Showing posts with label Ramli Sarip. Show all posts
Showing posts with label Ramli Sarip. Show all posts

Tuesday, March 16, 2021

Fanatisme

 Layanan ketika WFO....

Lefthanded - Fanatisme (1991)

Walaupun saya adalah peminat besar Lefthanded terutamanya ketika era BOTB dan 3 album terawal mereka, tetapi saya tidak pernah mengambil tahu tentang album ini.

Ketika Keadilan diterbitkan, mereka adalah band rock no 1 bagi saya. Lebih tinggi kedudukannya dari Search. Tetapi entah di mana silapnya, saya rasakan mereka semakin merundum dari satu album ke satu album yang berikutnya. 

Satu-satunya lagu yang saya tahu dari album ini adalah "Semangat Lamina". Itu pun versi nyanyian Arab dalam album "Nafas". Mendengar album ini rasanya seperti mendengar album solo Ramli Sarip. Majoriti lagu-lagunya tidak mengingatkan saya kepada muzik Lefthanded. Mungkin juga imej dan aura Ramli Sarip yang terlampau kuat. Tambahan pula kesemua lagu-lagunya adalah ciptaan beliau.

Saya tak rasa gabungan mereka dengan menggunakan nama Lefthanded adalah satu kejayaan. Sebagai peminat Lefhanded saya rasa agak janggal. Tetapi dalam masa yang sama, sebagai seorang yang minat juga dengan Ramli Sarip, ini sesuatu yang bagus bila Ramli kembali dengan rock n roll.



Wednesday, January 11, 2017

Bukan Kerana Nama

Lagi dari draf yang tersangkut sejak tahun lalu…ada beberapa lagi ni sebelum boleh mula dengan entri 2017...

Rock melayu yang dah 30 31 tahun…



Ramli Sarip - Bukan Kerana Nama (1986)

Album solo pertama kedua beliau selepas meninggalkan Sweet Charity. Sebenarnya tak lari jauh dari acuan muzik Sweet Charity. Masih mengekalkan ciri-ciri hard rock 70an. Malah lagu "Ketuk Pintu" yang mempunyai lirik lucu mengingatkan saya kepada lagu-lagu Sweet Charity seperti "Jangan Tunggu Lama-Lama", "Bulat-Bulat" dan "Jangan Tak Jadi".

Ada juga cover version. Lagu "Love lead to Madness" dari Nazareth yang ditukarkan lirik menjadi "Sabar Kasihku". Sedap juga versi beliau. Lebih bersih soundnya. Paling menarik bila Ramli Sarip mengundang idola beliau, A Romzi untuk berduet dalam dua lagu. Salah satu lagunya yang juga menjadi tajuk album, "Bukan Kerana Nama" menjadi lagu hits yang mengenalkan Ramli Sarip secara solo walaupun sebenarnya beliau menyanyi hanya beberapa baris awal dalam lagu tersebut. Selebihnya dinyanyikan oleh A Romzi sehingga ke penghujung.


Pada tahun tersebut, saya tak beli pun kasetnya. Ketika itu saya sudah mula kemaruk dengan muzik heavy metal 80an seperti Iron Maiden. Makanya rock 70an seperti acuan Ramli Sarip agak kurang saya minati berbanding band-band rock melayu yang wujud pada ketika itu seperti Search dan Battle Of The Bands.

Tetapi seiring dengan usia yang semakin tua meningkat, muzik rock yang lebih santai sebegini menjadi sedap pula di halwa telinga. Lagu - lagu seperti "Tajam Tajam", "Sabar Kasihku", "Taligram", "Kenyataan", "Ketuk Pintu"...semua lah....menjadi pemangkin semangat ketika menyampul buku sekolah anak untuk tahun baru ni...haha...


**untuk rekod...entri pertama blog berteromber juga bertajuk "Bukan Kerana Nama" (26hb Nov, 2018) tetapi tiada kena mengena pun dengan album ini...





Sunday, July 3, 2016

Rentak Hidup

Lagi album reissue...


