Showing posts with label Savatage. Show all posts
Showing posts with label Savatage. Show all posts

Friday, December 9, 2022

Streets: A Rock Opera

Yang menyambut ulangtahun ke 31 pada 4hb Oktober yang lalu....

Savatage - Streets: A Rock Opera (1991)

Tak berpeluang nak dengar ketika tahun ianya diterbitkan. Tak jumpa dan rasanya memang tak ada di jual di mana-mana kedai kaset/cd di Malaysia. (Tower Records KL Plaza yang punyalah besar itu pun tak jumpa ianya ada dijual.) Membelinya sekitar penghujung tahun 90an (tahun 1999 kalau tak silap) di kedai cd kepunyaan Arwah Fadzil Muzik Box di Plaza Kotaraya, Johor Bahru.

Dibeli sekali bersama dengan cd Handful Of Rain. Ianya adalah cd terpakai dengan harga RM45 sekeping. Teruja nampak ianya ada dijual, memang tak berfikir panjang untuk menjolok duit di ATM berdekatan walaupun tengah sengkek di hujung bulan. Takut-takut kalau ada orang lain yang membelinya. Maklumlah kedai arwah kecil. Tak ada tempat nak sorok. Lainlah kalau di Tower Records. Boleh sahaja sorok di rak cd lagu cina untuk datang kemudiannya bila hari gaji...(pengalaman yang generasi sekarang tak akan dapat...haha...)

Rasanya itu sahaja kenangan saya membeli cd di kedai Arwah Fadzil. Lainnya saya hanya lebih duduk berborak dari membeli sehingga tak lama selepas itu kedai beliau di serbu polis/KDN dan beberapa barang termasuk t-shirt di rampas angkara isu Black Metal yang digembar gemburkan pada ketika itu. Dan akhirnya kedai beliau ditutup sebelum beliau membuka kedai baru di Plaza Seni, Johor Bahru. Semuanya tinggal kenangan. Plaza Kotaraya dah berubah wajah. Plaza Seni dah roboh. Dan Fadzil sediri dah meninggalkan kita semua (semoga Allah merahmati roh beliau).

Streets: A Rock Opera adalah sebuah album konsep. Dah pernah menulis tentangya 11 tahun yang lalu. Kalau nak baca boleh klik  >SINI<. 

Piring hitam ini adalah satu lagi dari siri reissue kesemua album studio Savatage. Album selanjutnya yang dah pun di dalam simpanan adalah Edge of Thorns dan Handful of Rain. Masih mengumpul duit untuk 3 lagi album yang seterusnya... 

#hatigembirapoketmenangis



Thursday, October 6, 2022

Gila Format - Gutter Ballet

 Satu lagi album kegemaran yang berjaya di "gila format"kan...


Savatage - Gutter Ballet (1989)

Ini adalah antara yang paling ditunggu-tunggu dari siri vinyl reissue kesemua album studio Savatage. Ianya mempunyai nilai sentimental yang agak tinggi untuk saya.

Ianya adalah permulaan saya terjebak dengan muzik Savatage. Dikenalkan melalui abang seorang rakan sekampung yang baru pulang belajar dari US. Jatuh suka pada pendengaran pertama dan ianya menjadi salah satu album kegemaran sejak dari hari tersebut.

Tak pernah terpikir yang ianya akan berjaya di"gila format"kan. Tak pernah ada pun kasetnya dulu. Tak pernah nampak pun ada di jual dimana-mana. Kaset yang seperti di gambar sebenarnya baru sahaja dimiliki. Lebih baru dari versi vinyl. Di beli dari seorang rakan di FB semata-mata atas dasar membeli kenangan.

Versi cd di beli melalui e-bay. Antara cd awal dicari apabila mula kenal apa itu e-bay. Mungkin disekitar tahun 2009. Tahun-tahun awal membeli cd dari ebay. Ianya adalah cd terpakai dari penjual di US tetapi dah tak boleh nak ingat berapa harganya.

Versi vinyl adalah versi reissue 2022. Ini adalah contoh terbaik bagaimana produk reissue patut dihasilkan. Packagingnya memang tip top. Inlay dengan 12 mukasurat berwarna-warni dengan info dan gambar-gambar yang menarik. Sememangnya rasa berbaloi mengeluarkan EUR 22.68 walaupun hati gembira poket menangis....


Friday, July 8, 2022

Hall of the Mountain King

 Yang ke 5 dalam siri keluaran semula kesemua album Savatage dalam bentuk piring hitam...

Savatage - Hall of the Mountain King (1987)

Versi reissue ini diterbitkan pada 11 Februari yang lalu. Selamat sampai dalam simpanan pada awal bulan Mac. Baru sekarang ada kerajinan untuk menulis tentangnya.

