Album solo Kerry King yang bolehlah juga dianggap sebagai supergroup. Selain pemain bassnya yang tidak saya kenal, anggota lainnya adalah nama yang dikenali untuk scene thrash metal 80an.
Muziknya memang tak jauh berbeza dari Slayer. Apatah lagi ianya dianggotai oleh Paul Bostaph dan Phil Demmel (pernah menggantikan Gary Holt untuk beberapa siri konsert). Sudah semestinya ianya adalah Slayer. Yang berbezanya cuma vokal. Saya sememangnya pengemar Mark Osegueda dan Death Angel. Sayangnya saya merasa sedikit janggal apabila beliau cuba untuk menjadi Tom Araya.
Jujurnya saya merasa sedikit sukar untuk mendengar album ini secara sekali harung. Kebanyakan melodi lagunya kedengaran agak sama. Mungkin ianya hanya saya. Maklum lah kali terakhir mendengar Slayer secara betul pun adalah 30 tahun yang lalu (Divine Intervention - 1994).
Tetapi bagi pendengar tegar Slayer ataupun Kerry King, mungkin ini sesuai untuk anda.
Saya mula membeli (kaset) dan mengikuti Slayer bermula dari album South Of Heaven (1988). Mereka menjadi band kegemaran saya sehinggalah ke zaman album Decade of Aggression (1991). Kemudiannya entah mengapa mereka seakan hilang dari radar band kegemaran. Divine Intervention tetap saya beli kasetnya. Tetapi perasaan teruja untuk mendengarnya seolah-olah telah hilang.
Sebenarnya bukan sahaja Slayer. Ianya lebih kepada keadaan semasa. Peralihan kehidupan dari seorang pelajar kepada berkerjaya juga memberikan kesan. Keutamaan dalam kehidupan yang telah berubah. Masa untuk menghayati muzik menjadi terhad.
Kelewatan Slayer dalam menghasilkan album baru juga memainkan peranan. Tambah pula dengan sentimen ketiadaan Dave Lombardo. Ianya antara faktor yang mempengaruhi kenapa album ini saya tinggalkan.
Saya tak ada versi cd asalnya. Perbualan dengan seorang sahabat menyebabkan akhirnya terjebak membeli versi cd. Ini adalah era terakhir Slayer yang beliau suka. Selepas mendengarnya secara betul saya faham kenapa beliau berkata begitu. Secara Umumnya, Divine Intervention masih dalam lingkungan 3 album sebelumnya. Ketiadaan Dave Lombardo bagaikan tidak terasa. Paul Bostaph (ex- Forbidden) membuktikan yang beliau selayaknya berada di dalam Slayer.
Rasanya jika anda gemarkan 3 album sebelumnya, tak ada sebab untuk tidak menyukainya. Ianya masih dalam acuan yang sama. Kecualilah jika anda adalah fanboy Dave Lombardo.
Album yang tak perlu di perkenalkan lagi. Semua yang mendengar muzik ekstreme pasti dah berpuluh kali mendengarnya. Blog ini pun dah pernah menulis tentangnya dulu.
Ianya adalah antara permulaan saya terjebak dengan thrash. Kasetnya di beli pada tahun 1989. Antara bekalan kaset yang di bawa ketika menuntut di ITM. Ianya diletakkan di atas meja untuk menunjukkan yang konon-kononnya kita adalah true bukannya seorang poser. Walhal dalam drawer ada beberapa keping kaset hair metal seperti Poison, White Lion, Warrant dan sebagainya...hahaha...
Ini bukanlah kaset yang asal. Yang itu tak pasti kemana hilangnya. Mungkin ketika berpindah. Yang pasti ianya bukannya hilang kerana dipinjam. Memang tak pernah bagi kawan pinjam. Kecuali kes terpaksa kepada seorang senior di minggu suai kenal. Kononnya dia seorang mat metal tetapi yang musykilnya dia tak pernah pun dengar Slayer...haha...
Kaset yang ini dibeli pada tahun 2018 melalui facebook. Tak sama dengan versi asal. Ada perbezaan dari segi susunan atur tulisan dan inlaynya. Ianya pernah diceritakan sebelum ini.
