Showing posts with label Wolfsbane. Show all posts
Showing posts with label Wolfsbane. Show all posts

Monday, July 14, 2025

Down Fall The Good Guys

Remembering my youth - 34th anniversary


Wolfsbane - Down Fall The Good Guys (09/07/1991)

"The Next Big Thing". Itulah pujian melambung yang majalah Kerrang! bagi untuk mereka. Biasalah... Kerrang! memang bias dengan band UK. Tapi sememangnya mereka bagus. 

Cuma tak sangka pula kasetnya ada di jual di sini. Tapi yang paling tak di sangka bila vokalis mereka, Blaze Bayley menjadi vokalis untuk Iron Maiden. Macamana vokalis dengan lengok David Le Roth boleh menggantikan tempat Bruce Dickinson. Memang ganjil and the rest is history la...

Album ini masih gagal untuk di”giler format”kan. Versi piring hitam ini baru dimiliki beberapa bulan yang lepas. Tapi susah betul untuk mendapatkannya dalam dalam bentuk cd.


Friday, February 11, 2022

Wolfsbane - Live Fast , Die Fast

 Antara yang baru berjaya dimiliki...

Wolfsbane - Live Fast , Die Fast (1989)

Pengenalan saya kepada Blaze Bayley adalah dari album ini. Bukannya Iron Maiden. Tetapi bukanlah dari segi pendengaran tetapi pembacaan.

Membaca tentangnya dari majalah Kerrang! . Mungkin sekitar tahun 1990. Gelaran "The Next Big Thing" yang diberikan oleh Kerrang! membuatkan rasa teringin betul nak dengar. Sayangnya tidak berpeluang. Rasanya album ini tak pernah masuk pun untuk pasaran di Malaysia. Yang pernah jumpa kasetnya di jual adalah album kedua, Down Fall the Good Guys (1991).

Mendapat albumnya secara fizikal baru sahaja dalam beberapa minggu yang lepas. Seperti apa yang dibaca, album ini semangnya mempunyai pengaruh Van Halen yang kuat. Baik dari segi lagu mahupun gitar solonya. Lenggok nyanyian Blaze pun agak terikut-ikut dengan gaya David Lee Roth. Tak dapat nak membayangkan kalau beliau melenggokan gaya begini ketika bersama Iron Maiden.

Ianya sebuah album yang bagus jika anda pengemar muzik hard rock atau pop metal 80an. Sayangnya mereka tidak dapat mencapai tahap "The Next Big Thing" tersebut. Mungkin kurangnya promosi di US. Pelik juga walaupun mereka bernaung di bawah syarikat Rick Rubin (Def American) dan Rick Rubin sendiri yang menerbitkannya. 


Berkemungkinan juga masa yang tidak bersesuaian. Awal 90an genre muzik seperti mereka bukan lagi di arena mainstream.  Mereka akhirnya digugurkan dari Def American selepas album kedua. Namun begitu sempat juga melahirkan album ketiga (1994) sebelum akhirnya Blaze di lamar Iron Maiden. Sayang... sebenarnya mereka pemuzik yang bagus dan Wolfsbane akhirnya terkubut. Tetapi tak boleh nak salahkan Blaze, peluang untuk menyertai band sebesar Iron Maiden sememangnya tak akan dilepaskan oleh sesiapa.


Sunday, September 26, 2021

War Within Me

Sambung dari entri lepas pasal Blaze dan Iron Maiden...album terbaru 2021

Blaze Bayley - War Within Me (2021)

Kalau tak silap ini adalah album studio beliau yang ke 11 selepas ditendang keluar dari Iron Maiden. Memang sangat produktif. Tidak hanya bergantung kepada nostalgia dan populariti lagu-lagu Iron Maiden, beliau terus menerus berkarya.        

Sejujurnya saya tidak pernah membeli album-album solo beliau. Hanya sekadar di spotify dan membacanya di blog "Ada Apa Dengan Ijau?". Percubaan mendengar album baru ini di spotify ditambah dengan semangat "Senjutsu" membuatkan akhirnya terjebak juga membeli.

