Showing posts with label Ratt. Show all posts
Showing posts with label Ratt. Show all posts

Thursday, September 7, 2023

Ratt (EP)

Yang menyambut ulangtahun ke 40 pada 23hb Ogos yang lalu...

Ratt - Ratt EP (1983)

40 tahun dah.. Cepat betul masa berlalu. Ianya adalah antara muzik yang mempengaruhi remaja seperti saya pada ketika itu. 

Ratt adalah antara yang menyebabkan saya terjebak kepada heavy metal. Dulu semua pun muzik gitar berdistorsi seperti ini digelar sebagai heavy metal. 


EP ini adalah permulaan Ratt. Ianya sedikit berbeza dengan Ratt yang kemudiannya. Soundnya agak kasar seperti kebiasaan band-band seangkatan dengannya. Sound sebegini sebenarnya yang digemari oleh mat rock pada ketika itu.

Tak pernah ada pun kasetnya dulu. Tak jumpa ianya di jual. Sekadar bahan bacaan di majalah. Mendengar secara keseluruhannya pun setelah zaman MP3. Tetapi apabila kita semakin berusia, banyak perkara yang membuatkan kita bernostalgia. Dan ada antara nostalgia tersebut mampu kita beli… Dan ini adalah salah satu darinya....


Tuesday, December 6, 2022

Reach for the Sky

Yang menyambut ulangtahun ke 34 pada 1hb Nov yang lalu....Sayangnya tak ada kaset untuk di buat entri gila format...

Ratt - Reach for the Sky (1988)

Kalau sebut pasal Ratt, saya lebih kepada album Dancing Undercover (1986). Ianya lebih kepada keadaan semasa yang pada ketika itu kena dengan saya. Zaman baru terjebak dengan muzik rock dan album tersebut adalah diantara beberapa kaset rock/heavy metal yang terawal saya beli.

Ianya berbeza dengan Reach For The Sky. Ketika album ini dikeluarkan, saya telah mula kemaruk dengan muzik yang lebih laju dan berat. Tambahan pula kekangan duit seorang pelajar menyebabkan kasetnya tidak saya beli.

Apa yang dah dibeli oleh kawan, biasanya tak akan lagi dibeli. Kita hanya perlu meminjam dan dipinjam. Di dalam kes Reach For The Sky, ianya telah pun dibeli oleh abang kandung saya. Tetapi beliau bekerja di KL. Kasetnya hanya dapat saya dengar sesekali apabila beliau membawanya balik kampung setiap kali beliau bercuti.

Ini membuatkan album ini agak kurang nilai sentimentalnya untuk saya. Lagunya yang betul-betul saya dengar hanyalah  "I Want to Love You Tonight". Lagu tersebut ada di dalam satu kaset kompilasi cetak rompak cap Apache yang saya beli. 

Hanya mula mendengar album ini secara menyeluruh sekitar tahun 1993. Ianya adalah zaman saya merantau mencari kerja dan tinggal di rumah abang di Taman Kosas, Ampang. Dua lagu yang menarik minat ada adalah "Way Cool Junior" dan "I Want A Woman". Ianya mungkin akibat kerap menonton video clip lagu-lagu tersebut dari tape video VHS cetak rompak Ratt Detonator Videoaction.

Ianya bukanlah album Ratt kegemaran. Lebih suka akan album-album mereka yang awal. Tetapi mendengarnya semula sekarang (untuk membuat entri ini) rasa menarik juga. 

Tidak ada apa yang salah kalau gitaris anda adalah Warren DeMartini dan Robbin Crosby. Best!.


Tuesday, July 6, 2021

Ratt

 Antara yang baru dalam koleksi...

Ratt - Ratt (EP 1983)

Lama dah cari EP ni. Baru sekarang mendapat. Dulunya hanya di keluarkan dalam bentuk piring hitam dan kaset. Versi cd awalnya hanya ada di pasaran Jepun (1987) dan kemudiannya baru ada versi reissue di US (1991). Tetapi masih gagal nak dapat sehinggalah ada kenalan FB yang tinggal di Jepun mendapatkannya dalam versi piring hitam. Ianya keluaran Jepun tanpa Obi. Biasanya keluaran Jepun tanpa Obi harganya lebih murah.

