Showing posts with label Manowar. Show all posts
Showing posts with label Manowar. Show all posts

Friday, July 21, 2023

Into Glory Ride

Yang menyambut ulang tahun ke 40 pada 1hb Julai yang lalu...

Manowar - Into Glory Ride (1983)

Saya hanya mula mendengar Manowar pada penghujung tahun 80an. 40 tahun yang lalu (1983) saya tak tahu pun tentang kewujudan mereka. Ketika itu muzik bagi saya adalah Duran Duran. Kemudiannya baru mendengar album-album awal mereka. 

Into Glory Ride adalah album kedua. Tempo lagu-lagunya yang agak perlahan mengingatkan kepada “doom" ala-ala Black Sabbath. Ianya juga tidak mengandungi satu pun lagu "popular/hits" mereka. Mungkin itu penyebab mengapa ianya bukanlah album pilihan bagi kebanyakan peminat.


Tetapi bagi saya selain gambar kulit album dan intro yang mengarut, yang lainnya saya suka. Ianya adalah epik heavy metal yang menjadi trademark Manowar. Soundnya agak kasar dan "raw tetapi itulah sound heavy metal yang saya suka. Sound begitu mengembalikan ingatan mengapa saya sukakan muzik sebegini ketika zaman budak-budak dahulu.

Album yang seronok untuk dimainkan secara "full blast"....tetapi berhati-hati dengan permulaan intro track pertama. Terutamanya jika anda berada di tempat awam atau di sisi keluarga...haha...



Sunday, March 21, 2021

Louder Than Hell

 Album yang mengimbau kenangan... 


Manowar - Louder Than Hell (1996)

Louder Than Hell mengembalikan kenangan di tahun 1996. Tahun berhijrah ke Kuala Lumpur kerana tuntutan kerja. Duduk menumpang di rumah abang di Kg. Pandan. Kasetnya adalah antara kaset yang terawal dibeli pada ketika itu. Tak ingat beli di mana. Berkemungkinan di Sungei Wang / Bukit Bintang Plaza. Tempat yang selalu di singgah selepas balik kerja (tempat kerja di Jalan Pahang) untuk menggali kaset dan cd selain di Tower Records KL Plaza.

Versi Malaysia tajuknya Louder. Tiada perkataan Than Hell. Mungkin untuk mengelakkan sebarang isu kontroversi. Beli dulu dapat poster bersize A3 (kalau tak silap). Lama dah hilang sejak 2,3 kali berpindah rumah. 

Baru-baru ni baru perasan yang saya tidak mempunyai album ini dalam versi cd yang asli. Yang ada dalam simpanan hanyalah versi "Asia Link". Seperti biasa "e-bay" adalah jalan yang mudah untuk menghabiskan duit...hahah

Sebulan lebih selepas itu dah ada pun cdnya di depan mata..

atas - versi ori, bawah - versi Asia Link

Secara peribadinya, ini adalah album Manowar terakhir yang paling saya suka. Bermula dari Warriors of the World dah rasa kurang dah. Apa yang saya ingat, kartunis Gayour ada mengabadikan lirik Lagu "Number 1" dalam siri kartun popular beliau, "Bersama Selamanya".

Satu lagi yang tak boleh dilupakan apabila Dj Radio 4 RTM (sekarang Traxx FM) memainkan lagu "Courage" dalam slot rancangan pagi mereka. Tak kisah lah walaupun ianya hanya sebuah lagu balada. Tapi siapalah sangka yang lagu Manowar boleh keluar di nasional radio kan...



Saturday, March 28, 2020

US Power Metal

Sempana MCO yang bersambung lagi 14 hari ni biasalah aktiviti kembur...susun...kembur...susun cd untuk memenuhi masa lapang...Terjumpa pula artikel tentang US Power Metal ni... katanya untuk belajar tentang apa itu muzik US Power metal, sebagai permulaannya kena dengar 5 album ni.


Hmmmm....Hasil mengembur koleksi cd dalam simpanan, ada 4 dari 5 yang di cadangkan...ok lah tu,,,kira lulus dah ni... 😁


Sebenarnya genre sebegini sememangnya muzik kegemaran. Makanya tak pelik lah kalau memang ada cd-cdnya dalam simpanan. Memang sedap pun...

