Showing posts with label Stryper. Show all posts
Showing posts with label Stryper. Show all posts

Tuesday, December 3, 2024

When We Were Kings

 

Lagi yang terkini...

Stryper - When We Were Kings (2024)

Tak banyak band yang boleh memuaskan hati peminat lama dengan setiap album baru mereka. Tetapi Stryper telah berjaya melakukannya. Semenjak album No More Hell to Pay (2013), mereka telah berturut-turut melahirkan album yang kualitinya menyaingi zaman kegemilangan 80an mereka.

Dalam satu wawancara, Michael Sweet mengatakan yang Stryper mendengar pandangan peminat. Peminat mahukan sound 80an dan lebih banyak solo gitar. Dan itulah yang mereka berikan di dalam 4 hingga 5 album kebelakangan ini.

When We Were Kings bagi saya lebih perencah hard rock berbading heavy/power metal seperti beberapa album sebelumnya. Kebanyakan lagunya mempunyai bahagian chorus yang catchy. Jarang orang bercerita tentang dual gitar solo dari Michael Sweet dan Oz Fox. Tetapi sekali lagi mereka membuktikan yang mereka patut menerima pengiktirafan yang lebih tinggi.

Sound produksi tip-top . Vokal Michael Sweet masih bagus. Lagu-lagu sedap. Tiada apa yang peminat Stryper nak komplen...


Tuesday, March 7, 2023

The Final Battle

Satu lagi album pilihan 2022...

Stryper - The Final Battle (2022)

Awalnya tidak menaruh harapan yang tinggi. Pra dengar di spotify pun sekadar sambil lalu kerana sedap atau tak sedap, cdnya memang akan tetap dibeli.

Kesibukan Michael Sweet dengan pelbagai projek lain membuatkan saya beranggapan yang beliau pastinya telah kering idea. Cdnya pun antara yang terakhir saya dengar dari pelbagai cd yang di beli pada tahun lepas. 

Ternyata saya tersilap. Seperti beberapa album sebelumnya, Stryper sememangnya tidak mengecewakan. The Final Battle membuktikan yang mereka adalah satu-satunya band dari era glam/hair metal 80a yang terus menerus menghasilkan album-abum yang bagus dan berkualiti.

Mungkin ianya bukanlah sesuatu yang baru atau lain dari yang lain. Sememangnya tiada yang berubah. Vokal Michael Sweet pun masih sama seperti dulu. Tetapi yang pentingnya ini adalah apa yang kita mahu dari Stryper. Mereka memang pakar dalam menghasilkan melodi dan rif yang sedap. Ianya seperti saya kembali kepada era 80an tetapi di tangan ada teknologi terkini.

Bagi saya muzik mereka adalah heavy metal. Tak kisahlah jika ianya putih atau hitam. Yang paling penting adalah sedap. Dan ini adalah satu lagi album terbaik dan pilihan saya untuk tahun 2022.


Friday, February 5, 2021

Even The Devil Believes

Album dari tahun lepas.....

Stryper - Even the Devil Believes (2020)

Best album ini. Ianya mengembalikan kenangan kepada album-album awal mereka di tahun 80an. Mereka kembali ke asal. Tiada lagi eksperimentasi. Malah beberapa album terakhir mereka sebelum ini juga tidak mengecewakan. 

Apa yang dulu-dulu kita dengar dan suka dari mereka itulah apa yang dapat kita dengar dan suka dalam Even the Devil Believes. Chorus dengan vokal harmoni. Twin gitar solo dari Ozz dan Michael Sweet. Rif - rif yang catchy. Ditambah pula dengan produksi soundnya yang tip-top. Memang tiada yang salah untuk album ini. Ia sememangnya sebuah album melodic heavy metal yang bagus. Salah satu album terbaik 2020 untuk genre yang sebegini.

Tapi seperti biasalah, ramai yang rasa tak selesa dengan mesej kristianisasi dalam lirik-liriknya. Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, mendengar Stryper samalah juga seperti mendengar black metal. Jaga akidah. Abaikan sahaja liriknya dan enjoy the melodies...



Tuesday, July 24, 2018

God Damn Evil

Antara yang terkini di pasaran.


