Showing posts with label Johor FC. Show all posts
Showing posts with label Johor FC. Show all posts

Monday, May 20, 2024

Sudah Sampai Sini - JDT Vs Negeri Sembilan

Liga Super 2024, 18hb May, 2024 - Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri 


Lama dah tak tengok bola secara langsung di stadium. Kali terakhirnya sebelum zaman Covid (2020). 
Kalau tak silap ini adalah kali kedua hadir ke Stadium SSI. Lokasinya yang agak jauh dari rumah (45 minit - 1 jam) berbanding Larkin (15 minit) menyebabkan kurang bersemangat. Pengikut blog ini mesti ingat yang satu ketika dulu di Stadium Larkin pernah satu musim tu tak "miss" pun walau satu game.



Tak pasti nak parking mana. Kalau di perkarangan parking stadium bermakna akan sangkut jem waktu balik. Mengikut rasa hati dan kereta-kereta di hadapan akhirnya memilih untuk meletakkan kereta di satu kawasan perumaham flat berdekatan (tak pasti namanya.. malas nak google).Ianya lebih kurang 1 KM dari pintu masuk stadium. Ok la, dulu kalau kat Larkin pun adakalanya terpaksa parking dengan jarak yang lebih kurang sama. 

Yang bestnya parking sini memang betul tak ada jem waktu balik. Tapi yang lecehnya sepanjang perjalanan jalan kaki tu jalannya gelap. Tak ada lampu.
(Seperti di gambar. Kata orang rumah, feelnya seperti perjalanan dari Goodison Park, Everton menuju ke Anfield, Liverpool melalui Stanley Park... pokok-pokok hutan tu kan ....haha


Kali pertama menonton perlawanan waktu siang. Menarik juga. "Feel"nya seolah-olah menonton perlawanan Liga Perdana English…hahaha…. 



Hujan lebat yang berhenti ngam-gam sebelum perlawanan mengurangkan rasa panas. Tapi kalau cuaca terang rasanya pemandangan di stadium lagi cantik untuk di ambil gambar.

Jumlah penonton adalah 19,988 dari kapasiti penuh 40,000. Ok la tu separuh penuh untuk game yang bukan menjadi tumpuan.


Ulasan tentang perlawanan. N9 sememangnya bukan tandingan JDT terutamanya bila bermain di SSI. Tetapi taktikal "parking bas" dan "couter attack" mereka berjaya menyekat JDT untuk menjaringkan lebih banyak gol dan mereka pula berjaya menjaringkan gol. Tahniah!... tapi rasanya JDT belum cukup panas untuk perlawanan pertama ini. 


Tak pasti bila akan ke sini lagi. Mungkin akan pergi untuk perlawanan yang kurang menjadi tumpuan. (Kurang tumpuan = tak ramai orang = lebih selesa). Malas dah nak bersesak-sesak….



Saturday, April 11, 2020

Sudah Sampai Sini - Stadium Sultan Ibrahim, JDT

Bagi peminat bolasepak tempoh menghadapi wabak Covid 19 ini memang sangat menghampakan. Tiada lagi perlawanan bolasepak baik di tv mahupun di stadium. Hujung minggu yang agak membosankan.


Khas untuk kawan-kawan peminat bola, kongsi sikit gambar-gambar ketika menghadiri perlawanan terakhir JDT di stadium baru yang ada penonton sebelum semua perlawanan di tangguhkan.


Inilah adalah ketika perlawanan JDT menentang UITM FC pada 7hb Mac yang lalu. Lama juga tak menonton secara langsung di stadium. Lama dah tak jejak Larkin. Ini pula kali pertama menjejakkan kaki ke stadium baru.


Memang saja pilih perlawanan ni. Kurang sikit orang berbanding masa hari pembukaan dan perlawanan Piala Sumbangsih. Selesa la sikit kan. Pergi pun guna google map. Tak biasa sangat kawasan Nusajaya ni. Terasa jauh. Dulu masa kat Larkin tak sampai 15 minit pun dah sampai.


