Bersempena dengan berita yang Pantera akan mengadakan reunion tour…
Friday, July 29, 2022
Power Metal
Wednesday, August 18, 2021
I Am The Night
Pendengaran secara rawak di kala WFH
Pantera - I Am The Night (1985)
Terdapat 4 album awal Pantera sebelum album Cowboys From Hell (1990) yang dikatakan agak berbeza genre muziknya. Saya mempunyai kesemua 4 album tersebut dalam bentuk cd dan memilih secara rawak album no 3, "I Am The Night" dari yang lainnya tanpa ada sebab yang khusus.
I Am The Night bukanlah groove metal seperti Pantera yang kita kenal di tahun 90an. Ramai yang mengangap ianya adalah glam metal. Mungkin betul kalau mengikut imej atau cara berpakaian mereka pada ketika itu. Tidak dinafikan ada lagu-lagunya yang kearah tersebut, malah lagu seperti "Forever Tonight" mempunyai pengaruh AOR yang agak kuat (tetapi soundnya berat). Tetapi ada lagu-lagu lainnya yang mempunyai ciri-ciri speed metal ala-ala Savatage yang awal.
Pada saya ini adalah album mereka bersama vokalis, Terrence Lee yang paling saya suka. Muziknya lebih berat dari 2 album awal. Sebagai peminat glam/hair metal dan suka pula pada power metal acuan dari US, muzik sebegini sememangnya makanan. Kerja gitar dan solo-solo "Diamond Darrel" (nama yang digunakan pada zaman tersebut) sahaja pun sudah cukup untuk menjadi penyebab kenapa harus mendengarnya.
Tak semua mempunyai selera yang sama. Saya lebih kepada era 80an mereka. Era 90an mereka yang betul-betul saya suka hanyalah Cowboys From Hell dan Vulgar Display of Power. Saya agak kurang berminat dengan genre groove metal.
Friday, July 13, 2018
Power Metal
PANTERA – POWER METAL (1988)
Antara album yang mahu dilupakan oleh Pantera. Mungkin kerana genre muzik mereka yang dah berubah atau mungkin juga kerana imej yang berbeza.
Power Metal adalah album pertama Phill Anselmo bersama Pantera. 3 album yang awal adalah bersama vokalis yang lain. Walaupun ianya sering dikategorikan sebagai sebuah album glam/hair metal seperti 3 album awal, tetapi sebenarnya ianya tidaklah sepenuhnya begitu. Ianya bukanlah sebuah album seperti Poison ataupun Warrant
Saturday, February 17, 2018
Official Live: 101 Proof
Pantera - Official Live: 101 Proof (1997)
Ini adalah kenangan dari zaman Tower Records KL Plaza. Memang tiap-tiap bulan perabis duit gaji di situ. Dan ini adalah cd Pantera saya yang pertama.
Sebenarnya bukanlah peminat tegar Pantera. Sebelumnya cuma ada kaset Vulgar Display of Power (1992) dan Far Beyond Driven (1994). Tak beli The Great Southern Trendkill (1996) pasal tak minat. Tapi biasalah, dah menyelam dalam Tower Records memang tak pernah keluar tanpa pembelian.
Jarang diputarkan. Kalau dimainkan pun hanya untuk mendengar lagu "Cowboys from Hell", "Cemetery Gates" dan lagu -lagu dari album Vulgar Display of Power. Tak pasti adakah album ini ada melalui proses overdub atau tidak. Tetapi yang pastinya mendengar cd ini memang dapat merasa tenaga mereka. Memang bertenaga.
Bukanlah album live yang terbaik. Tetapi ianya memang "power" dan "raw". F**KING HOSTIIIIIILE!!!!...
Thursday, April 16, 2015
Keras tangan 2
Tshirt ni banyak kenangannya. Lebih 20 tahun dah. Dari menjadi kain buruk, lebih baik dikerastangankan.
Dibeli di kedai lejen mat rock JB tahun 80an, Rock Station, Komtar, Johor Bahru. Ni jenis iron on, nak beli yang betul-betul tak mampu. Ni murah sikit. Maklumlah zaman student mana nak cekau duit. Yang bestnya tulisannya tu jenis "Glow in the dark".
