Showing posts with label Wings. Show all posts
Showing posts with label Wings. Show all posts

Monday, January 2, 2023

Orang Asing

Nak juga mencelah. Iya lah kan, tengah hangat seminggu dua ni di Facebook cerita pasal konsert Barbarik Pentas Keras. Walaupun tak dapat hadir dan album ini bukan Mus, tetapi ianya adalah permulaan era Wings dibawah Joe Branko.


Wings - Orang Asing (1995)

Ini adalah antara beberapa cd melayu terawal yang saya ada. Dah tak boleh nak ingat mana satu yang pertama. Saya mula membeli cd sekitar penghujung tahun 1994. Ketika itu tak banyak pun cd melayu yang ada dipasaran. Mengikut Spotify, Orang Asing diterbitkan pada 03/06/1995. Berkemungkinan besar ada cd lain yang lebih awal. 

Sebenarnya pada ketika itu saya tak mengikuti sangat perkembangan muzik rock melayu. Pembelian cd ini semata-mata kerana pada ketika itu saya memiliki set pemain cd changer kereta. Ianya jenis yang boleh letak 10 disc sekaligus dan diletakkan di bahagian bonet belakang. Untuk mencukupkan 10, saya membeli apa sahaja cd rock yang ada. Kedai-kedai di Johor Bahru di tahun 1995 masih majoritinya menjual kaset. Memang agak sukar untuk membeli cd terutamanya cd rock.

Jujurnya tak minat sangat dengan album ini. Terlampau lembap. 4 lagu awalnya lagu perlahan. Yang ke 5 dan 6 moderate. Masuk track ke 8 baru jumpa yang berat. Memang terasa letih untuk menghabiskannya tanpa skip. Tetapi disebabkan ketika itu saya mempunyai jumlah cd yang terhad. Pusing-pusing tetap dengar cd yang sama. Lama-lama jadi suka juga.


Lagu-lagu seperti Ranjang Mawar, Lena Diulit Intan, Semalam Yang Hangat dan Asing menjadi peneman ketika memandu pergi dan balik kerja. Dan biasanya akan "skip" 3 lagu yang terakhir. (selepas lagu berat "Setan Mengganas", memang rasa tak lalu nak dengar 3 lagu perlahan berikutnya secara berturutan). Disebabkan itu saya tidak mempunyai apa-apa kenangan dan tak ingat dengan lagu "Saputangan" (lagu yang dinyanyikan Mel ketika Barbarik Pentas Keras)

Yang pastinya, Joe cuba lari dari imej dan sound Wings ketika bersama Awie. Bunyi yang lebih kasar dan berat yang kemudiannya menjadi trademark beliau ketika bersama Mus. Saya tidak mempunyai masalah dengan Mel. Cumanya saya rasakan yang suara beliau tidak berapa kena dengan muzik yang berat. Mungkin juga itu penyebab kenapa Joe meletakan 7 lagu slow dan 2 lagu moderate untuk album ini.


Tuesday, August 2, 2022

Mr. Barbarik

Khabarnya Jo dan Mus akan kembali bergabung untuk satu persembahan istimewa…dah boleh lah kot untuk mulakan sesi ulangkaji...


Wings - Mr. Barbarik (2000)

Jujurnya dulu tak dengar sangat pun album ini. Setakat beli kasetnya tetapi tak adalah beriya nak dengar. Ni jenis kalau pakai t-shirt Mr. Barbarik tapi kena namakan 3 lagu dari album tersebut memang kantoilah tak boleh jawap…hahaha…

Wings di zaman Mus sebagai vokalis sememangnya berbeza dari zaman Awie. Bermula dari Biru Mata Hitamku (1996), Jo telah mengubah muzik Wings menjadi lebih berat dan lebih metal. Mungkin untuk kesesuaian gaya vokal Mus atau mungkin juga ianya adalah pengaruh metal mainstream yang di bawa XPDC pada ketika itu. 


Pasa saya Mr Barbarik, sesuai dengan tajuknya sememangnya lebih berat, lebih keras dan lebih ganas dari 2 album Wings bersama Mus yang sebelumnya. Mungkin agak payah juga untuk mereka yang kurang gemar dengan muzik yang keras. Tambahan pula ianya tidak mempunyai satu lagu perlahan yang betul-betul boleh menjadi killer song. Tetapi bagi pengemar muzik berat, ini sememangnya sangat menarik.

Namun begitu, saya agak kurang gemar dengan produksi soundnya. Ianya agak tenggelam dan sedikit sebanyak menganggu tumpuan saya kepada kerja gitar Jo. Walaubagaimanapun, Mr Barbarik membuktikan yang Wings adalah Jo… dan Jo adalah Wings… Yang lain hanyalah sekadar Awie and Superfriends...huhu...

*kalaulah ada versi lp… boleh dah buat entri Gila Format…😅



Thursday, July 30, 2020

Gila Format : Bazooka Penaka


Wings - Bazooka Penaka (1993)

Lama dah beli versi lp ni. Sebelum PKP lagi. Asyik lupa nak tulis pasalnya dalam blog.

Pernah buat entri pasal album ni dulu. 1993 adalah tahun yang saya kurang dengar rock melayu. Kaset seperti di gambar pun adalah kepunyaan adik perempuan. Memang tak beli dan tak dengar pun dulu. Versi cd pula di beli ketika zaman cd mula muncul di pasaran. Tak ingat tahun bila. Bagi yang mementingkan "pressing", yer... cd ini adalah cd 1st press ketika album ini mula dikeluarkan dalam bentuk cd. 

Ianya bukanlah album Wings kegemaran, tetapi banyak juga lagu-lagunya yang sedap dan ada nostalgianya yang tersendiri.



Saturday, May 23, 2020

Hiburan WFH - Puisi Aidilfitri

Terakhir sebelum cuti raya....


Wings - Puisi Aidilfitri (1996)

Seingatnya ada 2,3  keping cd raya dalam simpanan. Tapi memang tak letak kat rak cd. Adalah kot dah bercampur dalam beberapa kotak kasut yang dalamnya ada cd mp3, cdr dubbing dan cd pirate. Tapi bila di cari tak jumpa pula di mana.