Hmmmm....Tak pasal-pasal pulak nak kena cari cd Helstar - Nosferatu pulak... 😁




Monday, August 26, 2019

The Final Battle 1



Manowar - The Final Battle 1 (2019)

Salah satu band pujaan dari zaman remaja. Tetapi entah kenapa keterujaan mendengar muzik baru dari mereka semenjak Warriors of the World semakin berkurangan. Rasa lebih seronok pula bila mendengar Ross The Boss. Mungkin kerana arah tuju yang di bawa oleh Joey DeMaio agak menyimpang kebelakangan ini.

Ini adalah produk terkini dari mereka. Bahagian pertama dari 3 EP yang akan dikeluarkan. Entah apa motif nak pecah 3 bahagian pun tak tau la. Kalau kumpul semua lagu jadi satu album kan lagi senang. Entahlah...strategi pemasaran mungkin.

Ada 4 lagu. Tetapi lagu track pertama tu sekadar instrumental symphonic orkestra ala-ala soundtrack filem. Tak ada pun tak apa. Maknanya cuma ada 3 yang betul betul lagu. Track kedua adalah Blood and Steel. Baca tajuk pun dah agak lagunya macamana. Tipikal heavy metal ala Manowar. Boleh tahan. Layan juga.


Track ke 3 adalah Sword Of The Highlands. Mungkin ini lagu yang paling best dalam EP ni. Kalau suka lagu ballad mereka, ini pasti tak akan mengecewakan. EP ini berbaloi kerana satu lagu ni.

Track no 4, You Shall die Before I die (vokal Joey DeMaio). Muziknya agak gelap. Epik. Sedikit meleret. Ambik masa sikit nak hadam. Tapi bila dengar banyak kali ok juga.

Tak tahu siapa yang main gitar untuk EP ni. (ikut info di inlay cd, E.V Martel). Kalaulah Ross The Boss kembali....hmmmm...tak apalah. Apa-apa pun EP ini tidaklah mengecewakan. Rasa tak puas pula. Mungkin itulah tujuan Ep ni agaknya.

Manowarriors! Wimps and posers leave the hall!....



Sunday, July 28, 2019

Cd 2019 - Bahagian 8



Manowar - Final Battle I EP  /  Enforcer - Zenith

Dua cd terbaru band heavy metal. Satu band orang lama dan satu lagi band baru.

Yang lama muziknya sudah agak berubah. Tidak lagi muzik heavy metal asli. Banyak pula pengaruh epic dah symphonic dengan orchestra bagai. Tetapi yang baru tetap meneruskan legasi heavy metal yang sebenar. Terbaik!

Thursday, October 18, 2018

Manowar - discography

Kebelakangan ini banyak juga membeli cd-cd band kegemaran untuk cuba melengkapkan koleksi discography mereka. Walaupun ada di antara cd-cd tersebut adalah dari album mereka yang agak kurang diminati. Tak kisah lah versi apa, janji lengkap discography.

Kalau mengambil kira hanya studio album dan yang mempunyai lebih dari 5, hanya Iron Maiden, Megadeth dan Savatage sahaja yang lengkap discography mereka di dalam koleksi. Yang lainnya masih mencari.

Kebanyakan yang tiada adalah disebabkan cd album tersebut memang susah nak dapat (out of print), mahal atau ianya di zaman yang tidak menepati citarasa (Metalica St Anger contohnya)


Manowar adalah contoh band kegemaran tetapi ada eranya (tahun-tahun 2000 dan ke atas) yang saya agak kurang berminat dan agak 'lost' dengan mereka. Sekarang baru cuba mencari semula. Seperti gambar di atas, ianya hampir lengkap cuma album terakhir mereka 'Kings of Metal MMXIV' masih gagal untuk dimiliki.

Next target - Black Sabbath..ada lebih kurang 3 album yang belum lengkap.








Thursday, August 23, 2018

New Metal Leader

Yang menyambut ulangtahun ke 10 pada 12hb Ogos yang lalu..


Ross The Boss - New Metal Leader (2008)

The best "Manowar album" since Kings Of Metal.

Peminat awal Manowar mungkin bersetuju dengan kenyataan ini. Manowar selepas tiadanya Ross The Boss bukan lagi seperti Manowar yang dulu. Tak berapa best dah.

Dengan New Metal Leader, Ross "The Boss" Friedman seolah-olah mahu menunjukkan kepada Joey DeMaio siapa "new metal leader" yang sebenar. Majoriti lagu-lagu dari album ini akan mengembalikan ingatan kita kepada era Manowar dari tahun 1982 -1988. Memang bagus. Memang sedap. Mungkin kalau ada yang kurangnya pun hanyalah tentang suara vokalisnya. Memang susah nak dapat suara sebagus Eric Adams.