Bertolak awal. Pukul 6 dah sampai. Kawasan parking pun masih kosong. Inilah untungnya pergi masa perlawanan yang bukan menjadi tumpuan. Tak macam kat Larkin kena pandai-pandai sendiri cari tempat parking. (tapi untuk yang dah biasa tahulah kat mana yang parking senang). Kat sini memang parking dalam kawasan stadium.

Cuma lecehnya masa nak balik. Jam masa nak keluar. Lebih setengah jam kot sangkut. Bayangkan kalau perlawanan tumpuan. Lagi teruk kot. Cuma ada 2 jalan keluar. Paham sahajalah jika ada beratus kereta yang nak keluar serentak. Patut kena ada banyak pilihan jalan keluar. Lebih mudah masa di Larkin. Walaupun sesak juga, tapi kita ada banyak pilihan jalan untuk keluar.

Tapi yang tak boleh dinafikan memang cantik stadiumnya. Nampak gah. Memang kagum lah walaupun baru tengok dari luar.


Kawasan depan kat air pancut tu adalah siap karnival live band bagai. Ada juga food truck jual makanan. Sempat juga la merasa makan kat situ.


Dalam stadium memang kagum. Terasa macam tengok bola kat luar negara. Lampu-lampu dia memang lawa. Kerusi pun bernombor. Tiadalah kes yang nak chop tempat duduk ataupun terpaksa duduk kat tangga. Datang lambat pun tiada hal. Memang kerusi kita dah ada.

Kerusi pun selesa. Setuju dengan pihak pengurusan tak bagi bawa masuk makanan walaupun sebotol air ke kawasan tempat duduk. Barulah bersih dan bebas dari sampah kulit kuaci. Nak minum boleh jer keluar dari kawasan tempat duduk untuk beli. Tak perlu keluar stadium pun. Dekat luar kawasan tempat duduk ajer pun. Atau pun beli siap-siap sebelum masuk, tinggalkan kat kawasan tu. Itupun kalau tak ada orang cilok lah nanti..huhu...


Nak sembahyang pun senang. Tak perlulah macam Larkin siap ada yang kena keluar dari Stadium. Kat luar kawasan tempat duduk ajer pun. Dekat. Cuma sesaklah. Tak sesuai kawasan ambik air sembahyang terlalu hampir di pintu masuk. Jadi jam kat situ mana yang nak keluar dengan mana yang nak beratur ambik air sembahyang. (lupa pula nak ambik gambar surau)

Satu lagi yang best, stadium ini dibuat khas untuk bolasepak. Macam stadium bola di luar negara. Pemandangan jadi dekat. Tak ada la track lumba lari tu semua. Memang lebih rapat dengan padang. Macam kat Pasir Gudang juga la.  Tapi yang itu lagi dekat. Nak maki reff/pemain memang jelas la dorang boleh dengar...hahaha...


Last..."Belantara" di stadium. Masih tak boleh move on dengan showcase Belantara 200220....tak sabar nak tunggu dvdnya...




Wednesday, July 11, 2018

Monday, May 16, 2016

FA Cup Final 2016

FA Cup Final 2016
14hb Mei 2016
Stadium Shah Alam

Johor Darul Ta'zim (2) - (1) PKNS FC
Safiq Rahim 15'(pen)
Pereyra Diaz 35'


Nak cerita pun semua dah tau...layan gambo ajer la...saya dan keluarga adalah antara 70,000 penyokong JDT yang berada di stadium Shah Alam ada hari kejadian..


sebelum hujan


ketika lagu "Bangsa Johor"


separuh masa


selepas tamat perlawanan...bergaya dengan baju hujan plastik RM5 sekeping...

Kesejukan dengan hujan sepanjang perlawanan, (masuk lambat tak dapat kawasan berbumbung)..akhirnya berbaloi juga lah bila JDT angkat piala...

Seronok memang seronok...tetapi kemeriahan final tu agak kurang dirasai terutamanya bila sepanjang perjalanan..kawasan parking...persekitaran stadium...luar stadium...gerai-gerai jualan...semuanya berjersey JDT...dah rasa macam kat Larkin pula....maklumlah dalam 75 ribu yang datang tu hanya 5 ribu penyokong PKNS...