Album ini adalah permulaan Savatage berubah. Bersama Paul O'Neill (penerbit yang bertanggungjawab mengubah hala tuju muzik mereka), mereka mula menghasilkan lagu-lagunya lebih progressif dengan memasukkan elemen opera di dalam muzik mereka. Ianya adalah sesuatu yang baru pada ketika itu dan akhirnya menjadi satu trend kepada band-band metal yang kemudian darinya.


Versi reissue ini dikeluarkan dalam 2 versi. Seperti pembelian sebelumnya, memang tak mampulah untuk membeli versi yang ada bonus single 7 inchi. Dapat versi biasa seperti yang ini pun dah cukup bagus dah. Dari segi packaging dan sound memang tak ada apa yang nak dikomplenkan.

Album ini sangatlah dicadangkan jika muzik kegemaran anda adalah di dalam lingkungan  heavy metal, power metal atau pun progressif metal opera dengan melodi dan solo-solo gitar yang membunuh.

Antara lagu yang tak jemu dengar dari album ini adalah "Strange Wings". Ianya adalah antara lagu yang sering saya selitkan dalam setlist kompilasi cd, mp3 mahupun playlist dalam spotify lagu-lagu kegemaran.


Tak pernah pula terjumpa versi kaset untuk dijadikan entri gila format. Ianya adalah album yang ke 4 saya dengar dari mereka selepas Gutter Ballet (1989), Edge Of Thorns (1993) dan Handful of Rain (1994). Maklumlah zaman sebelum internet yang hanya mengharapkan kedai kaset dan rakan-rakan.

# Lp reissue seterusnya yang sudah pun dimiliki adalah Gutter Ballet dan Streets: A Rock Opera (akan ada entri untuknya nanti. Yang berikutnya pula adalah Edge of Thorns dan Handful of Rain. Akan terbit pada 15hb Julai nanti. #hatigembirapoketmenangis.


Friday, February 4, 2022

Fight for the Rock

 Antara siri lp reissue yang ditunggu-tunggu...

Savatage - Fight for the Rock (1986)

Album yang ke 4 dari siri keluaran semula kesemua album Savatage dalam bentuk piring hitam. 

Album yang paling kurang digemari baik oleh peminat mahupun band member sendiri. Menurut Jon Oliva, ianya sebuah album untuk memenuhi kehendak syarikat rakaman demi kelangsungan hidup mereka pada ketika itu.

Ianya terlalu pop bagi jenama Savatage. Tetapi kalau anda adalah seorang peminat genre hard rock mungkin ianya bukanlah satu masalah besar. 

Setelah 4 keping lp yang dibeli (semuanya ambil versi yang murah), saya rasakan syarikat yang menerbitkan keluaran semula ini telah melakukan kerja mereka dengan baik. Packaging cantik. Inlaynya pun berbaloi dengan harga. Tiada juga komplen dari segi sound. Memang puashati. Kalau beli versi mahal yang ada EP 10 inchi tentu lebih menarik. Tetapi dengan nilai mata wang Ringgit yang semakin merundum...memang tak mampu la...

Tak sabar menunggu untuk lp yang seterusnya... Hall of the Mountain King yang akan keluar pada 11hb Feb nanti.

#hatigembirapoketmenangis


 


Tuesday, December 14, 2021

The Power Of The Night

 Merujuk kepada entri tentang lp reissue Savatage >SINI<


Savatage - Power Of The Night (2021 - 180g Extensive Liner Notes Mastered for Vinyl)

Piring hitam yang ketiga dari siri lp reissue setiap album Savatage. Terbit pada 5hb November yang lalu. Ada 2 versi. Yang saya beli adalah versi biasa. Satu lagi versi adalah versi pop-up tangan penumbuk kat belah dalam sleeve dengan piringnya berwarna crystal clear. Tapi biasalah harganya pun pop-up juga...haha... Dapat versi biasa pun jadilah.


Ini adalah album penuh kedua Savatage yang diterbitkan pada tahun 1985. Ketika ini mereka masih sepenuhnya berkonsepkan heavy metal sebelum berubah kepada yang lebih progressif di kemudian harinya. Sebagai seorang peminat mereka, saya tidak mempunyai apa-apa masalah walau apa pun konsep album mereka. Criss Oliva seperti biasa tidak pernah menghampakan dengan kerja-kerja gitar hebat beliau. 

Tak sabar pula untuk reissue yang seterusnya (Fight For The Rock - 17hb Disember 2021)

Wednesday, November 3, 2021

Sirens & The Dungeons Are Calling Pt 2

 Merujuk kepada entri >SINI<

Savatage - Sirens & The Dungeons Are Calling (2021 - 180g Extensive Liner Notes Mastered for Vinyl)

Seperti yang diceritakan sebelum ini, kedua-dua lp reissue ini telah pun selamat sampai pada awal bulan September yang lalu.