Ini bukannya cd yang dibeli secara cuba jaya. Memang dah dengar di spotify dan jadi suka. Semua 10 lagunya sedap. Sebuah album melodic heavy metal yang "simple", tidak mencari kelainan tetapi ianya tersangat bagus. Solo-solo gitar yang melodic banyak mengingatkan kepada Iron Maiden.

Blaze juga seorang penulis dan pencerita yang baik. Lirik-liriknya memang bagus. 303 dan 18 Flights adalah antaranya. Tetapi trilogy sains, "The Dream Of Alan Turing", "The Power Of Tesla" dan "The Unstoppable Of Stephen Hawking adalah yang paling menarik.

Sayangnya karya-karya beliau jarang dipandang kerana persepi kurang baik ketika beliau bersama Iron Maiden. Tak pasti adakah ini adalah karya terbaik beliau kerana tidak memiliki album-album beliau yang lainnya. Tetapi mungkin ini adalah yang paling konsisten. 

Rekomended!

Friday, December 25, 2015

The X Factor

Yang menyambut ulangtahun ke 20...


Iron Maiden - The X Factor (1995)

Ada sebab kenapa saya teruja dengan X Factor. Saya akui saya agak lost dengan album sebelumnya Fear of the Dark (1992). Saya tak beli dan tidak mengambil tahu ketika ianya diterbitkan. Tetapi tidak dengan X Factor. Keluar-keluar terus beli.

Mungkin saya berbeza dengan peminat yang lain. Ramai yang kecewa bila Bruce Dickison tiada dan penggantinya bukanlah Michael Kiske yang mereka harapkan. Saya pula agak berbelah bagi antara suka dan tidak. Suka kerana saya sukakan Wolfsbane. Tidak sukanya kerana dah boleh agak dah yang Iron Maiden akan berubah. Suara Blaze Bayley memang lain.


Ternyata saya betul. Iron Maiden telah berubah. Lagunya masih Iron Maiden tetapi lengoknya dah macam Wolfsbane. Tambah-tambah pula ini zaman suram Steve Harris. Lagu-lagunya pun ikut suram dan agak "mellow". Bagi yang biasa dengar Wolfsbane, pasti dapat menangkap yang lagu "Man On The Edge" tu memang feelnya macam Wolfsbane. Tambah-tambah pula ianya dicipta oleh Blaze sendiri. Suatu yang saya tabik. Steve Harris begitu berani memberikan kepercayaan kepada lagu-lagu Blaze.


Album ni bagus sebenarnya. Jenis grower. Makin lama dengar makin menangkap. Yang jadi masalahnya cuma ramai fanboy yang tidak boleh menerima Iron Maiden tanpa Bruce Dickinson. Ianya lebih berkaitan dengan emosi bukannya fakta lagu itu sendiri. Tetapi satu yang perlu saya akui yang pada saya sedikit kekurangan adalah sound gitarnya yang pada saya agak nipis daripada biasa.

Tetapi solo-solo melodic dari Dave Murray dan Janick Gers tetap menangkap. Identiti Maiden yang tidak boleh tinggal. Lagu-lagu seperti "Sign Of The Cross", "Lord Of The Flies" dan "Man On The Edge" membuktikan kehebatan Blaze. Pada saya tiada apa yang perlu beliau buktikan lagi. Sayangnya jodoh beliau tidak panjang.

Best!






Thursday, May 6, 2010

Down Fall The Good Guys

Dah lama nak buat entry pasal kaset ni…tapi selalu blank bila nak menaip…tak tau la kenapa…entry lain laju je idea masa menaip…kaset yang aku maksudkan tu adalah kaset Wolfsbane – Down Fall The Good Guys..