Ramli Sarip - Rentak Hidup (1991) keluaran semula 2016

Banyak juga album-album tahun 90an yang saya ketinggalan. Rentak Hidup adalah salah satu darinya. Malah hampir tak pernah tahu pun kewujudannya. Ramli Sarip yang betul-betul saya ikuti hanyalah hingga ke album Perjalanan Hidup (1987). Album-album selepasnya memang kurang ambil tahu tambahan pula beliau telah mula kurang rock n roll nya.

Awalnya ingatkan Rentak Hidup adalah sebuah album ketimuran/kerohanian seperti Syair Timur, rupa-rupanya tidak. Ini adalah sebuah album rock n roll. Pemuziknya juga hebat-hebat belaka. Man Kidal, Yan, Tom dan Acis. Maka sudah tentulah muziknya memang mantap.

Tak pernah nampak album ini dalam keluaran cd "Siri Lagenda" terbitan tahun 2011. Rupanya Rentak Hidup ni memang tidak diterbitkan untuk siri tersebut. Kiranya ini adalah kali pertama diterbitkan dalam betuk cd (tolong betulkan jika salah).


Banyak lagu sedap. Melodi lagu-lagu Ramli Sarip memang jarang mengecewakan. Paling suka Blues Felda Blues dan Diktator Papan Catur. Akhirnya teka teki saya tentang Blues Felda Blues terjawap. Semenjak kali pertama mendengarnya di radio dan dari kaset Alive, saya tidak pernah tahu dari album mana ianya di ambil. Sebagai anak peneroka felda, lagu ini liriknya memang cukup bermakna. Tambah pula bila lagunya memang sedap.

Yang paling istimewanya tentang Rentak Hidup adalah liriknya. Tiada langsung cintan cintun. Kesemua liriknya berkisarkan kehidupan. Mungkin kerana itulah albumnya diberikan tajuk Rentak Hidup. Tabik kepada Ramli Sarip kerana berani menghasilkan album yang sebegini.

Sebuah album yang berbaloi. Rugi juga tidak mendengarnya lebih awal.

*menariknya...beli dapat poster. WEA memang terbaik dalam penghasilan cd-cd reissue ini. Sound dan inlay yang memang puashati.











Monday, October 26, 2015

Ramli Sarip s/t

Rock melayu yang dah masuk 30 tahun...


Ramli Sarip - Ramli  Sarip (1985)

Album solo pertama dari Bapa Rock Melayu, Ramli Sarip. Di terbitkan dalam tahun yang sama dengan album terakhir kumpulan Sweet Charity. Tak tahu sangat kerana pada ketika itu saya masih kemaruk dengan muzik new wave. Baru-baru nak belajar dengar rock. Muzik rock 70an seperti yang dibawakan oleh Sweet Charity/Ramli Sarip bukanlah sesuatu yang sedang trendy pada ketika itu.

Kalau tidak silap saya, tiada anggota Sweet Charity yang bermain untuk album ini kecuali Wan Ahmad. Itupun beliau hanya bermain bass. Ternyata Ramli Sarip memangnya mahu lari dari bayang-bayang Sweet Charity dan pada pendapat saya ianya berjaya.

Tidak seperti muzik Sweet Charity yang lebih kepada rock n roll dan hard rock 70an, album ini pula lebih banyak "feel" blues terutamanya dalam lagu-lagu yang berentak perlahan. Entah kenapa saya terbayangkan Eric Clapton.


Tetapi bagi lagu-lagunya yang rancak muziknya agak terpengaruh dengan elemen muzik new wave 80an terutamanya dalam penggunanaan synthesizer (lagu "kepastian" dan "Selamat Malam") dan juga saxaphone (lagu "Jikalau Berkasih"). Kadang-kadang ianya mengingatkan saya kepada band-band AOR 80an atau mungkin juga band-band 70an yang ber"new vawe" di tahun 80an seperti YES, Styx mahupun Queen.

Album ini sangat bagus sebenarnya. Sayangnya mungkin pada tahun tersebut penerimaan muzik sebegini belum cukup meluas. Pada saya ianya bukanlah sekadar album yang mengandungi lagu popular "Jikalau Berkasih" dan "Panah Beracun". Saya pada awalnya pun beranggapan begitu. Tetapi selepas beberapa kali seisi pendengaran ternyata satu album semua lagu bagus. Satu album semua lagu sedap. Memang best!


