Showing posts with label Sinner. Show all posts
Showing posts with label Sinner. Show all posts

Saturday, December 3, 2022

Brotherhood

Lagi antara album terkini terbitan 2022...

Sinner - Brotherhood (2022)

Antara band 80an yang kurang dikenali. Saya sendiri hanya mengetahui tentang mereka apabila lagu mereka, "The Storm Broke Loose" dari album "Touch of Sin (1985)" diciplak ke dalam bahasa melayu menjadi "Memori" oleh kumpulan Rockers.

Mereka adalah diantara band-band heavy metal Jerman yang kurang berjaya di arena antarabangsa. Namun begitu mereka tetap aktif hingga kini. Kali terakhir mendengar album penuh mereka adalah "Dangerous Charm (1987)".  Selepas dari itu sememangnya tidak mengambil tahu sehinggalah gatal tangan mencuba dengar album terbaru ini di Spotify dan tak pasal-pasal terus jadi minat dan "terbeli" pula cdnya.


Tidak pasti sejauh mana mereka telah berubah. Tetapi Brotherhood mengembalikan ingatan saya kepada zaman awal mereka sebelum berubah menjadi lebih komersial, glam dan sedikit AOR di penghujung 80an. Ianya adalah melodic heavy metal dengan rif-rif yang catchy. Adakalanya menyeberangi sempadan power metal ala-ala Helloween. Ianya bukanlah sesuatu yang asing kerana Matt Sinner selain menjadi tulang belakang Sinner, beliau juga adalah pengasas bersama dan masih aktif untuk kumpulan power metal Primal Fear

Secara keseluruhannya ia adalah sebuah album melodic heavy metal yang sangat bagus. Rekomended untuk yang gemar muzik sebegini. Sudah semestinya antara album yang menjadi kegemaran untuk tahun 2022.



Monday, November 18, 2019

Touch of Sin

Antara cd terkini dalam simpanan.


Sinner - Touch of Sin (1985)

Bukan... beli bukan pasal gambar covernya...hahaha...

Tetapi sebab utamanya adalah kerana lagu The Storm Broke Loose. Dengar lagu ini, kemudiannya dengar pula lagu dari Rockers - Memori.  Hmmmmm...sama kan? 😁😁😁

Dulu-dulu memang tak tau pun ianya lagu ciplak. Kat inlay kaset pun tak tulis ianya lagu saduran. Sama kes macam Anak Liar - Sofea. Band-band "B-list" heavy metal dari Jerman seperti Sinner memang susah nak jumpa kasetnya dijual di sini. Mereka tidaklah sepopular band-band seangkatan seperti Scorpions, Accept mahupun Helloween. Sebab itu memang tak tahu pun sehinggalah muncul zaman internet.


Tetapi album-album sebegini memang dicari oleh pengemar band-band metal yang boleh dianggap sebagai obscure. Memang ada lagu yang best. Memang ada "hidden gem". Tetapi ada juga yang sekadar pelengkap. Sebab itu band-band sebegini agak kurang dikenali dan tidak mencapai tahap sebagai "A-list".

Lagu-lagunya lebih komersial berbanding dengan album pertama mereka (Danger Zone -1984) yang lebih raw. Tetapi jika anda pengemar heavy metal 80an, terutamanya yang melodic dan komersial, ini bukanlah masaalah. Sedap juga...




Wednesday, January 22, 2014

Memori

Kering idea nak buat entri...cuit sikit isu ciplak zaman dolu-dolu....

Kalau cerita pasal Helter Skelter Tiada Lagi Airmata atau Lefthanded Debungawangi tu dah kira biasa dah...lagu dia ciplak pun dari band popular...tapi yang ni aku konpem tak ramai tau...

try cekidot....

Rockers - Memori   Vs Sinner - The Storm Broke Loose


Rockers - Memori dari album Kekejaman 1988




Sinner - The Storm Broke Loose dari album Touch of Sin 1985


amacam?...sebijik tak?...tak bagi kredit langsung kat lagu asal...Ni lebih kurang sama kes macam Sofea Anak Liar la ni kan....