Satu-satuya cd raya yang jumpa adalah yang ini. Layan jer la. Tak minat sangat dengan album ni sebenarnya. Dulu masa beli memang teruja. Iyerla.. susah nak jumpa band rock buat lagu raya. Satu album pulak tu. Tapi sayangnya album ni tak rock langsung. Lagu-lagunya tanpa distortion gitar.

Entah lah dulu-dulu memang taboo kot kalau buat lagu raya ada distortion gitar. Tapi Sweet Charity rilek jer buat dengan lagu "Seri  Hari Raya" tahun 1980. Tak kisahlah kalau ianya adalah lagu ciplak.

Apa-apa pun selamat hari raya semua. Tahun ni terpaksa beraya dengan cara baru. Saya masih boleh berhari raya di kampung. Tak perlu rentas negeri. Orang tua dan mertua dalam satu daerah malah rumah orang tua pun dalam satu kawasan parlimen 😁...


Friday, September 20, 2019

Best of Wings - versi digipak gold disc




Wings  - Best Of (2019 - versi digipak gold disc) 

Dah ada 1st press (riak 1st presswi 😁). Asalnya tak mahu beli. Tak suka format digipak. Susah nak simpan kat rak dan senang rosak pula kulit luar dan gamnya. Tetapi itulah...pandai pula teknik pemasaran dia orang kali ni. Bila keluar versi yang tak sama dari asal. Tak pasal-pasal terbeli juga. Walaupun terus terang cakap agak kurang berkenan dengan packaging cd ini...Hmmmm...saya hanyalah seorang insan yang lemah...😔


Tetapi yang paling ramai nak tahu pastinya soalan berkenaan "sound". Bagaimana sound "made in USA" ini? Sedap ker?....Hmmm...album ini asalnya pun dah dalam zaman digital. Memang dah pernah dikeluarkan dalam bentuk cd pun dulunya. Makanya memang tak ada masalah pun dari segi sound. Yang asal pun dah ok. Kalau tak remaster semula pun tiada hal. Lainlah isunya kalau ianya mahu dipiringhitamkan. Nanti ada yang kata lp berbunyi cd 😅.


Tetapi untuk menjawap juga persoalan tersebut memang yer. Sound bagus. Mungkin juga lagi bagus dari cd asal. Siapa yang belum ada boleh lah beli. Nak beli cd yang asal memang dah harga yahudi.



Thursday, February 9, 2017

Hukum Karma - Limited Gold Edition cd



Wings - Hukum Karma (Limited Gold Edition - 2017)

Dapat cd ni isnin lepas, benda pertama yang saya buat adalah dengar 2 lagu bonusnya. Memang beli cd ni pun semata-mata pasal nak dengar lagu bonus tersebut. Tapi...baru dengar beberapa saat dah rasa tak tahulah samada nak menyumpah atau ketawa. Terus simpan dalam rak tanpa dengar pun lagu-lagu lainnya.


Ini memang contoh terbaik macamana syarikat rakaman nak buat duit lebih. Asalnya macam malas dah nak buat entri. Tapi bila terbaca posting seorang rakan di Facebook, memang rasa ulasan dia dah cukup dah mengambarkan apa yang saya rasa.

Dengan izin, saya kongsikan la apa yang beliau tulis...

Review ringkas dari Dr Mohd Rizal Azuar

Aku berasa sangat teruja dapat memiliki CD keluaran semula ini. selepas hampir 30 tahun di terbitkan, memang selayaknyalah album Hukum Karma ini mendapat sentuhan emas.
Dan hasilnya mmg tidak mengecewakan. Di saat mata memandang pada kulit luarnya..dapat dilihat betapa ekslusifnya CD ini...tak perlu ada gambar ahli kumpulan Wings..bila lihat tulisan emas yang memancar itu, orang buta pun boleh jadi celik..memancar-mancar. apatah lagi bila di buka..Ya Allah..gembiranya hati tak kala melihat warna kuning taik gigi atau orang putih panggil Limited Gold edition itu.

Hati pula tak sabar tak kala mendengar 2 lagu bonus itu...apa yang boleh di katakan rakaman live ini adalah yang terbaik pernah di buat di dunia kerana nyanyian dan permainan anggota Wings sebijik macam rakaman asal..kagum sungguh...kalau tak kerana tepukan gemuruh penonton kita tak akan sangka ini cuma rakaman kat tapak funfair.
dan yang paling best..button badge tu...mmg cantik..sampai aku berebut2 dengan anak aku...
Belilah CD ini 4 atau 5 keping seorang kerana ini adalah versi terbaik Hukum Karma dan aku yakin dalam masa 100 tahun lagi nilai CD ini akan melonjak dari RM35 ke RM 2.6 Billion.
Wassalam



Hehehe...Terbaik doc!


*sesiapa yang belum pernah ada cd Hukum Karma, boleh la kot kalau nak beli (tapi pada saya elok cari pressing yang lama...gambar cover asli..) ...tapi kalau yang dah ada...tapi ada duit terlebih...memang peminat mati keras Wings...atau collector...hoarder....scalper..beli ajer la...korang punya duit kan...




Tuesday, December 27, 2016

Hukum Karma

Benda yang paling hot bagi golongan pengumpul piring hitam dan peminat Wings dalam seminggu dua ni...


Wings - Hukum Karma (versi piring hitam 180g - keluaran semula 2016)

Telah mula berada di pasaran pada 19hb Disember yang lalu. Didatangkan dalam 2 warna edisi terhad (Hitam 300 keping dan Merah 150 keping). Itu pun dah "sold-out" beberapa jam selepas dibuka untuk "pre-order". Dasyat betul....


Terimakasih kepada Saudara Zan Din dan rakan rakan yang berusaha merealisasikan terbitan ini. Kalau tak...tak merasa la orang macam saya yang acah acah kononnya nak mengumpul piring hitam atas pengaruh rakan sebaya...haha...
Nak cari yang 1st press memang tak mampu la dengan harganya...


Golongan marhaen cuma mampu yang warna hitam. Jadi la. Tapi sound memang tip top. Berdentum! Khabarnya pressing dari Germany. Memang puas hati.


Disertakan juga dengan poster. Khabarnya ini juga atas inisiatif Saudara Zan Din. Kalau ikut label memang takder pun.. Tabik la pada beliau...