***WEA sudah pun mengeluarkan semula album ini dan lain-lain album solo Ramli Sarip bermula pada hari ini. Khabarnya jika ada sambutan, berkemungkinan besar album "Ziarah Seni" yang 4 disc tu pun akan dikeluarkan semula...siap sedia jer la duitnya...sayangnya tak nampak pulak album "Alive" ada dalam senarai tersebut...





Friday, May 2, 2014

Litar Api Rock

Sempena Konsert Blues Buat Teman di Persada, Johor Bahru malam ini nanti.

Kaset yang dah 20 tahun usianya...


Ramli Sarip - Ziarah Seni (Litar Api Rock) - 1994

Ada benda yang pada ketika itu kita rasa tak best sangat tetapi beberapa tahun kemudiannya kita rasa rugi pulak kerana tidak memilikinya.

Ini berlaku pada saya bila Ramli Sarip mengeluarkan Box Set bertajuk Ziarah Seni 20 tahun yang lalu. Di dalamnya mengandungi 4 disc/kaset yang dibahagikan mengikut tema-tema tertentu sepanjang karier beliau dari tahun 1979 hingga 1994.

1 - Litar Api Rock - Mengandungi lagu-lagu popular beliau ketika bersama Sweet Charity.
2 - Muzik Jalan Terus - Lagu-lagu dari album solo selepas meninggalkan Sweet Charity.
3 - Asli Dan Tulus - Lagu-lagu yang bertema kerohanian dan ketuhanan.
4 - Muzik Jelata - Lagu-lagu yang berkonsepkan kemelayuan dan nusantara.



Disebabkan pada ketika itu saya masih berjiwa muda (sekarang pun...heheh), saya cuma membeli 2 daripada 4 kasetnya. Litar Api Rock dan Muzik Jalan Terus. Itupun saya telah kehilangan kaset Muzik Jalan Terus.

Pernah beberapa kali dulunya terserempak dengan versi cd box set ini di kedai kaset tetapi tak pernah pulak terpikir untuk membelinya. Sekarang jangan haraplah nak jumpa. Kekadang ada juga rasa menyesal. Takper lah bukan rezeki saya untuk riak box setwi...heheh....

Apa-apa pun kepada sesiapa yang pergi ke konsertnya malam ini (Portdy?)...saya ucapkan selamat berhibur. Saya tak pergi. Tak cukup tegar untuk melihat Ramli Sarip secara solo. Konsert ni sepatutnya berlangsung bulan lepas. Tetapi demi menghormati tragedi MH370, ianya ditangguhkan ke malam ini.





Monday, October 7, 2013

Ramli Sarip Alive

Merujuk kepada entri "Ramli Sarip - Live 2000" dari blog Apa Ada Dengan Ijau, aku pun gatal tangan nak post cerita pasal ni..


Ini adalah rupa kaset asal Ramli Sarip Alive yang diriliskan semula dalam bentuk cd dengan nama baru "Ramli Sarip - Live 2000" seperti dalam entri Ijau. Tak pasti adakah versi ini turut ada dalam bentuk cd.



Sedikit pembetulan untuk Ijau, kaset ini adalah terbitan tahun 1998 bukannya 1999. Tak pasti pula kenapa rilisan yang baru mengunakan tahun 2000 sebagai tajuknya. Ia sememangnya keluaran BMG. Tracklistnya sama walaupun aturan susunan lagunya ada sedikit perbezaan.


Tak pasti adakah gambar inlay di kaset ini sama seperti gambar inlay cd rilisan baru. Aku tak ada cd tu. Harap En Portdy boleh tolong belikan...heheh...Maklum lah kat JB ni memang hampeh kalau nak cari cd macam ni.


Lagi gambar-gambar yang ada di inlay kaset berserta nukilan penerbit eksekutifnya Bob Lokman. Sebenarnya agak lama dah aku tak dengar lagu-lagu dari kaset ini semenjak aku dah tak ada kaset player. Tapi lagu pilihan dah semestinya "Blues Felda Blues". Sebagai anak peneroka Felda, lirik tulisan Bob Lokman tu memang terkesan sungguh.

