Showing posts with label Accept. Show all posts
Showing posts with label Accept. Show all posts

Sunday, June 23, 2024

Humanoid

 Lagi album terbaru 2024...

Accept - Humanoid (2024)

Ini adalah antara 3 album "heavy weight" lagenda heavy metal yang ditunggu-tunggu kemunculannya di awal 2024 selain dari "Judas Priest - Invincible Shield" dan "Saxon - Hell, Fire And Damnation"

Yang menariknya, ketiga-tiga album tersebut diterbitkan oleh Andy Sneap. Seorang producer heavy metal yang dah terbukti hasil kerjanya memang bagus.

Accept semenjak kembali aktif dengan album Blood of The Nations (2010) sememangnya tidak pernah mengecewakan. Mark Tornillo pun dah 15 tahun bersama (6 album semenjak tahun 2009 ). Nampak serasi sangat dah.



Yang penting dalam Accept adalah Wolf Hoffmann. Accept adalah beliau. Selagi beliau ada, selagi itulah Accept akan terus hidup. Kerja gitar beliau adalah signature kepada sound Accept. Album ini sekali lagi membuktikan yang mereka masih relevan hingga ke hari ini.

Semua lagu sedap. Pastinya album ini akan ada dalam senarai album kegemaran untuk tahun 2024. Dan saya meletakkannya lebih tinggi dari Saxon - Hell, Fire And Damnation dan mungkin dengan lebih pendengaran ianya juga akan lebih tinggi dari Judas Priest - Invincible Shield.


Monday, June 21, 2021

Too Mean To Die

 Album terbitan 2021...

Accept - Too Mean To Die (2021)

Dah masuk setengah tahun 2021, tetapi untuk tekak tuan tanah memang tak rasa ada banyak album-album baru terbitan tahun ini yang rasa menarik. Dan memang tak banyak pun band-band yang diminati mengeluarkan album baru. Covid-19 mungkin antara penyebabnya. Album ini pun sebenarnya tertangguh dari tahun lepas dan akhirnya muncul juga di pasaran pada bulan Januari yang lalu.

Seperti tajuknya, Accept memang tak reti-reti nak mati. Walaupun hanya tinggal Wolf Hoffmann (gitar) sahaja anggota yang asal tetapi perjuangan nama Accept tetap diteruskan. Ini adalah album mereka yang ke 16. Rasanya semenjak beberapa album kebelakangan ini, Accept telah membuktikan yang band lagenda seperti mereka masih mampu menghasilkan album-album klasik heavy metal di zaman yang serba baru ini.

Antara yang menarik perhatian saya yang rasanya patut disebut, kalau dulu dalam lagu "Metal Heart" ada sentuhan klasikal "Slavonic Marc - Tchaikovsky" dan "Fur Elise - Beethoveen". Kali ini ada pula sentuhan klasikal "5th Symphony - Beethoveen" dalam lagu "Symphony of Pain" dan sebuah lagu instrumental yang di ilhamkan dari "New World Symphony - Dvorak" yang bertajuk "Samson and Delilah".

Produksi, sound dan lagu-lagunya memang sedap. Senang cerita, sehingga pertengahan tahun 2021, ini adalah album heavy metal terbaik untuk saya setakat ini. Harapnya untuk setengah tahun yang terakhir nanti ada lagi album yang lebih baik dari ini. Seperti tajuk lagu balada terbaik dari album ini, harapnya "The Best Is Yet To Come"....


Wednesday, October 28, 2020

Accept

Accept - Accept (1979)

Mula mencari album ini bila mendengar Therion membawakan lagu "Seawinds" sebagai lagu cover mereka dalam album Crowning of Atlantis (1999). Tak tau pula yang Accept ada lagu ballad yand sedap. Maklumlah dulu-dulu ketika penghujung 80an hanya mendengar lagu lagu berat dari album Balls to the Wall dan Metal heart sahaja. Tak sempat untuk meneroka album-album awal mereka.

Mendengar album ini seolah olah seperti mendengar album-album Scorpions zaman Uli Jon Roth. Pengaruh progresif hard rock 70annya memang pekat. Ianya memang berbeza dengan Accept yang kita kenal pada tahun 80an. Maklumlah ini adalah album pertama. Masih mencari arah. Benda yang sama juga berlaku kepada band seperti Judas Priest.