Tak perlu cerita pasal album dan lagu-lagunya. Yang selalu masuk ke sini pasti tahu yang saya adalah peminat kipas susah nak mati Savatage. Hari ini cuma nak berkongsi sekeping dua gambar.

Tetapi yang pastinya saya cukup berpuashati dengan keluaran semula ini. Dari segi packaging, sound semuanya memang tip-top. Tak sabar menunggu keluaran reissue album-album yang seterusnya....

*next - Power Of The Night (05/11/2021)

#hatigembirapoketmenangis


Wednesday, July 21, 2021

Sirens & The Dungeons Are Calling

 Salah satu band kegemaran...

Savatage - Sirens & The Dungeons Are Calling (remastered 2010 version)

Sirens dan The Dungeons Are Calling sebenarnya adalah lagu-lagu yang sepatutnya dimuatkan ke dalam album pertama Savatage. Tetapi disebabkan pada ketika itu (1983 - tahun yang album masih dikeluarkan dalam bentuk piring hitam) tak muat untuk di letakkan dalam sekeping pirang hitam, maka ianya dipecahkan kepada dua, Sirens (LP) dan The Dungeons Are Calling (EP) yang jaraknya lebih kurang setahun.

Saya tidak mempunyai apa2 versi fizikal untuk kedua-dua tajuk tersebut. Tetapi saya ada versi remastered tahun 2010 yang mana kedua-duanya digabungkan dalam satu cd dengan gambar cover yang baru. Seperti apa yang dikatakan oleh Jon Oliva di dalam inlay cd, rakaman untuk kedua-duanya adalah dari satu seisi rakaman yang sama. Ini adalah kali pertama ianya digabungkan dalam satu album seperti apa yang sepatutnya.

Agak sukar untuk mendapatkan versi asal kaset, cd mahupun lp untuk kedua-duanya. Kalau terjumpa di ebay atau discog pun harganya memang harga kayangan. Tetapi baru-baru ini atas permintaan ramai, mereka telah bersetuju untuk mengeluarkan semula kesemua album studio mereka dalam bentuk piring hitam. Bermula dari 20hb Ogos, Sirens dan The Dungeons Are Calling akan dikeluarkan serentak dan kemudiannya akan diikuti kesemuanya sehingga ke album terakhir, Poets and Madmen (2001).

Ianya memang berita gembira untuk kipas susah nak mati mereka seperti saya.... peluang yang tak boleh nak dilepaskan... tapi itulah....dengan album baru Iron Maiden lagi...iskhh...hati gembira poket menangis...


Sunday, December 13, 2020

Fallen

Projek terbaru Zak Stevens (Savatage / Trans-Siberian Orchestra)...

 Archon Angel - Fallen (2020)

Dah lama tak dengar cerita pasal Zak Steven. Kali terakhir ketika beliau bersama  Circle II Cirle (Reign of Darkness - 2015). Kini beliau kembali bersama projek terbaru yang di beri nama Archon Angel bersama gitaris, Aldo Lonobile dari Secret Sphere. Jujurnya tak pernah tahu pun pasal Secret Sphere. Membeli cd ini kerana tertarik dengan promo yang mengatakan ini adalah sambungan kepada Savatage. Maklumlah sebagai peminat Savatage, apa-apa yang ada kaitan dengan Savatage memang teringin nak dengar.


Selepas 5 kali ulang dengar, tak rasa pun macam Savatage. Mana mungkin nak jadi Savatage tanpa adik beradik Oliva mahupun Paul O'Neill. Tetapi perlu diakui ada beberapa lagu yang mempunyai sedikit citarasa Savatage. "Fallen" dan "Serpent" contohnya yang cuba ke arah Edge of Thorns. Tambah pula dengar suara Zak Stevens yang tak banyak berubah. 

Tak ada yang salah tentang album ini. Mungkin ianya bukan Savatage. Tetapi ia masih sebuah album melodic metal yang bagus. Memang sedap. Produksi dan sound pun bagus. Tetapi tiada lagu yang betul-betul menangkap. Dengar. Sedap. Lepas tu lupa. 



Saturday, October 20, 2018

Savatage

Sempena posting berkenaan discography dan 25 tahun pemergian Criss Oliva....


Tak banyak band yang dapat cukup discography mereka. Tetapi Savatage adalah salah satu darinya. Memang kumpulan kegemaran pun. Setakat ni memang lebih kepada mengumpul studio album. Tetapi berjaya juga dapat 2 cd live (sememangnya officially ada 2) dan 2 album kompilasi (officially ada 5).