Versi cd pula adalah dari dari Tower Records KL Plaza dibeli sekitar tahun 1998. Manakala versi piring hitam pula adalah hadiah harijadi dari isteri yang di beli di Embrace Hall Café pada tahun 2020.
Sasaran "gila format" yang seterusnya kalau untuk Slayer adalah "Seasons in the Abyss"..
Pejam celik pejam celik dah 30 tahun. Satu lagi kenangan zaman remaja. Umur belasan tahun yang kita rasa kita boleh hidup selamanya. Zaman tak fikir masa depan. Bila fikir-fikir balik rasa lawak. Rasa bodoh pun ada juga…haha… Tetapi sesuatu yang rasa boleh berbanga adalah citarasa muzik. Tiada apa yang nak di malukan…tiada apa yang perlu disorok. 30 tahun dulu, saya dah dengar SLAYERRRRR!!!
Bila sentuh tentang South Of Heaven, ada sedikit sentimental value. Ini album pertama Slayer saya. Penghujung tahun 1988 adalah tahun yang saya mula kemaruk dengan thrash. South Of Heaven adalah antara kaset thrash terawal yang di beli.
Ketika itu hari-hari dengar. Maklumlah zaman tu baru ada berapa keping pun kaset dalam simpanan. Melodinya memang sudah melekat di dalam kepala. Lagu-lagu seperti "South Of Heaven", "Silent Scream","Behind the Crooked Cross", "Mandatory Suicide","Ghosts of War","Spill the Blood" dan lain-lain antara yang menjadi kegemaran
Ia agak berbeza dari Reign In Blood (1986). Tiada lagi kelajuan membunuh. Lebih melodic dan perlahan temponya. Tetapi petikan gitar Jeff Hanneman di kanan speaker dan Kerry King di kiri speaker memang cukup berhantu. Di tambah pula dengan dentuman drum Dave Lombardo yang mengegarkan jiwa. Tidak boleh di nafikan ianya adalah salah satu dari 3 album zaman kegemilangan Slayer selain dari Reign in Blood dan Season in Abyss.
Tak perlu ulasan pajang lebar. Senang cakap, tak cukup sifat thrash lah kalau tak pernah dengar.
Tak ada niat pun nak mengumpul kaset. Apa yang dah ada dari dulu itu sahajalah yang di simpan. Memang jarang pun main kaset walaupun kat rumah ada 2 cassette player. Malas nak cuci head kotor.
Tapi bila ternampak kaset-kaset ini di jual di FB rasa tergerak hati pula nak beli. Tambah pula harga yang murah dan nampak macam tak ada orang lain yang berminat nak beli. Kesemua kaset-kaset ini ada kenangannya yang tersendiri. 2 daripadanya pernah ada tetapi dah hilang ntah kemana.
Slayer - South Of Heaven (1988)
Kaset Slayer pertama saya. Di beli pada tahun 1989. Ketika mula tersampuk demam thrash. Antara kaset yang paling disayang dan sering berputar dalam walkman jenama Philips ketika menuntut di ITMCJ. Tak pasti bila hilang. Mungkin juga ketika di ITM.
Covernya agak berlainan. Kalau tak silap kaset 1st press kepunyaan saya tulisan "South" terletak di atas manakala "Of Heaven" di bahagian bawah cover. Inlaynya gambar band penuh satu page dan tulisan Def Jam Recording satu page. Bukan seperti gambar di atas. Lebih malang saya tak rasa kaset yang saya beli ini kaset asli. Tak ada pun satu tulisan Def Jam Recording di mana-mana walau di kasetnya sekali pun.
Tak apa lah...sekurang-kurangnya ada juga versi kaset walaupun bukan yang asal. Boleh juga buat pemangkin untuk terjebak dalam giler format. 😀
Sepultura - Beneath The Remains (1989)
Ini pula kaset Sepultura pertama saya. Di beli tak lama selepas kaset South Of Heaven. Kaset yang menjadikan saya semakin kemaruk dengan thrash. Juga antara yang sentiasa melekat dalam walkman. Ini pun sama. Tak pasti bila hilang. Sedar-sedar dah tak ada dalam simpanan.