Selepas dipaksa keluar dari Manowar, rasanya ini adalah album penuh metal pertama dari Ross. Ternyata beliau masih mampu menghasilkan lagu-lagu heavy metal yang baik. Jika anda rindukan lagu-lagu ciptaan beliau ketika bersama Manowar, album ini sememangnya akan dapat memuaskan hati anda.

Terbaik!




Saturday, February 18, 2017

Fighting The World


Yang genap 30 tahun semalam, 17hb Februari...


Manowar - Fighting The World (1987)

Ini antara album Manowar kegemaran. Kerana lagu-lagu dan juga nilai nostalgianya. Ianya antara album mereka yang mula-mula saya dengar walaupun tidak pernah memilikinya sehinggalah zaman kenal e-bay.

Album pertama mereka dengan label dan bajet besar. Maka soundnya lebih bersih (polished). Mungkin ada yang tidak suka. Tetapi bagi saya sound begini dapat mengambarkan muzik Manowar yang sebenar. Ianya bukanlah Manowar kalau tidak bombastic, over the top, larger than life melodic heavy metal. Memang power!

“Blow Your Speakers” adalah antara lagu mereka yang mula-mula saya berkenan. "Cary On" pula walaupun agak komersial tetapi mungkin ianya tribute mereka kepada Judas Priest. Ianya mengingatkan kepada lagu-lagu Judas Priest seperti “Defenders Of The Faith”, “United” atau “Take On The World”.


“Defender”, "Fighting The World", “Violence & Blood Shed”, “Holy War” dan terutamanya “Black Wind, Fire And Steel" adalah apa kita mahu dan harapkan dari Manowar. Lagu-lagu yang catchy, shredding solo, ketukan drum yang padu, bass yang meletup-letup dan vokalnya yang bertenaga. Ini adalah ramuan terbaik untuk heavy metal.

Senang cakap, tak cukup heavy metal lah kalau tak dengar Manowar!

Blow Your Speakers!!!



Friday, October 14, 2016

Louder Than Hell

Yang dah pun 20 tahun pada 1hb Oktober yang lalu...


Manowar - Louder Than Hell (1996)

1996. Heavy metal bolehlah dikatakan dah mati. Korn dan nu metal adalah heavy metal yang baru. Kebanyakan band metal 80an mula mencari sound yang baru. Oasis menjadi pilihan dunia mainstream. Grunge masih satu trend dan Metallica pula dengan Load. Tetapi Manowar langsung tak kisah pasal itu. Louder Than Hell terus memberikan nyawa kepada muzik heavy metal yang sebenar.


Sekurang-kurangnya itulah yang saya rasakan. Pertengahan tahun 90an bukanlah zaman yang mengembirakan bagi peminat heavy metal tetapi album seperti Louder Than Hell muncul menyelamatkan keadaan. Walaupun mereka dikatakan cheesy, tetapi inilah heavy metal yang sebenar. Simple riffs. Bass yang berdentum. Larger than life guitar solo. Kalau anda tak sukakan lagu-lagu seperti "Return of the Warlord", "Brothers of Metal Pt. 1" dan "The Gods Made Heavy Metal" mungkin sememangnya anda bukanlah peminat heavy metal.


*Masa tu terkejut juga bila dj radio 4 RTM (sekarang Traxx FM), main lagu Courage dalam slot pagi dia. Lupa dah siapa dj tu. Walaupun lagu slow, tapi tak sangka pula Manowar boleh keluar kat nasional radio...happy sungguh waktu tu...







Thursday, November 13, 2014

Sign of the Hammer

Lagi yang dah berusia 30 tahun...



Manowar - Sign of the Hammer (1984)

Rasanya ini antara album Manowar yang jarang disebut berbanding lain-lain album awal mereka. Tak pasti kenapa. Mungkin kerana ianya diterbitkan oleh label yang tak dikenali menjadikannya agak sukar nak dapat ataupun kerana ada sesetengah peminat yang beranggapan album ini seperti Manowar melangkah ke belakang.