Stryper - God Damn Evil (2018)

Stryper adalah antara contoh band lama yang masih sedap mata memandang dan enak untuk telinga mendengar. Identiti yang masih sama. imej...tema...lirik...warna...malah anggotanya tiada yang gemuk, berperut buncit dan berkepala botak...masih hensem kesemuanya...hahaha...

Semenjak comeback mereka...atau lebih tepat semenjak album Murder By Pride (2009), Stryper memang tidak mengecewakan. Lagu dengan melodi yang catchy, rif -rif harmoni dan solo-solo shredding mereka masih seperti dulu. Dan sememangnya itulah kekuatan mereka. Memang sedap.


Adik beradik Sweet ( Michael dan Robert ) dan Oz Fox berserta anggota terbaru mereka, En. Perry Richardson (bekas anggota kumpulan Firehouse) berjaya membawa kita untuk bernostagia bersama metal era 80an tetapi dengan sound yang lebih moden. Mungkin muzik sebegini tidak akan dapat menarik ramai peminat baru. Tetapi ianya membuatkan peminat lama seperti saya tersenyum lebar.

Mungkin ada yang was-was dengan Stryper. Maksud saya tentang imej white metalnya. Tetapi bagi saya, mendengar Stryper, samalah juga seperti mendengar black metal. Abaikan liriknya dan enjoy the melodies.



Sunday, June 24, 2018

cd 2018

Diam tak diam...tahun 2018 dah nak habis separuh...banyak juga album-album best yang keluar pada tahun ni. Nak beli semua memang tak larat...cari apa yang minat dengan harga yang mampu milik. Selain Judas Priest - Firepower dan Loudness - Rise To Glory yang dah pun di buat entrinya. Ini antara yang terkini berjaya dimiliki...



Anthrax - Kings Among Scotland  /  Orphaned Land - Unsung Prophets & Dead Messiahs  /   Dimmu Borgir - Eonian  /  Stryper - God Damn Evil


Nanti bila ada kerajinan, akan cuba untuk ditulis setiap satunya...tapi tak tau la ntah bilanya 😀





Wednesday, January 10, 2018

Monday, October 24, 2016

To Hell With The Devil

Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada hari ini, 24hb Oktober...


Stryper - To Hell With The Devil (1986)

Lagi album kegemaran dari tahun 1986. Seperti yang dikatakan sebelum ini, banyak betul album album rock dan heavy metal yang best di tahun 1986. Sesiapa yang membesar pada masa itu pastinya akan bersetuju. Mungkin itulah zaman kemuncaknya. Terutamanya bagi genre yang dikenali sebagai glam atau hair metal.


Menulis ini sambil menonton video clip "Calling On You". Kali pertama menontonnya di tape video (vhs) "Kerrang! Video Kompilation 2" kira-kira 29 tahun yang lalu.  Video yang mengenalkan saya kepada Stryper. Sejak itu terus menjadi peminat mereka.

Mungkin ada yang was -was dengan lirik mereka. Tetapi muzik mereka bagus. Harmonic vokal dan rif gitar yang sangat catchy. Twin guitar solo antara Ozz Fox dan Michael Sweet yang dasyat. Semua lagu sedap. 30 tahun dengar pun masih rasa sedap. Tak ada satu lagu pun yang tak sedap.


Salah satu album kegemaran saya untuk genre yang sebegini. Album terbaik yang dari mereka. Sangat rekomended bagi yang minat genre heavy/glam/hair metal 80an atau kat Malaysia ni orang panggil Rock Kapak. Terbaik!


*** bandingkan permulaan Dari Kacamata - MAY dan To Hell With The Devil...dapat cam persamaan dia?...





Friday, May 15, 2015

Soldiers Under Command

Hari ini, 15hb May...genap 30 tahun album klasik heavy metal ini dipasaran....


Stryper - Soldiers Under Command (1985)

OK. Senang cerita entri ini pastinya akan "bias". Band kegemaran dan ditambah pula antara album kegemaran makanya semua yang baik-baik belaka akan ditulis.

Saya membesar ketika band-band glam/hair metal sedang melalui zaman kemuncak. Sudah pastinya band seperti Stryper ini banyak mempengaruhi. Malah lagu-lagunya juga sudah menjadi sebahagian daripada "soundtrack" kehidupan awal remaja saya.