Bagi yang tertinggal...khabarnya atas permintaan ramai, Januari ini akan ada pula versi warna biru. Sesiapa yang teringin tu boleh la cepat-cepat buat tempahan.



Apa-apa pun memang puashati!...Tak sabar pula nak tunggu Darjah Satu.

Next...khabarnya Ella - Pengemis Cinta...ni skip la...tak mampu dah...pokai dah anak nak naik sekolah...tapi yang lepas tu...Rusty Blade - Rintangan Hidup Dunia...memang tak boleh miss la..huhu...




Tuesday, December 22, 2015

Wings 30 tahun

Sempena konsert Wings 30 tahun yang akan berlangsung di Padang B, Plaza Angsana Johor Bahru pada 25hb Disember nanti...


Sayangnya berkemungkinan besar saya tak akan pergi. Tarikh tersebut kebetulan sama pula dengan tarikh percutian saya bersama keluarga yang telah dirancang awal. Memang tak boleh nak ubah dah. Tunggu laporan dari Portdy, Shafid atau mungkin Deaf ajer lah kalau dia orang turun.


Berbalik kepada cd 30 tahun, rasanya tiada apa yang menarik pun jika anda telah mempunyai kesemua cd album Wings. Mungkin bonusnya lagu "Midnight Blues" kali pertama (betulkan kalau saya tersilap) di keluarkan secara track yang bersendirian. Tidak sambung menyambung dalam trilogi  3 lagu macam cd album Teori Domino. Senang lah sikit nak dengar.


Dari segi seleksi lagu, mungkin susah kot kalau nak puashati hati semua orang...maklumlah banyak lagu best...30 tahun punya seleksi lagu...tapi ok la ni...2 disc...RM25...24 lagu...lagu rancak ada...lagu slow ada...zaman Mus ada...zaman Mel ada...kira ok la...


Bagi yang baru nak kenal Wings, mungkin cd ini sedikit sebanyak dapat membantu. Tambah pula gambar-gambar di inlaynya boleh tahan cantik.

Kepada yang pergi konsert nanti...selamat berkonsert...yang tak pergi....baca review ajer la....





Saturday, June 28, 2014

Menakluk Kosmos




Wings - Menakluk Kosmos (2014)

Dah lama tak rasa teruja untuk membeli album baru Wings. Album yang sebelumnya (Naga Kramat) pun dah beberapa tahun selepas itu baru dibelli. Promosi di Facebook terutamanya dari Sayap-Sayap Wings dan rakan-rakan blogger membuatkan rasa bersemangat. Walaupun agak lewat juga membelinya, tetapi perasaan ketika mengunboxingnya, (ada ker perkataan macam ni...dan macam lah box set sangat kan...hahaha..) rasa terujanya tu kalau album Wings ni kali terakhirnya sama perasaannya semasa album Teori Domino (1990).

Awalnya agak ragu-ragu. Terutamanya bila mendengar lagu-lagu slow yang dah dimuatnaik di youtube. "Bisa Yang Tertunda" tu lebih kepada macam lagu Awie solo bukannya Wings. Maaf, saya bukanlah peminat Awie. Saya suka Wings tapi saya kurang gemar dengan Awie. Lagu yang terlebih bunyian keyboard seperti "Bisa Yang Tertunda" memang buat saya rasa kurang berminat. Tetapi bila review dari rakan-rakan blogger majoritinya kata positif, saya sedikit bersemangat.

Selepas membeli dan mendengarnya. Ada yang best tapi ada juga yang tidak. Cerita yang tak best dulu....tapi sebagai peringatan...ini bukan review. Saya bukan orangnya yang layak. Tetapi sekadar pendangan dari seorang peminat rock yang mengikuti perkembangan mereka dari zaman Belenggu Irama.

1st impression tengok packagingnya kat kedai dah rasa kecewa. Kenapa bukan jewel case...kenapa mesti digipak. Dah lah sizenya tak standard. Macamana nak letak kat rak cd. Packaging jenis macam ni memang senang nak koyak. Hampeh betul!!!. Sampai hari ni masih tak tau nak selit kat celah mana bendalah ni.

Lagu-lagu slownya sedikit mengecewakan saya. Lebih kedengaran seperti Awie berbanding Wings. Banyak keyboards. Tiada lagi solo-solo mendayu trademark Joe macam dulu-dulu. Jangan salah faham. Bukan lagunya tak sedap. Melodinya sedap. Contohnya lagu "Ingatkan Dia", sekali dengan chorusnya dah melekat. Tapi dari susunan muziknya..tak rock. Mungkin hanya "Ingatkan Dia" yang berbunyi rock.


Tetapi yang lain-lainnya pada saya best. Produksinya pun bagus. Tip top!. Lagu-lagu heavy dan mid temponya memang menarik. Sedap!. Mungkin tak sesuailah kalau hendak dibandingkan dengan zaman album-album mereka di zaman 80an atau awal 90an. Perbadingan dengan era Mus seperti album Mencari Asal Usul atau Mr.Barbarik mungkin lebih tepat. Lagu "Adoney Dari Paran" mempunyai feel lagu-lagu heavy dari zaman tersebut.

Lagu-lagunya lebih kepada corak hard rock moden. Tetapi rif-rif dan sound gitar Joe masih mempunyai identiti yang serupa walaupun ada sedikit pengaruh Zakk Wylde terutamanya pada lagu "Menakluk Kosmos". Manakala lagu "Raja Segala Duri" ada bahagian-bahagiannya yang mengingatkan saya kepada lagu-lagu progressif 70an. Saya juga bersetuju dengan saudara Takilala yang lagu "Komplikasi Pramaya" mempunyai intro yang mengingatkan kita kepada lagu Shadows of War dari Loudness.

Tak perlulah nak review setiap lagu. Pada saya lagu-lagu heavy dan mid-temponya memang tidak mengecewakan. Memang best. Jangan terpadaya dengan lagu-lagu perlahan mereka yang dimuatnaik di youtube. Lagu-lagu lainnya memang heavy. Memang keras. Senang cerita Wings telah kembali terbang ke angkasa dan Kosmos telah pun berjaya mereka takluki,

Terbaik!