Selepas Hail to England, ramai yang beranggapan muzik mereka akan tertumpu ke arah epic power metal. Tetapi Sign of the Hammer tidak begitu. Masih ada beberapa lagu seolah-olah mereka di era Battle Hymns. "All Men Play on 10" dan "Animals" adalah lagu yang berkonsepkan heavy metal/hard rock. Mungkin disebabkan album ini dikeluarkan hanya 4 bulan selepas Hail to England, ada kemungkinannya lagu-lagu ini adalah lagu-lagu lama mereka.

"The Oath" dan lagu tajuk album, "Sign of the Hammer" adalah lagu era awal speed metal menakala "Thor", "Mountains" dan "Guyana" pula adalah lagu berkonsepkan epic power metal Manowar yang kita kenali semenjak dari album Fighting the World dan setererusnya. Memang best dan sedap lagu-lagunya. Variasinya membuatkan saya tak jemu.

Walaupun saya agak terlambat untuk mendengar album ini, tetapi ianya adalah antara album Manowar kegemaran saya. Memang terbaik!. Saya selalu terpikir, adakah jika 30 tahun yang lalu saya terlebih dahulu mendengar album seperti ini berbanding Seven and the Ragged Tiger. Mungkin saya tak akan mencuba untuk berambut jambul ala-ala John Taylor ketika zaman sekolah dahulu...heheh...

Terbaik!...Death to False Metal!




Monday, June 23, 2014

Hail to England

Takder nak hail hail dah...England dah out dari world cup...hahaha...

Tapi ni bukan nak cerita pasal world cup...tapi baru perasan yang 4 tahun yang lalu ada buat entri pasal album ni  >SINI<


Manowar - Hail To England (1984)

Maknanya dah 4 tahun sejak World Cup yang lalu tak dengar langsung cd ni.

Sempena ulangtahunnya yang ke 30 bulan depan. Beberapa hari ni melayan kembali cd ini. Ternyata setiap kali mendengarnya, perasaannya tidak pernah berubah.  Blood Of My Enemies, Kill With Power, Hail To England dan Bridge of Death tetap best...tetap metal....muzik begini antara penyebab saya mula terjebak menjadi mat rock....ianya membawa saya menjadi seorang budak belasan tahun kembali....

Tak kisah lah jika anda sudah terlewat 30 tahun...jika anda gemarkan sound raw heavy metal awal 80an....album ini pastinya tidak akan mengecewakan...

Terbaik!!!...tapi dalam masa yang sama terasa tua pulak...hahaha...

“Each note I now play being a black arrow of death sent straight to the hearts all those who play false metal”

Kill Kill Die Die!!!..............






Friday, June 6, 2014

The Hell of Steel

Lagi yang menyambut ulang tahun ke 20..


Manowar - The Hell of Steel (1994)

Zaman sebelum e-bay dulu agak susah juga untuk mencari album-album rock/heavy metal lama kegemaran. Bila terjumpa album kompilasi macam ni memang tak akan lepaskan peluang.

Ketika The Hell of Steel di jual dikedai-kedai kaset di Malaysia. Satu-satunya album (kaset) Manowar yang saya ada hanyalah Triumph Of Steel. Saya sebenarnya agak terlambat dalam mendengar Manowar. Malah saya lebih dahulu mendengar Kekejaman (Rockers) dari Hail And Kill.


Ketika itu (1994), album mereka yang pernah saya dengar cuma Fighting the World, Kings of Metal dan The Triumph of Steel. Bayangkan bertapa gembiranya bila kesemua lagu-lagu best dari era tersebut ada dalam kompulasi ini. Memang best.

 Ini bukanlah kompilasi yang betul-betul lengkap. Hanya lagu-lagu dari album ketika mereka di bawah naungan syarikat rakaman Atlantic. Tetapi sudah cukup untuk memberikan gambaran bagaimana muzik Manowar bagi sesiapa yang baru pertama kali hendak mencuba muzik mereka.

Best!




Friday, October 18, 2013

Into Glory Ride

Epic metal yang sambut ulangtahun ke 30.


Manowar - Into Glory Ride (1983)

Nak tak nak benda yang pertama sekali kena sentuh kalau cerita pasal Into Glory Ride adalah gambar kavernya. Rasanya Manowar serius dengan gambar kaver ini. Tiada unsur humour yang disengajakan. Mungkin untuk mengatakan Manowar adalah manly metal for manly men. Tapi generasi hari ini menganggapnya sangat cheesey...heheh..

