Salah satu calon album pilihan untuk tahun 2022...
Megadeth - The Sick, the Dying... and the Dead! [2022]
Semakin berusia semakin kurang teruja untuk mendengar lagu-lagu baru walaupun ianya datang dari band/penyanyi yang kita gemar dari zaman budak-budak. Mungkin otak semakin malas untuk memproses.
Sebab lainnya adalah kekangan masa. Kita bukan lagi seorang remaja yang boleh menghabiskan masa berjam-jam membelek inlay dan lirik. Mendengar muzik bagi orang tua (haha..) adalah sekadar latar belakang ketika melakukan sesuatu kerja yang lain.
Yang betul-betul dapat menghayati muzik hanyalah pada cuti hujung minggu atau ketika terperangkap dalam kesesakan jalanraya. Mungkin ianya adalah antara faktor utama mengapa agak sukar untuk menghayati lagu-lagu baru kecuali jika ianya benar-benar lagu yang tersangat catchy.
Begitulah yang terjadi kepada saya untuk album terbaru dari Megadeth. Jangan salah faham. Saya tak kata album ini tidak bagus. Banyak lagu-lagunya yang bagus dan sedap. Ianya campuran Megadeth yang baru dan lama. Jika anda sukakan album sebelumnya, pastinya album ini bukan satu masalah. Mustaine masih belum kering idea. Solo-solo Kiko pun hebat. Tetapi saya yang bermasalah untuk mengingati lagu-lagunya. Dengar...memang sedap...tetapi kurang melekat.
Lagu-lagu yang kurang keras atau dianggap sebagai cheesy seperti "Mission to Mars" dan "Celebutante" adalah lebih mudah hadam. Mungkin juga kerana faktor usia. Malah lagu cover Sammy Hagar, "This Planet's on Fire" adalah antara yang paling cepat diingati. Tak pasal-pasal pula terpaksa membeli cd cetakan Russia semata-mata kerana lagu tersebut tiada dalam versi original yang asal.
Atas versi original EU press. Bawah versi Russia dengan 3 lagu bonus yang mana satu darinya (The Conjuring Live) adalah hanya untuk versi digital
Sesuatu yang mengembalikan nostalgia kepada saya adalah tajuk albumnya. Pengunaan tiga titik pada tajuknya seolah-olah satu tribute kepada 3 album terawal mereka yang kali terakhir digunakan adalah pada album "So Far, So Good... So What!" pada tahun 1988.
Secara keseluruhannya ianya adalah sebuah album yang bagus. Tetapi bukanlah yang terbaik. Megadeth sememangnya masih berbisa. Jika sekiranya ini adalah album terakhir dari mereka, maka ianya bolehlah dikatakan sebagai penutup yang boleh dibangakan.
Sesi ulangkaji sempena menunggu ketibaan album baru Megadeth yang akan terbit pada 2hb September nanti...
Megadeth - Dystopia (2016)
Lama tak dengar. Kali terakhirnya ketika persediaan menghadiri konsert Megadeth live in Malaysia (2017). Kalau ada pun yang sekali sekala dengar adalah The Threat Is Real dan Dystopia. Itupun sekadar youtube ataupun spotify. Malas rasanya nak mengembur rak.
Biasalah… sesedap mana pun album-album terkini, balik-balik album lama juga yang dicari. Betul tak?
Dari apa yang didengar sekarang berbanding 5 tahun yang lalu, rasanya tak banyak perubahan dari segi penerimaan. Ianya sebuah album thrash yang bagus. Ianya teknikal tetapi dalam masa yang sama agak melodic. Solo gitar Kiko Loureiro lebih berjiwa. Sedikit sebanyak mengingatkan saya kepada Marty Friedman atau mungkin Chris Poland.
Namun begitu saya akan cuba untuk mendengar semula album-album zaman Chris Broderick dan Glen Drover sebagai perbandingan. Ada masanya suasana, ketika, emosi dan usia juga mmainkan peranan.
Lama dah album ini berjaya di"gila format"kan. Tetapi asyik terlupa untuk membuat entri untuknya. Ianya mengembalikan kenangan ketika menuntut di ITM Segamat. Tak ingat dah dimana kasetnya di beli. Mungkin di Komtar, JB. Beli ketika album ini baru di keluarkan. Hebatnya promosi album ini dulu siap keluar iklannya di surat khabar.
Versi cd pula di beli di Tower Records KL Plaza. Mungkin sekitar tahun 1997. Ketika itu bekerja di KL. Versi remix/remaster pula adalah dari zaman e-bay free postage dari e-stock. Tak pasti tahun bila. Mungkin dalam 10 tahun yang lalu. Tapi cd yang lagi satu tu ntah tak ingat dah dari mana datangnya...haha..