Cukuplah setakat itu. Mereka pun tak ada cerita nak reunion. Kalau nak cari pun mungkin cd Return to Wacken (2015). 

Akhir sekali...untuk salah seorang gitar hero saya...thanks for the music Criss.


a tribute to my guitar hero

I'll be right there. I'll never leave. All i ask is believe

Criss Oliva (Apr 3, 1963 - Oct 17, 1993)






Monday, December 4, 2017

The Wake of Magellan

Yang dah 20 tahun pada 15 September yang lalu...


Savatage - The Wake of Magellan (1997)

Terlepas nak buat entri ni pada bulan September yang lepas. Makin lama rasa makin malas untuk menulis. Tetapi disebabkan ini adalah album Savatage dan saya adalah "kipas susah nak mati" mereka, maka ulang tahun ke 20 The Wake of Magellan ini memang wajib untuk ditulis. Mungkin dengan secara ringkas. Nak lebih mendalam, sila google...heheh...

Savatage di penghujung hayat mereka telah menghasilkan 3 konsep album yang boleh dipanggil sebagai masterpiece. Tetapi ianya tertakluk kepada selera anda juga. Jika anda bukannya jenis yang suka duduk berejam menghayati lirik dari satu lagu ke satu lagu yang lain. Jenis album sebegini sememangnya tidak sesuai untuk anda. Tetapi jika anda sukakan muzik metal yang progressif, symphonic dengan unsur-unsur opera, mungkin juga ianya boleh masuk kepala anda. Tetapi jika tidak...tak payah la buang masa dengar. Anda sememangnya tak akan faham.

Ini adalah yang kedua terakhir dari mereka. Projek Trans-Siberian Orchestra lebih buat duit. Sedih tapi benar. Tetapi itulah hakikatnya. Jon Oliva lebih berminat ke arah itu. Tetapi tiada siapa yang boleh menyangkal kehebatan Jon Oliva bersama penerbit Paul O'Neil dalam menghasilkan sebuah konsep album yang lagu-lagunya begitu "ngam" dengan jalan ceritanya. Bak kata orang kampung saya "fit together nicely".


Ini juga adalah album terakhir Zak Stevens menyanyi untuk mereka. Walaupun ada peminat lama yang sukakan vokal Jon Oliva, tetapi untuk saya Zak telah melakukan yang terbaik sejak Edge of Thorns. Mungkin Jon juga beranggapan begitu kerana Zak masih tetap bersama dalam projek TSO. Saya juga meminati band beliau selepas Savatage, Circle II Circle.

Kesimpulannya lagu sedap. Kerja gitar Chris Caffery dan Al Pitrelli menyebabkan kita boleh menerima kenyataan yang Savatage masih boleh bernyawa selepas kematian Criss Oliva. Kalau tak bagus takkan lah Al Pitrelli dapat kerja dengan Megadeth.

Fantastic album!



Friday, September 29, 2017

Hall of the Mountain King

Ulangtahun ke 30 pada 28hb Sep yang lalu...



Savatage - Hall of the Mountain King (1987)

Penulis adalah peminat Savatage. Dah tentu tentu akan bias. Pastinya akan menulis yang baik-baik sahaja. Maka adalah lebih baik kalau anda dengar dan nilai sendiri. Selera kita tak semestinya sama.

Oleh kerana itu entri kali ini akan cuba ditulis dengan ringkas. Yang pentingnya untuk semua tahu, Hall Of The Mountain King adalah permulaan untuk Savatage menjadi sebuah band yang lebih progressif.

Selepas 2 album awal yang berkonsepkan heavy metal yang biasa - biasa dan sebuah album hard rock komersial. Mereka mula menemui arah tuju muzik mereka yang sebenar. Memasukkan elemen klasikal dan opera menjadikan mereka antara band terawal yang membawakan konsep sebegini.


Walaupun begitu ianya tidaklah seratus peratus metal opera. Ia hanya sekadar pengenalan ke arah itu. Lagu yang menjadi tajuk album adalah contohnya.

Lagu lain yang menjadi kegemaran seperti contohnya 24 Hrs Ago dan The Price You Pay, masih kuat pengaruh power metal. Manakala sebuah lagi yang menjadi kegemaran penulis, "Strange Wings" pula kedengaran agak pop kerana melodinya yang mudah menangkap tetapi solonya mengingatkan ini adalah metal.

Tak kisahlah apa pun konsepnya tetapi highlight utama Savatage bagi penulis adalah petikan gitar Criss Oliva. Memang hebat!

RIP Criss...





Thursday, June 30, 2016

Fight for the Rock

Hari ini, 30hb Jun maka genaplah 30 tahun usia satu-satunya album berkonsep hard rock komersial dari band kegemaran saya, Savatage...


