-duanya dalam genre yang tak banyak beza. Dan yang lebih istemewanya kedua-duanya berasal dari negara yang sama, Sweden. Tambah menarik mereka akan mengadakan tour bersama-sama di USA dan Canada bagi mempromosikan kedua-dua album ini nanti.

Lama dah "follow" Hammerfall. Sejak awal tahun 2000 lagi. Memang antara band kegemaran. Mereka adalah antara band metal yang terawal didengar selepas konon-kononya nak pencen apabila berumahtangga...haha...

Sabaton pula baru beberapa tahun kebelakangan ini. Susah nak jumpa kaset atau cdnya di jual di sini. Itu sebabnya kenapa tak mengikuti mereka sejak dari awal lagi. Tapi bila dah dengar...hmmm..terjebak pula untuk mencari album2 awal dari mereka...

Kedu-duanya memang best!