Versi piring hitam pula di beli di Spin City Records, Skudai pada tahun 2016. Ada buat ceritanya dulu. Sayangnya kedai piring hitam ini lama dah tutup. Cuma sempat singgah sekali. Memang susah la kedai sebegini nak terus hidup.
Begitulah lebih kurang ceritanya. Mana-mana album kegemaran dan ada kenangan memang susah lah untuk menahan nafsu dari ber"gila format".
MTV's Beavis And Butt-Head - The Beavis and Butt-Head Experience (1993)
Kadang-kadang ada satu lagu atau album yang mengingatkan kita kepada seseorang atau keadaan yang tertentu. Entah kenapa album (kaset) ini mengingatkan saya kepada kereta saya yang pertama. Ianya kereta 2nd hand Toyota Corolla 1.6GL 1987 putih dengan plat no. JAY1017.
Gambar hasil Google
Ianya dibeli pada penghujung tahun 1993. Ketika itu saya baru mendapat jawatan tetap yang stabil dengan salah satu anak syarikat milik kerajaan negeri Johor. Duit mukanya ditanggung oleh Abah. Maklumlah baru berkerja. Mana nak ada duit simpanan. Keluarga kami tidak mempunyai kereta. Orang Felda lah katakan. Disebabkan saya tinggal bersama kelurga, makanya ianya juga menjadi kenderaan rasmi untuk kami sekeluarga. Salah satu sebab yang lainya, abah tak mahu saya menjadi mat rempit kalau membeli motor...hahaha..
Duit gaji ketika itu RM1,200.00. Ansuran keretanya mungkin kalau tak silap dalam sekitar RM360 hingga ke RM410. Dah tak boleh nak ingat dah. Nasib juga tiada sewa rumah. Sesak nafas jugaklah nak tunggu hujung bulan bila baki duitnya di jolly sakan dengan membeli kaset, tengok wayang dan belanja aweks...hahaha..
The Beavis and Butt-Head Experience (kaset) ini dibeli sekitar penghujung 1993. Zaman yang tengah kemaruk nak pegang stering. "99 Ways To Die" dari Megadeth adalah antara lagu yang di ulang -ulang dengar ketika memandu pada waktu itu. Cher dengan lagu "I Got You Babe" juga menjadi memori pada waktu.
Entah tak ingat sangat lagu yang lainnya. Anthrax dengan cover Beastie Boys, "Looking Down the Barrel of a Gun" pada saya agak membosankan. Sekali dua buat lagu rap memang ok. Tetapi bila dah 3 kali jadi menyampah pula. Satu lagi lagu yang menarik dari album ini adalah Aerosmith - "Deuces Are Wild".
Akhirnya selepas 27 tahun dan 4 kereta yang berikutnya berjaya juga mememilikinya dalam bentuk cd. tak pernah tengok pun siri kartun Beavis and Butt-Head ni di tv. Memang tak akan masuk tv Malaysia pun cerita yang macam ni. Tv Singapura pun tak ada. Tetapi soundtrack nya memang agak popular juga pada ketika itu.
Terjebak juga dengan #9albumsthatchangedmylife di instagram...ni semua Eddie punya pasal...hahaha...
*ianya disusun mengikut turutan tahun....tahun dikeluarkan dan tahun ianya didengar...dan ia juga bukanlah album kegemaran utama saya untuk sesuatu band. Contohnya untuk Iron Maiden semestinya kegemaran saya adalah Somewhere in Time. Tetapi senarai ini lebih kepada album yang memberi kesan dan pengaruh kepada selera muzik saya...dan ianya sememangnya sukar untuk hanya memilih 9...kalau 10, pastinya ada album Poison - Look What the Cat Dragged In (1986) tersenarai...hey! Hair Metal Rules!!! ok...
1 - Scorpions - Blackout (1982) Album yang membuatkan saya sedar yang muzik adalah minat, hobi dan passion yang utama...bukannya main tembak-tembak, mandi paya dan menyauk ikan...haha...entah mengapa bunyi gitar dari album ini benar-benar memikat hati.
2 - Duran Duran - Seven And The Ragged Tiger (1983) Seperti kanak kanak lain yang membesar di era 80an, siapalah yang tidak terjebak dengan Duran Duran dan lain-lain angkatan artis new wave/new romantic yang cukup popular di zaman itu....kira mcam Kpop untuk budak-budak zaman sekarang 😀
3 - Bryan Adams - Reckless (1984) Walaupun kemaruk dengan pop, satu yang saya perasan saya lebih cenderung kepada lagu-lagu yang berasaskan gitar. Reckless membuka jalan untuk saya lebih cenderung kepada muzik rock. Akhirnya saya faham kenapa saya terjebak dengan Blackout sebelum ini.
