Showing posts with label Burnmark. Show all posts
Showing posts with label Burnmark. Show all posts

Sunday, November 18, 2018

Burnmark

Yang dah 30 tahun usianya...


Burnmark - Burnmark (1988)

Rasanya kali terakhir mendengar album ini secara penuh adalah pada 8 tahun yang lalu (entri ini). Reissue tahun 2016 pun tak dengarnya secara penuh. Sekadar mencuba soundnya. Iyer. Soundnya agak kurang memuaskan. Sayang kan kenapalah cd-cd reissue yang awal ini tidak melalui proses 24Bit Digitally Remastered seperti keluaran reissue sekarang??..

Dulu apa yang saya ingat tak berapa sukakan album ini. Paling tak minat jika dibandingkan dengan album-album solo band JJR yang lainnya.


Tetapi itu dulu. Selepas 30 tahun. Mendengarnya semula secara santai. Rasa menarik juga. Dulu tak minat betul lagu slow mereka yang meleweh leweh tu. Sekarang macam ok la pulak. Mungkin faktor usia memainkan peranan...haha...

Rasanya mereka cuba untuk menjadi Europe. Ada beberapa bahagian yang terarah kepada itu. Dan seperti kebiasaanya band rock 80an. Ada sahaja lagu yang diciplak. Shapes of Things to Come dari Gary Moore memang sebijik seperti lagu Ayah. Ada juga solo-solo Joe yang berbunyi seperti idolanya, Malmsteen.

Poster asal semasa beli kaset dulu masa tertampal di belakang gerobok kat kampung..

Secara keseluruhannya bukanlah sebuah album yang tak bagus. Cuma mungkin pada ketika itu syarikat rakaman mereka (Warnada) terlampau banyak sangat band di bawah mereka sehingga urusan promosi agak terabai.




Monday, July 10, 2017

Juara Juara Rock




Juara - Juara Rock 1 & 2

30 tahun dah. Yang kaset tu dulunya dibeli dengan harga RM2.50. Sebagai budak sekolah yang duit belanjanya hanya 50 sen sehari manalah termampu nak beli versi yang asli. Tu pun seminggu ikat perut tak makan kat kantin.

Sekarang dah ada versi cd. Tapi sayangnya dari segi sound bukanlah yang tebaik. Mendap. Produksi cd ni rasanya dibuat secara tergesa-gesa. Tak taulah copy dari mana. Maklumlah ketika itu tengah kemaruk dengan cd-cd reissue. Biasalah label nak "cash-in" cepat.

Apa nak buat....tapi sekurang-kurangnya...tengok gambar cover ni pun dah cukup membuatkan saya kembali ke umur 16 tahun semula...those were the best day of my life....




Wednesday, July 27, 2016

Juara Juara Rock

Cukup sudah....





Kaset dan cd dah ada...Kalau ada yang nak sedekahkan piring hitamnya pun boleh jugak..haha...

btw...sayang sungguh...Scandals tiada album solo....






Tuesday, January 26, 2016

Juara Juara Rock 1

Lagi cerita perihal cd keluaran semula...


Juara Juara Rock 1 (1987) - keluaran semula 2015

Sebuah lagi album yang mengamit memori. Kompilasi ini muncul dikala demam heavy metal melayu sedang meletup. Selepas Search Cinta Buatan Malaysia dan Battle of the Band,  Juara Juara Rock andalah antara album terpenting dalam sejarah rock/heavy metal melayu.  Segala kompilasi selepasnya (kecuali Clash of the bands - yang keluar hampir sama waktunya) adalah sekadar mengikut trend semasa.