Versi yang di beli ini pun tak sama dengan versi 1st press. Yang asal mempunyai gambar cover penuh dan diterbitkan oleh Road Runner. Yang ini pula adalah terbitan ROCK. Label yang biasa di lihat pada tahun 90an. Berdasarkan inlaynya, saya rasa terbitan ini adalah dari siri Remasters pada tahun 1997. Saya mempunya cd remasters tahun 1997 edaran ROCK Records yang mempunyai inlay yang hampir sama.
Tak apalah. Janji ada sebagai penganti. Ini juga mempunya potensi untuk di giler formatkan...huhu..
Pretty Boy Floyd - Leather Boyz with Electric Toyz (1989)
Yang ini tak pernah ada kasetnya sebelum ini. Sekadar pinjam kawan. Di zaman kemaruk thrash, saya juga masih mengambil tahu perihal glam metal. Ianya adalah muzik halwa telinga sebelum terjebak dengan thrash.
Pretty Boy Floyd adalah generasi Glam Metal yang terlewat. Kalau mereka lahir lebih awal seperti Poison pastinya nama mereka akan menjadi lebih besar. Leather Boyz with Electric Toyz adalah sebuah album glam metal yang baik. Malah ianya adalah antara album yang saya cadangkan untuk didengar bagi genre tersebut.
Banyak lagu sedap. Yang menjadi pilihan saya adalah yang lagu yang menjadi tajuk album, "Rock N Roll (is gonna set the night on fire)" dan "Only The Young". Tapi kalau nak yang slow rock, boleh cuba "Wild Angels" dan "I Wanna Be With You"...memang cair...
Yang ni masih jauh untuk digiler formatkan...cdnya pun masih lagi dalam proses mencari....
Yang menyambut ulangtahun ke 10 pada 8hb Ogos yang lalu..
Slayer - Christ Illusion (2006)
Ini adalah percubaan saya untuk kembali mendengar Slayer. Selepas Seasons In The Abyss minat saya kepada Slayer semakin berkurangan. Mereka cuba mendapatkan peminat baru dengan hala tuju muzik mereka yang baru. Mungkin ianya bersesuaian dengan selera 90an. Tetapi bukan untuk saya. Dan rasanya saya tidak berseorangan. Selepas Seasons In The Abyss, mereka dah hilang sentuhan magis. Mungkin ada juga yang tidak bersetuju. Betul...mereka masih heavy dan brutal. Tetapi bagi saya heavy dan brutal tak semestinya bagus. Period!
Kembalinya Dave Lombardo mungkin satu faktor yang membuatkan saya kembali mendengar mereka. Bukan Paul Bostaph tak bagus. Tetapi kembalinya Slayer dengan anggota asal membuatkan saya sedikit teruja. Ini album comeback kata mereka. Memang benar Slayer kembali kepada thrash seperti sebelumnya. Ketukan padu drum Dave mengembalikan nostalgia tersebut. Tak kisahlah jika ada riff-riff yang recycle. Sekurang-kurangnya pada pendengaran telinga saya, ianya lebih baik dari apa yang mereka pernah hasilkan selepas Seasons.
Abaikan liriknya yang setan, ianya album yang boleh tahan. Ada beberapa lagu yang menarik, Flesh Storm, Jihad, Cult, Supremist antara contohnya. Bagus untuk tahun 2006 tetapi tak cukup bagus untuk menjadi album klasik Slayer. Mungkin juga saya yang kuat bernostalgia.
Yang menyambut ulangtahun ke 30 semalam, 7hb Oktober...
Slayer - Reign In Blood (1986)
Tahun 1986 adalah tahun yang cukup menarik untuk muzik metal. Tak kira lah yang extreme, heavy metal mahupun glam. Semuanya sedap sedap dan best best belaka. Salah satu darinya yang menjadi antara album terpenting untuk genre Thrash adalah Reign In Blood.
Saya kali pertama mendengarnya mungkin pada penghujung tahun 1989. Agak terlambat juga.(album pertama Slayer saya adalah South Of Heaven). Terpegun terus dengan kelajuan dan aggresif lagu lagunya. Ianya serta merta terus menjadi antara album kegemaran Slayer saya. Ianya bersesuaian dengan jiwa muda remaja ketika itu. Dari track pembukaan "Angel Of Death" sehinggalah "Necrophobic" dan "Postmortem" membawa ke lagu penutup "Raining Blood" anda akan terus terusan merasa tak senang duduk dan kepala terhanguk hanguk. 28 minit klasik thrash yang sungguh berbaloi!