4 - Iron Maiden - Powerslave (1984) Pertama kali dengar lagu 2 Minute to Midnight dalam satu kaset kompilasi, terus rasa terpikat. Rasanya inilah genre muzik yang saya cari-cari. Tambahan pula pada ketika itu secara kebetulannya, album rock/heavy metal melayu yang pertama, Search- Cinta Buatan Malaysia diterbitkan. Koyak poster Duran Duran, koyak poster Spandau Ballet...kini bilik saya penuh pula dengan poster Iron Maiden, Motley Crue, Dio dan lain-lain...and the rest is history...
5 - Yngwie J. Malmsteen' s Rising Force - Marching Out (1985) - Zaman kemaruk dengan heavy metal. Malmsteen adalah antara pengaruh saya untuk memiliki kumpulan sendiri dan menjadi gitar hero. Malangnya saya tangan bangku. Pernah juga bermain bass bersama rakan-rakan dalam satu kumpulan di sekolah. Pergi jamming tiap-tiap minggu adalah pencapaian tertinggi saya sebagai pemuzik. Memang tak berbakat. Jadilah tukar dengar sahaja sehingga kini...
6 - Megadeth - Peace Sells... but Who's Buying (1986) Pertama kali dengar baru tahu ada lagu lain yang lebih berat, lebih laju dari Iron Maiden. Ini adalah permulaan untuk saya mula terjebak dengan muzik yang lebih ekstrem.
7 - Metallica - Master of Puppets (1986) Satu perkataan Wow!!!!..... selepas inilah baru kenal apa itu thrash metal dan ianya adalah genre muzik yang saya minat sehingga sekarang.
8 - Helloween - Keeper Of The Seven Keys Pt 11 (1988) Mereka dan Manowar membuka saya kepada satu lagi genre metal yang saya minati. Selain thrash, saya jugak agak kemaruk dengan genre Power metal. Kena sebut juga, Savatage adalah salah satu darinya (maklumlah kipas susah nak mati😀)
9 - Sepultura - Beneath The Remains (1989) Ini adalah album yang membuatkan saya mula terjebak dengan extreme metal. Mula terpengaruh dengan death metal walaupun Sepultura mungkin bukan death metal tetapi ianya membuka jalan untuk saya mengenali band-band seperti Morbid Angel, Death, Obituary dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Zaman remaja yang mana apa yang bukan extreme adalah poseur...hahaha...
Klasik thrash yang dah pun 30 tahun usianya pada 19hb Januari....
Megadeth - So Far, So Good... So What! (1988)
Kalau ingatan saya tak salah (maklumlah dah 30 tahun), kaset So Far, So Good... So What! ini di beli pada tahun ianya di keluarkan iaitu pada tahun 1988. Ketika itu kedai kaset di pekan Ulu Tiram ada menjual dua kaset original Megadeth. Satu lagi adalah Peace Sells... but Who's Buying?. Disebabkan kekangan kewangan seorang budak sekolah yang duit belanja sekolahnya cuma 50sen sehari, maka saya memilih untuk membeli kaset Peace Sells... but Who's Buying? kerana lagu "Peace Sells" ada di dalam pita video VHS Kerrang Kompilation yang saya tonton.
Zaman tak ada google, saya sebenarnya tak pasti yang mana satu album baru. Istilah thrash pun tak pernah dengar lagi. Mengumpul lagi duit belanja sekolah RM11 kemudiannya, (zaman tu kaset ori orang putih adalah RM11) barulah berjaya membeli kaset ini. Kalau tak silap, 2 kaset Megadeth inilah kaset pertama original orang putih saya. Sebelum itu kebanyakannya adalah versi Apache.
2 lagu yang mula-mula buat terikat hati adalah Mary Jane dan In My Darkest Hour. Kemudiannya jatuh cinta pula dengan lagu pertama Abang Mus cipta selepas ditendang dari Metallica, Set The World Afire....dan akhirnya bak kata orang kampung, the rest is history....
Walaupun mungkin dari segi ranking album kegemaran Megadeth, ianya jatuh di no 4 selepas Rust in Peace, Countdown to Extinction dan Peace Sells... but Who's Buying?...tetapi ianya sentiasa ada "soft spot" di dalam hati. Memang Power!
Tapi kalau nak lagi power, cuba cari versi remasters 2004. Soundnya jauh berbeza. Lebih kuat, lebih besar, lebih bersih, lebih umphhh! Tapi biasalah la...tak semua orang boleh terima. Kerana bukan setakat sound yang berbeza, malah ada bahagian-bahagian lagunya juga jadi berbeza. Ianya seperti mendengar versi yang berlainan. Apa taknya.. Rasa pelik pulak dengar ada bunyi trumpet di intro lagu "Into The Lungs Of Hell"...hahaha..