Friday, December 13, 2013

Bazooka Penaka

Rock melayu yang dah 20 tahun


Wings - Bazooka Penaka (1993)

Awal 90an adalah tahun-tahun saya meninggalkan rock melayu. Wings yang betul-betul saya ikuti hanyalah sehingga album Teori Domino. Rasanya Bazooka Penaka hanya saya dengar secara keseluruhannya 2 tahun selepas ianya diriliskan (1995).

Ketika itu (1995) saya baru memperolehi cd changer untuk kereta. Ianya jenis yang boleh letak 10 disc sekaligus dan diletakkan di bahagian bonet belakang. Zaman tu tak ujud lagi jenis cd player single disc built-in kat set radio kereta. (Ker dah ada tapi mahal...ntah...saya dah lupa dan tak pasti..tu pun yang jenis cd changer 10 disc ni pun harganya dah seribu lebih dah...)

Maka untuk di jadikan cerita ketika itulah saya kemaruk membeli segala jenis cd untuk menyukupkan bilangan kepada 10. Tu jam tak banyak kedai jual cd. Kaset masih melambak. Tapi cd-cd rock la. Cd dangdut atau Annuar Zain memang tak akan la...hahaha... Cd melayu pertama saya adalah Wings tapi bukan Bazooka Penaka. Ianya adalah Orang Asing.


Bazooka Penaka adalah cd melayu yang ke dua. Ketika itulah pertama kali saya mendengarnya secara penuh. Pernah juga dengar secara gitu-gitu melalui kaset kepunyaan adik perempuan saya (kaset seperti di gambar di bawah adalah kepunyaan adik saya) tapi tak pernah melekat. Mungkin lagu Bazooka Penaka dan Rock 'N' Roll Band sahaja. Tetapi lagu yang cukup biasa saya dengar sampaikan sekarang saya rasa tak larat dan jemu nak dengar dan konpem kena skip kalau saya buka cd adalah Di Ambang Wati.

Ini adalah lagu yang pada suatu masa dahulu rakan sepejabat saya akan putarkan hampir setiap hari ketika kami menaiki keretanya untuk keluar bersarapan. Sampaikan kalau dah sampai warung atau opis tetapi lagu ni belum habis, kena tunggu sampai lagu abis baru boleh keluar. Punya la kemaruk dia dengan lagu Di Ambang Wati ni . Memang tension dibuatnya. Nak buat macamana. Kereta dia.

Memang tak dinafikan, Bazooka Penaka memang bagus dari segi produksinya. Maklumlah mengunakan studio canggih di Australia. Memang sedap bunyinya. Rasanya paling sedap kot dalam banyak-banyak album Wings. Tambah menarik ianya diterbitkan sendiri oleh mereka. Sayangnya mereka masih tak cukup berani untuk menghasilkan 100 peratus lagu-lagu mereka sendiri.


Pada saya ini adalah album Wings yang paling matang konsepnya. Tiada lagi bunyi rock kapak 80an. Muziknya adalah modern hard rock era 90an. Paling saya suka mereka masih mengekalkan tradisi lagu heavy rock n roll ala R 'N' R Lu Punya Suka dalam lagu Rock 'N' Roll Band. Lagu kegemaran saya dari album ini. Sepatutnya mereka mengekalkan lagu-lagu begini dalam setiap album mereka. Ianya boleh menjadi trademark untuk mereka.

Permainan mereka cukup kemas. Saya memang lebih suka Jojet berbanding Black. Joe dan Eddie memang pada tahap terbaik. Kalau ada kekurangannya pun mereka tak ada lagu slow rock yang cukup power untuk menandingi Intan Ku kesepian, Biarkan Berlalu, Sejati dan lain-lainnya.

Kalau tak silap ini adalah zaman rock hanya boleh berambut panjang sehingga paras bahu. Kalau lebih lagu tak boleh mainkan di radio. Tengok sahajalah rambut mereka di zaman ini. Tak hairan lah kalau di dalam album ini memang banyak betul lagu-lagu protes.






Sunday, August 4, 2013

Puisi Aidilfitri

Mood nak raya.



Wings - Puisi Aidilfitri (1996)

Sejak dari zaman-zaman kegemilangan rock 80an lagi saya sememangnya mengharapkan ada band-band rock yang akan merakamkan lagu raya. Ntah kenapa kita memang kekurangan lagu-lagu raya yang bergenre rock. Macam satu kesalahan pulak raya tak boleh rock. Balik-balik masa raya terpaksalah melayan lagu balada Sepasang Kurung Biru. (saya la tu...heheh...)

Kemunculan Wings zaman Mus dengan album raya ni memang ditunggu-tunggu. Tetapi sayangnya album ini sedikit menghampakan saya. Wings memilih untuk berakustik dan berbalada dalam menyampaikan lagu-lagu raya mereka. Memang tak rock langsung.

1st press cd 1996

Sebenarnya lagu-lagunya seperti Hari Raya Yang Mulia dan Keroncong Hari Raya boleh tahan melodinya. Cuma lagu Puisi Aidilfitri memang tak boleh nak masuk kepala. Saya memang bermasaalah untuk hadam lagu yang jenis meleweh. Mungkin pasal keseluruhan albumnya bukan muzik Wings yang biasa, maka saya agak kurang berminat. Mungkin pendengar lain pun merasakan begitu hinggakan agak susah untuk mendengar lagu-lagunya di radio di waktu raya. Album ni pun dah masuk 17 tahun dah. Rasanya memang tiada satu pun lagunya menjadi lagu evergreen raya. Malang sungguh.

Nampaknya selepas berpuluh tahun, walaupun rasa tertipu kerana lagunya lagu ciplak. Seri Hari Raya dari Sweet Charity akan tetap menjadi anthem raya yang rock untuk saya.





Wednesday, June 27, 2012

Biru Mata Hitamku

2 hari lepas dapat pos express dari Melaka...dalamnya ada cd ni...


WINGS - BIRU MATA HITAMKU (1996) - rilisan semula 2012

Dengan ni complete sudah koleksi cd studio album Wings aku....terimakasih kepada En Portdy yang berposah mencarinya di sekitar Melaka...kat area JB memang langsung aku tak jumpa....