Apa-apa pun JDT berpesta...konon nak balik JB malam tu...tapi bila dapat tahu Johor cuti...budak tak sekolah...sambung semalam lagi di KL....

semoga berjumpa di final yang lain pula...


LUASKAN KUASA MU!




Friday, May 13, 2016

Ke Shah Alam





Shah Alam... ko tunggu aku datang....





Sunday, November 1, 2015

We are the Champions




ku taklukkan dunia asia...menakluk kosmos asia...

anda di mana ketika JDT mencipta sejarah...



Tuesday, July 14, 2015

Vs Selangor

Liga Super
13hb Julai 2015

JDT [3] - [1] SELANGOR
JDT
Amri Yahyah 11'
Luciano Figueroa 45'+2, 79'
SELANGOR
Andik Vermansyah 45'+1



bas chrome vs bas merah kuning

Rengkas-rengkas ajer la...semua pun dah mood nak raya kan...

Macam game dengan Dortmund juga, last minute baru decide nak pergi tu pun bila member satu opis siap datang rumah jemput.

Yang bestnya game bulan puasa ni start lambat. Lepas Isyak keluar rumah pun masih sempat. Orang pun tak ramai. (11,300 orang yang diumumkan oleh pihak stadium). Tak payah susah-susah beli tiket awal. Sampai stadium pukul 9.30 malam pun tiket masih ada jual.


Teringat masa zaman 80an dan 90an dulu pun macam ni. Tak pernah beli tiket awal. Keluar rumah lepas maghrib pun masih sempat beli dan dapat tempat duduk. Dia sejak TMJ pegang ni jer tetiba stadium jadi sesak. Semua jadi kemaruk. Yang dulu tak minat pasal bola pun tiba-tiba jadi pakar.

Game pukul 8.45 pm, pukul 5 lebih dah kena masuk stadium pasal nak chop tempat duduk. Kalau tak...memang kena berdiri la jawapnya. Giler!!...banyak masa terbuang. Itu antara sebabnya saya dah malas nak pergi stadium. Mungkin bukan saya seorang. Ramai lagi yang rasa macam tu. Dah la parking pun susah kalau datang lambat. Nak beli tiket satu hal. Ulat bermaharajalela. Tu pasal kebelakangani stadium dah tak berapa nak penuh. Orang dah penat. Lain lah pada mereka yang mampu nak beli season pass.

Haha...keluhan hati peminat bola golongan marhean...Ingat nak tulis ringkas tapi dah jadi panjang.

Ni dua player ni memang paling sporting dengan penyokong. Siapalah malam tadi yang bertuah dapat kasut Amri Yahyah dan jersey Safiq Rahim...

Ok berbalik pada game. JDT masih dapat mengekalkan rekod tanpa kalah kat Larkin. Kalau tak silap sejak Ogos 2013...dah nak masuk 2 tahun tu. Game best, ultraSel pun happening. Cumanya pada saya pengadil kat Malaysia ni memang antara penyumbang untuk berlaku kekecohan penonton. Memang hampeh.

Last sekali, akhirnya TMJ buka mulut. Walaupun masih tak jelas kenapa dia letak jawatan. Tetapi sekurang-kurangnya dia berjanji yang projek JDT ini akan jalan terus. Saspen juga kalau-kalau dia dah fed-up. Siapa lah yang nak tolong pump duit dan carikan penaja kan..



LUASKAN KUASAMU!!!



Friday, July 10, 2015

Vs Borussia Dortmund

Persahabatan Antarabangsa
09hb Julai 2015

JOHOR DT [ 1 ] - [ 6 ] BORUSSIA DORTMUND
JDT
Gary Steven Robbat 39'
BVB
Ilkay Gündogan 22'
Pierre-Emerick Aubameyang 29'
Kevin Kampl 32'
Shinji Kagawa 74'
Jeremy Dudziak 82'
Marco Reus 89'



Lama dah tak cerita pasal bola. Pasal memang dah lama dah tak turun Larkin. Awalnya tak bercadang pun nak pergi. Bulan puasa la kan. Tapi bila tiket dah dalam tangan walaupun tak pergi cari...tambah pula teringin juga nak tengok ex Manchester United, Shinji Kagawa dan lain-lain bintang dunia macam Marco Reus, Mats Hummels dan Ilkay Gundogan main depan mata. Turun juga la..