Mungkin bagi yang baru ni dengar tak ada rasa apa pun. Tapi untuk yang dah 30 tahun dan ntah berapa ratus kali dengar, memang rasa janggal. Ikut nostalgia dah sebab dah terbiasa, memang sedap versi asal 1988. Tetapi untuk kepuasan berdentum dengar, memang pilih versi 2004. Terpulang lah masing-masing punya selera.
Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada hari ini, 17hb Jun...
Megadeth - Cryptic Writings (1997)
Dulu tak suka pun album ni. Rasa macam pop sangat. Selepas tu memang pencen dengar Megadeth.
Tetapi selepas album The System Has Failed (2004), mula menjejaki semula Cryptic Writings. Mula dengar betul-betul. Peningkatan usia membuatkan fikiran lebih matang dan terbuka. Sekarang baru paham apa yang cuba dilakukan oleh Dave Mustaine. Mereka masih metal tetapi dengan cara yang lebih mudah diterima oleh golongan biasa. Lagu-lagunya lebih mudah. Melodic dengan singalong chorus.
Pernah terbaca yang beliau cuba untuk lebih menyanyi. Maklumlah nyanyian bukanlah kekuatan utama beliau. Untuk itu beliau mengurangkan bahagian gitar. Maka tak hairanlan album ini tidaklah seteknikal seperti album-album sebelumnya.
Masih ada lagu yang thrash dan laju. "The Disintegrators" dan "FFF" adalah trademark biasa Megadeth. Manakala "She-Wolf" adalah antara hasil kerja gitar terbaik Marty Friedman. Sedap solo lagu ni. Tak hairanlah ianya menjadi salah satu lagu wajib untuk konsert mereka sekarang.
Banyak lagi lagu sedap, "Trust", "Almost Honest", "I'll Get Even". Faktor umur sememangnya memainkan peranan. Lagu metal yang lebih santai begini (bukan yang meleweh yer..) mungkin memang sesuai untuk golongan yang lebih berusia.
Dulu tak suka...tapi sekarang memang suka...tapi kalau black album, load, reload....memang dah tua-tua pun tetap tak suka...hahaha...
Demam Megadeth belum kebah. Yang menyambut ulangtahun ke 10 pada hari ini, 15hb Mei.
Megadeth - United Abominations (2007)
Ini adalah album yang mengembalikan kepercayaan saya kepada Dave Mustaine. Lagu-lagunya lebih menarik, sedap dan lebih konsisten berbanding album sebelumnya, The System Has Failed (2004). Mungkin ramai juga yang bersetuju dengan saya kalau tak, takkanlah album ini berjaya menduduki tangga ke 8 dalam carta Billboard 200.
Lineup serba baru. Saya suka bila Abang Mus mengambil ahli baru yang sebenar bukan lagi sekadar pemuzik jemputan. Glen Drover adalah pilihan yang bijak. Sesiapa yang pernah bermain dengan King Diamond pastinya mempunyai solo solo shred yang hebat.
Paling menarik dan agak kurang percaya bila James LoMenzo menyertai Megadeth. Saya adalah pengemar White Lion. Memang rasa janggal awalnya kerana perbezaan genre yang agak ketara. Tetapi beliau sememangnya pemain bass yang hebat. Bahkan dalam buku biography Mustaine, beliau menyatakan kalau bukan kerana Junior yang beriya-iya nak kembali. James LoMenzo pastinya akan kekal dalam Megadeth.
Antara lagu yang menjadi pilihan sudah semestinya 'Sleepwalker' dan 'Washington Is Next!'. Tetapi yang menjadi perhatian sudah semestinya rakaman semula 'A Tout Le Monde'. Mungkin juga kerana nak dengar suara Cristina Scabbia (Lacuna Coil) atau sahaja untuk perbandingan kerja gitar antara Glen Drover dan versi asal Marty Friedman.
Yang terakhir selepas semua gang-gang bloger dah buat entri dah...cerita dah nak basi...makanya cuba untuk serengkas yang boleh...tapi nampak gayanya macam tak boleh...haha...
Dreams do come true. Mungkin itu yang boleh di katakan bila dapat melihat Dave Mustaine depan mata. Selepas kali pertama mendengar kaset dubbing "Killing is my business..." kira-kira 30 tahun yang lalu, Megadeth sememangnya salah satu band kegemaran. Tak pernah terpikir yang satu hari nanti ianya akan menjadi kenyataan.