Puas la juga melaram dengannya zaman kat ITM dulu. Ada banyak lagi. Sayangnya hanya ini yang terselamat dari jadi mangsa mak buat kain buruk atau buat balut buah nangka.
Siapa-siapa ada tshirt buruk atau dah tak muat tu...tak kisahlah gambar apa pun...Persatuan belia 4B pun boleh jugak....Dari di buang tu bolehlah cuba framekan macam ni. Boleh juga buat perhiasan.
Tuesday, May 20, 2014
Far Beyond Driven
Pantera - Far Beyond Driven (1994)
Album ini mencapai kedudukan no 1 di carta Billboard ketika ianya diriliskan. Suatu pencapaian yang memang membanggakan kalau dilihat dari segi muziknya yang agak berat dan ekstrim. Tetapi saya tak rasa ianya ada berkaitan dengan album ini sebagai satu album yang bagus. Mungkin ianya lebih kepada populariti Pantera yang memuncak pada ketika itu.
Jujurnya saya kurang gemar dengan album ini. Saya memang kurang berminat dengan genre groove metal. Tambah-tambah pula muzik mereka semakin kurang aggresifnya.Semakin meleweh. Sound yang berat tidak bermakna ianya aggresif. Mungkin ianya seperti seseorang yang sedang marah tetapi dalam masa yang sama dia di dalam keadaan kepenatan. Entahlah...saya pun tak pasti samada anda faham tak apa yang saya cuba maksudkan...heheh...
Mungkin mereka terlalu mencuba untuk mengatasi "Vulgar Display of Power". Akibatnya semua seperti terlebih. ("Overdo"). Cuba untuk menjadi lebih berat...menjadi lebih dalam...lower and lower...Sayangnya mereka terlupa formula "lagu" yang bagus. Setakat meletakan riff-riff berat dan kasar tidak bermakna menjadikan sesuatu lagu itu sedap. Akibatnya album ini menjadi sangat mendatar bunyinya walaupun produksinya sangat tip top.
Entahlah, saya sememangnya sedikit kecewa dengan album ini. Maaf peminat Pantera. Pada saya "Far Beyond Driven" sedikit membosankan. Kalau inginkan Pantera, saya lebih suka untuk mendengar "Cowboys from Hell" ataupun "Vulgar Display of Power".
Walaupun begitu, tetap juga saya memiliki album ini dalam bentuk kaset dan cd. (parah jadi seorang cdholic ni... :P )
Wednesday, December 26, 2012
Vulgar Display of Power
Pantera - Vulgar Display of Power (1992)
Sesuatu yang menarik berkenaan Pantera adalah ketika kebanyakan band2 metal/thrash cuba untuk menjadi radio friendly, mereka bertindak sebaliknya. Ini mengingatkan saya kepada Skid Row. Menjadi semakin keras di album2 yang berikutnya. Mungkin kerana itulah agaknya mereka memilih untuk tour bersama2 ketika promosi album ini dijalankan.
Pada saya ini adalah album terbaik Pantera. Lagu dan sound yang sangat heavy dan aggresive tetapi dalam masa yang sama mempunyai riff2 yang cukup melodic. Tak salah kalau nak dikatakan merekalah yang membuka lembaran baru kepada heavy metal. Muzik mereka yang juga dikenali sebagai groove metal menjadi pengaruh besar dalam terhasilnya muzik metal alaf baru yang dipanggil Nu Metal.
Dimebag Darrell pada saya keistimewaannya bukanlah terletak kepada solo2 gitarnya tetapi lebih kepada tone dan riff2 beratnya yang sangat catchy. Antara lagu2nya yang sehingga sekarang berjaya meneman saya ketika mengantuk semasa pemanduan jarak jauh adalah "Mouth for War", "This Love", "Walk" dan tak lupa "F---ing Hostile".