Bagi saya album ini adalah permulaan bagi Manowar untuk menemui hala tuju mereka. Kecuali lagu track pertama "Warlord" yang berbunyi ala-ala heavy metal 80an, kesemua lagu-lagu lainnya adalah bercirikan epic metal. Genre yang kemudiannya menjadi sinonim dengan Manowar.

Into Glory Ride bukanlah sebuah album yang heavy. Kebanyakan lagu-lagunya adalah jenis mid-tempo. Sesuatu yang biasa bagi genre epic metal. Ada masanya feel dan sound doom Black Sabbath dapat dikesan. Terutamanya pada lagu "Hatred". Satu-satunya lagu yang saya kurang gemar maklumlah saya memang mempunyai masalah untuk hadam lagu-lagu yang bertempo perlahan.


Lain-lain lagu seperti "Secret of Steel", "Gates of Valhalla", "Revelation (Death's Angel)" dan "March for Revenge (By the Soldiers of Death)" adalah trademark Manowar yang akan kita jumpa untuk album-album mereka yang seterusnya. Lirik-lirik bertema kill kill die die..sword-and-sorcery fantasy...dead to the false metal...semuanya bermula dari album ini.

Bukanlah album terbaik Manowar ataupun album yang patut di dengar untuk mereka yang baru nak mendekati. Tetapi ianya sebuah album epic metal yang boleh tahan terutama dengan adanya lagu "March For Revenge". Lagu kegemaran saya dari album ini.




Thursday, January 17, 2013

Warriors of the World

Entri yang sepatutnya diterbitkan tahun lepas tetapi terlajak....

Album yang dah 10 11 tahun.


Manowar - Warriors of the World (2002)

Album yang membuatkan ramai peminat lama jadi tawar hati kepada mereka termasuklah saya. Track pertama "Call to Arms" sebenarnya adalah sebuah lagu yang agak bagus juga tetapi 4,5 lagu selepas itu lah yang menjadi puncanya ramai yang tak suka.

Manowar cuba menunjukkan sikap patriotik mereka selepas peristiwa 9/11. Sayangnya mereka memilih untuk menjadi meleweh dengan lagu-lagu jenis opera. Ok, Master Of The Wind juga adalah lagu yang meleweh, tetapi kalau ada 4,5 lagu meleweh dalam satu album kononnya true metal memang agak membosankan juga.


Kaset ini saya tinggalkan dalam gerobok tak terusik sehinggalah sekarang. Mendengarnya semula (secara download, radio kaset saya dah rosak) selepas 10 11 tahun dengan usia yang semakin tua dewasa memungkinkan saya mendengarnya dengan pemikiran yang lebih terbuka.

Kesimpulannya Warriors Of The World takderlah seteruk mana. Layan jugak sesekali bila mendengar Eric Adams cuba untuk menjadi Luciano Pavarotti. Tetapi apa yang dulunya saya tak perasan adalah 3 lagu terakhir dari album ini. Oleh kerana selalu berhenti mendengar selepas track ke 3 atau ke 4 "Hand of Doom," "House of Death," dan "Fight Until We Die" adalah hidden gems yang saya terlepas pandang. Ini lah apa yang peminat lama Manowar mahukan. Hard, heavy, and brutal!. Tak kisah lah kalau liriknya balik-balik Kill, Die,Sword,Death,Metal.Steel dan lain lain tu. Dah namanya Manowar, kalau tak macam itu....ianya bukanlah Manowar kan?



Friday, December 21, 2012

Battle Hymns

Lagi album klasik yang menyambut ulangtahun yang ke 30


Manowar - Battle Hymns (1982)

Ini adalah album pertama Manowar. Ianya sedikit berbeza dengan album2 mereka yang kemudiannya. Berkemungkinan Joey DeMaio dan Ross The Boss pada ketika itu masih tercari-cari arah tuju Manowar. Walaupun mereka mengatakan yang mereka adalah paling true dan paling berat, tapi kenyataannya separuh daripada lagu2 dari album ini hanyalah lagu2 straight hard rock yang biasa.

4 lagu yang pertama "Death Tone", "Metal Daze", "Fast Taker" dan "Shell Shock" adalah lagu2 yang mempunyai pengaruh NWOBHM. Malah lagu 'Shell Shock" kedengaran seperti ACDC di telinga saya. Tetapi 4 lagu yang terakhir "Manowar", "Dark Avenger", "Battle Hymn" dan juga instrumental Joey "William's Tale" merupakan lagu2 yang menjadi signature Manowar di masa mendatang.