Kepada sesapa yang masih tak tau…Wolfsbane adalah band asal Blaze Bayley sebelum dia join Iron Maiden…mungkin sebab tu kot…perasaan antara suka dan tak suka dia masuk Maiden menjadikan aku agak blur dan kering idea nak menaip pasal kaset ni…

Pernah tak korang beli sesuatu pasal terpengaruh dengan review2 baik dari majalah...inilah yang berlaku pada aku pasal Wolfsbane ni...Kaset ni aku beli pada tahun 1993…tu jam belum ada cerita pun pasal Blaze nak join Maiden…aku beli kaset ni pasal semata2 aku selalu terbaca pujian melambung wartawan2 Kerrang pasal Wolfsbane ni….terutama pasal live show dorang yang sangat happening…Kerrang pernah melabelkan Wolfsbane ni sebagai The Next Big Thing from UK….so bila kebetulan aku ternampak kaset ni kat kedai kaset di Komtar, JB…tanpa banyak soal terus aku sambar…



Muzik dorang ni memang lebih kurang la dengan band2 metal/hard rock British time tu macam The Almighty, The Wildheart, Little Angel, Quireboys dll….jauh beza la dengan Iron Maiden…nak kata best sangat tu…ok ok ajer la…tu jam kan tengah zaman glam hair metal merundum…grunge alternative baru nak naik…Wolfsbane macam banyak band2 rock/metal lain jugak la…mula mencari2 arah dengan mencampurkan elemen2 lain dalam muzik mereka…kesimpulannya muzik dorang ni lebih kurang hard rock/metal + funky dengan gitar shred dan catchy melodi….gitu la lebih kurang kot….tak reti aku nak describe…korang cari la kat youtube dan dengar la sendiri…kekadang macam band Extreme pun ada jugak...walaupun gitaris dia Jase Edwards tak le shredder sehebat Nuno Battencourt...tapi stil dasat gak solo2 dia...

Wolfsbane ni adalah 1st british band yang Rick Rubin sign untuk label Def American…kira hebat tu…tapi sayangnya…production 1st album dorang Live Fast, Die Fast teruk kena kondem…album pulak tak laku…last2 kena drop….promosi besar2an Kerrang pun tak jalan…memang bukan rezeki dorang kot..

Album Downfall The Good Guys ni merupakan album penuh mereka yang ke 2 selepas Live Fast, Die Fast dan sebuah EP All Hell's Breaking Loose Down At The Little Khaty Wilsons Place...lagu yang paling popular dan merupakan single dari album ni adalah Ezy...tapi bagi aku tu bukanlah lagu terbaik mereka...aku lebih suka lagu seperti Smashed And Blind, Black Lagoon, Broken Doll, Cathode Ray Clinic dan After Midnight...lagu2 ni semua memang catchy chorus dengan shredding gitar dasat la...memang senang nak lekat kat kepala aku...



Selain tu ada sebuah lagu yang menarik perhatian aku...Moonlight…sebuah lagu slow yang feeling arr bila dengar...aku suka oo…macam Bruce jugak la...lagu Navigate The Seas Of The Sun tu kan…bila sesekali dorang ni nyanyi lagu2 slow...akustik gitar lak tu...sedap pulak...ntah kalau Maiden pun buat lagu slow akustik pun mesti sedap jugak kan...

Sayangnya Wolfsbane ni berkubur bila Blaze join Maiden…macam2 komen la pada masa tu…bukan die-hard Maiden je tak suka…die-hard Wolfsbane pun kutuk dia gila2…kesian la Blaze ni…bukan salah dia kan…rasanya kalau Steve Haris pilih suara yang mirip Bruce contoh Michael Kiske ker…tak la kontroversi sangat kot…


Keratan artikel dari Kerrang...lupa pulak aku nak check issue no berapa dan tahun bila...antara surat peminat yang tak suka Blaze join Maiden...sorry..gambo tak clear sangat tapi still boleh baca..

Aku dulu pun mula2 tak suka….tapi lelama ok la…banyak jugak lagu best masa zaman dia per…Apa2 pun memang banyak beza la antara Wolfsbane, Iron Maiden dan Blaze solo....ada jugak la beberapa kali dorang buat re-union main live...tapi untuk rekod album...tak sure pulak aku...