Showing posts with label Bee Gees. Show all posts
Showing posts with label Bee Gees. Show all posts

Sunday, July 21, 2013

Sgt Pepper's Lonely Hearts Club Band



Sgt. Pepper's Lonely Hearts Club Band (1978)

Ini bukan The Beatles. Tapi filem muzikal yang diterbitkan pada tahun 1978 lakonan Peter Frampton dan adik beradik The Bee Gees (Barry, Robin dan Maurice Gibb). Filemnya teruk kena kritik (boleh cari kat youtube, rating 3.5 jer kat IMDB) walaupun barisan pelakonnya bintang-bintang belaka. Aerosmith, Alice Cooper dan Earth Wind And Fire pun ada. Malah boleh juga tengok Steve Martin ketika muda dan menyanyi pulak tu. Memang filem ini menggunakan lagu-lagu Beatles walaupun tidak ada seorang pun anggota Beatles yang terlibat. Cuma George Martin, producer mereka sahaja yang menjadi producer untuk soundtracknya.

Dah tersebut pasal soundtrack. Entri ini sememangnya bukan nak cerita pasal filemnya. Tapi LP ni...



kondisi kavernya agak teruk...tapi isi perutnya masih ok


Sayangnya LP made ini Malaysia ni (dulu harganya cuma RM6.90) cuma ada satu disc. Soundtrack yang sebenarnya ada 2 disc. Walaupun begitu lagu-lagu penting tetap ada. Menarik juga bila mendengar Peter Frampton, Bee Gees featuring Peter Frampton on guitar, Aerosmith, Alice Cooper malah Earth Wind & Fire membawakan lagu-lagu Beatles. Maklumlah ketika itu zaman disco. Tak kisah lah kalau filemnya flop, tapi siapalah yang tak suka lagu-lagu Beatles kan. Memang best!

Merujuk kepada entri >INI<.  Ianya juga di tujukan kepada mereka-mereka yang deman vinyl dan the Beatles, bolehlah layan album ini semoga demam anda semakin kebah.

heheh...






Monday, May 21, 2012

I Started A Joke

Ni tribute untuk Robin Gibb...

1st time aku betul2 nak ambik tau pasal lagu ni bila aku dengar versi Faith No More....dari album greatest hits dorang "Who Cares a Lot?" tahun 1998....

ni versi vc yang ada cakap2...aku suka versi ni


Sejak tu baru aku perasan yang Bee Gees ni rupa-rupanya bukan hanya ujud time disco...time penghujung 70an...zaman Saturday Night Fever...padahal dorang dah start sejak penghujung 60an lagi...lagu I Started A Joke ni dari tahun 1968...

Zaman aku budak2...masa umur 7,8 tahun...penghujung 70an...popular betul dorang ni saing2 ngan ABBA dan Boney M....zaman2 disco...John Travolta dan Olivia Newton John...walaupun kat rumah aku tak pernah ada album dorang...bapak aku tak minat kot lagu2 omputeh...(cuma yang aku tau dia suka Cliff Richard - The Young Ones...pasal kekadang tu masa aku budak2...dia nyanyi sikit2 lagu tu...heheh..) tapi aku selalu nampak LP/kaset/katrij Bee Gess ni kat rumah sedara mara atau kawan2....

Sejak cover Faith No More tu...tu banyak jugak aku discover lagu2 dorang yang sedap2 masa zaman 60an...antaranya "New York Mining Disaster 1941", "To Love Somebody", "Holiday", "Massachusetts", "Words" dan banyak lagi la....

bila dengar lagu2 Bee Gees ni...memang rasa teringin betul nak mengumpul LP...tapi apakan daya...arghhhhh...

last...layan la "I Started A Joke" versi live ni...best!




"Til I finally died, which started the whole world living." 

Thank you for the music, Robin Hugh Gibb (22 December 1949 – 20 May 2012)