Showing posts with label Ugly Kid Joe. Show all posts
Showing posts with label Ugly Kid Joe. Show all posts

Sunday, March 19, 2023

Rad Wings of Destiny

Album kegemaran 2022

Ugly Kid Joe - Rad Wings of Destiny (2022)

Ugly Kid Joe adalah sebuah lagi band yang lama dah ditinggalkan. Kali terakhir yang betul-betul beli dan dengar adalah Motel California (1996). Muzik mereka yang berubah arah menyebabkan hilang rasa teruja untuk terus mengikuti mereka.

Tetapi untuk tahun 2022 sememangnya saya banyak bernostalgia. Banyak betul membeli album baru dari band-band "soundtrack" zaman remaja. Rad Wings of Destiny adalah salah satunya darinya. Tak sangka pula akan jatuh suka. Maka tak hairanlah bukan sekadar cd, piring hitamnya pun turut dibeli.

Mereka masih mengekalkan tajuk album secara parody. Walaupun bertajuk Judas Priest tetapi isinya lebih terarah kepada ACDC. Ada beberapa lagu yang pekat pengaruh ACDC. Track pertama (That Ain't Livin'  ) adalah contohnya. Sampai ada ulasan yang mengatakan yang ianya lebih bagus dari lagu-lagu ACDC sekarang.

Sebagai peminat, saya masih bernostalgia tetapi nampaknya Ugly Kid Joe telah "move on". Walaupun mereka masih mempunyai sound yang sama. Tetapi tiada lagi lagu-lagu yang keras dan berat. Tiada langsung lagu-lagu seperti "Madman" atau "Neighbor". Mereka kini lebih lebih lembut dan perlahan. Mungkin bersesuailah dengan usia dan imej terkini mereka yang berambut pendek dan botak... hahaha...

Namun begitu secara kesuluruhannya ia adalah album yang bagus. Semua lagu sedap. "Long Road" yang santai mengingatkan kepada "Mr. Recordman". 

Rekomended!


Monday, January 17, 2022

As Ugly as They Wanna Be

 Penangan terjebak dengan Discog...

Ugly Kid Joe - As Ugly as They Wanna Be (1991)

Asalnya mencari piring hitam album pertama mereka, America's Least Wanted. Tetapi secara tak sengaja terjumpa dengan EP ini. Walaupun kondisinya cover agak teruk, tetapi keadaan piring hitamnya masih elok. Dengan harga di bawah RM100 siap pos dari Greece, memang tak ada apa yang nak dikomplen sangat tambahan pula penjual memang dah bagi tau kondisi covernya.

Tetapi yang paling tidak disangka penjual menghantarnya meggunakan sampul surat biasa. Ala-ala menghantar dokumen. Ini adalah kali pertama menerima pengeposan piring hitam dengan cara sebegini. Lapik kertas tebal dibahagian dalam pun adalah dari jenis yang lembik. Senang bengkok. Tiada langsung penggunaan bubble wrap. Tetapi yang ajaibnya, piringnya langsung tak bengkok. Sampai dengan keadaan yang elok. Memang bernasib baik. 

Ep ini mengembalikan ingatan saya kepada tahun-tahun awal 90an. Kekerapan menonton video clip "Everything About You" di MTV menyebabkan jadi minat kepada mereka. Terasa macam nak simpan rambut panjang setiap kali menonton video clip nya...haha...

Selain "Everything About You", lagu yang menjadi kegemaran saya adalah "Madman". Kedua-dua lagu ini terdapat dalam album pertama mereka, America's Least Wanted. Tetapi ianya dalam versi yang berbeza. Kalau minat UKJ, ini adalah alasan utama kenapa perlu ada EP ini. Tambahan pula EP ini pernah mencatat rekod sebagai EP pertama dalam sejarah yang mencatat jualan muti-platinum.

Dah dapat EP ini, makanya akan kembali dengan misi utama untuk mencari LP America's Least Wanted. Tapi memang susah lah nak dapat dengan harga yang mampu milik. Mungkin harapnya suatu hari nanti akan adalah versi reissue.