Betul-betul kemaruk zaman tu. Maklumlah masa tu tak banyak mana lagu rock dan heavy metal berbahasa melayu. Pernah juga mendengarnya secara berterusan selama 4 hingga 5 jam lebih ketika mengecat rumah di kampung. Boleh bayangkanlah bagaimana barai dah kasetnya sekarang. (dah lah kasetnya kaset cetak rompak)

Ini adalah antara album yang menjadi bahan bualan di sekolah. D'Febians - Peperangan dengan Creeping Death - Metallica. Lagu-lagunya juga menjadi antara yang terawal kami bawa ke studio jamming. Lagu "Secebis Rayuan" dan "Tetap Di Sini" adalah antara lagu wajib bagi kami pada ketika itu. Zaman-zaman baru belajar pegang gitar karan, gitar bass dan set drums yang sebenar, mana la berani nak jamming lagu-lagu yang heavy. Zaman tu nak cari sound pun tak pandai. Cucuk kat amp terus jalan...


Satu-satunya lagu yang saya kurang berkenan dari kompilasi ini adalah lagu  "Kembalilah Semula" dari MAY. Bab melewehnya tu membuatkan saya sering menekan butang "Fwd"'. Tetapi lagu-lagu lainnya memang sedap-sedap belaka.

Walaupun ada typo, terimakasihlah kepada mereka yang berusaha mengeluarkannya semula dalam bentuk cd. Memang tak pernah terpikir pun. Memegangnya dalam bentuk cd membuatkan saya kembali terasa muda. Sekurang-kurangnya tertebus juga lah dosa masa dulu membeli versi cetak rompak. Bukan faktor budak sekolah tak berduit sahaja, tetapi pada ketika itu tak jumpa pun kaset original di kedai kaset di kampung saya. (Ulu Tiram). Sekitar tahun 1988 barulah senang nak dapat kaset yang asli...

Sedikit trivia...kalau ingatan saya betul, model dengan gitar bercabang di gambar cover tersebut adalah penyanyi bernama Ramziela.


untuk entri lain berkenaan album ni boleh klik di >SINI< dan >SINI<




Friday, January 8, 2016

Juara Juara Rock 2

Atas permintaan Deaf...sebenarnya kalau ikutkan nak buat ikut turutan yang pertama dulu sebelum yang ini...


Juara - Juara Rock 2 (1987) - keluaran semula 2015

Antara album yang dinanti-nantikan bila demam cd keluaran semula ini berlaku. Lepas NSR dan Universal Music/EMI, kini giliran Sony pula terjebak. Harap ianya akan berterusan...

JJR2 adalah salah satu soundtrack kehidupan awal remaja saya. Memang kesemua lagu-lagunya terpahat dalam kepala. Ianya bolehlah dikatakan sebagai zaman emas rock melayu sebelum merebaknya wabak rock leleh pada penghujung 80an ( tahun 1989 dan ke atas).


Ianya kali pertama dikeluarkan dalam bentuk cd dengan gambar cover yang asal. Tahun 2001 dulu pernah juga diterbitkan dalam bentuk cd tetapi dengan gambar yang cover lain dan lagu-lagunya dirojakkan bersama JJR1 dan JJR3 menjadi 2 volume cd.


Menariknya ianya mengekalkan rekabentuk seperti versi kaset yang asal. Sayangnya ada kesilapan typo bila nama Scandals di salah eja menjadi Scandais. Patutnya setiap syarikat rakaman melantik peminat/collectors sebagai editor sebelum dicetak supaya setiap rilisan tersebut benar-benar sempurna. Maklumlah ini semua khazanah negara. Kalau bukan kita yang nak jaga...siapa lagi? Lantik saya tanpa bayaran pun saya sanggup.


Dari segi sound pula, saya tak pasti dari mana sumbernya diambil. Adakah sama seperti cd keluaran 2001 kerana saya dapati soundnya ada sedikit tenggelam berbanding dari keluaran 2001. Tetapi secara keseluruhannya masih ok. Bukanlah satu masalah sangat.

Apa-apa pun ianya sememangnya satu rilisan yang mengamit memori. Mengembalikan kenangan ketika saya berumur 16 tahun. Masa tu memang tengah kemaruk dengan muzik rock. Pada saya semua lagu best. Banyak sangat sentimental valuenya. Zaman-zaman baru nak berjinak-jinak dengan studio jamming.