Game ni tak guna season pass. Yang pegang tiket rumah kos sederhana macam saya merasa la duduk kat kawasan season pass (kawasan garisan tengah). Kalau tiket pprt kena duduk kawasan belakang tiang gol. Kawasan rumah mewah (grandstand) memang tak mampu ler. (banyak mat saleh jer kat situ)

Tapi bila lepas Isyak baru keluar rumah, memang tak merasa la nak dapat seat yang strategik. Nasib juga tak sesak.


Jumlah penonton dalam 12,800 orang. Kira ok la tu kalau nak dikirakan main dalam puasa. Tambah pula harga tiket pun agak mahal. Orang dah sibuk nak raya ni...mana nak cekau duit.

Tapi yang bestnya kali pertama nampak ada pelbagai kaum. Ramai juga cina dan india. Orang putih pun ramai. Bangsa Johor la kan...heheh...Benda ni yang bagus. Perpaduan...Tiada rasis. Time JDT score semua pun bersorak...time Dortmund score pun sorak juga...heheh...


Yang bestnya ada baling-baling resit. Lama dah takder. Game ni bukan bawah FAM. So rumah kita...buat cara kita...kalau tak...maunya kena denda. Cuma bakar flare takder la...dorang bakar kat luar stadium. Banyak asap la...kesian yang bawak budak-budak.

Bagusnya sekarang undang-undang larangan merokok dah ketat. Siapa yang hisap rokok memang kena sound dengan marshal. Tapi ramai juga yang naik seat yang paling atas untuk hisap. Ok la sekurang-kurangnya asap tu tak ganggu orang lain.



Ni paling dekat gambar Kagawa (no 2 dari kiri) yang dapat saya ambil. Yang lain-lain tu susah nak cam kecuali masa game jersey ada nama. Muka Jepun la kan...senang nak kenal.

Perlawanan secara keseluruhannya ok la. Semua player tempatan JDT merasa main. Kalau nak banding standard tu memang nampak la jauh ketinggalan. Bak kata adik saya pun, "Dortmund main macam dalam tv"....hahaha...tu baru Dortmund...belum lagi Bayern Munich kan....


Ni masa penyampaian hadiah. Meriah. Ok la. Kalah memang dah tentu-tentu kalah. Tapi dapat tembus sebijik gol pun jadi la. Tak sia-sia hantar Gary 3 bulan kat Dortmund...hahaha...


Ni masa abis game. Siap ada pertunjukan bunga api...rasa macam hari raya...kena pula B.O.S siap nyanyi lagu "suasana hari raya"...



Ni cenderamata mata (goodies) setiap orang dapat masa masuk stadium. Ok la bayar mahal-mahal sekurang-kurangnnya ada la juga benda nak bawa balik rumah.

Secara keseluruhannya puas hati la. Harap benda ni bukan habis kat sini. Dulu pun banyak negeri buat perlawanan persahabatan antarabangsa macam ni. Tapi hangat-hangat tahi ayam. Kesinambungannya tiada.

Harapnya kalau tahun ni Dortmund...tahun depan cuba la Bayern ker, Real Madrid ker...tapi kalau dapat Manchester United...memang senyum ketelinga...heheh...



Thursday, February 5, 2015

Vs BENGALURU FC

AFC Champions League 
Preliminary Round 1
04hb Februari 2015


Johor Darul Ta'zim 2  Bengaluru FC (India) 1
( Harris Harun 47', S. Chanturu 96')
selepas masa tambahan


1 - Perlawaan pertama saya untuk musim ini. Hari tu masa Piala Sumbangsih vs Pahang tak dapat turun kerana terpaksa ke Mersing untuk menghantar anak balik asrama.


2 - Ada beberapa perubahan keadaan di Larkin berbanding musim lepas. Antaranya lampu makin terang. Pagar di bawah dah diganti dengan pagar cermin yang lebih rendah. Tak la menghalang penglihatan yang duduk di bawah. Tapi kalau bola leret tetap apa pun tak nampak pasal kena lindung dengan LED board tu.