Jika anda sukakan album-album awal Scorpions mungkin anda akan suka album ini. Jika tidak, mulakan sahaja Accept anda di zaman heavy metal mereka di tahun 80an.

Untuk saya, 3 lagu pertama album ini, "Lady Lou", "Tired of me" dan terutamanya lagu "Seawinds" sudah cukup untuk menjadikan ianya penyebab kenapa album ini patut saya miliki. 



Monday, January 15, 2018

Playback 2017 - The Rise Of Chaos



Accept - The Rise Of Chaos (2017)

Sebuah lagi band yang tak reti reti nak pencen. Walaupun entah berapa kali bertukar anggota tetapi tetap dapat bertahan hingga kini. Hanya Wolf Hoffmann (gitar) dan Peter Baltas (bass) yang masih kekal hingga kini. Vokalisnya, Mark Tornillo pun adalah vokalis yang ketiga.

Bagi yang dah "lost" dan masih beranggapan yang Udo Dirkschneider adalah suara Accept, haruslah menerima kenyataan yang Mark Tornillo sudah pun mempunyai 4 album sejak tahun 2009. Walaupun Udo dah kira sinonim dengan Accept tetapi Mark Tornillo sudah pun membuktikan yang beliau juga sangat layak untuk menjadi suara Accept.

Tahun 2017 adalah tahun yang saya agak kemaruk juga membeli cd-cd band 80an tak kira apa genre yang kembali mengeluarkan album baru. Majoritinya bagus kerana kebanyakan dari mereka menghasilkan album "signature" mereka. Tiada lagi album experimental atau trial and error. Contohnya seperti Kreator, Overkill, Iced Earth, Annihilator malah band-band glam metal seperti LA Guns, Autograph, Mr Big, Warrant, Pretty Boy Floyd dan Steelheart juga menghasilkan album yang berkualiti. Dan Accept - The Rise Of Chaos adalah salah satu contohnya.


Sejak ditubuhkan kembali dengan album Blood of the Nations (2010), mereka terus terusan menghasilkan album album yang berkualiti. Mungkin ianya bukanlah klasik heavy metal 80an seperti Metal Heart atau Balls To TheWall tetapi The Rise Of Chaos mungkin sahaja boleh menjadi klasik modern heavy metal untuk era new millenium. Aggresif tetapi dalam masa yang sama mempunyai rif yang catchy dan melodic, singalong chorus dan solo solo gitar membunuh. Semua yang patut ada dalam buku teks heavy metal.

Senang cakap, jika anda boleh menerima Mark Tornillo sejak Blood of the Nations, anda tidak ada masalah untuk suka album ini. Tetapi jika masih tidak dapat meninggalkan nostalgia Udo, adalah lebih baik cari album-album 80an mereka.




Wednesday, March 4, 2015

Metal Heart

Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada hari ini (4hb mac)



Accept - Metal Heart (1985)

Album terakhir dari "zaman emas" mereka. Ini adalah kemuncak kegemilangan Accept. Dengan Metal Heart, mereka menjadi "radio friendly" dan mainstream. Sound yang lebih bersih dan "polished" serta lagu yang lebih melodic dan pop.

Pada saya, mereka adalah jawapan Jerman kepada Judas Priest. Terutamanya bahagian "twin guitar solo"nya. Tetapi seperti juga Judas Priest, tahun pertengahan 80an adalah tahun yang mana kebanyakan band heavy metal mula melembutkan sound mereka. Tak boleh nak salahkan mereka. Siapa yang tidak mahukan wang dan kemasyuran. Sayangnya mereka merundum selepas dari ini. Tetapi jangan salah faham. Metal Heart tetap sebuah album yang bagus. Walaupun secara peribadinya pada saya ianya tidak dapat menandingi "Balls to the Wall"ataupun album-album awalnya.