Dulu aku ada cd ni yang 1st pressing punya...tapi ntah sapa ntah pinjam buat reta...versi kasetnya pun ntah kemana2....jadi lah cd ni sebagai penganti....rasanya dah lebih 10 tahun jugak kot tak dengo album ni...sampaikan ingat2 lupa lagu2nya...

kalau tak silap inlay sama jer macam yg 1st press...kena tanya Deaf kalau nak kepastian...Deaf ada simpan satu...

Ini adalah album Wings bersama Mus yang paling aku suka...terutama lagu2 heavynya...agak berlainan...hilang sikit identiti rock n roll Wings zaman Awie...lebih berat...lebih metal...memang best!!!

*kalau tak silap...kulit album Biru Mata Hitamku ni pernah menang AIM anugerah kulit album terbaik kan?..pada aku biasa2 jer kot cover ni...




**Terimakasih sekali lagi kepada En Portdy kerana sudi  membakarkan dvd KISS sebanyak 9 keping...memang termuntah darah layan KISS sepanjang minggu ni....Tq beb!




Monday, December 19, 2011

Jerangkung Dalam Almari

Sekali lagi ke tahun 1991...kali ni rock melayu la pulak...



Wings - Jerangkung Dalam Almari

Ketika album ni diriliskan...aku memang dah kurang dengar rock melayu...so aku memang tak ambik tau sangat pasal JDA ni pada awalnya...tapi setiap kali nak ke bandar Segamat (masa ni aku duk ITM Segamat) drebar bas ITM tu selalu beno pasang JDA ni kat dalam bas...bila dah banyak kali dengar...rasa best la pulak...

Jujurnya aku tak pernah beli kaset JDA...aku pau adik pompuan aku punya...tapi cd ni aku beli beberapa tahun yang lepas...benda dah 20 tahun...tapi rasanya tak terlambat untuk aku buat review yang bukan teknikal tapi ikut telinga aku...

1-Watari (intrumental)
seawal track pertama kita dah dihidangkan gorengan gitar Joe...tidak dinafikan album ni memang betul2 menyerlahkan kerja gitar Joe...ntah kenapa nama dia selalu terkebelakang kalau bercerita pasal gitar hero kat malaysia ni...tak banyak band rock Malaysia buat instrumental...antara yang aku suka selepas Sentuhan Kidal - Lefthanded.

2-R'N'R Lu Punya Suka
Aku suka...sedap...antara yang paling aku suka...bukan takat album ni...tapi keseluruhan lagu2 Wings...lirik pun sempoi abis..."Gua jerit sampai perit, pasal tiket sepuluh ringgit".... "Seluar koyak, main cinta menangis dengar lagu cinta"...haha...
Start suka lagu ni kalau tak silap masa Muzik Muzik TV3...ada video clip untuk pencalonan lagu ni kan?...Tak banyak band main rock n roll cenggini...Wings buatnya jadi best...teringat pulak kat satu lagi lagu rock n roll yang aku suka "Aku,Mercedes & Rock n Roll - Black Rose.

3-Aku Pun Tahu
Selepas Sejati...bukan satu kerja mudah nak follow up ngan lagu best camtu...kira "Aku Pun Tau" ni ok la...satu2nya lagu slow rock kat JDA...feeling jugak kalau dengar malam2 time hujan sejuk2 ni...teringat zaman naik bas ITM usha2 awek sebelah tapi tak dapat respon...hahaha..

4-Gemala Saktiku
lagu blues yang agak meleweh...lagu yang paling aku tak suka...memang selalu kena skip kalau pasang cd...tu hari masa pasang kat kereta pasal nak dengar balik untuk buat entri ni...wife sound..."ngantuk la lagu ni...." aku jawap sambil tekan butang >>...yang selepas ni konpem segar....

5-Lipas Kudung
Jojet is the best kat lagu ni...no disrespect to Black...tapi aku memang suka permainan Jojet sejak Gersang...(cekidot lagu Jiwa Rock N Roll)...lagu paling heavy dalam JDA...kerja gitar Joe pun best...satu lagi favourite aku dari JDA...
(btw...Gersang ni dasat2 gak pemuzik dorang...bila la dorang nak buat reunion ek...heheh...)



6-Dalam Kehadiran Sofiah
Satu lagi lagu slow blues...mungkin pengaruh popularnya Still Got The Blues - Gary Moore ketika tu mebuatkan Wings merakamkan lagu2 jenis camni....agaknya la...bukan untuk taste aku tapi aku ada ex-opismate yang suka lagu ni...tiap kali keluar breakfast/lunch naik kereta dia konpem dia bukak lagu ni...selagi lagu ni tak abis...walau dah sampai lokasi...mesti kena tunggu abis...baru boleh keluar kereta...
btw...Wings pernah bawak lagu ni live tak?...teringin nak dengar Awie live part jerit2 tu...

7-Kau Bukan Brader
lagu yang tak berapa nak heavy...mula2 dulu aku tak berapa suka nak dengar...tapi ok la...riff/solo Joe maitain terbaik...Bass Eddie pun sedap...naper yer jarang ada cerita pasal Eddie ni...bagi aku kalau kena undi pemain bass terbaik kat Malaysia ni....konpem aku undi dia...

8-Jerangkung Dalam Almari
baca tajuk teringat Skeleton In The Closet - Anthrax...tapi takder kena mengena...heheh...satu lagi lagu ala2 rock n roll acuan Wings...satu lagi lagu fav. aku dalam JDA...liriknya tu mengingatkan boss IT Dept company lama aku...dia cakap M.Nasir/Loloq budak tasauf...baca lirik JDA ni "Apa ada dalam kamu...Ada juga di dalam diri..Apa ada dalam diri..Ada juga di dalam kamu..." tu bahasa tasauf tu..mendalam maknanya kata dia...aku errr yer ker...dalam hati rock jugak orang tua ni...heheh...

9-Awang Trasher
yeayyyy...lirik yang sangat trendy...ada Sodom ada Metallica...maklum la zaman tu kan zaman thrash...walaupun ni bukanlah lagu thrash...heheh...tapi lagu ni memang layan...

10-Tirai Horizon
lagu mid tempo...ntah kenapa setiap kali dengar lagu ni mesti teringat dressing ala2 Klaus Meine dan Mathias Jabs yang Awie dan Joe pakai masa satu show kat TV3 dulu tu...scorpions abis...heheh...apa2 pun lagu ni memang sedap...jenis2 rilek jek...