Cuba menulis secara ringkas tentang hari kejadian. Maaf jika ianya menjadi panjang. Keterujaan kadang-kadang sukar di kawal. Ala...bukan selalu dapat tengok Abang Mus depan mata. Maaf juga tak banyak gambar terutamanya kejadian sebelum dan selepas. Keterujaan sekali lagi menjadi punca terlupa untuk mengambil gambar.
Sempat study last minute malam sebelumnya
- Bertolak dari Jb dalam pukul 3 lebih. Ditemani sahabat dari zaman IPTA. Ada sejarah antara kami dan Megadeth. Kaset Youthanasia antara punca kami menjadi rapat.
- Takut sesak dan masalah letak kereta, kami memilih Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sebagai destinasi. Lebih kurang 6.30 petang sampai. Cepat juga walaupun pemanduan cukup berhemah dan bukanlah secara F1. Kali pertama menjejakkan kaki rasa kagum juga. Hebat. Jauh bezanya dari Puduraya yang berbau asap. Rasa macam kat lapangan terbang pun iyer juga.
TBS
- Petanda pertama yang kami benar-benar dah hampir ke konsert Megadeth bila di sapa oleh 2 orang pemuda berseragam hitam yang baru tiba dari Kedah ketika menunggu lrt. Brotherhood dalam metal memang ada di mana-mana. Cinta Stesen Bandar Tasik Selatan menemukan peminat Megadeth dari utara dan selatan.
- Bertahun dah tak naik lrt. Baru tahu rupa-rupanya lrt menggunakan token berbentuk duit syiling. Rasa macam nak main game pula. Terkial-kial juga kerana awalnya tak tahu macam mana nak guna..haha...
- Sampai stesen Hang Tuah ngam-ngam azan maghrib. Awal juga dah sampai. Suasana sepanjang jalan ke Stadium Negara dah nampak kemeriahannya. Seragam hitam di mana-mana. Suasana seperti pasar malam pun iyer juga cumanya tak adalah nampak gerai jual apam balik...hahaha.. Semuanya barangan bootleg Megadeth terutamanya t-shirt.
Rock n roll blogger hensem tersohor Malaysia
- Di perkarangan stadium dah dapat kenal 2 susuk tubuh yang berdiri di lereng bukit. Seorang tu pernah jumpa 6 tahun yang lalu ketika Iron Maiden di Singapura. Yang seorang lagi tu king vinyl, king nasi kandaq, king dunia permotoran dan merangkap king akuarium tersohor dari Penang. Terimakasih Ijau dan Mus Speedrider yang sudi teman aku sepanjang konsert hingga waktu balik di stesen Hang Tuah.
- Menjenguk juga gerai barangan official. Sayangnya t-shirt official dah sold out. Tak banyak barang yang tinggal. Sapu tangan pun harganya dah seventeen seventy. Hanya mampu tengok la jawapnya. Padanlah beli lp Wings Belenggu Irama pun dia bagi saputangan...mungkin yang itu pun harganya seventeen seventy...haha..
Security check point...ingat nak ambil gambar awek blonde tu...sekali dia berpaling la pulak...haha
- Kawalan keselamatan memang agak ketat. Rokok pun tak lepas bawak masuk. Krew penganjur majoritinya bangsa cina. Yang dah tua-tua tahap uncle pun ramai. Cuba juga pujuk satu uncle tu nak minta tag krew dia. Cantik. Ntah dia tahu megadeth ntah kan tidak. Malangnya gagal..tak dibaginya...
- Stadium negara adalah sangat sesuai untuk venue yang bukan berskala besar. Ini Megadeth. Hanya mat metal yang turun. Yang acah-acah sudah tentu pilih Metallica...heheh.. Sudah tentu saiz yang sebegini sudah mencukupi. Walaupun setakat tiket pprt tetapi jaraknya tidaklah jauh sangat. Cumanya bila di belah tepi, screen besar di belakang agak terlindung. Dan satu lagi tempat duduknya batu...adoi...sakit pungkoq...
Deth Pitt sebelum kejadian bermula
- Tak menumpukan sangat dengan band pembukaan, Massacre Conspiracy. Mereka agak bagus tetapi acuan death metal alaf baru mereka mungkin agak kurang sesuai dengan crowd thrash tua lebih dewasa seperti saya. Apa-apa pun cekidout mereka di >SINI<. Sokonglah bakat tempatan.
- Lambat juga menunggu stage set up untuk Megadeth. Di hiburkan dengan putaran lagu rock pelbagai termasuklah Accept, ACDC, Motorhead tetapi bila lagu Wasted Years berkumandang...arghhh..terbayang pulak kalau lah kat atas stage tu adalah Iron Maiden....