Savatage - Fight for the Rock (1986)

Ramai peminat tak suka album ni. Termasuk Jon Oliva sendiri. Saya ada terbaca yang mereka setuju untuk merakamkan album ini kerana mereka perlukan duit. Asalnya lagu-lagunya dicipta oleh Jon untuk artis-artis pop rock yang satu label dengan mereka. John Waite contohnya. Tetapi syarikat rakaman mahukan mereka yang merakamnya sendiri. Maklumlah pada ketika itu band band glam metal sedang meletup di pasaran.

Ini sememangnya bukan Savatage yang biasa kita dengar. Majoritinya lagunya lebih pop dan komersial. Tiada kerja gitar berlebihan dari Cris Oliva malah ada juga lagunya lebih menonjolkan bunyian keyboards. Tetapi bagi saya secara peribadinya, jika kita memandangnya dari sudut ianya sebuah album hard rock bukannya siapa Savatage. Mungkin lebih elok kerana lagu-lagunya boleh tahan sedap sebenarnya.


"Fight For The Rock", "The Edge of Midnight", "Hyde" dan  "She's Only Rock 'n Roll" masih lagu-lagu yang heavy walaupun muziknya tak seberat mana. Lagu slow rock, "Out on the Streets"  pun sedap. Walaupun ianya telah dipendekan dan soundnya di"polish"kan berbanding versi asal dari album Sirens (tetapi secara peribadinya saya lebih menyukai versi asal. Lebih raw. Lebih banyak solo gitar)

Selain itu dapat juga mendengar sisi lain vokal Jon. Lagu klasik rock 70an, "Day After Day" contohnya. Agak lain vokal beliau. Walaupun ada kalanya saya rasakan lagu cover dari Badfingers ini tak seseuai dibawakan oleh Savatage. Bunyinya terlampau pop untuk band metal seperti mereka. Tetapi lama-lama dengar rasa syiok pula.

Fight for the Rock bolehlah dikatakan senasib dengan album Cold Lake dari Celtic Frost. Selamanya akan dianggap sebagai album mereka yang terburuk. Tetapi jika anda pegemar muzik hard rock mungkin anda patut mencuba.






Saturday, October 24, 2015

Dead Winter Dead

Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada hari ini, 24hb September.


Savatage - Dead Winter Dead (1995)

Tak perlulah bercerita panjang. Kalau bab Savatage sememangnya saya akan sentiasa menulis yang baik-baik belaka. Maklumlah band kegemaran. Hahaha...

Dead Winter Dead adalah permulaan baru bagi Savatage selepas kematian Criss Oliva. Album sebelumnya, Handful of Rain (1994) lebih merupakan hasil kerja solo Jon Oliva yang dibantu oleh Zachary Stevens dan Alex Skolnick (Testament) sebagai tribute untuk Criss.

Secara ringkasnya.

1- Kali ini barulah anggota yang lain benar-benar turut serta.

2- Namun begitu hanya Johnny Lee Middleton (bass) dan Zachary Stevens (vocal) dari line-up Edge of Thorns (1993) yang masih terlibat.

3- Bagi Chris Caffery (gitar) pula ini adalah pertama kali beliau terlibat dalam proses rakaman walaupun beliau telah menjadi anggota Savatage sejak dari zaman Hall of the Mountain King (1987) lagi. Tetapi dulunya hanya sekadar ahli untuk tour sahaja.

4- Al Pitrelli (Asia, Alice Cooper, Megadeth) di ambil sebagai ahli kumpulan hasil dari usaha pihak syarikat rakaman yang mahukan gitaris nama besar selepas pengunduran Alex Skolnick.

5- Jon Oliva kembali hanya sebagai orang di belakang tabir seperti album Edge of Thorns. Malah gambar beliau pun tiada di cover/inlay album. Walaupunbegitu semua lagu adalah ciptaan beliau, bermain keyboards dan kembali menyanyikan 2 lagu, "I Am" dan "Doesn't Matter Anyway".

6- Ini konsep album yang kedua bagi Savatage selepas Streets : A Rock Opera (1991). Kalau yang pertama berkisarkan seorang rock star. Dead Winter Dead pula menceritakan kisah pemuda Serbia dan gadis Islam Bosnia yang berlatarbelakangkan konflik perang Bosnia yang berlaku pada tahun 1994.


7- Kisahnya lebih menarik dari Streets, tetapi secara peribadinya saya rasakan Dead Winter Dead secara muzikalnya lebih "lembut" berbanding Streets. Mungkin untuk mendapatkan lebih elemen Broadway, maka penggunaan keyboards agak lebih mendominasi.