Kesimpulannya...aku memang suka hasil kerja Joe kat JDA...riff2 dan solo2 dia semua best...cumanya produksinya agak kurang....sound agak mendap...jenis nak kena tinggikan volume baru best dengar...tapi tak kisahlah...JDA ni memang best...Kelab Peminat Wings pun ada buat tshirt sempena 20 tahun album ni...cekidot blog peminat tegar Wings ni Speedrider

tapi secara peribadinya...kalau album Wings yang paling aku suka...aku pilih Belenggu Irama...bukan pasal apa pun...tapi lebih kepada nilai sentimentalnya kepada aku...tapi pada sapa2 budak2 baru yang tak pernah dengar JDA...korang rugi...heheh..

Monday, July 11, 2011

Superfriends

Entri ringkas...kemalasan melanda

Dah lama cari cd ni...akhirnya jumpa juga..



Diriliskan semula oleh Sony Music...tambah menarik termasuk dalam list 3 untuk RM30 kat Speedy...



dan yang bagusnya...ianya bukan jenis inlay sekeping...semuanya complete macam cd asal..


ni versi kaset yang masih aku simpan...seingat aku masa tahun 1994 dulu tu...aku tak berapa suka sebenonya kaset ni...banyak arrangement lagunya yang aku tak berkenan...tapi sapa la aku yang nak komplen ye tak...kalau dah Joe dan Wings sendiri nak bunyinya macamgini...layan jer la..

bukanlah favourite album aku...tapi sekadar melengkapkan koleksi...tapi arrangement lagu2 dorang kat GIG Live kat TV9 semalam memang terbaik...dah macam symphonic metal pun ye jugak...

kepada sesapa yang terlepas tengok malam tadi...ada orang dah upload dah...nah layan...memang terbaik!!



Wednesday, July 28, 2010

Teori Domino

Sempena 20 thn album2 tahun 1990 ni kan..Asik cerita album2 best orang putih jer...tak kan tahun 1990 tak der album best rock melayu...kalau tanya pendapat aku tentu la ada...jawapannya dah tentu2 Wings - Teori Domino..



Masa tahun 89/90 tu...sejak aku dah start dengar lagu2 yang lebih heavy...aku memang tinggal dah dengar rock melayu termasuk la Search sekalipun....tapi satu2nya band rock melayu yang aku tetap dengar dan suka adalah Wings...satu2nya album rock melayu yang selalu berada dalam walkman aku ketika itu adalah Teori Domimo...

Teori Domino adalah album ke 3 Wings yang aku rasa mesti dapat budget besar untuk produksinya...maklum la ini album pertama mereka dengan syarikat rakaman besar BMG kan...tapi dari segi soundnya aku kurang berkenan sikit...bunyinya terlampau tajam dan kering terutama gitar Joe...dan kekadang rasa macam dengar radio dalam gua...tapi walaumacamanapun dari segi lagu2 nya dan gitar work Joe terutamanya...album ni memang best...kalau Belenggu Irama dan Hukum Karma adalah album yang paling bernostalgia pada aku tapi Teori Domino adalah album terbaik Wings...period.

Aku ada terbaca yang album ni dirakamkan secara live...betul jugak kot...pasal majoriti lagu2nya memang bunyi 3 piece band ajer...memang dasat dengar solo2 Joe dalam ni...selepas Hillary blah dari Search...dengar pulak Joe dalam Hukum Karma dan ditambah dengan Teori Domino ni...memang dia la gitar hero aku kalau sebut pasal rock melayu...satu yang tak best rakaman live ni pada aku ialah part lagu trilogi Potret Monalisa,Insaf dan Midnight Blues...pasal dia rakam terus 3 lagu dalam 1 track menjadikan kalau dengar cd leceh tak boleh skip atau pilih salah satu lagu jer...terpaksa dengar kesemua 3 lagu...kalau kaset boleh jugak la forward skit2 kan...(untuk makluman kaset aku dah hilang...puas aku geledah gerobok tapi tak jumpa...iskhhh..)



Album ni memang complete la....semua lagu pun aku suka...jenis tak der hal kalau nak dengar satu album tanpa skip...lagu2 heavy dia Bujang Senang dan Alam Barzakh sampai hari ni pun masih jadi lagu2 wajib Wings manakala Sejati pulak rasanya adalah lagu mereka yang paling popular...tapi kalau time nak rilek2 jack...layan lagu Perhentian pun ngam jugak...

Dorang jugak ada keluarkan cd Teori Domino Revisited Jamming Session kan...best jugak...tapi aku takder cd ni...mungkin nanti aku beli jugak kot..


*****satu yang menarik pasal album ni...kat inlay dorang siap tulis instrumen dan efek yang digunakan...stail album orang puteh la...baru la rasa yakin yang dorang main sendiri masa rakaman...bukan takat tau bergambo jer kan...

Sunday, June 6, 2010

Double Trouble Live @ Johor bahru 05/06/2010

Macam aku cakap sebelum ni la..semenjak Johor dah jadi macam Liverpool…bertahun dah aku tak jejak Stadium Larkin…kalau konsert kat sini lagi la…last tak silap aku tahun 1989 Wings dan Rusty Blade…lama giler tu…

Macam biasa…bertolak lepas maghrib…kat tiket tulis 8.45pm…rupanya kalau Isyak pun sempat…jenuh nunggu….lebih kurang 9.15pm baru start…siangnya aku dah dengar dah cakap2 yang kata ada tiket rega RM30…rupanya kat suratkabo hari ni cakap tiket palsu…padan lah masa nak masuk check tiket siap suluh macam nak check duit palsu….dengarnya ada yg tak dapat masuk pasal ni…kesian la..