Satu yang kurang gemar bila mendengar EP adalah durasinya yang pendek. Baru sedap nak duduk dah kena tukar sebelah. Ianya mengandungi hanya 6 lagu dengan 3 lagu di setiap side. Yang jenis kurang rajin, anda digalakkan mendengarnya menggunakan youtube...hahaha...

Yang membuatkan teringin nak memiliki EP ini adalah kerana soundnya. Ianya adalah lebih "raw" dan kasar berbanding album-album selepasnya. Sebagai contohnya, lagu "Back for More" sememangnya agak berbeza jika hendak dibandingksn dengan versi album "Out Of The Cellar".

Satu lagi dari apa yang saya baca, Robbin Crosby lebih banyak menyolo di dalam EP ini, "Sweet Cheater", "You Think You're Tough", "Tell the World" dan "Back for More" adalah hasil kerja tangan beliau. Sememangnya beliau agak underated jika hendak dibandingkan dengan Warren DeMartini. Tidak menafikan kehebatan Warren sebagai gitar hero, tetapi sebenarnya Robbin adalah jiwa Ratt yang sebenar.


**Sedikit trivia, mereka adalah peminat Aerosmith. Maka tidak peliklah jika mereka sama juga seperti Aerosmith memilih lagu 60an, "Walkin' the Dog" sebagai lagu cover.


Sunday, May 9, 2021

Tawny Kitaen

Satu lagi kenangan dari zaman remaja yang telah tiada...

Bermula dengan 2 cover album RATT (Ratt - 1983 dan Out of the Cellar - 1984) serta video clip "Ratt - Back For More" dan kemucaknya dengan beberapa kemunculan dalam video clip Whitesnake terutamanya "Here I Go Again (1987)" yang paling meninggalkan kesan, beliau telah menjadi salah seorang ikon untuk generasi heavy metal dan muzik video MTV 80an.

Ianya megembalikan nostalgia saya kepada tahun 1988. Kenangan membeli video tape VHS Whitesnake 87 di Holiday Plaza, Johor Bahru. Zaman tersebut bukannya mudah macam zaman sekarang ada youtube untuk ditonton. Bukannya ada main di tv. Nak tengok video muzik rock memang kena beli ataupun sewa tape VHS tersebut. Dan bilangannya pun agak terhad. Mana yang ada tu memang akan ditonton berkali-kali. Mana mungkin tak mendatangkan perasan "crush" terhadap beliau...


Thanks for the memories... Julie E. "Tawny" Kitaen (August 5, 1961 – May 7, 2021)



Wednesday, January 10, 2018

Monday, July 13, 2015

gila format 2



RATT - Dancing Undercover (1986)

Tidak seperti album Cinderella, yang ini memang dicari piring hitamnya. Kebetulan pula terjumpa dengan harga yang mampu milik. Album kegemaran dari RATT. Antara album rock awal yang saya beli dengan mengumpul duit belanja sekolah. Kaset jenama Apache dengan harga RM3.00 sudah semestinya. Itu jer yang termampu. Itu pun seminggu lebih juga mengumpul. Maklumlah duit belanja sekolah hanya 50 sen sehari.

Memang banyak "sentimental value"nya. Hampir hari-hari dengar lepas balik dari sekolah. Kasetnya masih elok hingga ke hari ini. Lagu-lagunya pun catchy. Paling menarik kerja gitar dari Warren DeMartini dan Robbin Crosby. Terbaik!



**Headwind pernah tiru konsep gambar cover album ni >SINI<



Monday, June 29, 2015

Invasion Of Your Privacy

Yang dah pun 30 tahun pada 13hb Jun yang lalu


Ratt - Invasion Of Your Privacy (1985)

Saya dikenalkan kepada album ini oleh abang. Ini antara album kegemaran beliau. Siap print besar-besar tulisan "Invasion Of Your Privacy" kat pintu bilik rumah sewa dia semasa zaman bujang dahulu.