8- Tapi jangan bimbang. elemen metalnya tetap ada. Lagu-lagu heavy seperti "Starlight" dan "Doesn't Matter Anyway" mengingatkan kita kepada Savatage yang lama. Malah solo-solo Al Pitrelli dalam album ni memang best. Tak pelik lah kenapa Dave Mustaine mempelawa beliau menyertai Megadeth.

9- Dengan Dead Winter Dead, Savatage mengesahkan yang mereka kini lebih selesa dengan genre progressif/power/symphonic metal.

9- Instrumental "Christmas Eve (Sarajevo 12/24)" yang secara tiba-tiba menjadi hits di USA pada musim krismas tahun 1995 (kira macam lagu raya la ni.) menyebabkan timbulnya idea untuk menghasilkan Trans-Siberian Orchestra.

10- Secara jujurnya pendapat saya ini bukanlah album yang terbaik dari mereka. Memang ada momen-momennya. Lagu yang menyentuh perasaan seperti "This Isn't What We Meant" dan "Not What You See" memang berhantu.

11- Secara keseluruhannya memang masih terasa akan kehilangan Criss Oliva. Memang tiada gantinya. Tetapi Jon dan Savatage sentiasa positif untuk terus bergerak kehadapan.

12- Wajib ada jika anda gemarkan genre symphonic metal apatah lagi jika anda pengemar Savatage seperti saya.






Friday, October 9, 2015

Japan Live '94

Yang menyambut ulang tahun ke 20 pada hari ini (9hb Oktober)


Savatage - Japan Live '94 (1995)

Pengikut blog ini pasti tahu yang Savatage adalah band kegemaran saya. Terutamanya bekas gitaris mereka, mendiang Criss Oliva. Salah satu sebab mengapa album ini tidak menjadi salah satu album live kegemaran saya hanyalah semata-matanya kerana tiadanya beliau.


Mungkin saya tidak berlaku adil kepada Alex Skolnick (Testament) yang sedaya upaya menggantikan tempat Criss. Nak buat macamana saya sememangnya "bias". Tetapi sebenarnya kerja gitar Alex Skolnick dalam album ini memang terbaik. Tip top. Memang patut kena puji. Paling saya suka dia tak memandai-mandai menokok tambah atau mengubah suai rif yang asal. Solo yang berbeza sedikit tu biasalah. Sememangnya salah satu sebab kenapa saya sukakan Testament adalah kerana solo-solo anak buah Joe Satriani ini.


Produksi album ini memang tip top. Balance. Clear. Memang syiok dengar. Tambah tambah pula semua lagu pun sedap. Mungkin kalau yang nakkan lagu-lagu era Jon Oliva, akan sedikit kecewa. Tetapi dengan adanya lagu seperti Sirens dan Gutter Ballet dah kira best dah. Yang tak bestnya cuma ianya tidak dinyanyikan sendiri oleh Jon. Walaupun dia ada berduet dengan Zak dalam lagu Gutter Ballet. Tetapi rasa tak puas lah. Selebihnya beliau hanya sekadar bermain keyboards. Mungkin kat situ ada rasa kurang syioknya. Dah biasa dengar suara Jon pada lagu lagu tersebut. Dengar Zak yang nyanyi memang agak lain sedikit.

Tetapi perlu diakui antara highlight album ini pada saya adalah vokal Zachary Stevens. Memang power. Terutamanya bila dia nenyanyikan lagu lagu dari zaman dia. Memang best.

belanja sikit gambar tape video VHS yang masih saya simpan walaupun playernya dah lama rosak. Mungkin generasi hari ini tak pernah tengok tape video ni...Ni pun kira rare ni pasal Japan Live '94 ni sampai sekarang pun masih belum ada official realese dalam betuk dvd mahupun bluray...



Maaflah saya sememangnya akan "bias" bila bercakap pasal Savatage. Dah minat nak buat macamana kan..Sila beli..download...youtube...spotify atau apa sahaja...pasal ini memang barang baik.

Rekomended!






Wednesday, May 20, 2015

Power Of The Night

Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada hari ini (20hb may)


Savatage - Power of the Night (1985)

Siapa pengikut blog ini dari awal pastinya tahu yang saya adalah peminat tegar Savatage. Mereka mungkin bukannya band metal yang popular, rasanya ramai metalhead yang tak tau pun pasal kewujudan mereka. Tetapi bagi saya mereka adalah salah satu yang terbaik.


Power Of the Night adalah album ke 2 mereka. Ianya tidak jauh berbeza dari Sirens/The Dungeons Are Calling. Straight heavy metal 80an. Belum jelas unsur-unsur progressif metal opera yang menjadi trademark mereka di kemudian hari. Yang bezanya produksinya lebih bagus. Sound yang lebih clear. Maklumlah penerbitnya adalah Max Norman. Penerbit Megadeth untuk album Countdown to Extinction (1992), dan Youthanasia (1994). Ini adalah hasil kerja awal beliau selain dari album-album Loudness - Thunder in the East (1985), Lightning Strikes (1986) dan Soldier of Fortune (1989).

