Showing posts with label Gersang. Show all posts
Showing posts with label Gersang. Show all posts

Friday, May 28, 2021

B29

Layanan ketika di kuarantin 10 hari... (bahagian 2)

Dalam tempoh terkurung di rumah ini saya cuba untuk mendengar seberapa banyak album-album rock melayu yang suatu masa dahulu tak pernah di ambil tahu.

*** Tetapi maaf lah saya hanya mampu mendengarnya melalui versi cdr. Tak pernah jumpa versi cd dan tak mampu pula kalau nak beli versi kaset ataupun piring hitam

Gersang - B29 (1989)

Tajuk album ini mengingatkan saya kepada zaman menuntut di ITM Segamat Baru. Kampus lama sebelum wujudnya kampus sekarang di Jementah. Ianya merupakan deretan rumah kedai yang mana tingkat bawahnya adalah bilik kuliah manakala tingkat atasnya adalah dorm asrama. Dormnya pula dikenali dengan huruf B didepannya. Saya tinggal di dorm B27, berjiran dengan B29. Kebetulan ketika itu album ini baru diterbitkan di pasaran. Makanya setiap kali hendak menuju ke dewan makan pastinya akan melalui pintu yang berlabel B29 yang dibawahnya adalah dewan makan. Walaupun tak pernah beli dan dengar kasetnya, tetapi melihat pintu tersebut pastinya akan terbayangkan Gersang.

Tak pasti kenapa album ini tidak dikeluarkan semula dalam bentuk cd seperti 2 album awal mereka. Melihat senarai lagunya ada 5 lagu yang saya tahu (saya mempunyai cd kompilasi Gersang Dalam Kenangan yang ada 5 lagu dari album ini). Sudah semestinya yang paling di ingati adalah lagu popular "Bersama Suara Hati". Tetapi apa yang paling saya ingat tentang album ini walaupun tak pernah dengar pada ketika itu (pertama kali dengar sepenuhnya adalah ketika hendak membuat entri ini 😁) adalah lagu B29 yang intronya mirip dengan lagu Gary Moore - Over the Hills and Far Away.

Secara keseluruhannya, album ini tidaklah terlalu meleweh seperti album Takdir. Tetapi lagu-lagu rancaknya agak kurang menarik. Bunyian keyboards terlampau mendominasi. Album pertama mereka tetap yang terbaik untuk saya. Tetapi tabik juga kepada mereka kerana 7 lagu dari album ini adalah ciptaan mereka sendiri. Satu dari Rahim Othman, satu dari Nordin (Search) dan satu dari Nasir (ex-Search 😁)



Friday, August 12, 2016

Gersang

Lagi perihal album keluaran semula...


Gersang - Gersang (1988) - keluaran semula 2016

Ini antara wish list. Akhirnya tertunai juga. Ianya merupakan kenangan di zaman persekolahan. Sayangnya ia tidak seperti yang diharapkan. Cover dan inlaynya langsung tak sama dengan versi asal. Satu gambar band member pun tak ada. Alasan kononnya mengikut versi piring hitam. Tetapi pada saya ia lebih kepada pihak pengeluar yang mengambil jalan mudah. Khabarnya pihak yang berusaha dah bagi pun cover yang asal. Tapi mereka tak nak, nak buat macamana. Sedih!

versi cdr
Tak puashati punya pasal. Saya mencari versi cdr. Walaupun ianya sekadar untuk koleksi peribadi tetapi ianya sangat berbaloi. Cover dan inlay yang asal. Cantik. Malah kualiti bunyinya juga telah di touch-up semula. Memang puashati. Maaf. Saya tidak menyokong cetak rompak. Tetapi kualitinya memang setanding dengan yang asli.