Dulunya ketika belum memiliki cd ini, (tak pernah ada versi kaset) saya selalu tertanya-tanya kenapa ada beberapa bahagian dalam lagu Metal Heart bunyinya seakan-akan saya pernah dengar tetapi tidak pasti dari mana. Rupa-rupanya ianya di ambil dari 2 lagu klasikal terkenal, "Slavonic March - Tchaikovsky " (pada intro) dan "Für Elise - Beethoven" (riff dan solo).

Lagu Metal Heart pada saya adalah penyelamat kepada album ini. Tetapi jika anda sukakan pop metal dengan catchy chorus, mungkin Midnight Mover boleh menjadi pilihan anda. Jika anda tidak pernah mendengar Accept, Metal Heart bukanlah permulaan yang baik.




Tuesday, February 4, 2014

Objection Overruled

Lagi dari draft yang terperuk dari tahun lepas...

Album heavy metal yang meyambut ulang tahun ke 20 21


Accept - Objection Overruled (1993)

Accept adalah band heavy metal yang sangat underated. Kalau sebut band-band heavy metal asal dari Jerman, selalu yang diingati hanyalah Scorpions dan Helloween. Padahal mereka adalah antara pencetus awal untuk genre speed/power metal.

Objection Overruled bolehlah dikatakan sebagai album re-union Udo Dirkschneider bersama Accept. Selepas kali terakhir bersama mereka ketika album Russian Roulette (1986). Oleh kerana itu juga mereka back to basic. Tak kisah lah awal 90an tu dunia mainstream kemaruk dengan grunge atau groove metal. Accept kembali ke zaman awal 80an.

Banyak juga rif-rif yang seakan-akan dari zaman Ball to the Walls ataupun Metal Heart. Itulah adalah zaman kemuncak mereka. Mereka cuba untuk kembali ke zaman itu. Sayangnya tiada mesin masa yang boleh mengulang zaman lalu. Mungkin di gemari oleh peminat tegar dan mereka yang tersangkut di era 80an tetapi bukannya untuk zaman semasa. Sebab itu lah banyak band yang berevolusi supaya dapat kekal relevan.


Pada saya banyak lagu dan rif-rif yang sedap. Sayangnya mungkin ianya dah terlampau biasa. Ianya jenis bila dengar....sedap!...tetapi bila habis tiada satu pun yang melekat di kepala. Jangan salah sangka. Ini album heavy metal yang sangat bagus sebenarnya. Mungkin lebih bagus dari album awal mereka Restless and Wild contohnya. Tetapi sayangnya diriliskan pada masa yang salah.

Kalaulah ianya diriliskan pada awal 80an. Saya yakin album ni pasti akan menjadi antara yang disebut dalam sejarah heavy metal...

Sesuai hanya untuk mereka yang gemarkan muzik heavy metal 80an.




Monday, October 21, 2013

Balls To The Wall

Lagi album klasik heavy metal yang menyambut ulangtahun yang ke 30.


Accept - Balls To The Wall (1983)

Lupa dah bila pertama kali mendengar album ini. Mungkin dalam tahun 1987 atau 1988. Ini adalah album Accept pertama saya. Rakan sekelas bagi pinjam. Sampai sekarang pun tak pasti apa kisahnya di sebalik lirik Balls To The Wall. Tapi dengan kaver album yang sebegitu, kepala otak memang tak boleh nak pikir benda lain dah....heheh..

Pada saya 'Balls To The Wall' adalah antara 3 album terbaik Accept selain 'Metal Heart' dan `Restless & Wild'. Atas nilai sentimentalnya, ianya paling saya suka di antara ketiganya. Mungkin juga ianya adalah salah satu album terbaik dalam sejarah Heavy Metal. Riff dan melodi lagu-lagu mereka memang sangat catchy dan berhantu. Rasanya kalau hendak mendefinasikan apa itu rock kapak mungkin Balls To The Wall sesuai untuk dijadikan rujukan.

Mendengar Accepts seolah-olah seperti kita sedang mendengar Scorpions yang lebih berat bersama-sama dengan chorus catchy ala-ala ACDC terutamanya jeritan Udo memang hampir menyerupai Bon Scott mahupun Brian Johnson. Kebiasaannya lagu Accept ni, saya sering ternanti-nanti bahagian chorusnya. Di situ bahagian yang biasanya paling best. Catchy chorus ditambah dengan solo-solo gitar dan riff-riff yang melodic memang identiti Accept. Kadang-kadang kita tak kisah pun bahagian versenya.