3 - Tempat duduk pemain simpanan pun dah lain. Jenis dalam tanah. Tetapi yang paling nampak lainnya bab marshall stadium  ni la.


4 - Rasa macam kat EPL la pulak. Yang jaga bawah tu takder can la nak tengok bola. Semua kena ngadap ke penonton. Penat juga kena berdiri sepanjang game kan...


5 - Pertama kali duduk kat kawasan B.O.S. Memang meriah. Walaupun "overtime" nyanyi 120 minit pun tetap masih steady. Untuk AFC, dorang siap nyanyi lagu omputeh...heheh..

6 - Sejak ada marshall ni best sikit. Orang tak boleh nak booking seat. So takder la tengok dari jauh macam kosong. Sampai dekat oarng dah booking letak beg la, mafla la, air la...tension jer...Kalau datang lepas maghrib pun masih ada can ler untuk dapat tempat duduk.

7 - Tambah ini game AFC. Peraturan ketat. Tak boleh duduk atas tangga atau kaki berjuntai kat ruang atas tu. Baru best. Rasa macam kat EPL. Lagipun dari segi keselamatan ini memang bagus. Nak pergi toilet pun senang. Takder terkial-kial nak lalu celah orang.

8 - Harap perlawanan liga super pun ikut undang-undang macam ni. Tapi malam tadi cuma 17,400 lebih penonton ajer. Hari kerja la kan. Kalau sendat macam biasa rasanya takder pilihan kot tetap kena duduk atas tangga. Ni tanggungjawap pihak stadium la jangan jual tiket lebih kapasiti.


9 - Jenuh juga kena gol last minit. Tak pasal-pasal kena tambahan masa. Dah la perut kebulur lapar. Musim ni takder orang jual "burger keras" dalam stadium. Orang jual air kat dalam stadium pun sold out. Sabar jer la...kebulur sepanjang game...hahaha..

10 - Nak buat macamana. Standard liga dan ranking Malaysia teruk. Kena la main preliminary round untuk layak champion league. Bukan satu...tapi 3 round. Ni minggu depan lawan kelab Thailand. Lepas tu kalau memang kena pulak lawan kelab dari China. Menang tu baru layak. Jenuh la banyak game.

11 - Malam tadi banyak peluang untuk gol. Tapi nasib tak baik. Mungkin baru awal musim. Player pun belum panas. Tapi memang nampak semua pancit la kena main 120 minit. Tapi tak kisah la...yang penting menang.


12 - Satu aku nak komplen adalah keadaan tandas dan tempat nak ambil air sembahyang. Tak banyak. Dah tu tandas pun sumbat...air meladung kat lantai. Pulak tu air pili tu halus bebeno. Memang masalah nak ambil air sembahyang.

13 - Tapi bab surau memang patut kena puji la. Luas. Ni pertama kali berpeluang ke sini. Biasa sembahyang kat luar stadium. Maklum la tak pernah masuk ikut pintu B (kawasan B.O,S).

kali ni takder gambar kepala anjing...hahaha..
14 - Itu ajer la kot. Ni jer yang teringat buat masa ni. Tulis panjang-panjang pun belum tentu ada yang baca...banyak tengok gambar je kan?  hahaha

Ok..till next game...kalau pergi la...


LUASKAN KUASAMU!!!





Saturday, November 1, 2014

Final Piala Malaysia 2014



Aku tak dapat pergi. Tanggungjawap pada kerja ada masanya perlu diutamakan. Sedih memang sedih. Terutamanya bila tiket dah ada dalam genggaman. Tambah-tambah pula syarikat tempat orang rumah aku berkerja (antara penaja utama JDT) menganjurkan perkhidmatan bas percuma...


Memang tak ada rezeki nampaknya. Kemeriahan suasana Final Piala FA tahun lalu (seperti gambar di atas) akan terus menjadi kenangan. Tahun ni guling-guling depan tv ajerlah nampaknya. Kasihan juga dengar cerita ada  fan yang tak dapat tiket. True fan yang tiap-tiap minggu turun Larkin tak dapat...geng-geng rombongan makcik Kiah yang ada kabel besar yang sebelum ni tak pernah ambil tahu pasal bola pula yang dapat...Final Piala FA tahun lepas pun macam tu juga.

