Showing posts with label Blues Gang. Show all posts
Showing posts with label Blues Gang. Show all posts

Wednesday, April 18, 2018

Jim Madasamy

2,3 hari lepas dapat khabar berita sedih yang Jim Madasamy, bassist kumpulan Blues Gang telah meninggal dunia. Di kala usia yang semakin meningkat, satu demi satu hero saya di zaman kanak-kanak telah meninggalkan kita.

Tidak boleh dinafikan yang Blues Gang adalah salah satu pengaruh besar kepada saya ketika di zaman kanak-kanak. Lagu-lagu mereka dari album Blues Gang (1981), Ada Lagi (1982), Khatulistiwa (1983) dan Sakit Sakit Sakit (1985) adalah soundtrack kehidupan kanak-kanak saya. Mendengar lagu-lagu mereka dari zaman tersebut sudah pastinya memori zaman sekolah rendah saya akan terbayang satu persatu.

Satu-satunya cd mereka yang saya ada. Double disc "Biografi" terbitan tahun 2011
Sebelum saya mula terjebak dengan muzik rock. Blues Gang adalah salah satu band kegemaran. Saya lebih menyukai mereka dari kumpulan Kembara. Sayangnya sehingga ke hari ini saya masih ternanti-nanti bilakah agaknya album-album mereka akan dikeluarkan atau di reissue semula....

Jim Madasamay adalah antara pemain bass yang menjadi rujukan saya. Maklumlah saya juga bermain bass pada suatu ketika dahulu. Tetapi oleh kerana saya adalah seorang yang "jari bangku". Adalah lebih untuk saya menjadi pendengar muzik dari bermain muzik. Lagu "Katakan" adalah antara lagu pertama yang saya belajar untuk bermain bass. Suka sungguh saya dengan permainan bass beliau dalam lagu ini. Lazat! Ianya sentiasa menjadi lagu "warm-up" untuk saya setiap kali memegang gitar pada satu masa dahulu.




Selamat Tinggal The True Blues Man Jim Madasamy. 
Thanks for the music.



Friday, April 10, 2015

Any Time, Any Day

Yang dah capai tahap klasik...


Blues Gang - Any Time, Any Day (1979)

Sebenarnya saya tidak pernah tahu keujudan album ini. Awal 80an ketika saya mula mengenali Blues Gang, album yang saya tahu hanyalah bermula dari album Blues Gang '81. Mungkin kerana lagu-lagunya dalam bahasa Inggeris, maka ianya tidak dimainkan di radio. Maklumlah saya pun masih kanak-kanak lagi pada ketika itu.

Baru sekarang berpeluang mendengarnya secara serius. (tak berapa nak "feel" lah kalau mendengar menggunakan youtube) Sayangnya piring hitam ini bukanlah asli. Yang asli terbitan WEA. Mungkin inilah antara sebab mengapa Ito sangat marah perihal cetak rompak. Mana taknya, sedari album pertama mereka lagi dah pun kena ciplak.

Tapi nak buat macamana. Sekadar apa yang ada. Bukannya senang pun nak dapat. Benda dah lama. Walaupun begitu soundnya memang sedap. Tip top. Lemak dan lunak. Terasa seperti hidup di tahun 70an.


Tabik lah dengan kugiran yang berasal dari Kg Pasir, Johor Bahru ini. Tidak seperti kebanyakan band-band 70an lain yang terpaksa berdangdut dan berdisko bila menjadi artis rakaman walaupun asalnya mereka bukan begitu, Blues Gang tetap dengan akar bluesnya. Tambah menarik tiadanya lagu-lagu saduran.

Album ini menampilkan penyanyi dan gitaris asal Bues Gang. A'shed (Rashid Yunus) dan Mat Dollah (Mohamad Abdullah) yang juga bertindak sebagai komposer. Sayangnya mereka berdua tidak kekal lama. Album selepas ini mula menggunakan Ito Mohd sebagai vokalis utama dan Julian Mokhtar.


Sayang kalau album sebagus ini tidak dikeluarkan semula. Banyak betul khazanah muzik Malaysia yang akan dilupakan oleh generasi akan datang kerana tiada usaha pemilik "copyright" untuk menerbitkannya semula.

Best!...kalau anda sukakan blues, boogie dan sedikit rock n roll. Kalau tak tau, ingatkan ianya memang band orang putih.

Terbaik!



Tuesday, January 8, 2013

Katakan

Menonton konsert 2 Raksasa di Astro Fiesta beberapa hari yang lalu tetiba membuatkan saya bernostalgia kepada lagu ni.


Kalau memori saya betul, inilah lagu melayu pertama yang saya belajar untuk bermain gitar ketika awal 80an dahulu terutamanya part bass Jim Madasamy tu. Selainnya lagu-lagu rock omputeh contohnya  macam  Smoke On The Water, When The Smoke Is Going Down, Always Somewhere dan Wonderful Tonight. Budak-budak Johor zaman tu memang rock dan blues.

Masih saya ingat pada ketika itu, remaja zaman tu  tak cakap "tak rock la" atau "tak metal la"...tapi "tak blues la" kalau kita buat sesuatu yang tak cool. Begitulah kuatnya pengaruh band blues berasal dari Johor ni. Sayangnya sekarang dah tak jumpa dah band yang begini lagi.

Selain Ritchie Blackmore, zaman tu kalau cerita bab gitar selain Rosli Mohalim (Sweet Charity), nama Julian Mokhtar lah yang selalu disebut-sebut. Tambah-tambah pulak dia hensem macam mat saleh la kan...heheh..



Best. Lama betul tak dengar lagu ni. Kalau tak silap dari album Ada Lagi (1982). Walaubagaimanapun, untuk makluman lagu ini sebenarnya asalnya adalah lagu dari A Romzi & The Hooks dari EP mereka "Katakan Padaku" terbitan tahun 1968. Banyak betul lagu-lagu A Romzi ni yang sedap-sedap. Sayangnya generasi sekarang kurang berpeluang untuk mendengarnya.



***Best pulak kat Astro Fiesta  tu hari berpeluang nengok Best Of Sonisphere Festival. Ada la Alice Cooper, Europe, Soulfly, In Flames, Alice In Chains, Slash dan lain-lain. Tak pasti ni Sonisphere tahun berapa, mungkin 2010 tapi ada yang macam 2011. Yang tak bestnya mana Iron Maiden, Slayer???