Mendengarnya selepas 30 tahun perasaan saya tetap sama. Kelajuan dan aggresifnya akan sentiasa menjadikan jiwa saya muda remaja. Terimakasih Slayer. Selamat ulang tahun album yang pernah menjadi kegilaan saya di usia remaja. Nak kena cari lp juga la nampaknya ni...haha..
Persetankan perihal sound dan produksinya. Ini Slayer ok. Hell Awaits memang setan. Tengok sahajalah gambar kavernya...memang setan! (heheh..)
Secara peribadi, masa kali pertama tengok gambar kavernya di kaset, memang takut. Dengar lagu pembukaannya pun memang takut. Baca liriknya lagi la takut. Slayer adalah band yang menakutkan saya pada ketika itu. Bayangkanlah rasa tak terpikir pun ada muzik yang lebih setan, lebih laju, lebih brutal dari Iron Maiden dan Motley Crue. Waktu itu saya telah pun mendengar Mercyful Fate, Venom dan Metallica Tetapi entah kenapa Slayer lagi menakutkan.
Pada pendapat saya Hell Awaits (pedulikan perihal produksinya) adalah tempat bermulanya Slayer mendapatkan sound mereka yang menjadi trademark untuk beberapa tahun yang mendatang. Album ini menarik, sayangnya kurang lagu yang betul-betul kuat. Mungkin hanya lagu yang menjadi tajuk album "Hell Awaits". Lainnya jenis lagu yang dengar...habis...dengar...habis...tak melekat. Mungkin itu penyebabnya album ini menduduki rangking paling bawah dalam ranking album pilihan Slayer 80an saya.
Apa-apa pun itu sekadar pendapat saya sahaja, Anda mungkin lain. Tapi kalau anda die-hard Slayer, ini memang wajib ada.
Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada hari ini (16hb Nov)
Slayer - Live Undead (1984)
Saya hanya mula mendengar album ini kalau tak silap pada penghujung 1988 ataupun awal 1989. Mungkin agak terlambat, Maklumlah kawasan tempat tinggal saya bukanlah bandar besar. Maklumat dan sumber agak terhad. Tahun 1988 adalah tahun yang saya dan rakan-rakan mula mencari album yang lebih berat, lebih ekstrim. Salah satunya yang dibeli dikedai kaset tingkat 2 Komtar JB adalah ini.
Kawan saya yang beli. Kalau tak silap di beli bersama-sama kaset Haunting the Chapel. Biasalah zaman budak sekolah. Seorang beli yang lain tumpang dengar. Tetapi pertama kali dengar saya dah sukakan sound Live Undead berbanding Haunting the Chapel.
Walaupun album ini dirakamkan secara live. Bab ada penonton atau tidak atau dirakam di studio atau gig...atau tipu suara penonton....itu cerita lain. Tetapi soundnya pada saya lebih bagus dari versi album studio mereka. Tak kisahlah kalau ada yang kata solo-solo Hanneman/King tu ada terkucil di sana sini. Tetapi bagi yang buta muzik seperti saya ianya dah cukup bagus dah.
Mungkin ianya tidaklah sebagus Decade of Aggression. Tapi cuba bandingkan lagu-lagu seperti 'Evil Has No Boundaries,' 'The Anti-Christ,' 'Die By The Sword,' dan 'Show No Mercy.' dengan versi asli. Pada saya ini lebih bagus.
Membelek album-album dari tahun 1994, baru saya perasan yang saya tidak mempunyai album ini dalam bentuk cd.
Secara jujurnya ini adalah album terakhir Slayer yang betul-betul saya ikuti. Saya agak kurang berminat dengan arah tuju mereka selepas dari ini terutamanya album punk (Undisputed Attitude - 1996) dan experimental (Diabolus in Musica - 1998).
Dengan Divine Intervention, maka berakhirnya era klasik line-up Slayer. Pada pendengaran telinga seorang buta muzik seperti saya, ketukan drum Paul Bostaph memang berbisa. Laju dan power!. Cumanya tak boleh nak lawan feel dan groove ketukan drum Dave Lombardo. Ianya seperti terlampau mekanikal...dah macam drum machine. Tapi memang perlu diakui, ianya hebat!.
