Showing posts with label Slam. Show all posts
Showing posts with label Slam. Show all posts

Sunday, December 18, 2016

Slam Live Unplugged

Yang dah 20 tahun...


Slam - Live Unplugged (1996)

Jarang jumpa benda-benda macam ni dalam blog ni...hahaha...

Terjumpa kaset ini beberapa bulan yang lepas ketika mengembur gerobok di kampung. Ianya kepunyaan adik perempuan saya. Sebab ianya dijadikan entri adalah kerana 2 perkara.

Yang pertama kerana ianya dah genap 20 tahun. Suatu benda yang kena dengan tema blog ini.

Tak pasti sangat latar belakangnya. Tetapi menurut encik google...

"Slam Live Concert Unplugged merupakan album live pertama kumpulan Slam. Terdapat lapan lagu yang merupakan runut secara langsung dari konsert Pentas Grand Slam Unplugged yang dijayakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada tahun 1996 serta dua lagu rakaman studio baru yang belum diterbitkan"



Sebab kedua, ianya mengingatkan saya kepada seorang sahabat dari tempat kerja saya yang lama. Dah arwah dah. Album ini ini adalah antara kegemaran beliau. Hampir setiap hari keluar bersarapan dengan beliau pastinya album ini antara yang beliau putarkan dalam kereta sepanjang perjalanan kami ke tempat sarapan.

Beliau mempunyai sound sistem audio kereta yang hebat lagi mahal. Mendengar lagu-lagu dari album ini dengan sistem audio sebegitu memang terasa sedap. Disebabkan kerap mendengarnya, Beberapa lagunya jadi melekat pula di kepala. Boleh tahan sedap juga rupa rupanya lagu Slam ni...huhu...permainan muzik dan sound produksinya juga bagus...

(kepada Arwah Azmi, semoga roh mu sentiasa dirahmati dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Amin)