Yang menyambut ulangtahun ke 20.
Nailbomb - Point Blank (1994)
Sambungan dari entri >INI<
Seperti yang dikatakan sebelum ini, saya adalah fan boy Max dan Sepultura sebelum mereka ber"experiment" dengan world music dalam album Roots. Sudah semestinya album side projek ini sesuatu yang saya tunggu-tunggu.
Saya tidak tahu siapa dia Alex Newport dan Fudge Tunnel. Tetapi pertama kali mendengar Nailbomb saya merasakan ada sedikit kesinambungan dari album Choas AD. Terutamanya elemen hardcore punk dan industrial seperti yang ada pada lagu "Biotech Is Godzilla".
Selepas mendengar Fudge Tunnel, kesimpulan saya terhadap Nailbomb adalah gabungan antara riff-riff thrash Sepultura dan sound berat,kasar Fudge Tunnel yang di"industrial"kan. Menarik juga terutamanya bila ada sedikit kedengaran seperti Sepultura yang lama.
Walaubagaimanapun disebabkan muzik industrial bukanlah makanan saya. Point Blank bukanlah sesuatu yang saya enjoy sangat. Namun ianya lebih menarik dan lebih metal jika hendak dibandingkan dengan Roots atau Sepultura yang baru mahupun Soulfly. (Hanya pandangan saya - saya pencen mendengar Sepultura selepas album Against dan Soulfly hanya album pertama)
Lagu yang menjadi kegemaran saya adalah "Guerrillas". Riff thrash ala Sepulturanya memang saya suka. Sekurang-kurangnya industrial Pointblank tidak terlampau mengarut dan masih ada pengaruh thrash.
*kaset yang dijual di Malaysia gambar kavernya kena censored...muncung senapang kat kepala tu tu kena tutup...
Showing posts with label Fudge Tunnel. Show all posts

Monday, March 17, 2014
Monday, March 3, 2014
The Complicated Futility of Ignorance
Album yang dah 20 tahun...
Fudge Tunnel - The Complicated Futility of Ignorance (1994)
(Rasanya tak ramai yang tau pasal Fudge Tunnel. Tapi mungkin ramai yang tahu Nailbomb. Band side projek Max Cavalera bersama dengan vokalist dan gitarist Fudge Tunnel, Alex Newport.)
Sebagai mukadimah, sebenarnya saya terserempak dengan seorang brader yang memakai t-shirt Nailbomb di UO, Plaza Angsana,Johor Bahru beberapa minggu yang lalu. Saya tak pasti apakah beliau benar-benar tahu apa itu Nailbomb atau sekadar memakainya sebagai pakaian basahan. Kerana beliau memakainya semasa bekerja di store UO dan kondisi t-shirtnya agak lusuh. Tapi yang pastinya imej kaver Point Blank di t-shirt tersebut membuatkan saya teringat-ingat yang saya ada kasetnya suatu masa dahulu.
Saya telah mengembur hampir separuh dari koleksi kaset saya tapi yang saya terjumpa setakat ini hanyalah kaset ini. Nantilah ada masa yang lain akan saya kembur lagi sebahagiannya untuk bercerita perihal Nailbomb. Tapi untuk kali ini...entrinya berkisarkan kaset The Complicated Futility of Ignorance, Alex Newport dan Fudge Tunnel.
Jujurnya sebelum era Roots, saya adalah fanboy Sepultura terutamanya Max Cavalera. Sudah semestinya apa-apa rilisan beliau akan saya ikuti termasuklah Nailbomb. Kaset The Complicated Futility of Ignorance ini saya beli semata-mata kerana saya rasa tertarik hati nak tau bagaimana agaknya muzik asal Alex Newport. Memang sebelum itu tak pernah dengar langsung nama Fudge Tunnel. Macam pelik kenapa Max boleh berkerjasama dengan Alex.
Ternyata Fudge Tunnel sedikit berbeza dari Nailbomb. Kalau Nailbomb lebih kepada sound industrial thrash tetapi Fudge Tunnel lebih kepada sludge metal dan doom. Ternyata dari apa yang saya baca yang mengaitkan sound mereka ada pengaruh grunge ada kebenarannya. Sound raw, kasar dan kotor ala Seatle di campurkan dengan distortion gitar metal yang cukup berat. Ada yang best dan ada juga yang agak sukar untuk dihadam.
Mungkin kerana saya bukanlah pengemar sludge atau doom menyebabkan saya agar sukar untuk menerima album ini. Bukan untuk saya tetapi mungkin bersesuaian dengan selera anda. Siapa tahu....

Labels:
1994,
Fudge Tunnel,
kaset,
Nailbomb,
rock omputeh,
Sepultura,
Smells Like Teen Spirit 90's
Subscribe to:
Posts (Atom)