Hangar 18...macam tak percaya jer ada depan mata
- Megadeth keluar tepat jam 9.05 malam. Crowd bersorak. Deth Pitt mengila. Penulis pula hanya terpaku. Masih macam tak percaya apa yang berlaku kat depan mata.
- Biarlah kalau kata bias ker apa....komplen perihal suara Mustaine...komplen key direndahkan...tapi faham tak korang berapa umur Abang Mus? Berapa jarak hari antara konsert sebelumnya? Berapa ramai orang yang boleh menyanyi sambil menyolo dengan baik? Megadeth dari awalnya bukan pasal vokal. Tetapi yang perlu diberikan perhatian adalah skil muziknya. Solo solo gitar dan rif rif berhantu mereka. Malam ini mereka membuktikannya. Memang hebat. Terkesima (pergh..ayat 😊) menontonnya.
Gambar cilok dari group whatsapp...tak tau tuan punya
- Kalau boleh memang nak mereka bawa lagu-lagu lama sepenuhnya. Tetapi ini tour untuk Dystopia. Maka paham-paham sahaja lah. Crowd pun nampak jelas lebih berinteraksi bila lagu-lagu lama yang di mainkan. Tiada nak komplen sangat dengan set list. Cumanya kalaulah ada lagu Angry Again...
- Selain Abang Mus, apa yang ditunggu tunggu mestilah Kiko Loureiro. Tak dapat tidak perbandingan dengan Marty Friedman dan gitaris sebelumnya memang tidak dapat dielakkan. Saya suka Kiko sejak dari Angra. Persembahan beliau pada malam ini menguatkan lagi pendapat saya yang beliau adalah pengganti yang tepat. Sound gitar sedap. Solo sebijik. Showmanship memang menggila. Bahagian duel gitar solo beliau dengan Abang Mus siap dengan headbangin secara berjemaah sememangnya cukup meriah. Perghhh!!!!
Kiko dan Abang Mus
- Tak nak cerita pasal sound. Biasalah...stadium tertutup dan duduk kat bahagian tepi. Nak komplem apa sangat?...Yang penting rif dan solo memang jelas sebijik sebijik....power!
Seperti di duga..Vic Rattlehead keluar masa Peace Sells
- Tak sentuh pun pasal Junior dan drummer baru, Dick Verbeuren. Tak ada apa nak cakap sangat. Maaf. Penempuan lebih kepada Abang Mus dan Kiko. Tapi kalau yang main bass malam tu James LoMenzo, lain juga. (kata-kata dari peminat susah nak mati White Lion...huhu) Tapi perasan boleh tahan juga drummer baru tu.
You've been great...we've been Megadeth!
- Konsert tamat dalam pukul 10.40 macam tu. Kira lebih kurang 18 lagu dalam 1 jam setengah. Abang Mus pun bukannya jenis cakap banyak. Tapi dia ada meluahkan perasan dia pasal dulunya tak dapat masuk Malaysia. Will be back katanya...
- Lepas konsert tunggu sekejap dalam stadium. Biasalah sesi bergambar. Cari juga kalau-kalau jumpa kelibat D'arsil. Tapi tak jumpa.
- Luar stadium pula memang banyak nampak muka yang familiar di facebook. Tapi segan nak tegur. Pasal memasing nampaknya tengah rancak bersembang. Tapi bila nampak gang-gang masa zaman forum Metal Terus memang buat muka tak malu untuk tegur. Dah lebih 10 tahun sejak forum Metal Terus berkubur, baru ni lah berpeluang bersua muka. Terimakasih Cikgu Matt, Chi Nadia, Yatt dan beberapa nama lagi yang dah tak ingat namanya. (maafkan...atas faktor usia...)
- Dalam perjalanan pulang cuba juga mencari cenderamata untuk dibuat kenang-kenangan. Harga sememangnya lebih murah berbanding sebelum konsert. Tetapi sampai kesudah tak beli apa-apa. Susah juga nak mencari tshirt Megadeth yang "shariah compliance"...hahaha...(kepada para pembuat t-shirt...lain kali, tolonglah design t-shirt yang tak ada tengkorak...huhu..)
Jangan kata tak payung gambar...haha..
- Berpisah dengan Ijau dan Mus Speedrider di Stesen LRT Hang Tuah. Terkilan juga tak dapat pergi ngeteh sebelum balik. Maklumlah tak boleh nak lama-lama. Nak kejar train, tambah pula nak balik terus ke JB pada malam itu juga. Semoga berjumpa lagi. Harap-harapnya tak lah menunggu 6 tahun lagi...