Saturday, October 22, 2016

Motel California

Yang menyambut ulang tahun ke 20 pada hari ini, 22hb Oktober...



Ugly Kid Joe - Motel California (1996)

Ini adalah contoh sebuah band yang cuba berevolusi setelah genre muzik yang membuatkan mereka dikenali tidak lagi menjadi popular. Album sebelumnya, Menace To Sobriety (1995) adalah sebuah album pop metal yang bagus. Sayangnya pertengahan 90an bukan lagi trend muzik yang sebegitu. Album tersebut gagal di pasaran dan mereka digugurkan oleh syarikat rakaman.

Mereka tidak menunggu lama. Setahun selepas itu Motel California diterbitkan oleh label mereka sendiri. Muziknya jauh berubah. Mungkin untuk terus kekal relevan, elemen rap rock ala Rage Against The Machine mejadi pilihan. Ikut telinga saya ada juga pengaruh kuat Faith No More dalam lagu-lagu mereka contohnya "It's A Lie" dan "Bicycle Wheels".



Satu satunya lagu yang mengingatkan saya kepada lagu-lagu lama mereka adalah "Would You Like To Be There". Sejujurnya saya tidak menyukai Ugly Kid Joe yang baru. Tiada lagi rif rif dan solo solo menarik. Malah hampir tiada solo. Mungkin kecintaan saya kepada era pop metal mereka sangat kuat sehinggakan saya kurang berminat dengan album ini Namun begitu tetap juga kasetnya di upgrade menjadi cd. Begitulah bahananya kehidupan seorang cdholic...haha..

Mereka berpecah selepas dari album ini tetapi membuat comeback dengan EP Stairway to Hell (2012)  dan album terkini Uglier Than They Used ta Be (2015) dengan kembali kepada muzik mereka yang asal.






Wednesday, August 12, 2015

Menace To Sobriety

Diam tak diam...dah pun 20 tahun...


Ugly Kid Joe - Menace To Sobriety (1995)

"Some bands are just not meant to make it big."

Saya bersetuju dengan kenyataan ini. Bakat dan rupa tetapi jika tidak kena pada masa dan zamannya, tetap tidak akan berjaya.

Mereka bermula dengan cemerlang. "Everything About You" dari EP mereka As Ugly as They Wanna Be (1991) menjadikan mereka terkenal. "Cat's in the Cradle" dari album pertama mereka America's Least Wanted (1992) pula mengesahkan kedudukan mereka.


Sayangnya dalam tempoh 3 tahun berikutnya, muzik yang mereka mainkan dianggap sudah ketinggalan zaman. Hard Rock dan Heavy Metal bukanlah lagi pilihan. Dunia dilanda grunge.

Menance to Sobriety walaupun ketika awalnya dianggap oleh majalah Kerrang sebagai calon untuk album terbaik tetapi menjelang ke penghujung tahun, ia menjadi sebuah album yang dilupakan. Sedih~

Banyak lagu yang menarik sebenarnya. Mereka menjadi lebih matang dengan lirik-lirik yang lebih serius. Balada ‘Cloudy Skies’ dan ‘Candle Song’ sepatutnya boleh menjadi hits. Sayangnya album ini kurang dipromosikan sehingga mereka disingkirkan dari kontrak rakaman.

Sayang..banyak betul album-album hard rock/heavy metal 90an yang ramai terlepas pandang. Secara peribadinya, saya berani mengatakan Menace To Sobriety adalah antara album terbaik hard rock untuk dekad 90an. Ianya bolehlah dianggap sebagai sebuah permata yang hilang.

Terbaik!







Saturday, November 17, 2012

America's Least Wanted

Lagi mengenang album yang dah 20 tahun...


Ugly Kid Joe - America's Least Wanted (1992)

Terus terang saya memang menyukai album ni...ketika band2 grunge ketika itu menghasilkan lagu2 depress...moody ...gloom...emo...yang sememangnya saya tak berapa nak berkenan...Ugly Kid Joe tampil dengan formula Rock'n'Roll Is Supposed To Be Fun!!!