Apa yang best sangat Stryper ni? Jujurnya pada saya bukanlah berkenaan imej atau make-up mereka. Mereka adalah christian metal band. Seperti yang saya katakan awalnya, saya akan bias. Sama seperti kes jika anda minat black metal. Pastinya alasan mendengar muzik bukan lirik akan diguna pakai. Tetapi tidak semua lirik Stryper adalah bekenaan agama kristian. Tetapi yang pastinya muzik mereka sememangnya sedap. "Super catchy", "vocal/guitars harmony", "killer riffs" dan "twin guitar solo" dari  Michael Sweet dan Oz Fox sememangnya sangat awesome. Ini adalah punca utama kenapa saya suka Stryper.


Pada saya ini killer album. Semua lagu sedap tak kiralah yang heavy mahupun yang perlahan. Di tambah pula dengan kerja gitar dan solo-solo melodic dari Michael Sweet/Oz Fox, ini memang formula yang betul untuk sebuah album heavy metal yang baik.

Tak perlu saya menceceh. Buka youtube, cuba dengar. Ambil contoh lagu "Soldiers Under Command". Kalau anda tak suka, mungkin selara muzik anda bukanlah pada muzik heavy metal.

Terbaik!


**sedang cuba mencari versi lp...




Friday, August 1, 2014

The Yellow And Black Attack

*scheduled entry...pemilik blog masih tak abis beraya...

Lagi album yang menyambut ulangtahun ke 30 pada bulan lepas...10hb Julai yang lalu untuk lebih tepat...



Stryper - The Yellow And Black Attack (1984)

Dah pernah buat cerita pasalnya dulu >SINI< tapi disebabkan sempena ulangtahunnya yang ke 30, buat lagi sekali lagi...tapi dari sudut yang berbeza.

Tahun 80an dulu, banyak album yang teringin nak dengar tapi tak berpeluang nak dengar. Mana nak dapat, dulu teknologinya bukan seperti sekarang. Perkataan "internet" pun waktu itu tak pernah dengar. Bila kemasukan label cetak rompak paling "happening" ketika itu "Apache" terutamanya pada tahun 1987 (kalau tak silap) barulah lah berpeluang untuk mendengar bermacam-macam band termasuklah Stryper.

Seingatnya saya tidak pernah mempunyai kaset Stryper versi Apache. Rakan sekelas ada. Biasa la tukar-tukar dengar. Maklumlah la bukannya mampu nak beli semua. Walaupun harga kasetnya ketika itu cuma RM3, tetapi dengan berbekalkan duit sekolah 50 sen sehari terpaksa ikat perut untuk membelinya.


Tetapi saya mula betul-betul kemaruk dengan Stryper selepas menonton video VHS Kerrang! Video Kompilation 2. Video clip "Calling On You" dengan imej kuning hitam dan gaya aggresif mereka di atas pentas walaupun lagunya tak lah seganas mana benar-benar berjaya menarik perhatian saya. Semenjak dari itu Michael Sweet-Robert Sweet-Oz Fox-Tim Gaines menjadi salah sebuah band kegemaran saya sehingga sekarang. Yang menariknya mereka ni tak pernah bertukar-tukar ahli.

Saya kurang berminat dengan lagu meleweh terutamanya dengan bunyian keyboard. Tetapi untuk Stryper, itu saya boleh maafkan. Contohnya lagu "My Love I'll Always Show" dari album ini. Mungkin juga saya bias. Tetapi saya peduli apa. Janji sedap. Mungkin kerana Stryper lah saya boleh menerima lagu slow rock yang menggunakan piano atau keyboard.

Versi cd ini saya beli melalui e-bay. Antara yang pertama saya cari bila pandai menggunakan e-bay. Susah pula nak dapat cd mereka di jual di Malaysia. Dulu di Tower Records, KL Plaza yang banyak jual cd heavy metal pun tiada album mereka. Manakala kasetnya pula saya dah lupa bila ianya dibeli. Mungkin pada awal 90an kalau tak silap di KOMTAR, Johor Bahru. Itu pun dah masuk kaset longgok yang dijual secara lelong.

