Showing posts with label Steve Steven. Show all posts
Showing posts with label Steve Steven. Show all posts

Saturday, November 9, 2019

Exposed




Vince Neil - Exposed (1993)

Beli cd ini kerana 2 sebab yang bersangkutan dengan filem yang ditonton semula di Astro beberapa hari yang lepas

Satu - Encino Man. Teringat awal 90an dulu selalu tengok video clip "You're Invited (But Your Friend Can't Come) dari soundtrack filem tersebut dalam rancangan MTV Asia di tv Singapura.

Dua - Top Gun. Rasa kemaruk semula dengan petikan gitar Steve Stevens dalam instrumental Top Gun Anthem. Rujuk >SINI<. Ok album ni tiada lagu Top Gun. Tetapi album ini gitarnya dimainkan oleh Steve Stevens.

Untuk sedikit trivia, album ini ada 3 cerita.

Yang pertamanya adalah side projek Vince Neil (selepas keluar dari Motley Crue) bersama anggota Damn Yankees (Kecuali Ted Nugent). Sebab itu ada beberapa lagu ciptaan Jack Blades dan Tommy Shaw. Lagu "You're Invited (But Your Friend Can't Come)" juga adalah lagu mereka. Malah versi di dalam soundtrack Encino Man pun dimainkan oleh 3/4 dari band member Damn Yankees (Jack Blades, Tommy Shaw dan Michael Cartellone ). Tetapi versi album ini dirakamkan semula bersama Steve Stevens.


Yang kedua pula projek beliau bersama Phil Soussan (Ozzy Osbourne). Ada beberapa lagu ciptaan Phil yang asalnya untuk Ozzy dimuatkan di dalam album ini. Tetapi ianya juga tak kesampaian.

Akhirnya semua lagu-lagu tersebut dikumpulkan menjadi album solo Vince Neil yang kemudiannya disudahkan beliau bersama bekas gitaris Billy Idol, Steve Stevens. Bagi yang tak tahu, solo gitar dalam lagu Dirty Diana - Michael Jackson juga dimainkan oleh beliau.

Ada lagu yang berbunyi seperti era Dr Feelgood, Sister of Pain contohnya. Album ini bukan sahaja sesuai untuk yang sukakan lagu-lagu melodic hard rock dan vokal Vince Neil. Tetapi ianya juga untuk sesiapa yang sukakan shredding solo dari Steve Stevens. Hebat!






Monday, August 17, 2009

Top Gun Anthem



Dalam entry The Hunter sebelum ni aku ada cerita pasal 2 orang dj rtm tahun 80an Pok Pok Dan Tu Tu..selain dari dorang mengenalkan aku dengan lagu Dokken tu...ada satu lagi lagu yang pasal dorang...aku minat..kalau dengar je melodi ni...aku tau rancangan dorang dah start...lagu yang dorang jadikan pembukaan untuk setiap kali rancangan dorang ke udara iaitu Top Gun Anthem oleh Steve Stevens dan Harold Faltermeyer

Iyer...ni lagu instrumental...aku bukan la minat sangat lagu2 instrumental ni...tu pasal aku tak minat sangat Joe Satriani,Steve Vai apatah lagi Kenny G...bukan pasal lagu2 dorang tak best...tapi aku lebih prefer muzik yang ada nyanyian...pasal senang aku nak karaoke sama2..kalau instrumental macamana nak nyanyi...humming buat2 bunyi gitar eh...ah susah ahh...ni En. Portdy je pandai karaoke macam gini...hehe..(ni boleh refer kat entry ni)



Tapi dah tiap2 hari dengar...aku jadi terminat pulak kat instrumental ni..ramai orang salah anggap ingatkan ini petikan gitar Eddie Van Halen ataupun Joe Satriani..tapi tidak..Ini Steve Stevens...entry lepas pasal Michael Jackson aku ada letak lagu Dirty Diana...beliaulah gitaris untuk lagu tersebut..siapa beliau?..klik sini..secara ringkasnya...beliau adalah gitaris Billy Idol..dan pernah juga bermain untuk album solo Vince Neil (Motley Crue) disamping album2 solo gitar beliau sendiri..



Dulunya aku tak tau pun lagu ni dari filem Top Gun..iyer la..tahun 86..zaman budak sekolah..mana ada duit nak tengok wayang..beberapa tahun selepas tu bila dapat tengok Top Gun dan part yang mula2 masa dorang terserempak ngan MIG dan masa Maverick (Tom Cruise) bagi middle finger kat pilot MIG tu..keluar la lagu ni...baru terperasan dari sini rupanya lagu ni...

Memang layan ahh gitar work lagu ni..masuk pulak part piano Harold Faltermeyer...syahdu je bunyinya..bermula dengan perlahan akhirnya semakin laju dan semakin kuat..struktur lagu macam gini memang best...lagu ni juga pernah memenangi anugerah Grammy untuk tahun 1987 bagi kategori Best Pop Instrumental Performance..dan pada sapa2 yang layan Guitar Hero III: Legends of Rock pun ada lagu ni..

Info pasal Top Gun pulak kat sini..salah satu all time fav. movie aku..biasa la kecik2 dulukan cita2 nak jadi pilot..boleh main tembak2 macam citer Baa Baa Black Sheep la kan..haha..

ok jom layan lagunya...terbaek!