Lagu-lagu seperti "Power of the Night" dan "Warriors" adalah antara pure metal anthems. Mereka adalah antara pencetus genre power metal di USA. Tetapi yang pastinya minat saya yang utama kepada Savatage adalah kerana hasil kerja gitar mendiang Criss Oliva. Memang ohsem!




Thursday, December 18, 2014

Doctor Butcher

lagi yang dah pun 20 tahun...


Doctor Butcher - Doctor Butcher (1994 - re release 2005)

Rasanya tak ramai pun tahu band ini. Kecualilah anda pengemar Savatage seperti saya. Ini adalah side projek bagi gitaris jemputan Savatage, Chris Caffery bersama pengasas Savatage, Jon Oliva.

Ianya sedikit berbeza dari muzik Savatage yang biasa. Tiada elemen progressive, theatrical mahupun epic metal. Itu kita boleh jumpa dalam satu lagi side projek Jon Oliva (Trans-Siberian Orchestra). Tetapi Doctor Butcher adalah Savatage yang lama. Zaman Sirens ataupun The Dungeons Are Calling. Straightforward metal album. Malah ianya lebih berat dan lebih aggresive dari muzik Savatage. Mungkin di sinilah tempatnya Jon dan Chris Caffery meluahkan segala perasaan marah mereka selepas kematian Criss Oliva.


Cd saya adalah keluran re release tahun 2005 yang juga mengandungi bonus disc lagu-lagu dari demo mereka yang dirakamkan pada tahun 1996. Memang berbaloi. Sayangnnya mereka tidak lagi meneruskan projek band ini semenjak Jon dan Chris Caffery kembali menyertai Savatage.


Saya tak rasa album ini sesuai untuk semua. Malah bukannya "patut beli" walaupun anda pengemar Savatage. Tetapi jika anda sukakan Savatage yang lama dan anda sukakan straightforward metal. Metal yang berat. Ini mungkin boleh menjadi kegemaran anda.



Friday, May 9, 2014

Handful of Rain

Antara album kegemaran dari 20 tahun yang lalu...


Savatage - Handful of Rain (1994)

Tak ramai yang tahu pasal Savatage. Tapi bagi yang biasa dengan blog ini, pasti tahu yang saya adalah peminat tegar mereka.

Handful of Rain diterbitkan 10 bulan selepas kematian Criss Oliva. Sebenarnya album ini boleh sahaja di panggil sebagai album solo Jon Oliva kerana semua alatan muziknya dimainkan oleh beliau seorang. Menang hebat dia ni. Anggota yang lain seperti Johnny Lee Middleton dan Steve Wacholz tidak terlibat kerana mereka masih berkabung. Mungkin ini satu tribute dari Jon untuk adiknya. Malah bab vokal pun asalnya dinyanyikan oleh Jon. Cuma kemudiannya Zachary Stevens di panggil.

Tambah menarik, atas cadangan syarikat rakaman yang mahukan nama besar, Alex Skolnick (Testament) di jemput untuk menyolo. Seperti yang pernah saya katakan dulu, saya menyukai Testament kerana kerja gitar beliau. Yang bestnya Alex tidak cuba untuk menjadi Criss. Pada saya memang tiada siapa yang boleh menggantikan Criss. Memang bunyi solonya agak berlainan tetapi secara keseluruhannya ianya masih Savatage yang dulu. Mana mungkin jadi lain bila kebanyakan rif dan bahagian rythm gitarnya dimainkan oleh Jon.



Sebuah album yang sedikit emosi tetapi masih mempunyai lagu-lagu rancak yang bagus seperti "Taunting Cobras" dan "Nothing's Going On". Semua lagu pun sedap-sedap.Terdapat juga lagu tribute untuk Criss, "Alone You Breathe". Tetapi yang paling menarik perhatian saya adalah lagu epik ala "Bohemian Rhapsody" yang berjudul "Chance".

Seperti biasa Savatage tidak pernah mengecewakan saya. Selagi Jon masih ada, visi dan legasi Criss dalam Savatage akan terus berkekalan. Sayang line-up bersama Alex Skolnick ni tak bertahan lama. Walaupun begitu sempat juga mereka mengeluarkan rakaman live "Japan Live '94". Ni nanti tahun depan buat entrinya sempana 20 tahun...

Terbaik!!