Balls To The Wall lagu-lagunya lebih melodic berbanding album sebelumnya Restless and Wild. Cuma hanya 2 lagu yang yang boleh dikatakan speed metal ala  "Fast as a Shark" iaitu "Fight It Back" dan "Losers and Winners". Tetapi yang menjadi highlightnya sudah semestinya lagu tittle track "Balls to the Wall". Melodi chorus dan riffnya memang melekat kat kepala saya sejak pertama kali mendengarnya 25++ tahun yang lalu.

Lain-lain lagu menarik yang berbaloi untuk membeli album ini adalah "London Leatherboys", "Head over Heels", "Losing More Than You've Ever Had" dan "Turn Me On". Dan tak lupa juga lagu penutup "Winter Dreams". Sebuah lagu mid tempo yang nyaman.

Kuatkan volume anda. Ini adalah heavy metal yang sebenar!





Wednesday, August 1, 2012

No Substitutes

Lagi memori cd best of yang dah 20 tahun...




Accept - No Substitutes (1992)

Accept adalah sebuah band lagenda heavy metal Jerman yang muncul selepas Scorpions dan sebelum Helloween....sayangnya mereka ni tak pernah mencapai populariti maupun pengiktirafan setanding ngan 2 band tersebut...

No Subtitutes adalah sebuah kompilasi lagu2 terbaik Accept...jika anda peminat baru...boleh la bermula di sini...tapi seperti jugak Iron Maiden - Edward The Great...jika anda peminat tegar...album ni sekadar satu cara syarikat rakaman nak buat duit lebih...banyak lagi lagu2 yang best2 takder...terutamanya lagu2 dari 3 album awal mereka Accept, I'm A Rebel dan Breaker....

Tapi jika anda sukakan lagu2 di zaman kemuncak mereka di tahun2 80an...lagu dari zaman Restless and Wild (1982) ,Balls to the Wall (1983), Metal Heart (1985) dan Russian Roulette (1986)...cd ini sudah cukup memadai...hampir semua lagu2 best zaman tu ada..contohnya "Too High to Get It Right", "Princess of the Dawn", "Fast As A Shark","Balls to the Wall" dan "Metal Heart"....



Secara peribadinya bagi aku...packaging cd ni memang hampeh...tak pernah aku jumpa cd best of mana2 artis omputeh sehampeh ni...inlay dia jenis kertas sekeping...sama taraf cam Malaysia Editionnya cd...satu gambo ataupun info pun takder...nasib jugak la harganya murah....dan sebab harganya tu lah jadi penyebab kenapa aku beli cd ni dulunya...zaman tu aku masih takder satu pun cd Accept...bila terjumpa cd ni dengan harga yang murah memang tak pikir panjang....tapi bila sekarang...aku dah ada hampir kesemua cd2 zaman 80an dorang...cd ni memang aku rasa tersangatlah hampeh....

So...pada sapa2 yang baru nak belajo dengo Accept dan harga pun murah...boleh cari cd ni...tapi kalau nak lagi best...try  cari cd best of yang lain...contohnya "Restless: The Best" ataupun "Collection"....



Friday, May 25, 2012

Restless And Wild

Lagi mengamit memori 30 tahun



Accept - Restless And Wild (1982)

Tak ingat bila aku start dengo Accept ni...tapi yang pastinya zaman2 kaset apache...Balls to the Wall adalah album penuh dorang yang pertama bagi aku...sejak tu memang aku cuba mencari album2 dorang yang lainnya...terutamanya selepas mendengar lagu "Fast As A Shark"...tu jam aku tak tau lagu ni dari album yang mana...

Laju giler lagu ni kan...terutamanya jika 1st time mendengarnya ketika awal 80an dulu...zaman2 lum ujud lagi istilah speed metal...jarang jumpa lagu jenis double paddle drum berdentum laju...ada orang cakap kemungkinan ini lah lagu speed metal yang pertama....mungkin jugak kot...rasanya harmoni solo kat lagu ni memang banyak mempengaruhi Helloween atau mana2 band speed metal awal...