Parking memang sesak la…teringat aku zaman2 Johor tengah top dulu…camgini la sesaknya parking…aku parking dah dekat2 Hotel Sri Malaysia…jauh tu kena menapak…crowd berapa ramai pun aku tak sure…ada kot 10 ribu…masa tengok kat screen besar tu penuh jugak sampai kebelakang…atas nasihat Deaf….aku duk belah kiri stage…nak tengok Joe…

Search bagi aku malam tu pukul abis…mungkin pasal teruk kena komplen kat Bkt Kiara tu hari kan…kat laman sendiri dorang all out…Amy pun nampak lebih aktif banding dari Awan Biru…Din Mayat macam biasa…syok tengok live Search memang pasal dia…Kid pulak ada beberapa lagu terutama lagu2 awal dan masa dia nak jadi Akira dengan Killer tu solo2 dia tak berapa dengar…

Wings pulak memang best…tak kisah la Awie ada salah masuk masa Alam Barzah…2,3 kali aku tengok Joe ngan Eddie toleh kat Awie masa salah masuk tu…Suara dia masih power la…tapi pasal crowd keliling aku nyanyi sekuat hati…banyak part tarik yang aku nak dengar tapi tak dapat dengar…kena tunggu kalau2 dorang keluar dalam bentuk cd/dvd la kot baru dapat dengar…

Joe malam tu memang terbaik la…clear semua solo2 dia…tak sia2 aku duk belah kiri stage…Wings malam tu memang tak banyak problem…macam Deaf cakap la…Black part drum solo pun muka senyum je tak macam Yazid muka ketat…hehe…Awie macam biasa la…banyak buat lawak…bila part yang cakap2 tu pun nampak Amy tenggelam..Awie public speaking lagi bagus la…antara lawak dia introduce Amy as Jamal Abdilah dan dia Ben Nathan….part Amy dah jadi datuk tapi kalau Dato’…payah la nak salam pun kena cium tangan..tajuk lagu tribute to Dio Cindai la..penganjur konsert ni orang beriman pasal anjur konsert local band la…tapi konsert DT ni memang tak banyak cakap...mungkin nak jimat masa banyak lagu nak main...

Set list memang panjang..tak boleh ingat aku…maklum la abis aku tengok jam 12.30…3 jam lebih tu…set list macam biasa cilok dari blog Deaf..antara yang best part lagu r n r lu punya suka…Amy dan Awie bantai merapu…lawak pun yer jugak...

1. intro / ides of march - dt
2. gemuruh - dt
3. lipas kudung - wings
4. gema di inderaloka - wings
5. pelesit kota - search
6. gothik malam edan - search
7. balada pemuzik jalanan - wings + amy
8. opera hidup - search + awie
9. isabella - search
10. isi dan kulit - search
11. mentari merah di ufuk timur - search
12. pawana - search
13. cakap memang murah - search
14. drum solo - yazit / black / both
15. alam barzakh - wings
16. mabuk tujuh lautan - wings
17. sejati - wings
18. ranggi metropolis - wings
19. awang thrasher - wings
medley 20-25
20. rozana - dt
21. semalam yang hangat - dt
22. gadisku - dt
23. taman rasyidah utama - dt
24. meniti titian usang - dt
25. misteri mimpi syakilla - dt
26. nur nilam sari - dt
27. gitar solo - kid / joe / both
28. holydiver - amy/awie/joe/nasir/yazit
29. r n r lu punya suka - dt
30. pasti - dt



Apa2 pun dengan tiket RM70…sound system sedap…lebih best dari Awan Biru tu hari…3 jam ++ rocking moment…kira berbaloi la…

**Aku sempat jugak jumpa Zan walau tak lama (sorry bro…pakai t-shirt Search kat Sayap2 Wings…maklum la t-shirt hadiah dari orang rumah…bukan senang dia nak beli kan t-shirt jenis camgitu…so kena la pakai nak ambik hati….kang tak dapat lesen nak pergi kang…hahaha)..gua lupa nak mintak no hp lu la…
**At last dapat jugak face to face dan berborak ngan Deaf (biasa la beb…rock orang tua memang pergi konsert pakai sandal…heheh…dan akhirnya misteri kenapa lu selalu berkeliaran kat Puduraya terbongkar…huhuhu…)
**Aku lupa nak singgah booth ZigZag untuk cari Ajie…sorry bro…dan gua tak puas hati tak jumpa Rajanaga Eddie…king sangat la konon…no hp pun taknak kasi…mentang2 gua bukan awek…huhuhu…
**Aku jugak tak sempat nak jumpa geng2 MT…sorry Indrajit…maklum la aku car pooling…dorang nak balik cepat…lagi pun kaki lenguh giler berdiri 3 jam lebih…nak bengkok kaki pun sakit…
**Aku ingat main kat open air ni tak panas...baru berapa lagu dah bermandi peluh...lagi panas dari suasana kat dalam Stadium tertutup masa Awan Biru tu hari...tak berhimpit2 pun panas...


last korang layan je la lagu Sejati ni...sory la kalau visual tak berapa elok...hp murah dan tangan lenguh...ada jugak lagu2 lain aku rakam...tapi banyak sikit2 tak abis...yang ni jer abis...so khas untuk Portdy yang tak pergi tu (heheh)...layan...

Thursday, June 3, 2010

Double Trouble 2

Hari konsert dah makin hampir...aku kasi panas lagi...kali ni cd Double Trouble 2...dengar ceritanya dah susah nak dapat cd ni...ntah la...aku punya ni dibeli masa album ni diriliskan pada tahun 1998...



Apa yang berbezanya antara Double Trouble 1 dan 2 ni?...memang banyak bezanya...pertamanya ketika ini Awie dah keluar dari Wings...ni jam Mus May jadi vokalis Wings (kalau korang perasan Wings zaman Mus ni muziknya sedikit berbeza dari zaman Awie kan...zaman Mus rasanya muzik dorang lebih keras)...Drummer pun dah bukan Jojet...Black dah join balik...manakala Search pulak bassnya dah bukan Yan...tak silap aku Fauzi...tu dari segi anggota la...dari segi lagu pun beza gak..

DT2 ni tak der duet...semua nyanyi masing2 punya lagu jer...pernah terbaca dorang cakap masa tak mengizinkan...album nak rilis cepat...so tak sempat nak duet...maka dah tak berapa best la...macam gabungan lagu2 kompilasi ajer...nasib jugak lagu semua rakaman baru...kalau tak memang hampeh la..