Tidak pernah memiliki kasetnya. (hanya pinjam dari abang) Cd pula dibeli ketika zaman sudah pandai ber"e-bay". Tetapi mana-mana album yang mempunyai "nostalgic value" kalau terjumpa piring hitamnya dengan harga yang mampu milik, nak tak nak...puasa tak puasa...pun tetap "ter"beli jugak.


Album ini pun asalnya dengar agak lambat. Mungkin sekitar tahun 1987. Tetapi lagu "You're in Love"  dan "Closer to My Heart" lebih awal saya dengar kerana kedua-dua lagu tersebut ada dalam kaset kompilasi pirate cap Apache "Kerrang Kompilation" kepunyaan saya.

Ratt ni selain Iron Maiden, Scorpions dan Judas Priest adalah antara band yang saya lebih suka mndengar lagu-lagunya dengan mengunakan headphone. Seronok mendengar pattern rhythm gitar yang berbeza di kiri dan kanan hasil kerja gitar Warren DeMartini dan Robin Crosby.


Suatu yang unik, Ratt di era glam/hair metal mereka memang tiada lagu balada slow rock meleweh. Mungkin yang paling hampir pun lagu "Closer to My Heart". Lagu perlahan mereka lebih kepada mid tempo. Tetapi lagu-lagu lainnya memang tersangatlah catchy. Antara yang jadi pilihan "Lay It Down" dan "What You Give Is What You Get".

Best!




Friday, October 10, 2014

Out of the Cellar

Sebuah lagi album kegemaran yang dah 30 tahun dah...


Ratt - Out of the Cellar (1984)

Dah pernah buat ceritanya 4 tahun yang lalu.. >SINI<.

Tapi disebabkan ini album kegemaran. Tambahan pula ianya adalah salah satu album rock terbaik dari tahun 1984. Kena lah cerita juga walaupun ringkas.

Bagi saya Ratt unik. Mereka agak lain dari band hair/glam metal yang biasa. Mereka menggunakan 2 gitaris. Boleh dengar riffs yang berbeza di kiri dan kanan speaker hasil kerja gitar dari Warren DeMartini dan Robbin Crosby. Set-up hi-fi atau headphone yang baik sudah pasti akan memberikan anda kepuasan yang maksima. Catchy pulak tu.

inlaynya pun dah lusuh...kena beli baru ni...ataupun mungkin cari vinyl.. :P

Semua lagu best. Berkali-kali dah saya katakan yang saya cukup suka rock yang tidak meleweh, bergumbira dan berjimba. Bukankah "Rock n roll supposed to be fun"?...Out of the Cellar mempunyai ciri-ciri yang begitu. Makanya tak hairanlah kalau saya pengemar muzik Ratt.

Terbaik!




Monday, February 10, 2014

nampak sama tapi bukan dia...



Ratt - Dancing Undercover (Aug 1986)

Headwind - Headwind 3 (? 1986)


Dulu dulu bukan sahaja lagu yang di ciplak....ada siapa-siapa boleh konpem bulan bila album Headwind 3 ni diriliskan?....manalah tau kan kot-kot Ratt yang menciplak...heheh...sampaikan tulisan no 3 tu pun guna font yang sama...

btw..dua-dua album pun sedap...Dancing Undercover adalah salah satu album kegemaran aku dari era glam rock/hair metal 80an....manakala Headwind 3 pula dengan lagu-lagu seperti Kita Serupa, Suraya dan Memori Luka pun best juga...satu-satunya kaset Headwind yang aku ada dulu...semata-mata pasal kavernya dan lagu Memori Luka...lama dah aku cari tshirt Ratt yang guna gambar ni...tapi masih tak jumpa...




Wednesday, September 22, 2010

Infestation

Ok la..atas permintaan En Fazrie Abdullah...ini album ke 7 dan terbaru dari Ratt...