Entah bila la bola Malaysia ni nak settle masalah jual tiket...tapi salut pada mereka yang beratur beli tiket di Larkin tempohari. Teratur...aman damai...takder tolak menolak gaduh-gaduh...macam ni lah yang kita mahukan. Tapi ada kawan aku yang tidur kat stadium semata-mata nak dapatkan tiket. Respek!

Mungkin pada yang tak paham akan mencebik...banyak aku terbaca kat FB macam tu...tapi ini di namakan passion...ada orang sanggup habis beribu nak tengok Iron Maiden atau sanggup berebut nak duduk depan stage Metallica...ada pula yang berhabis nak kolek vinyl...yang bergolok bergadai nak make-up kereta, bersengkang mata pergi memancing...dan macam-macam passion lagi kat dunia ni...walaupun semuanya duniawi...tak payah lah nak mengutuk passion orang lain.

Apa-apa pun all the best untuk JDT dan Pahang. May the best team win. Walaupun sudah tentu-tentunya aku nak JDT yang menang.

Kepada sesiapa yang pergi tu...semoga selamat segalanya....enjoy beb!!!.....



LUASKAN KUASAMU!






Monday, October 27, 2014

Vs KL Felda United

Piala Malaysia
Separuh Akhir 2nd Leg
25hb Oktober 2014

Johor Darul Takzim 3  KL Felda United  1
(Luciano Gabriel Figueroa 29' 63', Amri Yahyah 71')



Lambat sikit update...maka yang ringkas-ringkas sahajalah.

1 - Perlawanan hari sabtu, dah boleh agak dah sesaknya macamana. Sampai pukul 6 pun dah melilau cari parking.

2 - Dalam stadium lagi la pulak. Belum pukul 7 pun dah tiada tempat duduk. Nasib la kalau ada kawan-kawan yang tolong tempahkan tempat. Kalau tak samada duduk kat tangga atau berdiri sahajalah sepanjang perlawanan.

Salji di Larkin?

3 - Macam biasa kalau dah dekat-dekat final atau pun final, mesti timbul isu penjualan tiket. Kesian juga dengar cerita ada yang beratur dari awal pagi tapi bila kaunter buka baru sejam, tiket dah abis. Siap ada yang mengamuk dengar ceritanya. Seorang cuma dibenarkan beli 3 tiket. Maknanya memang tak banyaklah jumlah yang dijual kat kaunter. Orang dalam dah ambil separuh kot, kalau tak..takkan penulis pun boleh dapat tiket tanpa perlu beratur (buat muka jahat...heheheh...)

4 - Stadium dah canggih, sayangnya proses jualan tiket masih di takuk lama. Sudah sepatutnya sistem on-line digunakan. Barulah boleh nampak berapa sebenarnya jumlah yang di jual untuk orang ramai. Siapa cepat dia dapat. Tak payah lagi lah penat nak bersesak sejak awal pagi untuk beratur.



5 - Seperti di duga, sempena pernikahan TMJ sehari sebelumnya. Lagu pengantin baru dinyanyikan. B.O.S dengan lagu Gambus Jodoh (yang liriknya "Pukullah tabuh...Pukullah tabuh pukul rebana" tu dari filem Madu 3 kot kalau tak silap) dan juga lagu Selamat Pengantin Baru.

6 - Stadium full house. Maknanya boleh bayangkan lah macamana bergegarnya suasana bila gol dijaringkan. Kredit juga kepada penyokong Felda. Boleh tahan ramai yang datang. Tu tak termasuk yang datang dari Felda tapi pakai jersi JDT lagi tu (termasuklah penulis...heheh...)


Kali pertama selepas setahun baru ada bakar flare

7 - Tentang game tak payah cerita lah. Yang tak datang stadium pun dah tengok kat tv. Cuma kesian kat Aidil dua kali berturut-turut tak boleh main kat final, Tahun lepas FA cup, kali ni Piala Malaysia. Tapi yang Nazrin Nawi punya kad merah tu memang majoriti penonton termasuk aku tak perasan pun. Maklumlah minit last, semua pun dah berdiri ready nak pesta tak perasan pun apa yang berlaku. Kat luar pun dah berdentum bunga api.