Susah juga kalau nak pilih lagu mana yang paling saya suka. Kalau yang berat mungkin Derita "The Sentinel Judas Priest Bangsa - MAY dan Roda Penghidupan - D'Febians yang jadi pilihan. Kuasa II - Scandals pun sedap juga. Bila belajar Maths yang ada bab pasal kuasa 2 memang kepala otak terngiang-ngiang lagu ni.

Kalau yang perlahan saya pilih Bayangan Hidup - MAY. Tetapi 2 lagu dari Metalian,  Segala Untukmu dan Biarkan Aku Sendiri pun sedap.


*nak baca entri lama saya boleh klik >SINI<




Tuesday, April 27, 2010

Burnmark

Last kopek untuk entry aku pasal Juara Juara Rock…selepas MAY, Febians, Metalian dan kini band yang berasal dari Segamat Johor…Burnmark…sebenarnya ada satu lagi band dari JJR ni..Scandal…aku suka band ni…sayangnya dorang takder keluar album solo..mungkin dorang dah berpecah sebelum sempat buat album solo…ruginya…2 gitaris kidal dorang Joe masuk Wings…Opie masuk Bloodshed…bassist dia Bad (betul ker nama dia??) join Handy Black (kalau aku tak silap)….sayang..ni band memang best…suka aku lagu Kuasa 2..



Ok ni bukan pasal Scandal…Tapi Burnmark…album solo dorang ni diterbitkan pada tahun 1988…Dalam banyak2 band zaman JJR1 hingga 3…Burnmak lah yang lagu2 heavy dia pada aku kurang best…tapi aku suka lagu slow Secebis Rayuan…aku suka gitar work/solo gitarist dia Joe dalam lagu tu…walaupun lagu ni meleweh…tapi gitar dia heavy dan banyak solo..

Aku memang mengharapkan album ni sebuah album yang gitar..gitar..dan gitar…maklum la rasanya semua pun tahu kehebatan Joe ni…kalau tak..takkan la MAY jemput dia untuk menyolo lagu Sendiri masa Juara Lagu TV3 dulu tu kan…sayangnya time tu tali gitar putus la pulak…potong betul kan….tapi nampaknya album ni tak la semuanya pasal gitar…bunyi keyboard jugak banyak mendominasi…tak tau la..mungkin dorang nak buat ala2 Malmsteen Rising Force...ada part solo keyboard kan...tapi rasanya lebih tepat dorang ni mungkin nak jadi Europe kot…Joe jadi John Norum…tak tau aku siapa nama keyboardist dia ni mungkin jadi Mic Michaeli...pasal ada jugak lagu2 yang intro dan solo keyboard ala2 Europe macam lagu Snooker dan Iri…tapi John Norum walaupun lagu penuh keyboard…contoh lagu Final Countdown tu…tapi bila masuk solo gitar…mak aiii….hebat…solo membunuh...part ni yang rasanya Joe ni kurang sikit…standard la...mencilok senang...tang nak buat sendiri tu yang susah...

Bukanlah nak kata ada solo keyboard ni tak best…dasat jugak mamat yang main keyboard ni…dasat solo dia…kekadang ada bunyi macam John Lord pun yer jugak…respek aku…ada kelainan la ngan band2 lain pada masa tu...tak tau apa jadi ngan mamat ni...rasanya dia lagi bagus kot dari Acis Gersang..