Seperti yang aku cerita tu hari...cd ni aku beli semasa aku duk mencari cd Iron Maiden The Final Frontier...lain yang cari lain pulak yang dapat...tak sangka pulak ada jual kat sini...(untuk makluman...aku dah dapat pun TFF...egay rulesss...heheh)..aku dah tau pasal Infestation sejak bulan april lalu...tapi aku agak kurang excited nak dengar walaupun dah lama download...maklum la banyak album2 comeback dari band2 era ni agak mengecewakan aku...Motley Crue,White Lion,Poison,Tesla,Great White,Whitesnake dll...tapi album baru Stryper Murder By Pride dan Dokken Lightnin' Strikes Again boleh tahan jugak la..so aku memang abaikan nak dengar sehinggalah aku beli cd ni...

Hasilnya memang aku tak sangka2...Infestation memang mengimbau zaman bebudak aku di tahun2 80an...sound dan feelnya memang hampir ke arah tu...kalau bukak back to back 1984’s Out of the Cellar, 1985’s Invasion of Your Privacy, 1986’s Dancing Undecover, 1988's Reach For The Sky dengan 2010's Infestation ni...memang tak sangka jaraknya 20++ tahun lebih...soundnya memang hampir sama...

tak kisah la kalau ada yang cakap ini tahun 2010 beb...apa barang ketinggalan zaman...jadi dinosour rock...bagi aku muzik yang bagus tak kira masa...buat sound moden pun kalau tak sedap nak buat apa...Infestation pun bukanlah album yang ketinggalan zaman...masih releven untuk zaman ni...cumanya feelnya lebih terarah ke 80's...Ratt sendiri pun bukan la band yang tak pernah berubah...seperti kebanyakkan band2 glam,hair metal,pop metal,sleaze rock, hard rock...tak kira la apa korang panggil...mereka merubah muzik mereka pada tahun2 90an atas dasar tak mau ketinggalan zaman...tu jam Grunge tengah mengiler kan...mostly band 80's cuba untuk menjadi lebih “darken”...down-tuned riffs yang bosan...tema lirik yang kononnya lebih serius dan introspective...yang akhirnya membawa kepada kejatuhan kepada genre glam hair metal tu sendiri...



Bagi aku tak kisah la kalau band2 tu nak berubah...tapi memang tak banyak pun yang berubah ni berjaya...lain la kalau band tu Metallica...(Metallica lain...dia berubah genre pun...old fan menyampah...tetap dorang akan dapat new fan...sapa2 nak belajo metal mesti cari Metallica punya..) atau Iron Maiden (ni dia punya die hard fan memang tak leh nak lawan...setia bersatu sungguh...tapi Maiden pun tak lah banyak mana berubah...signature muzik dorang tetap sama...)...bagi aku baik jadi ACDC...tak kira apa zaman pun...dorang tetap true kat muzik dan fan dorang...tetap jual juta2 jugak album dorang...tak yah susah2 konon nak please new fan...aku memang respek ACDC...kalau muzik bagus...ada je new fan yang sangkut...tapi tak kisah la kan...kekadang selera muzik kita memang berubah...tak kan nak main benda yang sama je kan...bosan pulak nanti...ok la aku dah melalut...nak cerita pasal ni boleh buat entry lain kot...ni pasal Infestation...

Walaupun Ratt tak mungkin akan sama dari segi band membernya...Iyer la Robbin Crosby dah takder...Juan Croucier pun walaupun puas dipujuk tetap taknak rejoin...tapi penggantinya Robbie Crane tu pun dah lama join Ratt...sejak 1996 lagi...tapi yang tak disangka2 pengganti Robbin Crosby la...selepas mencuba beberapa gitaris termasuk la Michael Schenker dan John Corabi(Motley Crue)...alih2 Carlos Cavazo (Quiet Riot) pulak yang join...pergh dasat...bayangkan 2 orang antara shredder terbaik dari era glam metal 80's Warren DeMartini dan Carlos Cavazo bertukar2 solo...memang terbaik beb...