Search macam dah terkena deman metal 60an...tu jam kan XPDC tengah top ngan metal 60an...dah jadi trendy...Search cover lagu Suratku Untukmu, Ku Cuba dan Yale Yale...2 lagi pulak adalah updated version untuk Di Pintu Sepi dan Balada Pemuzik Jalanan...dengan susunan muzik yang lebih 90an tapi bagi aku versi asal lagi best...mungkin pasal aku bias...aku lebih suka John dan Man Kidal dari Kid...hehehe...



Search bagi aku biasa2 jer...Wings jadi penyelamat untuk album ni...dengan 3 lagu baru dan 2 cover dari Sweet Charity...mereka memang mantap...paling best bagi aku lagu Penunggu...lagu ala2 Black Sabbath dari Sweet Charity ni berjaya di bawa dengan baik oleh Wings...aku suka sound gitar Joe dalam lagu ni...power!

Selain tu..lagu Terharu jugak di cover dengan baik oleh mereka...lagu2 lain Masalah Berganda, Blues Ular Sawa dan Gelora Membara semua lagu heavy....album DT2 ni memang takder lagu2 slow macam Gemuruh tu...mungkin pasal tu rasanya album ni kurang dapat sambutan berbanding DT1....



tapi tak kisah la kan...sebab deaf dah tayang tiket dia...aku pun nak tayang jugak....hehehe...tiket dah ditangan....setelah beberapa tahun dah tak masuk Stadium Larkin sejak team Johor dah macam Liverpool (huhuhuhu...)..sabtu ni insyallah kita jumpa di sana.

Thursday, May 27, 2010

Double Trouble

Saja nak kasi panas…jom layan cd ni..



Dulu aku ada versi kaset…tapi ntah mana hilangnya…cd ni En Skid punya aku buat reta…(ko dah wakaf kan?..heheh) ni cd 1st press…bukan cetakan baru..tak sure aku sama ker tak packaging dia…tapi ada yang cakap cetakan baru takder logo Wings kat cover dia…ntah la..tak pasti pulak aku..

Sebenonya masa album ni keluar tahun 1992 dulu…aku dah tak berapa follow dah dorang ni…terutama Search…zaman Kid memang aku kurang sikit…paham2 je la Kid tu dari Gersang…tu jam memang menyampah ngan Gersang kan...Wings masih follow sikit2 walaupun Jojet tu Gersang jugak kan…Double trouble standard sungguh...hehe…

Tapi disebabkan ini album spesial…bukan senang 2 band besar Malaysia nak bergabung…aku tetap beli jugak kasetnya…walaupun tak la excited sangat…memang aku tak hafal walau satu pun lagu2nya…seingat aku dulu frust jugak masa mula2 dengar…tak banyak lagu heavy…takder duet Amy/Awie lagu heavy…tu jam darah muda beb…tengah syok lagu heavy jer…tapi seingat aku la…aku suka lagu2 slow Wings dalam ni macam Gema Di Inderaloka dan Mabuk Tujuh Lautan…feeling arr..yang Search aku macam kurang sikit…padahal sama je kan…semua pun majoritinya lagu M.Nasir kan…



Ni 5hb Jun punya pasal aku pasang balik la cd ni…kasi refresh memori…harap2 aku pegi la…tapi tiket pun lum beli lagi…jangan sold out dah la kan…tapi sayang…2 orang original Double Trouble takder…Yan dan Jojet…nak lagi bagus patutnya dorang bawak lagu Intro yang ada rap Amy/Awie tu…boleh crowd singalong reramai…heheh..

Wednesday, February 3, 2010

Best Of Wings

Baca citer ijau dengan Speedrider pasal Wings…buat aku teringat nak check balik koleksi cd Wings aku..maklum lah kalau cd omputeh memang aku susun cantik2 ikut abjad tapi cd melayu ni bersepah skit…tak der tempat nak letak..nak kena beli rak cd baru nampaknya…

Selama ni aku yakin aku ada complete cd Wings ni kecuali 2 cd Opera Dalam Kenangan yang puas cari nak beli tapi tak jumpa dan Naga Keramat…tapi lepas mengembur sana sini baru aku perasan cd Biru Mata Hitamku dah takder…seingat aku la…aku ada cd ni…tapi ntah mana hilangnya ntah..sapa la yang pinjam tak pulang…adoi…


koleksi cd Wings aku...satu tertinggal masa tangkap gambo..Puisi Aidifitri


Dengar citernya memang susah dah nak jumpa cd tu…nampaknya tak complete jugak la harta karun aku ni…tapi aku ada satu cd yang mengikut kata En Speedrider agak rare jugak kalau nak cari sekarang iaitu cd Best Of Wings..



Apa yang menariknya cd ni?…kan kompilasi lagu2 popular Wings ajer…dah biasa kan…..salah!!!…yang menariknya ada 2 perkara…
satu pasal ada satu lagu baru yang aku rasa tak jumpa kat mana2 album lain iaitu Hutan Simpan…aku suka lagu ni...ala2 lagu2 heavy rock n roll zaman Jerangkung Dalam Almari..
keduanya…semua 3 lagu dari album Belenggu Irama iaitu Inspirasi Taming Sari, Belenggu Irama, Intan Ku Kesepian dan 3 lagu dari album Hukum Karma iaitu Misteri Mimpi Syakila, Hikayat Penuh Ranjau, Taman Rashidah Utama adalah rakaman semula…bermakna lagu tersebut dimainkan semula oleh Joe dan Jojet kerana rakaman asal dimainkan oleh Sham - gitar (Belenggu Irama) dan Black – drums (Belunggu Irama, Hukum Karma)..



So macamana dengan rakaman terbaru tu…ntah la…walaupun aku minat sesangat dengan Joe…tapi disebabkan telinga aku ni dah sebati dengan versi asal dari Belenggu Irama…maka aku lebih suka versi asal…mungkin orang lain…lain pendapatnya kot..


kalau korang baca kat inlay ni...kat belah atas tu cakap lagu Hutan Simpan dorang cipta sendiri...tapi kat lirik bawah tu tulis M Nasir/Nasir Jani...ntah mana yang betul ntah..

Ok la…kalau sesapa ada terjumpa atau nak jual Opera Dalam Kenangan dan Biru Mata Hitamku (cd sahaja) silalah hubungi aku…teringin jugak nak kasi lengkap harta karun aku ni