Tetapi Slayer memang selayaknya di puji. Walaupun banyak band lain telah berubah. Mereka tetap dengan thrash (pada ketika itu lah). 4 tahun menuggu album baru mereka, sayangnya pada saya album ini agak kurang variasi. Lagu-lagunya yang berbunyi seakan-akan sama kesemuanya membuatkannya saya sedikit kebosanan. Tetapi sekurang-kurangnya ia menjadi penawar bagi saya kerana ianya jauh lebih bagus jika hendak dibandingkan dengan bebarapa band yang seangkatan dengan mereka.
Menarik tetapi tak boleh nak lawan 3 serangkai masterpiece thrash mereka, Reign in Blood, South of Heaven dan Seasons in the Abyss.
EP yang menyambut ulang tahun ke 30 pada 4hb Ogos yang lalu...
Slayer - Haunting the Chapel (1984)
EP yang pada saya bermulanya Slayer dengan thrash. Kalau Show No Mercy (1983) masih ada pengaruh NWOBHM tetapi dengan Haunting the Chapel mereka mula berubah menjadi thrash.
Walaupun begitu sound dan tone nya tidak banyak berbeza dari Show No Mercy. Maklumlah jarak antara keduanya tak sampai setahun. Produksinya juga hampir sama, agak kurang mutunya. Tetapi jika anda bukan yang cerewet dari segi tersebut ianya memang sangat memuaskan.
Lagu-lagunya memang sedap. "Chemical Warfare" dan "Captor of Sin" telah menjadi antara lagu wajib mereka untuk persembahan live. "Haunting the Chapel" menyebabkan saya kagum dengan Dave Lombardo. Sayangnya EP ini terlalu pendek. Tak puas.
Jika anda mempunyai cd re-release seperti saya dan Dr. Bentara, akan ada lagu bonus "Aggressive Perfector". Lagu yang sedikit berlainan corak dan soundnya. Maklumlah kalau saya tak silap ianya adalah lagu rakaman pertama Slayer yang dimuatkan dalam kompilasi Metal Massacre 3.
Playlist aku untuk hari ini dan beberapa hari mendatang.....sudah semestinya yang terbaik dari Jeff Henneman...."South of Heaven", "War Ensemble", "Raining Blood", "Angel of Death", "Mandatory Suicide" dan "Seasons in the Abyss."
Thank you for the Music...
(kebetulan...sejak 2 hari lepas...ringtone handphone aku adalah lagu South Of Heaven...)
Nak kata best sangat pun tak juga tetapi jika dinilai dari segi sejarahnya, ianya antara yang terpenting. Show No Mercy dan Kill Em All adalah antara pencetus genre apa yang kemudiannya dikenali sebagai thrash metal.
Ketika itu tiada istilah thrash, memang jelas pengaruh NWOBHM dalam lagu-lagu mereka malah vocal Araya juga juga banyak ke arah itu. (dengarkan jeritan dia dalam lagu Tormentorrrrrrrrrrrrrr... :D ). Dari sound dan permainan pun takder apa yang dibanggakan tetapi mereka menjadi lebih bagus kemudiannya. Banyak lagu yang saya rasakan versi live mereka lebih menarik soundnya berbanding versi album ini.
Mungkin hanya 3 atau 4 lagu yang betul2 bagus antaranya "The Antichrist" (1st time dengar dah suka lagu ni...suka solonya...tapi tak berani nak nyanyi...liriknya setan...heheh..), "Die By the Sword" (lebih suka versi Live Undead...siapa boleh lupa intronya Araya cakap "They say the pen is mightier than the sword... I say **** the pen...cause you can DIE by the sword!!!"), "Black Magic" dan mungkin juga "Evil Has No Boundaries". Tapi masa pertama kali mendengar lagu Siluman - Rusty Blade (Awas), saya rasa macam kenal jer into tersebut. Cuba bandingkan intro "Metal Storm/Face the Slayer" dengannya. Lebih kurang tak?