8 - Aku habis game terus balik. Esok anak nak sekolah. Tapi majoriti kat stadium terus berpesta, Bagus juga. Kali pertama keluar stadium tak sesak. Memandu balik pun line clear. 15 minit dah sampai rumah.


9 - Selamat berjumpa di Bukit Jalil. Sayangnya aku berkemungkinan besar tak dapat pergi. Sabtu tu aku kerja. Tutup akaun hujung bulan. Memang takder can nak cuti.

10 - Khabarnya TMJ nak sponsor bas penyokong. Rugi betullah tak dapat pergi. Masih teringat-ingat kemeriahan final FA Cup tahun lepas. Harap-harap menanglah. Lama dah wakil dari Johor tak memang Piala Malaysia.


LUASKAN KUASAMU!





Friday, October 24, 2014

Blues Felda Blues

Salam Maal Hijrah.

Sempena perlawanan JDT vs Felda separuh akhir Piala Malaysia esok,,,,



Bagi sesiapa yang tak tahu apa itu Felda...sila google sendiri...posting ini adalah ditujukan kepada anak-anak felda untuk bernostagia kenangan lama. Bukan senang nak jumpa bentuk rumah Felda yang asal sekarang.

Juga kepada sesiapa yang tak pernah tengok...atau tak pernah melawat rancangan Felda...dan saya rasa ramai juga anak-anak felda yang tak pernah tahu/merasa hidup dalam rumah felda yang asal. Celik-celik mata dah pun rumah batu. Maklumlah...sekarang kalau pergi mana-mana tanah rancangan Felda pun terutamanya kalau kat Johor, memang payah dah nak jumpa betuk asal ni. Semua pun dah berubah...rumah batu dah majoritinya...bunglow besar pun dah ada.


Contoh rumah Felda ni boleh kita lawati di Memorial Tun Abdul Razak. Memang hampir sama dengan rumah yang asal. Bezanya rumah asal bukanlah tangga batu seperti gambar di atas. Dulu guna tangga kayu.

Saya tak bolehlah nak di anggap sebagai anak Felda. Saya tak lahir di Felda. Tetapi abah memang seorang peneroka Felda. (dulu-dulu budak-budak...kami tak panggil peneroka...tapi penarockers...hahaha...). Maka saya bolehlah di kategorikan sebagai anak peneroka Felda.

Keluarga kami pindah ke Felda pada penghujung Disember tahun 1977. Ngam-ngam beberapa hari sebelum saya masuk darjah 1. Bayangkan perasaan saya letika itu. Tak pernah bersekolah tadika. Tak kenal sesiapa. Terus kena masuk darjah 1. Dulu-dulu bukannya macam sekarang mak bapak bertunggu bertangga kat sekolah sampai seminggu. Abah kerja, mak hantar...terus balik pasal nak jaga adik kat rumah. Pandai-pandailah nak hidup. Perkara macam ni yang akan mengajar kita erti berdikari. Dekat sebulan jugalah saya jadi lone ranger.


Rumahnya bukanlah besar mana pun. Satu bilik tidur jer pun. Kira bersyukurlah dapat rumah. Tu pasal warga tua peneroka felda cukup marah bila ada yang menyokong pembangkang. Tak kenang budi katanya...hahaha...(btw...untuk pengetahuan...rumah ini bukannya percuma...kena bayar secara potong gaji setiap bulan)

Gambar di atas adalah kawasan ruang tamu manakala dibelakangnya kena turun tangga sedikit adalah ruang makan. Seingat saya abah ada buat renovation untuk rumah kami. Ruang makan tu dipasangnya dinding untuk di jadikan bilik tidur.