Thursday, February 20, 2014

Sirens/The Dungeons Are Calling

Last dari draf yang terperuk dari tahun lepas...(yang lain...delete jer la...)

album dan EP yang kalau versi asalnya dah mencapai usia 31 dan 30 tahun


Savatage - Sirens And The Dungeons Are Calling - The Complete Session (2011)

Sebenarnya teringin nak ada cd versi asing-asing antara "Sirens" (1983) dan EP "The Dungeons Are Calling" (1984) terutamanya yang Sirens 2002 Silver Anniversary Edition. Tapi sayangnya agak susah nak dapat dan kalau ada pun harganya mahal dan selalu kalah bid. Dapat cd yang campur kedua-duanya ni pun dah kira ok lah. Siap ada bonus track "In the Dream" (acoustic version).

"Sirens" dan "The Dungeons Are Calling" ni sebenarnya dirakamkan serentak. Asalnya untuk diriliskan dalam satu album. Tetapi memandangkan terlebih lagu...tak muat nak sumbat dalam satu LP. Maka dipecahkan menjadi dua. Satu album dan satu EP. Nak cerita lanjut pasal rakaman album ni boleh baca cerita bergambar yang ditulis oleh Jon Oliva kat bawah.

Click to enlarge
Saya sememangnya peminat tegar Savatage terutamanya zaman rock opera mereka. "Sirens/The Dungeons Are Calling" adalah zaman-zaman innocent mereka. Low budget production. Muziknya gaya heavy metal 80an dengan sound yang raw dan lagu-lagunya pula agak straight forward. Tiada unsur progressif power metal mahupun rock opera yang menjadi trademark mereka di kemudian hari. Tetapi yang nyatanya kehebatan Criss Oliva dah nampak semenjak dari sini. Tak payah la cerita pasal dia. Sudah semestimya saya akan bias. Mendiang sememangnya gitar hero saya...tabik!..



Saya suka kesemua lagu-lagunya terutamanya "Sirens", "Holocaust", "I Believe", "Twisted Little Sister" dan "Out on the Streets" dari album "Sirens" manakala "The Dungeons Are Calling", "By The Grace Of The Witch", "Visions" dan "City Beneath the Surface" dari EP "The Dungeons Are Calling".

Cuma sayangnya saya agak terlambat untuk mendengar album ini. Savatage saya cuma bermula dari zaman opera mereka bermula dari album "Gutter Ballet". Maklumlah zaman tu mana nak jumpa. Takper lah...bak kata orang Ulu Tiram "Better late than never".

Khas untuk mereka yang sukakan sound raw heavy metal 80an. This is heavy metal and it rules!!!

Terbaik!




Friday, April 5, 2013

Edge of Thorns

Album kegemaran yang dah berusia 20 tahun.


Savatage - Edge of Thorns (1993)

Tak pasti dengan orang lain, tapi untuk aku, Edge Of Thorns adalah album pilihan untuk tahun 1993. Disebalik kebanjiran muzik grunge dan alternatif ketika itu, Savatage dengan Edge of Thorns muncul sebagai penyelamat untuk heavy metal terus hidup. Sayangnya mereka sangat underated. Mungkin kematian Criss Oliva di saat album ini menghampiri kejayaan juga antara faktor menyebabkannya jadi begitu.

Pada aku ini album masterpiece. Tak kisah la kalau aku bias ker apa. Sememangnya aku peminat tegar Savatage terutamanya zaman mendiang Criss Oliva. Pertama kali mendengar solo2 hebat dia dalam album Gutter Ballet terus aku jadi minat. Memang gitar hero aku ni. Sayangnya bak kata Iron Maiden, Only The Good Die Young...



Dalam album ni memang banyak solo2 hebat dia. Memang lebih gitar oriented berbanding album sebelumnya. Maklumlah perancangan awalnya ini adalah album solo instrumental beliau selepas Jon menarik diri. Tapi atas pujukan Jon dan kemasukan Zak Stevens yang mepunyai vokal yang amat bersesuai dengan hala tuju Savatage yang baru, beliau bersetuju untuk meneruskan Savatage. Sayangnya ini adalah album terakhir beliau bersama Savatage sebelum kemalangan kereta yang meragut nyawanya. (6 bulan selepas album ini diriliskan).



Aku tak tau nak cakap apa lagi, tulis panjang2 pun tak guna (aku stuck 2 minggu nak cari ayat untuk siapkan entri ni). Senang cerita, semua lagu pun sedap sampai aku tak tau nak pilih mana yang favourite. Ini sememangnya sebuah album heavy/power metal yang wajib beli dan dengar. Gambar kulit albumnya sahaja dah cukup membayangkan isinya yang sempurna. Produksi dan sound pun tip top. Bagi peminat heavy metal atau gitar shredder...Edge of Thorns adalah album yang patut anda cari...

REKOMENDED!