- Mata memang mengantuk. Sempat melantak kopi O, roti bakar dan pau kacang merah di R&R Seremban dalam pukul 1 pagi. Pemanduan malam lebih berhemah dari siang. Mata dah tak boleh tahan mengantuk. Dulu-dulu selamba jer tak tidur semalam. Satu lagi faktor usia agaknya.
- Sampai pagar rumah tepat jam 4.30 pagi. Sempat tidur dalam 1 jam sebelum bergegas ke pejabat walaupun sebenarnya dalam cuti. Nak buat macamana, rakan sekerja ada hal kecemasan. Dan akhirnya terpaksa pulang ke alam realiti...
- Tak tau nak cakap apa lagi dah...Cumanya selepas menonton Megadeth depan mata, rasanya memang tak rugi pun tak tengok Metallica...😊
- Esoknya balik kampung dan berbual dengan orang tua. Dia tanya pergi KL untuk apa. Jawap saya tengok konsert hantu berubat. Itulah gelaran yang beliau berikan 30 tahun yang lalu pada muzik Megadeth yang saya dengar. Haha..kami sama sama ketawa. Berjaya juga jadi orang anak dia ni akhirnya...
- Terimakasih kerana sudi membaca sampai habis. Saya tinggalkan dengan lagu A Tout Le Monde yang sempat saya rakam. Satu-satunya rakaman yang dibuat. Lainnya memang singalong dan enjoy the show. Stadium Negara yang aircondnya sejuk giler jadi hangat dengam penangan Megadeth...satu pengalaman yang tak akan dilupa sehingga bila-bila...
Saya pernah kata Rust In Peace ataupun Countdown To Extinction adalah album kegemaran Megadeth saya tetapi inilah album yang mula mula membuatkan saya jatuh cinta dengan mereka.
Mungkin juga inilah albumnya yang mula membuatkan saya terjebak dengan thrash metal. Saya mendengar Megadeth lebih dulu dari Metallica. Ketika itu baru perasan ada lagi yang lebih berat dari Iron Maiden dan ada lagi yang lebih laju dari Motley Crue.
Perkara pertama yang buat saya tertarik dengan Peace Sells adalah kerja gitarnya. Banyak betul riff dan solo solo gitar yang catchy lagi sedap. Dengan Peace Sells Mustaine membawa muzik thrash menjadi lebih teknikal. Ia juga mengangkat imej beliau sebagai seorang gitar hero.
Tak ingat tahun bila dengar. Tapi kasetnya dibeli pada tahun 1988. Ketika itu kesedaran tentang cetak rompak dah meluas. Kedai kaset di pekan Ulu Tiram tempat saya membeli kaset juga telah mula menjual kaset asli. Mungkin juga ini kaset orang putih original saya yang pertama. Tak ingat sangat tetapi yang paling saya ingat adalah video clip lagu Peace Sells dari tape vhs Kerrang! Kompilation 2. Syiok betul ulang-ulang tengok video clip tu. Tambah tambah pula bila nampak adanya bendera Malaysia di dalamnya.
Sudah semestinya antara album Megadeth terbaik. Tambah pula jika anda sukakan produksi 80an yang raw. Semua lagu pun sedap. Wajib beli/ada jika anda kata anda pengemar thrash apatah lagi jika anda sukakan Abang Mus.
Ada rezeki pastinya album ini akan saya gila formatkan. Terbaik!!!
Macam tak percaya. Itulah yang saya rasakan bila dapat berita yang Nick Menza dah mati. Satu lagi hero zaman remaja saya dah tiada. Bagi saya dia adalah drummer terbaik yang pernah bermain untuk Megadeth. 4 album klasik hebat Megadeth menjadi bukti. Line-up beliau bersama sama Abang Mus, Junior dan Marty Friedman adalah line-up terbaik Megadeth sepanjang zaman. Megadeth tidak akan pernah sama lagi tanpa beliau.
Tidak boleh dinafikan, beliau adalah salah seorang drummer terbaik untuk genre thrash. Sayangnya reunion yang beberapa kali pernah menjadi khabar angin tidak akan pernah berjaya untuk dicapai.
"à tout le monde, à tous mes amis, je vous aime, je dois partir"
Album baru. Harapan baru. Setiap kali itu juga Dave Mustaine menjanjikan yang ianya sehebat zaman lampau mereka. Tetapi secara jujurnya pada saya semenjak tiadanya Marty Friedman dan Nick Menza, Megadeth bagaikan hilang magik.
Album-album selepas mereka walaupun ada lagu yang bagus tetapi kurang mencapai tahap piawaian yang saya harapkan. Mungkin ianya hanya saya. Maklumlah, selera muzik saya masih terperangkap didalam era 80an.