Album ni sebenonya ada 8 jer lagu baru termasuk 1 instrumental…manakala 2 lagu dari JJR iaitu Secebis Rayuan (dorang rakam semula lagu ni..tapi aku prefer versi asal walaupun ada org cakap bunyi gitar Joe sumbang…tapi itu yang uniknya…lebih raw…) dan Snooker ...walaupun takder la suka sangat lagu ni…tapi lirik pasal Snooker tu memang kena pada zaman tu…time tu memang aku tengah gila main snooker…walaupun tak terer2 pun…Pot Black sebelah Warta kat Segamat tu memang menjadi port aku zaman kat ITM dulu…mungkin budak2 Burnmark ni pernah lepak sana kot…tapi tak pernah pulak terjumpa…ada la sekali terjumpa dorang kat Great Wall Segamat…ntah wujud ker tak ntah tempat2 ni kat Segamat sekarang…err..off topic jap…kalau ada sesapa orang Segamat baca..wujud lagi tak panggung wayang Lilok?..port bebudak ITM dedulu ni…heheh

Bagi aku gitar work/solo Joe banyak membantu album ni...kalau takder Joe...aku rasa album ni memang kurang la...ada 2 lagu yang aku suka gitar work dia...Waspada dan Ayah...lagu lain tak berapa menonjol sangat...lagu2 slow pulak terlampau mendayu2...tak berapa masuk untuk aku...lagu Kasih Dalam Memori ada sikit ciri2 macam Secebis Rayuan...tapi sound gitarnya tak cukup power la...Satu lagi yang menarik pada aku ialah lagu instrumental Terbakar...layan la dengar solo Joe dan keyboardist dia tu...tapi yang kurangnya pada aku suara vocalistnya Jef tu la...aku rasa dia lebih sesuai lagu2 slow…part high pitch…lagu2 heavy…macam tak kena jer kat telinga aku…ntah la...lain orang lain lain telinganya kan...



Secara keseluruhannya bagi aku album ni tak cukup kuat…tak cukup catchy yang boleh buat melodinya terngiang2 kat kepala…tak der satu pun yang boleh jadi favourite aku…jenis yang kalau dengar…ok…pastu lupa….lagu2 slow dia pun tak cukup kuat…tu pun pasal album ni tak popular agaknya…mamat/minah jiwang pun tak sangkut…rasanya memang Joe la jadi penyelamat untuk aku terus dengar album ni...apa2 pun tahniah la pada dorang…semua lagu cipta sendiri…respek!

Err..ada desas desus kata album MAY – Dilema tu Joe yang main…mungkin jugak kot…pasal album tu memang lain sound gitarnya dari lain2 album MAY…ntahkan betul atau tidak…hanya dorang sendiri jer la yang tau…

Friday, July 10, 2009

Juara Juara Rock

Entry deaf yang cuit sikit pasal kaset Juara Juara Rock inspired aku untuk entry kali ni..

tahun 87...tahun irama rock tengah menganas kat Malaysia...lahirnya kompilasi Juara Juara Rock ni...selain Battle Of The Bands dan Clash Of The Band..inilah kompilasi yang aku suka sesangat...menampilkan 5 buah kumpulan dari pertandingan Juara Rock iaitu May,D'Febians,Metalian,Burnmark dan Scandals...

inilah zaman dimana kumpulan rock masih betul2 bunyi rock...bukannya zaman awal 90an startnya rock leleh...lagu slow pun masih kuat touching rocknya..seingat aku zaman ni aku dan member2 memang ketagih nak dengar rock melayu...asik layan omputeh jer kan...so setiap rilisan kaset rock masa tu memang pastinya kita orang beli..tak kira sapa..Wings,Belantara,Gersang,Junction,Urgent,Desire,Penyengat,Love Hunter,FF dan macam2 yg aku pun dah lupa dah..gilir2 beli pastu dengar ramai2...kalau ada yg berkenan..boleh bawak jamming...hehe...those were the day...



tapi kaset Juara Juara Rock ni tak der gilir2...Tiga2 volume aku beli...pasal aku memang minat sangat...seingat aku JJR1 aku beli pirate..JJR2 mula beli pirate pastu upgrade ori..JJR3 memang beli ori...sayangnya JJR2 yg ori dan JJR3 aku tak tau mana dah hilangnya...tinggal 2 yg pirate ni ajer..



kemudiannya tahun 1998.. keluar pulak versi kaset remastered ni..dalam betuk 2 volume..terus aku beli jugak..kira upgrade dari pirate punya la...tapi Vol 1 nya pun hilang ntah kemana..seingat aku kaset ni beli kat Jaya Jusco Wangsa Maju,KL..