Ok. Tinggalkan bab tersebut. Sedikit mengenai kisah albumnya. Dulu memang malu la nak mengaku suka Gersang. (hahaha...) Walaupun dressing ala mat smart tetapi sebenarnya album pertama mereka ini lebih rock dari kebanyakan band rock tahun 90an. Album ini hanya mengandungi 3 lagu perlahan. Lainnya memang hard rock/ heavy rock n roll.

versi cdr, versi asli sekeping gambar pun tiada
Semua lagu bagus. Yang rancak dan perlahan semua pun sedap. Perbezaan (ciptaan Din Mayat), Gelora, Perwira Bakti, Kaca Kaca Kota dan Jiwa Rock n Roll adalah antara yang paling diminati. Yang 3 lagu perlahan tu sememangnya kegemaran orang rumah. Gersang ni terutama Man Bai dan Kid, kemudiannya Acis memang budak- budak perempuan suka la. Kiut katanya...hahaha..

Permainan muzik dorang pun bagus. Banyak juga lagu yang mereka cipta sendiri. Saya juga tertarik dengan pemain keyboard jemputan mereka  Islah. Tak tau siapa dia ni. Ada 2 lagu yang beliau cipta. Walaupun ada ala-ala David Bryan (Bon Jovi).  Cuba dengarkan lagu Perwira Bakti yang ada pengaruh Bon Jovi - Runnaway. Tetapi antara highlight album ini selain ketukan drum Jojet, adalah kerja gitar Kid. Saya cukup suka petikan beliau dalam lagu Kaca Kaca Kota. Tapi tu lah...bila Gersang menjadi lebih pop dalam album kedua mereka. Nama Kid pun terpalit sama. Selamanya susah la peminat Hillary nak terima beliau dalam Search. Patutnya Kid buat reunion Gersang. Mungkin ianya lebih bagus.



Satu kagi kenangan saya pasal album ini adalah button badge. Di dalam kasetnya dulu ada borang untuk anda membeli button badge logo Gersang dan pelbagai band rock melayu yang lain. Tak ingat berapa ringit tapi saya ada membelinya. Tapi malu pula nak pakai.

Apa-apa pun album ni memang rock. Tapi saya meninggalkan Gersang selepas dari ini. Masa tu dah jadi mat thrash. Apa barang nak dengar dan pakai button badge Gersang. Poser sungguh....hahaha...




Wednesday, August 26, 2015

Man Bai s/t

Kaset yang dah 20 tahun...


Man Bai - Man Bai (1995)

Hahaha...saya tergelak bila terjumpa kaset ini di dalam gerobok. Bukanlah nak kata Man Bai atau album ini tidak bagus. Tetapi sebagai seorang metalhead amatlah janggal bila anda membeli kaset pop sebegini. Tetapi sebenarnya ada cerita disebaliknya.

Guilty pleasure?...hmmm...mungkin kurang tepat. Lebih kepada untuk tujuan mengurat. Hahaha....

Saya bukanlah peminat Gersang. Tetapi saya akui, album pertama mereka memang bagus. "Perbezaan", "Jiwa Rock n' Roll", "Kaca Dari Permata" dan beberapa buah lagu lagi memang heavy. Memang rock. Sayangnya mereka menjadi pop dengan imej mat smart untuk album-album seterusnya. Kadang-kadang jeles juga bila awek-awek zaman tu semua minat Gersang. Isteri saya pun dulu peminat Man Bai. Kiut katanya. Sekarang kurang. Dah botak. (Mus Speedrider..tolong jangan terasa) hahahaha....

Cerita pasal awek. Sebenarnya inilah puncanya saya terjebak membeli kaset ini. Zaman buat mix tape untuk mengurat. Dulunya zaman muda belia adalah berkenan kat seorang kawan perempuan satu pejabat. Saya tau dia peminat Man Bai. Dia suka lagu "Kau Ilhamku". Makanya kaset ini dibeli semata-mata kerana inginkan lagu tersebut dalam mix tape yang saya buat untuk beliau. Lagu-lagu lain di dalamnya saya dah lupa. Tetapi yang saya ingat lagu tersebut digandingkan "back to back" dengan lagu "More Than Words - Extreme". Bukan ker lagu "Kau Ilhamku" tu kira macam versi melayu untuk "More Than Words"?