Dystopia sedikit mengujakan. Kemasukan Kiko Loureiro seperti satu pengharapan baru. Hasil kerja beliau ketika bersama Angra memang menarik. Tidak menafikan kehebatan Chris Broderick tetapi pada saya Kiko mampu menghasilkan solo-solo yang lebih berjiwa, mudah hadam dan senang diingati.
Selepas mendengar keseluruhan album ini, saya terbayangkan Megadeth di era So Far, So Good... So What!, Rust in Peace dan Countdown to Extinction. Kali ini Dave Mustaine benar-benar mengotakan janjinya. Riff-riff thrash sekolah lama kembali lagi. Memang best!
Abang Mus dan Kiko
Track pembukaan,“The Threat is Real” membuatkan saya tersenyum. Ianya seperti Megadeth yang saya kenal dulu. Laju, melodic dengan kerja gitar Dave vs Kiko yang sangat menarik. Ianya mengingatkan saya kepada track pembukaan album Rust in Peace , “Holy Wars…the Punishment Due.”
Mendengar track ke 2, "Dystopia" lagi lebar senyuman saya. Tak kisahlah jika ianya ada pengaruh "Hangar 18". Riff dan melodinya terus melekat kat kepala. Sedap giler. Mungkin ini lagu yang paling saya suka. Kenapalah Abang Mus membiarkan saya menunggu lama untuk lagu sebagus ini? kenapa???...
Track ke 3, "Fatal Illusion" pun bagus. Seperti di era So Far, So Good... So What! tetapi dengan sound yang lebih moden. Ianya agak merisaukan saya. Takut lagu-lagu yang berikutnya tidak setanding dengan 3 track pembukaan. Tetapi ternyata saya tersilap. Lagu-lagu berikutnya pun bagus. “Death From Within" pula seperti lagu dari era Countdown to Extinction. Cuma "Bullet to the Brain" yang saya rasakan sedikit kurang menyengat. Sukar juga untuk menjaga momentum bila beberapa lagu awalnya sedap-sedap belaka.
Junior dan Chris Adler (LOG)
2 track berikutnya, "Post American World" dan "Poisonous Shadows" agak sedikit berlainan. Maklumlah ini lagu yang Kiko terlibat sama. Pengaruh power metal Angra sedikit terasa terutamanya pada lagu "Poisonous Shadows". Ada sedikit bunyian Timur Tengah dan orkestra. Tetapi secara keseluruhannya ianya tetap Megadeth. Sedap!
Berikutnya, instrumental “Conquer or Die”. ni tempat Kiko tunjuk skill. 2 lagu penutup yang aggresif dan rocking, “Lying in State” dan “The Emperor” melengkapkan Dystopia sebagai antara album thrash terbaik untuk dekad ini. Manakala bonus track “Foreign Policy”, lagu cover dari band hardcore punk Fear sangat kena liriknya dengan keseluruhan tema album.
Sebagai peminat besar Megadeth saya sangat berpuashati. Album ini juga berjaya menduduki tangga ke 3 dalam carta Billboard 200. Satu pencapaian besar untuk thrash metal pada abad ini. Terimakasih Dave Mustaine kerana memahami kehendak peminat seperti saya.
Walaupun baru nak masuk March, pada saya ini adalah album terbaik untuk 2016. Sebagai penyokong Dave Mustaine dalam perbalahan Metallica Vs Megadeth...saya rasakan James Hetfield and Co's mempunyai tugas berat untuk mengatasi album ini.
18hb Julai yang lalu...genaplah 20 tahun usia EP ini...
Megadeth - Hidden Treasures (EP) (1995)
Sebab utama untuk beli cd ini adalah kerana lagu "Angry Again". Kali pertama mendengarnya dari kaset soundtrack "Last Action Hero" memang dah terus suka. Ini adalah antara lagu yang menjadi all time favourite saya dari Megadeth.
Lagu ini memang tidak terdapat di dalam mana-mana album studio Megadeth. Begitu juga lagu-lagu lainnya. Kebanyakannya adalah dari soundtrack filem.
1."No More Mr. Nice Guy" - Shocker (1989)
2."Breakpoint" - Super Mario Bros. (1993)
3."Go to Hell" - Bill & Ted's Bogus Journey (1991)
4."Angry Again" - Last Action Hero (1993)
5."99 Ways to Die" -The Beavis and Butt-head Experience (1993)
6."Paranoid" - Nativity in Black: A Tribute to Black Sabbath (1994)
7."Diadems" - Demon Knight (1995)
8."Problems" - Previously unreleased
Selain "Angry Again", lagu yang menjadi pilihan saya dari EP ini adalah "99 Ways to Die" dan lagu cover Black Sabbath, "Paranoid".
Patut ada jika anda adalah seorang pengemar Megadeth. Hidup Abang Mus!!