Ratt ni sememangnya berbeza dari band2 era glam yang lain...muzik dorang lebih berat...unik...dan Infestation mengekalkan formula tersebut...zaman 80's dulu dorang mana ada lagu slow rock ballad leleh...paling dekat nak ballad pun dalam Infestation ni adalah "Take Me Home"...lagu2 lain semuanya Ratt n Roll...

Lagu2 memang catchy...production bagus, riffs2 yang rangup, solo2 shredding yang lazat...antara lagu2 yang best pada aku adalah "Best Of Me", "A Little To Much", "Eat Me Up Alive", "Take a Big Bite", "Last Call", "As Good As It Gets"...pendek kata album ni memang bagus...giler kan aku puji melambung...mungkin aku sikit bias pasal aku memang giler minat Ratt...tapi itulah kenyataannya...susah nak jumpa band yang buat comeback dapat menghasilkan apa yang old fan dia nak...kalau korang minat Ratt khasnya atau peminat glam metal amnya...tentu ko paham perasaan aku bila dengar album ni...cuma satu yang kurangnya...tiada lagi trademark suara Juan Croucier sebagai backing vocal...

Aku rasa antara sebab Ratt dapat balik capture sound 80's dorang adalah kerana Carlos Cavazo...(dia sanggup pakai V balik semata2 nak feel 80's...)...sapa lagi yang paham sound 80's kalau bukan dari mereka yang berasal dari zaman tu kan...chemistry dia bersama Ratt contohnya lagu ciptaan beliau yang jadi single pertama "Best Of Me" memang menjadi...Ratt kembali kepada trademark mereka yang asal...kalau dulu boleh dengar DeMartini di kanan dan Crosby di kiri...main lain2...kini boleh dengar perkara yang sama dengan Cavazo pulak dikiri...memang layan bila dengar pakai earphone kat Ipod anak aku...hahaha..



Vocal Stephen Pearcy pun memang patut di puji...bunyi macam muda 20 tahun...sebijik macam dulu2...dan satu lagi yang patut aku sebut adalah ketukan drum Bobby Blotzer...memang power...antara drummer terbaik dari era hair metal...Ratt telah kembali doing what Ratt does best...tak kisah la kalau lirik2 dia simple dan mungkin ada yang cakap tak matang...tapi bagi aku nak dengar lirik2 complicated..cari band lain...bak kata seorang peminat Ratt..."These bands have all matured, and their sound has too, which is fine, but when you're best known for decadent party rock, mature isn't quite what the doctor ordered"

Album ni jugak debut no 30 kat carta US Billboard album chart...dah berpuluh tahun dorang tak capai tahap tu...kalau rilis time 80's...konpem no 1...Apa yang pastinya...Ratt memberikan apa yang fan dorang nak...a modern take on their trademark sound...tak pedulikan keadaan pasaran sekarang...memang susah nak jumpa comeback yang bagus camgini....Band2 lain patut ambik perhatian...beginilah cara yang betul...

Sebagai kesimpulannya...Infestation ni khas untuk orang2 yang dah 30++ nak masuk 40 dan ke atas...yang muda2 dulu enjoy glam pop metal nak lepas geram...lepak sorang2...tutup pintu bilik atau pintu kereta...pinjam ipod anak atau campakkan cd Justin Bieber/Miley Cyrus anak....ambik cd ni...bukak kuat2....headbang dan air guitar....yeah...tu jam rasa macam nak rock sampai tua....hahaha...

Recommended beb! RATT AND ROLL!!!

Saturday, May 15, 2010

Out Of The Cellar

Semenjak 2 menjak ni aku kemaruk mendengar album baru Ratt Infestation hampir setiap hari masa drive balik kerja aku dengar…aku takder pun cdnya…mana nak cari kat sini kan…seperti biasanya…versi sedut mp3 la…bagi aku dalam banyak2 band 80’s yang buat comeback…album ni dan Stryper Murder By Pride adalah yang terbaik…memang tak lari dari sound 80’s dorang…best…walaupun Robbin Crosby dah takder…pengantinya Carlos Cavazo (Quiet Riot) jugak adalah seorang gitaris yang aku minati sejak zaman2 80’s dulu…tambah pulak dia pakai V…tu yang best tu…

