Showing posts with label Babylon. Show all posts
Showing posts with label Babylon. Show all posts

Friday, October 6, 2017

2020

Sambungan dari >SINI<


Babylon - 2020 (1992)

Bukan lagi terbitan M Nasir. Kini ianya diterbitkan sendiri oleh Hassan dan Hussien. Satu langkah berani dan patut di puji. Paling menarik, penulis cukup berkenan dengan sound album ini. Agak raw tetapi bersih. Bunyi gitar yang kedepan. Ini baru rock. Memang kena dengan selera penulis. Power!

Selain sound yang berbeza, arah tuju muziknya juga. Kini ianya lebih moden, rock n roll ala 90an. Muziknya tidak lagi keras. Lebih mellow dan mid tempo. Lagu-lagu berbahasa inggeris juga tidaklah se"metal" seperti album pertama. Namun begitu susunan muziknya memang berkualiti. Pengaruh Loudness masih ketara terutama dari segi sound gitar.

Paling menarik perhatian adalah kerja gitar Hassan. Memang hebat. Lagu blues rock "Wawasan" antara contohnya. Suka juga dengan instrumental "Love You N". Zaman sekarang susah dah nak jumpa lagu-lagu instrumental gitar. Maklumlah gitar hero bukanlah sesuatu yang "cool" untuk generasi hari ini.


Band sebegini memang patut dipuji dan di sokong. Jatuh bangun dengan muzik ciptaan sendiri. Satu - satunya kelemahan mereka adalah tiadanya lagu jiwang yang betul-betul boleh menarik perhatian geng-geng akak lipat kain. Tiadanya lagu sebegini bermakna susah lah album nak jual. Macam yang dah dikatakan sebelum ini, kalau nak harap hanya Mat Rock yang beli...hasilnya inilah yang terjadi. Mereka hanya bertahan untuk 2 album. Sedih!

Apa-apa pun penulis memang suka album ini berbanding album pertama. Kekuatan album pertama adalah 2 lagu inggerisnya tetapi 2020 menang dari segi sound dan susunan muziknya yang berkualiti. Tak perlu M Nasir untuk terbitan berkualiti tetapi mungkin perlukan beliau untuk album yang boleh jual...tapi tak pasti juga kan...Kerjasama mereka bersama M Nasir di album yang pertama pun tidak kemana juga..








Monday, September 25, 2017

Babylon

Antara band yang tak pernah dengar lagunya sebelum ini...


Babylon Boxset 2 dalam 1 (2017)

Tahu nama band. Pernah terbaca tentangnya. Tapi tak pernah dengar lagu-lagunya. Awal 90an sememangnya tahun-tahun yang penulis kurang ambil tahu tentang rock melayu. Dengan keluaran semula seperti ini, dapatlah juga mendengar semula apa yang tertinggal dulu-dulu. Walaupun khabarnya ada juga kontroversi antara label dengan ahli band tentang keluaran boxset 2 dalam 1 ini.


Satu yang menarik tentang keluaran dari WEA adalah sound dan kualiti kertas inlaynya yang bagus. Tak adalah nak komplem sangat.

Ok kita pergi satu-satu


Babylon - Babylon (1991)


Orang kata band ini heavy metal. Harapan penulis sudah semestinya tinggi. Bila tengok ianya diterbitkan oleh M Nasir. Pastinya mereka sebuah band yang bagus. Rasanya bukan calang-calang band yang M Nasir nak terbitkan.

Seperti biasa ada beberapa lagu cari makan ciptaan M Nasir. Ni benda penting untuk popular dan jual album. Setakat nak harap mat rock yang beli memang tak boleh nak hidup. Penulis sendiri pun tak beli. Kena juga jaga market akak-akak lipat kain. Tapi tu lah. Saingan zaman tu tinggi. Kalau tak ada lagu leleh yang kuat memang susah la nak pergi jauh. Mungkin itu kekurangan Babylon. Sebab itu kurang poular dan penulis tak pernah pun dengar lagu mereka di mainkan di radio.


2 lagu lirik orang putih mereka memang bagus. Memang heavy metal. Satu tu agak kuat juga pengaruh Loundess ("Metal Fire"). Kalau tak tau mungkin ingat ini band Mat Salleh. Lagu-lagu berat yang lainnya selain lagu "Haruman Berbisa", lebih kepada mid tempo dan ada juga pengaruh doom ala Black Sabbath.

Kesimpulannya selain lagu lirik orang putih, lagu-lagu lainnya agak kurang kena dengan selera saya. Bukan nak kata tak bagus. Tapi tak kena selera. Satu yang baiknya pada saya adalah kerja gitar saudara Hassan. Memang bagus. Tabik! Dia agak underated kan? Khabarnya album-album awal Amuk dia yang mainkan.

Bersambung ke album 2020...esok, lusa tulat...atau ikut kerajinan....