Walaupun ini bukan album kegemaran saya dari mereka, tetapi lagu-lagunya memang sedap. Vokal dan twin gitar solo harmoni mereka sememangnya tidak pernah menjemukan saya.

Terbaik!




Wednesday, July 2, 2014

Wordless Wednesday : 30 years ago - July 1984





*kalau anda lahir pada Julai 1984, anda menyambut ulangtahun pada bulan dan tahun yang sama dengan mereka...




Monday, December 27, 2010

Against The Law

Lagi album dari tahun 1990...diam tak diam banyak jugak dah rupa2nya...kali ni dari salah sebuah band glam/hair metal kegemaran aku Stryper...ni album ke 5 mereka bertajuk Against The Law..



Mungkin secara kebetulan...kebanyakan band2 yang aku suka meriliskan album2 yang berbeza daripada kebiasaanya pada tahun 1990 dan selepasnya...mungkin kerana alaf baru...dorang mahukan sound yang baru...sound2 80an sudah mula dianggap ketinggalan...jika tidak berubah mereka bimbang akan di cop sebagai tidak mengikut peredaran zaman...tapi adakah formula ni akan berjaya kepada semua band...hmmm...tentu sekali tidak...mungkin Metallica berjaya...tetapi tidak kepada semua band yang lainnya...

Stryper ni pun sama...turut berubah...tengok cover album dah boleh agak dah perubahannya...tiada lagi imej hitam kuningnya (teringat pulak jersey bola Malaysia..) logo Stryper jugak sudah berubah...takder dah tulisan Isaiah 53:5...dengan tajuk Against The Law....jelas lah mereka seolah2 mau lari dari imej Cristian band...dressing mereka jugak berubah...tiada lagi celak dan gincu...Oz Fox pun dah berjambang...tapi adakah lagu2 dan lirik2 mereka jugak berubah???...jawapannya YA!



Kalau album sebelum ni In God We Trust lebih pada pop metal...lagu2 mereka kini lebih heavy...lebih kepada straight hard rock...tetapi macam biasa...tetap melodic...chorus catchy...dan yang paling best masih mengekalkan trademark twin guitar solo antara Michael Sweet dan Oz Fox...ni benda yang paling aku suka pasal dorang la...tambah pulak album ni dia punya bunyi gitar lebih heavy...lebih umphhh...satu lagi takder dah lagu2 melewah pakai piano macam "Honestly" dan "Always There for You" tu...suara Michael Sweet pun sedikit berbeza...tak la 24 jam guna suara kecik tu..

Dari segi lirik...mereka jugak berubah...tapi takder la berubah 360 darjah buat lirik2 puja setan...mereka tetap sama...lirik baik2...cuma kali ni lebih kepada cerita rock n roll dan relationship...atas sebab ni la jugak peminat2 cristian metal anggap dorang sell out..hingga album ni kurang mendapat sambutan...dan akhirnya mereka berpecah...



Secara peribadinya...aku suka album ni...sayangnya...macam aku cakap tadi la...tak semua band peminatnya dapat terima perubahan...majoriti lagu2nya pada aku bagus...antara album Stryper yang aku suka...lagu2 seperti "Two bodies (one mind one soul)", "Lady", "Rock the hell out of you", "All for one", "Caught in the middle" dan "Ordinary man" adalah antara yang aku suka dari album ni..

Meraka juga mencover lagu klasik "Shining Star" dari Earth, Wind and Fire...syok jugak lagu ni...dan jangan tak tau...lagu ni bass nya dimainkan oleh Randy Jackson...pengkiritik American Idol tu...tak dapat bayang...macamana la agaknya kalau Randy join Stryper atas stage...pakai uniform hitam kuning tu...pergh...priceless...

Selain Randy...vokalist Malmsteen kegemaran aku...Jeff Scott Soto pun turut menyumbangkan suara untuk album ni...aku tak sure berapa banyak lagu...tapi yang pastinya lagu Caught In The Middle tu dapat tangkap bunyi suara dia kat backing vocal...