Di tahun 80an dulu, selepas Mercyful Fate dan Venom, Slayer lah pada ketika itu yang saya rasakan band yang paling setan dan menakutkan. Dengan imej salib terbaliknya, kalau orang tua saya jumpa sudah pasti kasetnya akan ke parit. Lagu hantu berubat kata abah saya.
Jika anda tak kisahkan sound yang raw dan amatur, mungkin album ini patut anda miliki. Pada saya konsep muzik yang dibawakan Slayer pada ketika ini lebih saya suka berbanding dengan album-album mereka selepas Seasons in the Abyss.
Satu lagi album yang aku suka dari tahun 1990...album ni bersama sama dengan Rust In Peace dan Never Neverland adalah antara album yang berbulan asyik berputar jer dalam walkman phillips aku dulu....
Aku rasa sesapa yang into metal/thrash mesti konpem dah dengar album ni punya...kalau belum...baik gi dengar Nasier Wahab jer....hahaha...(jgn marah arr Ijau :P)...so tak yah la aku nak review detail2 sangat...tapi untuk sapa2 yang mungkin tak pernah dengar...Seasons in the Abyss adalah album ke 5 Slayer...dan ini adalah album last klasik line-up bersama Dave Lombardo sebelum dia blah pastu join balik Slayer beberapa tahun yang lepas...
Aku rasa album ni paling senang peminat Slayer nak masuk...tak kira dorang dari zaman yang suka laju2 macam album Reign In Blood ataupun yang suka melodic dari zaman South Of Heaven...kerana kedua2 unsur tersebut ada dalam album ni...ini adalah antara faktor utama menyebabkab album ini adalah album Slayer terbaik/paling suka bagi aku...period!.
Semua lagu pun best...memang syok untuk anguk2 kepala...tak perlu nak skip2 layan dari track no 1 sampai abis...riff2 sedap yg senang hadam...ketukan drum Lombardo yang padu dan yang menariknya bagi aku vocal Tom Araya adalah yang terbaik dalam album ni...lagu War Ensemble dan Seasons In The Abyss bagi aku adalah antara yang terbaik pernah dihasilkan oleh mereka...
Sayangnya album2 mereka yang seterusnya bagi aku gagal meneruskan momentum Seasons In The Abyys...lagu2 mereka menjadi membosankan dan mula menjadi trendy dengan unsur2 nu-metal...sama kes macam Sepultura la ni...aku stop dengar Slayer selepas album Diabolus In Musica...
****Satu yang aku tak leh lupa...sesekali time cuti semester...(selepas SPM, band aku zaman2 sekolah semua berpecah belah semua gi further study ntah mana2...) kita orang akan berkumpul jamming kat B Sound Studio, Komtar JB pekena lagu2 dari album ni...kalau tak silap yang jadi lagu wajib "Expendable Youth" dan "Seasons in the Abyss" serta lagu2 Metallica...pergh...rindunya zaman tu...
mak aii...kalau lah dapat nengok ni live depan mata....Hetfield dan Mustaine side by side pulak tu....perghhh!!!...dengar2nya Big Four Tour ni akan keluar dalam bentuk dvd...jadi la kan...
Buat sapa2 yang masih tak tau...Hetfield,Mustaine dan Belladonna (sayang Araya takder) join sama2 nyanyi lagu "Am I Evil" satu stage bersama lain2 band member masa The Big Four Tour kat Sofia,Bulgaria semalam...pergh...kalah Double Trouble Search Wings tu hari...heheh...
Baru2 ni Eddie ada letak lagu In-A-Gadda-Da-Vida - Slayer kat blog dia..tetiba buat aku teringat balik bila 1st time aku dengar lagu tu.
Tahun 90 ker 91..tak ingat..ada sorang member zaman aku kat ITM dulu..beliau peminat lagu2 rap..(Yo!..What's up in Doha bro?..)tapi bukan la rap 4U2C,KRU,Nico,Feminin dan Res2 tu...tapi Res2 tu boleh tahan la kan..bukan muziknya...orang2nya la kan...huhu..tapi member ni more to rap omputeh..eh..rap negro lebih tepat...dari beliau la aku kenal gangster rap macam NWA,Public Enemy,Beasty Boy dan macam2 yang aku dah tak ingat lagi...maklum la zaman tu Anthrax kan berkolabirasi dengan Public Enemy...so bila aku berkawan ngan dia terasa la aku ni macam Scot Ian (walaupun rambut aku lebat :P) dan dia macam Chuck D...hahaha..tapi walau dia mat rap..aku metal..tapi kami dua2 minat kumpulan Belantara..hehe..(lain kali boleh cerita pasal Belantara pulak)..