T-shirt iron on "glow in the dark" ini adalah antara kenangan saya dengan album ini. Di beli di Rock Station, Komtar, JB. Sekarang kondisinya dah macam kain buruk. Saya sedang bercadang untuk membeli frame dan mengantungnya di bilik. Sekurang2nya ianya masih "glow in the dark"
Tuesday, November 2, 2010
Cowboys From Hell

Kali ni cerita pasal album ke 5 Pantera...Cowboys From Hell...album yang menjadi breakthrough mereka...mungkin bagus jugak kot 4 album awal mereka gagal mendapat sambutan...kalau berjaya...dah tentu2nya mereka tak akan keluarkan album thrash yang sebegini...dah tentu2 mereka akan kekal berimejkan seperti Poison dan Motley Crue...imej glam metal...imej yang sekarang ni kalau boleh dorang nak padam terus dari sejarah Pantera...pernah terbaca kalau ada fan bawak cd2 zaman glam tu untuk dorang sign...dorang memang tak nak...tak mengaku itu dorang...lawak seh kalau tengok Phil Anselmo zaman tu...ala2 Bret Michaels gitu...auuu...
Di era tahun2 90an...ketika dunia dilanda deman grunge...Pantera lah yang terus mengibarkan bendera heavy metal di dunia mainstream (di US khasnya)...ketika era anti gitar hero melanda..Dimebag Darrell lah muncul sebagai penyelamat...aku banyak terbaca artikel yang mengatakan Cowboys From Hell adalah salah satu album terpenting dalam sejarah metal...di sini bermulanya apa yang di panggil groove metal..ntah la..aku tak pandai dalam mengkategorikan muzik ni...apa yang pasti bagi aku...album ni masih kuat bunyi thrashnya...manakala album2 selepasnya...walaupun dorang semakin heavy...Dimebag dah start main downtuned...mungkin dia kot yang created Nu-Metal dengan stail downtuned ni...Vocal Phil Anselmo pun sama...kalau korang perasan...CFH lah satu2nya album yang dia nyanyi high-pitched vocals ala2 Rob halford...manakala album2 selepas tu dah mendatar dan guna vocal growl...
Apa2 pun aku memang suka sound gitar dan rif2 Dimebag ni...unik...bak kata kawan aku dulu jenis rif tersekat2...“chugga chugga” tu kan...sayangnya dia mengikut jejak langkah salah seorang idolanya Randy Rhoads mati muda...
Secara jujurnya...masa tahun 1990 tu...aku cuma dapat membaca review2 dan artikel pasal CFH ni dari majalah2 ajer...kasetnya memang tak jumpa ada jual pun...dari artikel2 yang puji melambung tu la aku kenal Pantera...sebagai true poser (heheh)...aku siap tampal logo Pantera kat kulit calculator aku time gi kuliah...padahal tak pernah dengo pun macamana bunyinya Pantera ni...
Setahun selepas tu...terjumpa tape video VHS Pantera live ada jual kat Kat Holiday Plaza, JB...tu jam la baru dapat dengar dan tengok...ooo gini rupanya...start dari tu la aku mula follow dorang...sebenonya 3 album jer..CFH, Vulgar Display of Power dan Far Beyond Driven...album lepas tu dorang dah mula mengarut...bosan..

Walaupun CFH ni tak la seheavy VDOP...Pantera ni jenis yang makin heavy setiap album...(lagi satu Skid Row)...CFH adalah album perubahan dorang dari glam ker extreme metal...lagu2 yang sedikit mellow dan ada touching thrash macam Cemetery Gates, The Sleep atau Medicine Man memang dah tak jumpa la kat album selepas ni...satu perubahan yang aku tak berapa setuju la kalau korang tanya pendapat aku...album2 post FBD memang hampeh...sayang dorang dah tak main thrash macam gini lagi...
So apa yang best pasal CFH ni...pada aku ada 2 lagu yang betul2 worth it untuk dicekidot...Yang pertama lagu yang jadi tajuk album Cowboys From Hell...aku suka rif lagu ni..time kalau driving long distance...memang segar bijik mata...yang ke duanya lagu ala2 Fade to Black/Sanitarium....Cemetary Gates...mula2 slow mendayu...pastu masuk part hanguk kepala...memang best.
Lain2 tu kira boleh la...pasal aku mendengar album ni betul2nya selepas album Vulgar Display Of Power...maka sememangnya aku lebih familiar dengan lagu2 dari Vulgar berbanding Cowboys ni...selain 2 lagu aku sebut tadi...aku layan gak la dengar Primal Concrete Sledge dan Psycho Holiday...
Bukan yang terbestest...tapi ok la..