Kesimpulannya kalau tak pernah dengar Stryper...terus dengar album ni...mungkin korang tak akan tau Stryper ni glam/hair metal band...tapi mungkin bagus jugak kot kalau tak tau...tak yah nak susah2 bandingkan dengan album2 lama...tapi yang pasti dengarkan twin gitar solo Michael Sweet dan Oz Fox..terbaik beb!

Wednesday, December 23, 2009

The Yellow And Black Attack

Satu lagi koleksi kaset yang dah berjaya aku upgrade ke cd adalah ini..The Yellow And Black Attack dari Stryper. Sebenonya pun..ini adalah satu2nya kaset Stryper yang aku ada.yang lainnya pinjam member…tapi kalau cd..dah hampir complete dah Stryper ni..



Mungkin bebudak sekarang tak kenal Stryper…tapi kalau membesar di tahun2 80an..nama Stryper ni memang top sebaris dengan nama band2 besar zaman tu macam Motley Crue, Twisted Sister, Ratt, Bon Jovi dll…salah satu nama yang tak boleh nak diketepikan kalau sebut era metal 80an terutamanya genre Hair/glam metal…

Salah satu yang uniknya Stryper ni dah tentulah liriknya…kalau band2 lain sibuk citer pasal setan,sex,dadah dan benda2 jahat..dorang citer pasal tuhan..pasal buat baik..takder rebel2 dan marah2 tu semua…macam skima la pulak kan...tu pasal dorang digelar Christian metal band…tapi korang jangan bimbang la…lirik dorang tak le sebahaya lirik2 band black metal walaupun dorang Christian metal…tak caya cekidout sendiri la…

Satu yang selalu aku teringat kalau sebut pasal Stryper ni adalah kumpulan Junction…kerana vocalist Junction, Hatta tu mempunyai suara yang seiras dengan vocalist Stryper Michael Sweet..jenis suara halus kecik yang high pitch…mungkin (Ustaz) Akil Hayy (D’riyadh) sorang lagi…tapi yang lebih jelas persamaannya Junction ni bila part lagu2 slow guna piano tu…macam sama pulak…adakah sememangnya Junction ni tiru Stryper…ntah la…



Apa2 pun The Yellow and Black Attack ni bukanlah album favourite Stryper aku…aku lebih prefer To Hell With The Devil atau Soldiers Under Command…mungkin pasal ni 1st album dorang (sebenonya album ni mulanya dulu adalah EP..tapi bila Stryper meletup..recording company upgrade tambah 2 lagu jadi album penuh)..so untuk album ni dorang masih tercari2 arah…low budget kot tu pasal sound dia pun memang raw dan lagu2nya agak straight forward kalau nak banding album2 selepas tu yang lebih melodic…


kalau korang perasan...zaman dulu punya kaset memang tak best..inlay kertas sekeping jer...lirik pun takder...lebih kurang standard kaset apache je aku rasa

Satu ciri lagu2 Stryper yang aku sangat suka macam yang Bro RockSport cakap kat blog dia…adalah part vocal harmoni dan twin guitar solo antara Ozz Fox dan Michael Sweet memang menarik…Michael Sweet ni memang talented..dia ni lebih kurang macam Dave Mustaine dalam Megadeth..dia menyanyi…dia jugak menyolo…hmmm…ok..genre tak sama…mungkin lebih tepat macam Tom Keifer Cinderella…solo2 dia pun boleh tahan layan…tapi dalam album ni…ciri2 tu agak kurang menonjol..tu yang buat aku tak berapa minat sangat album ni…

Tapi yang pastinya…lagu2 slow dia yang trademark bunyi keyboard/piano dan lirik cintan tak ingat tu dah terserlah dari album ni lagi…entah la..dedulu aku macam menyampah je dengar suara Michael Sweet ni bila lagu slow…sama macam menyampahnya aku bila dengar Hatta (Junction) nyanyi lagu Demi Cinta Setia…tapi bila bertambah2 muda ni (huhu)..layan pulak bila dengar lagu2 camgini…heheh…

Aku takder lagu favourite sangat dari album ni… upgrade ke cd pun pasal nilai2 sentimentalnya kepada aku jer…tapi lagu macam “Loud n Clear”, “You Know What To Do”,“Loving You”,“Co’Mon Rock” tu kira boleh la..