Berbalik pada cerita asal...aku macam biasa la..bila berkawan ngan member yg kaki muzik..benda pertama yang aku buat kalau lepak bilik dorang ialah selongkar koleksi kaset...selain dari koleksi kaset2 rap dia yang menimbum tu..aku terjumpa kaset soundtrack Less Than Zero...yang aku perasan ada Poison cover Kiss "Rock & Roll All Nite dalam tu dan oleh kerana Poison punya pasal (au...huhuhu) aku pinjam kaset tu.
Bila balik bilik pasang dan dengar...baru aku perasan ada lagu2 cover lain yang best terutamanya Hazy Shade Of Winter - Bangles (syok oo lagu ni..) tapi yang betul2 menarik perhatian aku adalah lagu In-A-Gadda-Da-Vida - Slayer..camner aku tak perasan ada Slayer masa mula2 pegang kaset tu..nasib Poison punya pasal..kalau tak.. tak tau aku pasal lagu ni...huhu...tapi memang best la lagu cover dari kumpulan Iron Butterfly ni...kena dengan sound thrash Slayer..memang terbaek!
Dulu aku pernah cari soundtrack ni kat kedai2...tapi tak pernah jumpa..ni list lagu dari soundtrack tersebut
1. Rockin' Pneumonia and the Boogie Woogie Flu - Aerosmith 2. Life Fades Away - Roy Orbison 3. Rock & Roll All Nite - Poison 4. Going Back to Cali - LL Cool J 5. You & Me (Less than Zero) - Glenn Danzig, 6. In-A-Gadda-Da-Vida - Slayer 7. Bring the Noise - Public Enemy 8. Are You My Woman? (Tell Me So) - Black Flames 9. She's Lost You - Joan Jett 10. How to Love Again [#] - Oran "Juice" Jones, Alyson Williams 11. Hazy Shade of Winter - Bangles
kalau cerita pasal movienya pulak..Less Than Zero ni diterbitkan pada tahun 1987..rating IMDB tak tinggi pun 5.9 ajer..lakonan Andrew McCarthy dan Robert Downey Jr...aku pernah tengok citer ni kat Astro beberapa tahun yang lalu...tapi aku dah lupa macamana jalan ceritanya...so aku tak berani nak komen...mungkin tak best kot..tu pasal aku tak ingat...hahaha...boleh jugak la korang check kat wiki..
ok..berbalik kepada In-A-Gadda-Da-Vida..walaupun aku pernah terbaca yang Slayer pun bukanlah suka sangat lagu ni...Rick Ruben yang suh dorang buat untuk soundtrack ni..tapi tak kisah la..cakap banyak pun tak guna...jom layan lagunya...
Ada berapa album live yang aku minat dan rasanya worth it untuk aku upgrade dari koleksi kaset di zaman bebudak aku ke bentuk cd...Dan ini adalah salah satu darinya..
Kini cuma tinggal 1 aje album live yg aku suka tapi belum berjaya aku beli cdnya iaitu Scorpions - Tokyo Tapes..lain2 Iron Maiden - Live After Death ,Judas Priset - Priest...Live dan Tesla - Five Man Acoustical Jam dah berjaya aku upgrade.
Album 2 disc ni diedarkan pada tahun 1991...antara tahun2 terakhir aku minat Slayer kerana aku dah kurang minat ngan album2 selepas tu.