Tapi entry ni bukan nak cerita pasal Infestation…tapi pasal album pertama Ratt Out Of The Cellar terbitan tahun 1984…sememangnya masa aku budak2 dulu…Ratt bersama2 Motley Crue, Twisted Sister, Dokken, Quiet Riot, WASP dan Stryper adalah antara band yang paling aku minat sekali…walaupun Out Of The Cellar ni bukanlah album 1st dari Ratt yang aku ada..(album 1st aku beli adalah Dancing Undercover)…tapi lagu Round And Round yang aku dengar dari satu kaset kompilasi Kerrang membuatkan aku minat dorang.



Out Of The Celler bagi aku adalah salah satu album heavy metal 80’s terbaik (tu jam mana ada orang panggil glam ker hair metal ker…semua pun heavy metal kan…) boleh dikatakan semua pun lagu best…maklumlah kan…Ratt ni muzik dorang memang catchy…tambah2 part chorus…memang pop gitu….tapi yang tambah menariknya lagi dia punya dual gitar attack…orang selalu cerita pasal gandingan Smith/Murray ataupun Tipton/Downing…tapi selalu lupa gandingan Warren DeMartini dan Robbin Crosby ni…best ooo…walaupun Warren ni lebih menonjol (kekadang aku rasa solo2 dia ada skit2 macam George Lynch…) antara sebab mengapa Robbin Crosby ni jadi down…ambik drug…last2 mati overdose…kalau korang tengok VH1 Behind The Music Ratt memang sedih la tengok kisah hidup Robbin ni…dari pengasas Ratt..akhirnya kena tendang dari Ratt…dari kaya raya akhirnya jatuh bankrap…kena HIV…last2 mati overdose…



Out Of Cellar ni bagi aku semua lagu pun best…tak yah skip2…takder filler…catchy riffs…catchy melody…shredding solo…tambah pulak vocal Stephen Pearcy yang unik tu…dengar sambil drive memang memang tak perasan menyanyi sama….memang aku rekomen la..

Lagu paling favourite dah tentu2 la Round And Round…memang ni pun lagu dorang yang paling popular…chorus dia memang catchy giler…part yang paling aku suka masa Warren punya solo…pastu masuk part Robin/Warren punya melodic harmony…pergh…memang awesome….pernah tengok kat youtube…beberapa penganti Robbin termasuk Michael Schenker…John Corabi...Carlos Cavazo…buat part harmoni tu…tapi ntahla…aku tetap suka Robin main part ni…solo last kat lagu ni pun best….



Video clip lagu Round And Round ni pun menarik la...aku suka...walaupun kalau zaman sekarang ni tengok pakaian macam tu rasa lawak pulak...tapi tu jam...memang stylo tu...heheh...dulu2 bukannya senang nak dapat tengok videoclip2 ni...sesekali keluar tv (rtm jangan harap la...) dia punya perasaan...macam wahhhh....ternganga tengok...hehehe..

Lain2 lagu yang aku suka dari album ni Wanted Man (ni pun aku suka video clip dia)… You're in Trouble, She Wants Money, Lack of Communication, Back for More…boleh kata semua la...sememangnya Out Of The Cellar ni merupakan salah satu all time favourite aku dari era heavy metal 80an...



cd ni aku beli 2nd hand dari sorang member yang kata dah pencen rock...(walaupun camgitu...ada gak cd2 yg dia tak nak jual...lum 100% pencen la tu maknanya...heheh..)
sayangnya cover dan bookletnya agak usang...mungkin dia tak jaga kot...kalau tengok cd ni tulis made in USA....tapi dalam dia tulis jepun...mungkin printed kat US tapi untuk pasaran Jepun kot...tu pasal tak der obi...

oh yer..satu lagi..model kat cover cd ni adalah Tawny Kitaen...tu jam dia awek Robbin Crosby...kalau korang biasa tengok videoclip Whitesnake tentu kenal ngan makcik ni...dulu memang nyum nyum...tu hari tengok VH1 Behind The Music...dah tua dah minah ni...hehehe...