Manakala bilik tidur di sebelah ruang tamu ini dipecahkan dindingnya untuk di jadikan ruang menonton tv. Abah memang up to date dalam bab-bab teknologi. Sayangnya ketika itu Felda belum ada elektrik. Rumah lama ada. Terpaksalah abah jual set turntable dan tv toshiba jenis yang dalam kotak kerana tiada elektrik. (sayang betul kan..) tetapi diganti dengan tv yang menggunakan bateri. Tv hitam putih ajer pun. Pakai bateri yang macam kat kereta tu. Dah abis boleh hantar kedai charged semula. Tapi makan masa sehari jugaklah untuk charged. Paling sedih bila masa bateri nak abis. Dah lah tv masa tu 14 inci ajer besarnya. Gambar akan jadi mengecil bila setiap kali bateri semakin nak abis. Dah lah tengok ramai-ramai...ada masa jiran pun tumpang sama...Bayangkan lah....


Ini pula ruang dapur. Nostalgia betul nampak dapur minyak tanah tu. Zaman tu mana ada dapur gas. Dapur karen lagilah tak pernah termimpi. Ingat lagi rumah kami menggunakan jenama butterfly yang dua tungku. Minyak tanah beli satu tin besar sebagai stok. Bila abis yang kat dapur tu, sayalah yang jadi tukang pam untuk mengisi semula.

Takder pulak kat rumah contoh ni lampu pam. Itu lagi nostalgia. Zaman belum ada letrik memang lampu pam lah paling berharga. Pakai pelita leceh...banyak jelaga...bangun pagi konpem lubang hidung jadi hitam. Lagipun lampu pam lagi terang. Dekat-dekat nak maghrib pasti saya dan abang berebut nak pam lampu tu untuk dinyalakan. Berpeluh juga nak kena pam sebelum mentolnya menyala. Untunglah budak-budak sekarang tak merasa susah macam tu. Sekarang petik suis....semua ada.

Btw...yang tempat letak pinggang itu apa ek namanya. Para eh?..lupa pulak. tak jumpa dah rumah zaman sekarang ada design macam tu kan?



Yang ni para tu dari belah luar. Yang sebelah tu bilik air. Bilik air kat luar. Kena keluar rumah untuk pergi. Tu belum cerita bab tandas. Jauh kat belakang. Kena kalau sakit perut waktu malam...paham-paham sahaja lah...gelap gelita...kena bawa lampu picit atau pelita...kena pula time malam jumaat...ada dengar bunyi salakan anjing sayup-sayup pulak...iskh...makanya... kalau boleh tahan baik tahan.

Ok tu ajer la aku nak cerita. Sebenarnya aku pun ingat-ingat lupa. Maklumlah baru umur 7 tahun. Tak lama lepas tu abah dah renovate belah belakang rumah. Buat dinding batu. Kasi besar sikit dapur. Rasanya macam tak lama kami duduk dalam betuk rumah Felda yang asal. Adik-adik aku lagi la tak ingat.



Rumah kami sekarang memang dah 100 peratus berubah. Tiada satu pun yang macam asal. Nasib ada rumah contoh ni. Dapat juga mengamit memori masa kanak-kanak. Zaman tu nak beli kamera pun tak mampu. Manalah nak simpan gambar.

Tu ajer la. Panjang-panjang pun belum tentu ada yang nak baca.

Ok...Ada yang tanya...saya sokong mana? Kalau anda pengikut blog ini dari mula sudah semestinya ada tahu "sentimental value" JDT kepada saya. Makanya sudah terang lagi bersuluh.


Saya tinggalkan anda dengan lirik Blues Felda Blues - Ramli Sarip...mendalam betul liriknya untuk anak peneroka felda seperti saya...

Ayahku kebingungan
Mencari kehidupan
Menanggung kesamaran

Matanya memerhati
Anaknya tak terbilang
Sekarang bagaimana

Putus kata sambung hidup di Felda
Kerja keras asal perut beralas
Kuat cita hantarku ke sekolah
Mengharapkan aku mahir berladang

Setelah ku berjaya
Mengenai pertanian
Berubah perasaan

Harapan dari ayah
Bukitkan kejayaan
Di tanah milik Tuhan

Tak mengerti budaya jiwa ini
Rasa malas untuk turun bertani

Ayah terus meningkat usianya
Blues Felda Blues siapa
Penggantinya



"LUASKAN KUASAMU!"