"Dark Avenger" dan  "Battle Hymn" adalah lagu pilihan saya. Epic dan power metal gaya Manowar yang menjadikan mereka salah sebuah band metal kegemaran saya. Kemungkinan perbezaan lagu2 dari album ini berbanding album2 mereka yang mendatang adalah lagu2nya kebanyakannnya ditulis oleh Ross The Boss sebelum Joey jadi gila kuasa mencipta kebanyakan lagu2  Manowar di masa mendatang...heheh...

Apa2 pun, ini sememangnya sebuah album metal yang bagus tetapi jika anda baru pertama kali hendak mendengar Manowar, mungkin ini bukanlah album yang sepatutnya anda bermula.



***Saya masih belum berpeluang untuk memiliki Battle Hymns MMXI...dan masih menunggu untuk The Lord of Steel...



Friday, September 7, 2012

New Metal Leader

Entri Ijau pasal Manowar hari tu buat aku tergerak hati nak menyelongkar rak cd dan buat cerita pasal ni...




Ross The Boss - New Metal Leader (2008)

Lama dah aku cari cd ni...terutamanya sejak aku baca review Deaf yang memberangsangkan 4 tahun yang lalu  >SINI< ...akhirnya tahun lepas dapat jugak aku cd ni bersama2 ngan Hailstorm (ni nanti lain ketika aku cerita)

Sememangnya majoriti peminat Manowar tak berminat ngan hala tuju Manowar sekarang...maka kemunculan kembali Ross The Boss (pengasas bersama Manowar) memang ditunggu tunggu...bak kata sticker kat cd Deaf (cd aku takder) "The Best Manowar Album Since Kings Of Metal"...sememangnya album ni tak jauh larinya dari album2 lama Manowar zaman Ross...terutamanya Fighting the World....tapi apa nak peliknya...Ross tu dah tentu2 la pengasasnya..anggota band yang lainnya pulak merupakan anggota tribute band Manowar iaitu Men Of War...so takder peliknya la kalau lagu2nya sebijik macam Manowar...

Kalau nak baca review...baca jer tulisan Deaf...tapi apa yang aku nak kata...kalau anda adalah salah seorang Army of Immortals....ataupun peminat genre yang orang sekarang sebut sebagai power metal...atau tradisional heavy metal...New Metal Leader memang tak menghampakan...tambah2 kalau anda peminat HammerFall....pasal suara penyanyinya tu memang ada iras2 suara Joacim Cans....muzik Manowar...suara HammerFall...satu kombinasi menarik untuk heavy metal...



Pada aku hampir semua lagunya layan...terutama yg sebijik Manowar macam "I Got the Right" dan yang lainnya macam "Blood of Knives", "God Of Dying", "Death and Glory","Matador" dan "We Will Kill"....tapi aku agak tertarik ngan lagu "May the Gods Be With You"...lagu yang agak berbeza....yang sangat pop...

So pada sapa2 peminat Manowar maupun HammerFall....ni album memang untuk anda.



Thursday, June 21, 2012

Triumph of Steel

Kembali ke nostalgia 20 tahun yang lalu...

Mungkin secara kebetulan...2 tahun yang lalu masa World Cup aku buat entry pasal Manowar...kali ni time Euro sekali lagi cerita pasal Manowar....musim bola jer cerita pasal Manowar...padahal takde kena mengena pun...heheh...



Manowar - Triumph Of Steel (1992)

Ini memang ada nostalgianya kepada aku...Triumph Of Steel adalah kaset Manowar pertama aku...sebelumnya samada pinjam kawan ataupun cuma kaset dubbing....tahun 1993...seingat aku time tu aku baru abis ITM....zaman orang2 keliling aku mula kemaruk grunge..black metal....tapi ini adalah penyelamat bagi orang yang macam aku....yang sukakan pure heavy metal....Triumph Of Steel adalah jawapannya...

Walaupun ketika ini hanya tinggal Eric dan Joey sahaja anggota yang asal....tapi Manowar tetap Manowar....(err...sehingga la dorang sikit mengarut kebelakangan ni...)
Ini mungkin rakaman vokal terbaik Eric...dan macam biasa Joey pasti akan berlebih-lebihan...hahaha..
Walaupun aku lebih suka Ross The Boss banding David Shankle ni...tapi dia ni kira dasat gak...cuma solo dia macam kurang feel la....nasib pas tu Karl Logan ganti...apa2 pun aku cukup respek kat Rhinos...kekadang macam tak caya jer ni semua dia yang main...laju giler...ntah2 guna drum machine kot?...