Lagu-lagu lain dari kaset ini saya kurang ingat. Pemain kaset saya sudah rosak. Tetapi lagu "Sebenarnya"  pun kalau tak silap saya sedap juga. Tabiknya album ini diterbitkan sendiri oleh Man Bai. Beliau juga mencipta beberapa buah lagu. Dia dibantu oleh Shahrul dan Pacai dari Ekamatra yang juga bertindak sebagai penolong penerbit disamping bermain gitar dan bass. Hillary Ang juga ada bermain untuk album ini. Bukan calang-calang pemuzik yang terlibat.

Begitulah lebih kurang ceritanya. Tentang awek tersebut pula. Hmmm...Taktik saya berjaya. Bercouple lah juga. Tapi tak lama. Dia bertunang dengan orang lain atas pilihan keluarga. Nak buat macamana. Tiada jodoh. Heheh...





Friday, December 20, 2013

Gersang

Oleh kerana dalam entri Bazooka Penaka tu hari Deaf ada sebut ni...

 "Its unfortunate maybe my favourite wings album does not feature black. Jojet is forever gersang. Band yang hobit." 

Maka hari ni dipersembahkan....the hobit...


Gersang - Dalam Kenangan  (1993)

Tak pasti berapa ramai yang ada cd ni. Rasanya dah boleh masuk kategori rare kot. Usianya pun dah capai 20 tahun. Di riliskan di zaman cd baru nak up.

Kompilasi terbitan BMG (company ni pun dah dalam kenangan) mengandungi lagu-lagu popular Gersang terutamanya yang berentak perlahan dari album Gersang (1988), Takdir (1988) dan B29 (1989).

Senarai lagu adalah seperti berikut :

Masih Aku Terasa (Gersang)
Sunyi (Gersang)
Aku Bertemu Aku (B29)
Suratan Takdir (Takdir)
Luka Lagi (Takdir)
Percintaanku (Takdir)
Bersama Suara Hati (B29)
Jiwa Rock N' Roll (Gersang)
Bunga Cinta (B29)
Bayangan Mimpi (B29)
Bisikan (Gersang)
B29 (B29)

inlaynya takder gambar...bukak lipat ada lirik dalamnya....

Ini adalah cd kompilasi kegemaran orang rumah. Dia cakap Man Bai tu dulu kiut...hahaha....Tapi dulu beli cd ni pasal sukakan album pertama Gersang (1988). Nak cari album tu dalam bentuk cd memang payah la. Rasanya memang tak ada pun. Lagu-lagu dari album pertama tu memang rock...heavy. Lebih heavy dari band-band 90an yang mengaku dia band rock. Sememangnya zaman rock melayu yang best adalah sebelum tahun 1990. Pencen dah dengar rock melayu selepas itu.

Tertarik nak beli cd ni dulu kerana adanya lagu "Jiwa Rock n' Roll". Sedap dengar Jojet main lagu ni. Sayangnya itu lah satu-satunya lagu rancak dari 1st album selain "Bisikan" yang ada kat cd ni. Kalaulah ada lagu "Perbezaan" kan lagi best. Tak pun "Kaca Dari Permata", "Gelora" atau "Bakti Pertiwi". Siapa kata Man Bai tak rock. Tapi mereka menjadi tak best selepas keluarnya album ke 2, Takdir. Dah jadi terlalu pop dengan imej dan lagu-lagunya.

Kid masuk Search dulu pun ramai yang tak suka. Search tu jam bagi budak-budak zaman tu kira rock abis la kan...Gersang pulak band jiwang...hobit bak kata deaf...pompuan suka la...Man Bai, Kid dan Acis yang kiut...hahaha....Memang macam tak kena ajer dia masuk Search...Bertahun aku tak follow Seacrh selepas tu....

Padahal sebenarnya layan juga lagu Gersang ni....Dia bila sesekali drive malam-malam orang rumah suruh bukak lagu "Masih Aku Terasa", "Sunyi" atau "Suratan Takdir"....feeling jugak....hahahaha...