Kaset melayu yang dah 20 tahun.
Nuradee - Tekad (1992)
Rasanya ramai yang tak tau pun keujudan duo kembar dari Singapura ni. Mereka memainkan muzik folk pop kemelayuan ala2 Rausyanfikir. Sebenarnya saya sendiri tidak mempunyai banyak maklumat tentang mereka selain kaset yang saya ada ni (mungkin Deaf tau kot..)
Mereka memang sangat berbakat, lagu2 mereka memang sedap2. Walaupun muziknya pop, bunyi kemelayuannya sangat kuat. Paling saya suka lirik2 puitis mereka. Jarang nak jumpa lirik sebegini sekarang ini. Mereka mengingatkan saya kepada kumpulan Kembara. Dan saya rasa mereka dan Rausyanfikir sepatutnya mendapat pengiktirafan yang lebih kerena memperjuangkan muzik yang begini. Sayangnya tidak...mungkin kerana mereka berasal dari Singapura...
Saya mula dikenalkan dengan muzik mereka pada tahun 1994 atau 1995 oleh seorang rakan sepejabat yang juga mengenalkan saya kepada Rausyanfikir dan Eagles. Hampir setiap hari ketika keluar bersarapan di dendangkan dengan muzik mereka di dalam kereta membuatkan akhirnya saya sendiri menjadi suka dan membeli kasetnya.
Tambah2 menarik bila saya dapati gitar hero zaman sekolah saya Hillary Ang yang memainkan gitar untuk album ni. Akhirnya kaset ini menjadi salah salah satu kaset favourite saya ketika itu terutamanya ketika memandu untuk ke tempat kerja.
**dengan khabarnya kedua kembar ni sudah menjadi usahawan...ada kedai makan di Bussorah Street...tak pasti samada mereka masih aktif bermain muzik.