Tambah menarik album ni mengandungi lagu2 yg majoritinya dari album2 fav aku Reign In Blood,South Of Heaven dan Seasons in The Abyss. Bolehlah dikatakan juga ini adalah album greatest hits bagi Slayer kerana semua lagu terbaik mereka sebelum dari tahun 1991 ada dalam 2 cd ini.
cd double disc dgn jewel case bercantum ni memang susah nak letak kat rak cd..nasib rak cd aku ni ada space
Menurut nota di booklet tiada tokok tambah atau overdubs..ini memang totally live..dan ini terbukti dimana kalau anda perasan...terdapat kesilapan Araya lupa nak menyanyi diawal lagu Blood Red (disc 2)..tapi tak kisah la..album ni memang best dan kekadang aku rasa ianya dibawa dengan lebih baik dari versi album studio mereka terutamanya lagu2 dari album Show No Mercy dan Haunting The Chapel...
antara gambar2 dalam booklet cd ini...Dave Lombardo - drums
Jeff Hanneman - guitar
Kerry King - guitar
Tom Araya- Bass/Vocals
Attacking double guitars solo yg laju dari Kerry King dan Jeff Hanneman memang lazat..jelas kedengaran disebelah kiri dan kanan speaker...tak der terkucil2 ahh solo dorang...tambah pulak ngan dentuman double pedals Dave Lombardo yg berdesup laju...jeritan Araya...pergh...ni klasik line-up memang dasat arr main live...sound sedap giler...ini antara band yg boleh main live dan lebih best dari studio album...sayang masa dorang live kat Singapore aku tak pegi...arghhh..
Disc: 1
1. Hell Awaits
2. The Anti-Christ
3. War Ensemble
4. South Of Heaven
5. Raining Blood
6. Altar Of Sacrifice
7. Jesus Saves
8. Dead Skin Mask
9. Seasons In The Abyss
10. Mandatory Suicide
Cd 1 ini direkodkan keseluruhannya pada satu konsert dlm siri tours Seasons In The Abyss di Lakeland Coliseum, Florida pada thn 1991. Boleh dikatakan semua lagu best Slayer ada pada cd 1 ni..3 lagu pertama sudah cukup mengegarkan..Dimulakan dengan Hell Awaits..sambung The Anti-Christ..tambah pulak War Ensemble...pergh rasa tak senang duduk walaupun dengar sesorang pakai ipod...rasa macam nak melompat2 sambil headbangin ajer...hahaha...nasib baik South Of Heaven mengslowkan kembali keadaan...haha...
Walaupun Tom Araya tak banyak cakap dalam live album ni...tapi nasihat dia suruh tolong menolong sebelum lagu War Ensemble tu kelakar la jugak bunyinya..baik hati rupanya Araya ni walaupun nampak ganas...macam dia cakap kat interview aku dengar masa dia kat Singapore dulu...ganas tu imej ajer...hehe
Sambung pulak pas tu ngan Raining Blood,....pergh..cd 1 memang hampir complete dgn lagu2 klasik Slayer..Lagu lama dan baru disusun dgn baik hingga tak terasa lagu2 ni diambil dari album dan era Slayer yang agak berlainan...
Disc: 2
1. Hallowed Point
2. Blood Red
3. Die By The Sword
4. Black Magic
5. Captor Of Sin
6. Born On Fire
7. Postmortem
8. Spirit in Black
9. Expendable Youth
10. Chemical Warfare
Cd 2 pula dirakamkan di beberapa tempat berlainan tapi masih dari tours Seasons In The Abyss pada tahun 1991.Antaranya Wembley Arena dan Orange Pavilion California
CD 2 ni mengandungi lagu2 yg kurang skit popular kecuali anda memang pengemar Slayer...walaupun aku lebih suka cd 1 tapi tapi lagu2 macam Hallowed Point,Captor Of Sin,Postmortem,Spirit In Black,Expendable Youth dan Chemical Warfare memang tidak boleh di abaikan dan sangat menarik bila dimainkan secara live...tapi bagi pendengar baru kena dengar banyak kali kot..kurang skit dia punya catchiness...tapi dari segi sound..walaupun direkod di beberapa tempat...sama macam Cd 1..tetap terbaek!!!...
aku rasa ini adalah antara album live yang paling best dari segala segi yg pernah dirakamkan oleh sesapa pun...tambahan pulak sapa producernya kan...Rick Rubin...org yg membawa Metallica ke pangkal jalan...hahaha...
Memang tak rugi beli...rekomen kepada sesapa yg nak belajo dengar Slayer...mulakan dengan album Decade Of Aggression ni dulu...pasti tak menyesal
teruja bila dengar Araya jerit....WARRRRRRR ENSEMMMBLEEEEEE....