1st time dengar keseluruhan album ni adalah di penghujung 80an...ketika itu mereka dah pun meriliskan Eat The Heat...iaitu album ke 4 selepas Restless And Wild...biasa la zaman tu...bukannya ada internet umtuk disedut....benchmarknya dah tentu2 la album Balls To The Wall dan dan Metal Heart...pasal aku dengar 2 album ni dulu...

aku lebih suka cover original yang Jerman version punya yang gambo 2 gitar cabang2 tu...tapi versi tu susah nak dapat dan mahal....


Probem bagi mana2 album jika lagu pertamanya bagus adalah untuk mengekalkan momentum sehingga lagu yang terakhir...dan aku rasa album ni gagal nak mengekalkan momentum tersebut...selepas "Fast As A Shark"...lagu track ke2 yang jugak jadi title track "Restless And Wild" pun bagus dan sedap...walaupun sedikit perlahan...tapi lagu2 selepas tu agak kurang bagi aku....mungkin pengaruh ACDC masih ada...walaupun bermula dari album ni dorang cuba lari dari imej klon ACDC...

Penyelamat album ni bagi aku adalah lagu track ke 5 "Neon Nights" dan track yang terakhir "Princess of the Dawn"...walaupun dua2 lagu ni bukanlah jenis lagu2 yang laju....tapi melodinya memang sedap untuk di dengar...

Kesimpulannya aku lebih suka Balls To The Wall dan Metal Heart...mungkin pasal ni 2 album aku dengar dulu....Restless And Wild ni jadi luarbiasa hanya kerana "Fast As A Shark"...atau mungkin jugak "Princess Of The Dawn"...kalau tak pasal lagu2 ni...kira ianya dalam kategori biasa2 ajer...

****lagu "Flash Rockin' Man" tu ada cakap2 yang kata Maiden cilok riffs lagu ni untuk "2 Minutes To Midnight"...memang bunyinya seakan2...tapi tak tau la...suratan atau kebetulan...heheh...



Wednesday, December 14, 2011

Breaker

Aku nak sambung lagi cerita pasal album2 yang sambut anniversary 10,20,30,40 tahun pada tahun 2011 ni...kali ni jom layan yang 30 tahun...



ACCEPT - BREAKER (1981)

Aku mula kenal Accept masa zaman kaset Apache (pertengahan 80an)...tambah pulak tu jam aku ada saputangan yang ada logo Accept...tapi 1st album yang aku betul2 dengar adalah "Balls To The Wall"...kawan sekelas aku kasi pinjam...dengar memang wau!!!...best...start tu mula dengar album2 lain dorang...tapi semuanya pinjam atau dubbing...satu2nya kaset Accept yang aku ada adalah album live "Staying A Life"...(ntah mana pegi hilang dah sekarang...)

Cd ni aku beli 3 tahun yang lepas...ni versi 2 dalam 1 (Breaker dan I'am A Rebel)...sayangnya cd ni jenis inlay sekeping...memang hampeh...terasa macam nak beli cd Breaker yang sebenar...tapi bila memikirkan ini bukanlah album Accept kegemaran aku...tak jadi la...aku lebih suka Balls To The Wall, Restless And Wild ataupun Metal Heart...

Walaubagaimanapun Breaker bukanlah tak best...ini adalah permulaan mereka menjadi heavy...hilang dah sikit2 klon ACDC dorang tu...sound pun raw...ada beberapa lagu yang memang giler heavy...speed metal pun iyer jugak...jangan lupa...ini tahun 1981...rasanya Iron Maiden KILLERS dan Venom WELCOME TO HELL jer yang lebih heavy...dengarkan Starlight, Breaker dan Run If You Can...memang gegar!!!

Tapi yang slacknya...beberapa track awal tu jer la yang heavy...beberapa lagu yang lainnya jenis2 hard rock...pengaruh ACDC masih belum hilang sepenuhnya...apa nak buat...suara Udo Dirkschneider ni memang macam Bon Scott...perbandingan tu tetap ada...tapi lagu slow Cant Stand The Night tu walaupun orang kata cheesy...tapi aku suka...ada la kelainan suara dia...sedap jugak bila dia bawak lagu slow...teringat memori zaman kaset apache bila dengar lagu ni...