Lagu2nya memang takder problem...semuanya sedap dan melodic belaka...ok..mungkin "Ride the Dragon" dan "Burning" tu kureng sikit...lain2 ok...bab lirik mungkin ada yang kata cheesy la..apa la....tapi aku respek lirik2 Manowar...tak kisah la konon2 macho ker apa....sapa ajer la yang berani tulis lirik true metal macam ni... "If you're not into metal, you are not my friend"...heheh...

Di tahun 1993...ketika majoriti hayal melayan muzik meleweh grunge....aku pulak layan lagu leleh "Master Of The Wind"...ini melewah cara metal...memang feeling lagu ni...apa2 pun lagu2 seperti "Spirit Horse of the Cherokee" ,"Metal Warriors", "The Demon's Whip" dan "Power of Thy Sword" meneruskan kegemilangan heavy metal ke tahun 90an...



Rekomended untuk sesapa yang into heavy metal/power metal....tapi satu yang aku nak komplen versi cd....leceh betul la kalau nak dengo bahagian2 tertentu kat "Achilles, Agony and Ecstasy"...8 part dalam satu track 28 minit....pergh...letih ahh terpaksa kena dengo solo bass Joey... :P




Sunday, June 13, 2010

Hail To England

Hail to England!…ni bukan pasal world cup la…aku bukannya penyokong England pun…dah la lawan US terkial2 pastu bagi gol bodoh...heheh...nasib ada Rooney…ada la sikit soft spot untuk England…tapi ni pasal Manowar…



Album terbitan tahun 1984 ni awal tahun2 90an baru aku berpeluang dengar…1st album Manowar yang aku dengar adalah Fighting The World…dari situ start mula cari material2 awal dorang… Mula2 dulu aku ingatkan Manowar ni band Eropah…sama kes macam Savatage la kan…muzik jenis camgini tak banyak band US buat…

Hail To England ni aku beli dari Muzika Records Singapura…tu jam Ross The Boss dah blah dari Manowar kan…member aku yang rekomen album ni…katanya nak dengar hasil terbaik manowar zaman Ross The Boss dengar album Hail To England…tu yang aku beli tu..tapi bagi telinga aku yang dah terbiasa dengar Kings Of Metal…maka Kings Of Metal adalah favourite album Manowar aku…



Kalau sapa2 yang baru start dengar Manowar dari zaman Warriors Of The World dan suka album tu…tentu agak rasa berbeza Hail To England ni…album ni memang raw, straight dan heavy…betul2 power…ni jam Manowar belum sibuk ngan orkestranya lagi…tak kisah la nak panggil power metal ker viking metal ker heavy metal ker…album ni memang betul2 ada semangat Death to false metal yang dorang selalu laung2kan…tapi sayangnya bagi aku adalah productionnya…Joey Dimaio bagi aku terlampau berlebih2..seolah2 highlight bagi album ni adalah bass beliau…riff2 gitar Ross The Boss ada banyak tempat yang agak tenggelam…nasib baik vocal Eric Adam tetap terbaik…sememangnya Eric Adam adalah salah seorang vocal terbaik bagi genre metal sebegini…satu lagi yang boleh komplen pasal album ni adalah durasinya…pendek sangat dengan 7 lagu yang keseluruhannya lebih kurang 34 minit ajer yang kekadang rasa tak berbaloi ngan mahalnya harga cd yang aku beli ni…

Walaubagaimanapun secara keseluruhannya ni album ni kira ok la…Manowar memang pandai buat lagu2 yang chorusnya catchy….boleh singalong…lirik standard Manowar la…kisah2 epic/sword/sorcery/true metal semua…tapi lagu last Bridge Of Death liriknya black metal sungguh…ni antara lagu yang Gorgoroth dan geng2 Black Metalnya mendapat ilham kot…



Lagu pilihan aku adalah Blood Of My Enemies, Kill With Power (ada bunyi thrash sikit) dan Hail To England…paling tak suka Black Arrow…selain dari kata2 Demaio “Each note I now play being a black arrow of death sent straight to the hearts all those who play false metal”…yang lainnya bunyi bising jer…tak berapa minat aku bass solo Demaio ni…bingit beb…agaknya aku banyak dengar false metal kot…tu yang sakit jer telinga aku dengar tu..hahaha…

btw...Argentina menang beb...huhu..