Tuesday, November 12, 2019

Dominion




HammerFall - Dominion (2019)

HammerFall adalah antara pengerak utama kepada kebangkitan semula muzik heavy metal di penghujung 90an terutamanya di benua Eropah.

Sedar tak sedar ini adalah album studio mereka yang ke sebelas. Mereka adalah jenis band yang tidak banyak berubah dan tidak sangat berevolusi. Saya adalah penyokong kepada band yang sebegini. Mungkin ianya akan menjadi sedikit clich├ę dan tepu. Tetapi kalau itu formula yang berjaya, kenapa perlu diubah. Berubah tidak semestinya bagus. Kelainan pun tidak semestinya sedap.


Dominion adalah untuk peminat setia HammerFall. Bukanlah yang terbaik tetapi tidak juga mengecewakan. Tetapi ianya lebih baik dari 2, 3 album sebelumnya. Bagi saya, HammerFall ni sedapnya lebih kepada melodinya yang catchy dan solo-solo gitarnya. Semua ciri-ciri tersebut memang ada dalam Dominion. Cuma kali ini lagu power ballad nya agak lambat juga untuk melekat.

Tak kisahlah kalau ada yang kata cheesy. Tapi itulah kelebihan HammerFall. Ada masanya sangat poppy tetapi dalam masa yang sama ianya memang metal. Heavy Metal!



Saturday, November 9, 2019

Exposed




Vince Neil - Exposed (1993)

Beli cd ini kerana 2 sebab yang bersangkutan dengan filem yang ditonton semula di Astro beberapa hari yang lepas

Satu - Encino Man. Teringat awal 90an dulu selalu tengok video clip "You're Invited (But Your Friend Can't Come) dari soundtrack filem tersebut dalam rancangan MTV Asia di tv Singapura.

Dua - Top Gun. Rasa kemaruk semula dengan petikan gitar Steve Stevens dalam instrumental Top Gun Anthem. Rujuk >SINI<. Ok album ni tiada lagu Top Gun. Tetapi album ini gitarnya dimainkan oleh Steve Stevens.

Untuk sedikit trivia, album ini ada 3 cerita.

Yang pertamanya adalah side projek Vince Neil (selepas keluar dari Motley Crue) bersama anggota Damn Yankees (Kecuali Ted Nugent). Sebab itu ada beberapa lagu ciptaan Jack Blades dan Tommy Shaw. Lagu "You're Invited (But Your Friend Can't Come)" juga adalah lagu mereka. Malah versi di dalam soundtrack Encino Man pun dimainkan oleh 3/4 dari band member Damn Yankees (Jack Blades, Tommy Shaw dan Michael Cartellone ). Tetapi versi album ini dirakamkan semula bersama Steve Stevens.


Yang kedua pula projek beliau bersama Phil Soussan (Ozzy Osbourne). Ada beberapa lagu ciptaan Phil yang asalnya untuk Ozzy dimuatkan di dalam album ini. Tetapi ianya juga tak kesampaian.

Akhirnya semua lagu-lagu tersebut dikumpulkan menjadi album solo Vince Neil yang kemudiannya disudahkan beliau bersama bekas gitaris Billy Idol, Steve Stevens. Bagi yang tak tahu, solo gitar dalam lagu Dirty Diana - Michael Jackson juga dimainkan oleh beliau.

Ada lagu yang berbunyi seperti era Dr Feelgood, Sister of Pain contohnya. Album ini bukan sahaja sesuai untuk yang sukakan lagu-lagu melodic hard rock dan vokal Vince Neil. Tetapi ianya juga untuk sesiapa yang sukakan shredding solo dari Steve Stevens. Hebat!






Thursday, November 7, 2019

Gila Format - BPR Bisa

Keluaran semula piring hitam yang terkini di pasaran…


Bumi Putera Rockers - Bisa (1988) - keluaran semula lp 2019


Seperti kebiasaan versi reissue, ianya di keluarkan dalam bentuk gatefold. Ada lirik dan sedikit info tetapi tiada gambar. Dan seperti biasa juga, kualiti gambar covernya memang sedikit mengecewakan. Tak sharp dan kusam. Satu lagi nak komplen, gambar covernya tu tak penuh (dah beli boleh lah komplen...kah..kah..kah...)


Tetapi sesuatu yang menarik adalah piringnya. Ianya jenis transparent berwarna kristal. Memang cantik. Khabarnya buatan dari Sweden. Memang lawa. Bab ni memang berbaloi.

cukup dah jadi gila format
Tetapi yang pastinya...membeli kenangan adalah sesuatu yang mahal. Hmmmmm....sedih ­čśó

#hatigembirapoketmenangis



Sunday, November 3, 2019

Steeler

Antara yang terkini dalam koleksi...


Steeler - Steeler (1984)

Jangan keliru. Yang ini band Axel Rudi Pell bukannya Yngwie Malmsteen. Dua-dua pun guna nama sama. Dua-dua pun gitaris yang hebat. Kalau nak solo-solo laju bergulung, pergi cari Steeler Malmsteen. Tetapi kalau mahukan heavy metal 80an yang raw dan melodic, ini lah albumnya.

Pertama kali dengar ingatkan Iron Maiden. Suara vokalisnya memang mirip kepada Paul Di'Anno. Twin gitar solonya pun sedap. Tak popular gitaris yang lagi satu tu. Tetapi Axel Rudi Pell ni memang menjadi bila buat album solo.


Walaupun saya "kipas susah nak mati" Malmsteen, tetapi untuk nama Steeler, saya memilih versi band asal Jerman ini. Terutamanya pada album ini. Solo-solo yang melodic. Sound raw, laju dan bunyi heavy metal 80an yang sejati. Semua lagu sedap tetapi yang jadi pilihan di hati adalah "Hydrophobia" (entah mengapa terbayangkan Megadeth) dan power ballad, "Fallen Angel".

Lazat!