Accept ni satu identiti dia yang tak berubah ialah part2 melodic masa chorus mereka...try dengar lagu2 macam "Run If You Can" dan "Feeling"...memang sedap...apa2 pun aku suka gitarist dia....Wolf Hoffman...sangat underated berbanding ngan gitarist2 jerman yang lain....walaupun Accept ni main 2 gitar...kebanyakan solo memang Wolf yang main...cuma kat lagu "Starlight" kita boleh dengar twin gitar solo antara dia ngan Jörg Fischer...

lastly...beli jika anda dah ada Balls To The Wall, Restless And Wild dan Metal Heart...kalau lum...cari n 3 dulu...

Sunday, December 27, 2009

Suratan atau kebetulan?

Macam tajuk lagu pulak kan…tapi benda ni memang dah lama buat aku musykil…kebetulan godeh2 terjumpa pulak perkara yang sama kat youtube..nampaknya aku tak keseorangan…

Ni sapa ciplak sapa ni…atau mungkin sememangnya sekadar kebetulan…try bukak klip youtube ni…bandingkan 2 lagu ni..2 Minutes to Midnight - Iron Maiden dan Flash Rockin' Man - Accept.



Hampir sama kan…of course aku dengar lagu 2 minutes to midnight lebih awal dari Flash Rockin' Man…so mula2 dengar tu memang ingat Accept ciplak Maiden…tapi bila tengok tahun rilis…iskh..macam Maiden yang ciplak Accept..

tapi lepas tu terdengar pula lagu Swords And Tequila - Riot...iskh..pun iras iras jugak...musykil..musykil...dah jadi 3...tak caya layan klip youtube dibawah...



tak tau la sapa ciplak sapa...atau sememangnya sekadar kebetulan???…

untuk nota
2 Minutes To Midnight dari album Powerslave diterbitkan pada tahun 1984
Flash Rockin' Man dari album Restless And Wild diterbitkan pada tahun 1982
Swords And Tequila dari album Fire Down Under diterbitkan pada tahun 1981

Saturday, December 19, 2009

Can't stand the night

kononnya nak buat entry baru..godeh2 youtube terjumpa pulak lagu ni..lama giler tak dengar..ntahla aku memang suka lagu2 slow rock zaman2 hujung 70an dan awal 80an..susunan lagunya...sound dia...terutama gitar solonya...tak kira band apa pun..memang sedap arr...dulu zaman2 dubbing kaset..siap aku buat kompilasi sendiri lagu2 slow rock dari zaman tu...

lagu ni adalah salah satu darinya...pernah dengar Can't Stand The Night dari Accept?..lagu dari album ke 3 Accept bertajuk Breaker diterbitkan pada tahun 1981..dengar lagu ni terkenang zaman2 sekolah dulu..feeling abis lagu ni...tapi bukan feeling meleweh eh...rock tetap rock...tak caya...sila layan...


Fallin' tears, a broken heart
Here I sit as time goes by
'cause all I had has gone forever
Can't stand the night.

The fun we had, I knew so well
that somethin' so deep inside
The last few days have been pure hell
Can't stand the night.

Love - you tore my world apart
But still I can't escape
You touched me and you hold me
The nights are hard to take.

I know her body, her hair, her eyes
I know she should belong to me
But she's a one man's girl forever
Lovin' deeply why not me.

Love why do I take you and why do you take me
Take my breath, or you take my heart
All you give is pain a curse upon your name
Can't you see, it isn't right
Can't stand the night.

Tell me where I have gone wrong
give me a reason why
Tell me how to win her back
Can't stand the night.

Love why do I take you and why do you take me
Take my breath, or you take my heart
All you give is pain a curse upon your name
Can't you see, it isn't right
Can't stand the night.

Fallin' tears, a broken heart
Here I sit as time goes by
'cause all I had has gone forever
Can't stand the night.

Oceans filled with tears
and mountains made of pain
And my eyes are sad each time
The night it comes back again.

Love why do I take you and why do you take me
Take my breath, or you take my heart
All you give is pain a curse upon your name
Can't you see, it isn't right
Can't stand the night.