Yang dah berusia 20 tahun..
Mötley Crüe - Mötley Crüe (1994)
Band kalau tukar penyanyi biasanya agak susah juga peminat nak terima tetapi bila tukar penyanyi dan tukar pula arah muzik maka akan bertambah sukarlah jadinya.
Sedari track pertama kita dah dapat agak yang muzik Mötley Crüe kali ini amat berbeza. Ini bukan lagi heavy metal 80an ala
Too Fast for Love/Shout at the Devil ataupun blues rock ala
Girls, Girls, Girls/Dr. Feelgood. Mereka kini condong ke arah grunge dan modern rock 90an. Walaupun masih menggunakan penerbit yang sama iaitu
Bob Rock, sound mereka kali ini agak berbeza. Mungkin terkesan dengan kejayaan
Metallica, sound Mötley Crüe juga ke arah tu. Sound yang lebih gah, gitar yang lebih tebal (mungkin kerana kali ini mereka menggunakan 2 gitar,
John Corabi juga bermain gitar untuk album ini). Senang cakap produksinya memang lebih berat dan lebih tip top dari rilisan mereka yang sebelumnya.
Track no 1,
"Power to the Music" memang sedap. Ada gaya modern rock dengan sound gitar yang berat. Track No 2,
"Uncle Jack" chorusnya dah macam
Alice In Chains. Gaya vokal John Corabi pun dah macam
Layne Staley. Manakala track no 3,
"Hooligan's Holiday" adalah lagu yang paling dikenali dari album ini. Memang sedap melodinya.
Tetapi lagu yang saya suka adalah lagu track no 4,
"Misunderstood". (Backing vocal oleh
Glenn Hughes). Lagu yang mula-mula perlahan kemudiannya menjadi heavy. Memang sedap melodi lagunya. Entah kenapa ianya mengingatkan saya kepada lagu-lagu perlahan
Collective Soul (begitu juga dengan lagu track no 5,
"Loveshine"). Manakala track terakhir,
"Driftaway" adalah lagu slow yang setanding dengan lagu-lagu slow rock lama mereka. Walaupun ianya bukanlah seperti
"Home Sweet Home/You're All I Need" punya acuan. Tetapi solo gitar
Mick Mars yang mendayu-dayu tu mengingatkan saya kepada lagu-lagu tersebut walaupun ada masanya mengingatkan saya kepada lagu-lagu perlahan ala
Tesla. Memang syiok 2 lagu ni.
Kalau nak yang heavy dan laju, cuba dengar track no 10,
"Smoke the Sky". Menarik walaupun ada bayangan
Guns N'Roses. Nak
Aerosmith cuba track no 9,
"Welcome to the Numb". Manakala track no 7,
"Hammered" mengingatkan saya kepada era
Dr. Feelgood kerana barulah dapat dengar shredding gitar solo Mick Mars.
Kesimpulannya ia adalah sebuah album yang bagus, malah pada saya lebih bagus dari
Dr Feelgood. Suara
John Corabi telah membawa mereka ke dimensi yang baru. Sayangnya yang menjadi punca masalah adalah nama Mötley Crüe itu sendiri. Peminat asal meninggalkan mereka kerana tiada lagi
Vince Neil dan arah tuju muzik yang berubah manakala prospek peminat baru mengabaikan mereka kerana trend ketika itu apa yang datang dari 80an tidak lagi menjadi "cool".
Sayang...album ini bagus sebenarnya. Mungkin dengan sedikit tuah album ini sepatutnya boleh berjaya. Saya sendiri pada awalnya tidak mengemari kerana masih terikat dengan undang-undang Mötley Crüe yang lama. Tetapi lama kelamaan bila dah selalu dengar...rasa sedap pula.
Terbaik!