Last sekali keluar pulak versi cd ni pada thn 2001...memang aku nanti2kan la...tak pikir panjang terus beli (ni beli kat S'Mart Pandan,JB)...ada 2 volume...sayangnya versi cd ni tak complete...ada 2 lagu tak der...Pemuzik Muda - May dari JJR1 dan Insaflah - Burnmark dari JJR2...sayang sungguh..kenapa ek...kalau lagu melayu ni selalu sangat dorang kalau keluarkan semula atau remastered..mesti macam melepaskan batuk di tangga...sepatutnya album2 yang dah jadi khazanah negara macam JJR ni diriliskan semula dgn packaging yg sempurna...inlay yg dalamnya ada info yg lengkap...baru la generasi2 baru dapat info...ni ntah apa2..tapi nak buat camnerkan...dari takder langsung...baik ada..

Antara yang menarik seperti kebiasaannya adegan copy mengcopy la kan...Febian - Peperangan ngan Metallica - Creeping Death, May - Derita Bangsa ngan Judas Priest - Sentinel dan ada lagi yg aku dah tak ingat dah..

Bolehlah dikatakan kesemua lagu dari 3 volume ni aku suka...kalau memuda dulu 30 lagi ni semua aku hafal...anytime nak celen karaoke...hehe..nak kata mana satu kumpulan lagi best...susah...masing2 ada sound dan trademark sendiri...

Antara yg wajib korang dengar la...kalau yg heavy Pemuzik Muda(JJR1),Derita Bangsa(JJR2),Gadis Misteri(JJR3) - May, Kuasa(JJR1),Kuasa 11(JJR2),Gadis Kota(JJR3) - Scandals, Peperangan(JJR1),Roda Penghidupan(JJ2)- D'Febians, Kabus(JJ1)- Metalian, Insaflah(JJ2) - Burnmark

Yang slow aku suka Sketsa Sebuah Cinta(JJ3),Bayangan Hidup(JJ2) - May ,Secebis Rayuan(JJ1), Galeri Kasih(JJ3) - Burnmark, Tetap Di Sini(JJ1),Segala Untukmu(JJ2),Biarkan Aku Sendiri(JJ3) - Metalian, Cinta Pertama(JJ1),Kehilangan(JJ2) - D'Febians, Rindu(JJ1),Musnahlah Sebuah Impian(JJ2),Penantian Yang Tak Pasti(JJ3) - Scandals

pergh...kat 80 peratus dari total lagu..baik cakap semua jer ek...hehe...macam aku cakap awal tadi la..aku memang suka JJR ni...mungkin pada masa tu tak banyak rilisan rock melayu kan...so apa yang ada tu memang senang la nak lekat kat kepala...

Cuma satu yg sampai sekarang masih jadi tandatanya pada aku..sapa yer BOUL?..Pada yang tak tau BOUL ni la yang lukis cover untuk JJR2 dan JJR3...bukan tu saja..cover Search Mentari Merah dan Sofea Kembali pun dia yang lukis..ada sapa2 tau..


dari 5 kumpulan ni...semua dapat menghasilkan album solo kecuali Scandals...tak tau kenapa...padahal gitaris dia dasat2..Joe Wings dan Opie Bloodshed..nanti kalau rajin aku review satu2 kaset kat atas ni...

last...aku masih mencari Clash Of The Band..aku tau ada dikeluarkan dalam bentuk cd tapi sampai sekarang aku tak jumpa...sesapa yang ada ternampak kat mana2 sila bagitau aku..terimakasih.