Takder yang seriusnya dalam lirik mereka...dan sememangnya itulah yang mereka mahukan...satu2nya yang UKJ cuba untuk menjadi serius adalah lagu cover Harry Chapin "Cats in the Cradle"...tapi dari segi muziknya...memang UKJ patut dipandang serius...muzik mereka memang tight...daripada riff2 dan solo2 mereka dah boleh agak dah berapa talentednya mereka ni...sound gitarnya memang lazat...heavy...productionnya pun cemerlang...tip top...



Takder apanya yang saya nak komplen pun pasal album ni..antara favourite saya dari tahun 1992...dari awal sampai abis semua best...cumanya kalaulah ianya diriliskan 4 atau 5 tahun lebih awal...mungkin pada masa tu album ni akan lebih dihargai dan meletup...


Mungkin ramai yang cuma tau lagu "Cat's in the Cradle" atau mungkin "Everything About You"...tapi bagi saya semua lagunya pun sedap2..."Neighbor', "Goddamn Devil","Busy Bee" dan lain lain....tapi yang paling saya suka dari album ni adalah "So Damn Cool"....

Walaupun imej mereka seolah2 mereka band grunge (pakaian mereka contohnya)...muzik mereka adalah bercirikan metal 80an....memang saya suka

REKOMENDED!




Monday, April 11, 2011

As Ugly As They Wanna Be

Satu lagi koleksi harta karun aku dari tahun 1991...



Aku memang kurang berminat untuk membeli cd EP…ataupun album pendek..pasal kekadang rasa tak berbaloi dengan harga dan bilangan lagu di dalamnya..mungkin bagi die hard lain la..tapi dalam koleksi harta karun aku..terdapat juga satu cd EP yang aku tak berniat nak beli tapi terbeli jugak semata2 kerana harganya yang murah (RM17++) dan kebetulan aku minat bandnya…EP tersebut adalah Ugly Kid Joe – As Ugly As They Wanna Be

Di awal tahun2 90an…ketika muzik grunge bermaharajalela…Ugly Kid Joe seperti Pantera untuk muzik yang lebih extreme…membawa muzik hard rock/heavy metal terus untuk berada di atas peta muzik di US khasnya…aku sedikit teruja kerana dizaman anti gitar hero dan grunge ketika itu…mereka muncul berbeza…ada solo gitar dan muziknya mengimbau era 80an…dengan sedikit campuran elemen funk..dengan imej band yang macam tak serius tu..t-shirt dan seluar bermuda..tetiba EP ni meletup di US…terimakasih la kepada filem Wayne’s World..khabarnya ini adalah EP pertama dalam sejarah yang mendapat title platinum.



EP ini mengandungi lagu paling terkenal mereka iaitu “Everything About You”…tetapi sedikit berbeza dengan versi full album dorang “America Least Wanted”…dia tak der bab pompuan yang bercakap kat awal lagu tu..Inilah lagu yang mengenalkan aku kepada Ugly Kid Joe..tambahan pula selalu tengok video clip lagu ni kat TV Singapura...dulunya tak tau pun lagu ni asalnya dari EP ni...padanlah lain jer bunyinya dari versi kaset America Least Wanted tu..

Cd EP aku ni pulak aku beli tak silap aku...2 tahun lepas...menariknya EP ni dah tentu2 lagu Everything About You kan…tetapi selain dari tu aku suka jugak lagu Madman (lagu ni jugak terdapat dalam ALW)..lagu2 lainnya aku agak kurang familiar…maka agak sukar nak terus hadam kat kepala otak aku..

Tracklist adalah seperti berikut

1- Madman
2- Whiplash Liquor
3- Too Bad
4- Everything About You
5- Sweet Leaf/Funky Fresh Country Club (ni cover black sabbath yang digabungkan dengan lagu dorang..ntah lah tak masuk untuk aku)



Apa2 pun aku suka la karekter kartun kat cover cd tu…sticker dia yang dapat free masa beli kaset “American Least Wanted” pun dulunya aku tampal kat calculator aku masa kat ITM dulu..

Kesimpulan…hanya untuk die hard fan...nak puas hati..beli America Least Wanted...