Senang cakap, ini adalah album live melayu yang paling best dan paling aku suka. Kredit untuk arwah Samad Lefthanded, Wan Ahmad Sweet Charity, Hamid Black Dog Bone, Tom Revolvers, Yazit Search. dan sudah semestinya penyanyi dan penerbit album, the legendary Ramli Sarip.

Rekomended!




Wednesday, February 24, 2010

A Live

Ini adalah salah satu kaset yang aku hampir2 lupa aku ada...terimakasih En Ijau...kerana ko suruh aku cari cdnya...baru teringat pasal album ni...Ramli Sarip A live...



Album yang diterbitkan pada tahun 1999 ni dikatakan dirakamkan secara live di Synchrosound Studio...tak sure pulak aku rakaman ni ala2 mini konsert ker apa...tak der info pulak kat kaset ni..tapi pemuzik2 pengiringnya memang antara yang terhebat kat Malaysia/Singapura..

Arwah Samad (lefthanded) - Guitar
Wan Ahmad (Sweet Charity) - Guitar
Hamid (Black Dog Bone) - Bass
Tom (Revolver),Yazit (Search) - Drums



Oleh kerana aku bukanlah follower tegar Ramli Sarip pada zaman solonya (aku cuma ada kaset Perjalanan Hidup...tu pun ntah dah hilang kemana kasetnya)..aku tak sure track list album ni di ambil dari album2 mana (mungkin En Portdy boleh tolong buat penjelasan)...atau mungkin jugak ada lagu baru...kalau lagu2 Sweet Charity tu aku tau la..

Side A
Tahun 2000
Jejak Ke Syurga
Munafik
Blues Felda Blues
Perjalanan

Side B
Irama Kasih
Akal Vs Jiwa
Blues Bee
Hujan
Tuhan Yang Tahu



Untuk entry ni aku telah cuba untuk mendengar semula lagu2 dari kaset ni...maklum la dah lama...dah tak ingat dah...sayangnya kondisi kaset ni dah tak berapa elok..dah la bunyi tenggelam..bunyi kriak kriok pulak...setelah 2,3 kali usaha aku mencuci head radio kaset aku tak berjaya...aku give up la..ni la masalah kaset kalau tersimpan lama...tu yg kalau ada mana2 kaset yg aku suka aku cuba upgradekan ke cd..

kalau ikut kata kat inlay kaset ni yang ditulis oleh Bob Lokman...album ni diterbitksn selepas Ramli Sarip menjadi tak rock dengan album Syair Timur...dah berkonsep nusantara..so album ni dibuat khas untuk membuktikan yang Ramli Sarip masih berjiwa rock n roll...kira rock sampai tua la tu...hehe



sayangnya...aku dah tak berapa ingat lagu2nya...tapi lagu yang paling lekat kat kepala aku dah tentu2 lagu "Blues Felda Blues"...maklum aku anak felda la kan...tambah2 pulak lagu ni dulu2 DJ Isma Halil Hamzah selalu bukak kat rancangan radio tengahmalam dia tu..radio THR eh?..lupa ahh...lirik dia tu kena betul kat anak2 felda macam aku...tapi lagu ni asalnya dari album mana ahh?..

Lain2 tu aku tak ingat la..so susah aku nak komen...kalau tak silap aku kalau nak dengar solo2 dasat Arwah Samad...boleh try dengar album ni..antara penyebab aku suka kaset ni dulu pasal arwah Samad la..

Untuk En. Ijau...bulan december lepas ada orang jual cd ni kat mudah.com...bulan lepas aku tanya dah sold out dah katanya...tak der rezeki ko la gamaknya..kedai cd sekitar jb memang tak jumpanya..

Last...kalau tak silap dulu Ramli Sarip ada pernah keluar boxset dalam dia ada 4 kaset kan...aku ada beli 2 daripada 4 tu...tajuknya Litar Api Rock dan Muzik Jalan Terus kot...yang lagi 2 tu lagu2 slow dan irama Malaysia aku tak minat...sayangnya tak jumpa pulak aku cari kasetnya..dah hilang kot.