Showing posts with label XPDC. Show all posts
Showing posts with label XPDC. Show all posts

Saturday, April 29, 2023

Segar Dalam Ingatan...

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.

Masih terngiang-ngiang kata-kata beliau ketika di konsert XPDC di D'va Seri Alam pada tahun 2015 yang lalu, "Kami bukan band yang protokol...semua nak perfect macam nak bertanding juara lagu... kami adalah sebuah band yang penonton boleh enjoy dan bernyanyi sama-sama". 

Dan itulah yang berlaku di dalam setiap konsert XPDC. Beliau dengan auranya yang tersendiri hanya perlu berdiri di atas pentas. Kami penonton akan tolong menyanyi bersama. Rasanya tidak ramai penyanyi yang mempunyai aura sebegitu. Segala kelebihan atau kekurangan diterima seadanya oleh peminat.

Beliau adalah XPDC. Tanpa beliau ianya bukan lagi XPDC. Izo boleh menjadi Kirk Hammett. Zuar adalah Cliff Burton atau pun Jason Newstead...tetapi Mael tidak pernah akan menjadi James Hetfield. Mael akan tetap menjadi Mael!

Terimakasih lagenda. Suara anda adalah soundtrack terindah kehidupan kami.

Thank you for the music


Syed Ismail Syed Ibrahim
7 Mac 1967 - 27 April 2023

"Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu" 

 "Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya."



Sunday, September 29, 2019

Brutal - Piring Hitam



XPDC - Brutal (versi piring hitam 2019)

Pertama kali dikeluarkan dalam bentuk piring hitam. Seperti kebiasaan keluaran Life Records, ianya versi gatefold dan mengekalkan segala yang ada dalam inlay cd.


Kongsi gambar jer lah. Tak perlu ulas kot. Album ini semua orang pun dah tahu. Dengan ini kira dah lengkaplah album kegemilangan mereka di zaman Mael di piringhitamkan.


Malas lah nak cerita pasal sound kalau sendiri pun tak ada sound sistem yang elok. Beli lah sendiri. Tak ada masalah pun tentang sound. Sokonglah kalau ada duit lebih. Bak kata Mus Speedrider pun, dah beli baru lah ada lesen untuk komplen 😂😂😂


Dulu tak beli versi kaset. Cuma ada versi cd. Kalau tak, boleh dah buat edisi "gila format"




Tuesday, April 23, 2019

Record Store Day Bhg 2

Hari tu cakap masa record store day tak beli apa...sebenarnya ada juga beli...huhu...


Nak buat macamaner kan?...dulu tak payah record store day pun kedai-kedai kaset sentiasa penuh dengan pelanggan. Tak suruh pun orang datang.

Tapi zaman dah berubah. Sekarang ni siap buat satu hari khas pun tak adanya nak pergi kedai pun. Duduk-duduk rumah sambil pekena teh 0...klik kat handphone... 2, 3 hari barang sampai...hahaha...(tak menyokong langsung...)



Monday, April 15, 2019

Record Store Day 2019

Tak pergi pun walaupun Johor Bahru ada buat. Ada hal duniawi lain yang lebih utama. Tapi pagi sabtu tu ada lah juga lepak-lepak mamak dengan geng-geng blogger/whatsapp group bersama Hikayat Nemut Nemut, JDU393 dan Tokan Cd dan Gigi. 


Hasilnya selain dari roti tampal goyang dah teh tarik free, dapatlah juga 2 cd ini secara percuma. Untunglah kan tak ber"RSD" pun dapat cd. heheh....

Thanks Doc Rizal. Semoga bertambah murah rezeki.





Thursday, December 6, 2018

Doa



XPDC - Doa (2018)

Malas rasanya nak sentuh pasal siapa yang berhak guna nama XPDC. Dah hak nama tu Life Records yang pegang. Nak buat macamana. Kalau dia nak bagi Aiman Tino guna pun siapa yang boleh larang...kahhhhhh..

Pengasas macam Max Cavalera dan Mike Portnoy pun tak dapat nak guna nama band yang mereka asas. Ni dah dapat guna ni buatlah kerja. Mana-mana pun janji bagus akan tetap ada peminat yang sokong.


Ok berbalik kepada cd Doa. Hampir 2 minggu juga mendalami cd ini. Kali pertama dengar dah memang terus boleh suka lagu-lagu beratnya. Maklumlah, bunyi Metallica. Tetapi yang paling utama, ianya masih berbunyi XPDC. Recycle atau tidak, memang inilah trademark XPDC. Izo telah memilih jalan yang betul. Bayangkan kalau Izo berexperimen atau berevolusi dengan genre yang lain. Memang sah-sah ianya akan di chop sebagai XPDC celop. 😁

Lagu beratnya memang lebih Metallica dari Metallica.  "Akhlak" dan "Adu Domba" pasti akan membuatkan peminat zaman Brutal gembira. Lagu “Akhir Zaman” ada sedikit pengaruh Pantera. Manakala “Silaturahim” seperti membawa kita kembali ke zaman Samurai.


Lagu-lagu mid-tempo seperti "Rahmah" dan "Kata Pepatah" juga bagus. Tak kisahlah jikanya ada bahagian yang copy paste. Yang penting sedap. Begitu juga lagu- lagu perlahannya, "Cinta Abadi", "Doa" dan "Ranum". Dengar banyak kali makin sedap. Melodic. Cumanya saya agak kurang gemar dengan “Sentosa”. Sekali “Apa Nak Di Kata” pada saya sudah cukup. 2 kali jadi bosan.

Kesimpulannya semua cukup. Semuanya ok. Satu dua lagu filler tidak menganggu perjalanan album. Izo telah membuktikan tanpa Arwah JS Kevin, beliau berjaya mengalas tugas komposer dengan baik. Lirik juga penuh bermesej ketuhanan dan kemanusian. Tabik!

Yang jadi masaalahnya jika anda adalah peminat hardcore vokal Mael. Sedap tak sedap dah bukan jadi ukuran. Kalau Samurai dan V6 pun anda tak boleh nak terima. Apatah lagi yang ini. Haters gonna hate!


Tunggu versi Mael pula. Harap-harap ada lah nanti di jual kepada peminat yang tak pre order seperti saya. Tak mahu tshirt, tak mahu tiket konsert juga. Yang saya mahu hanya cdnya.

Dengan harga yang sebegitu. Harapnya ia berbaloi. Izo telah meletakkan aras tanda yang tinggi. Terpulang pada team Mael untuk mengatasinya.


*untuk rekod...jangan nak kata bias ker apa...kalau mengikuti blog ini dari awal tentu tahu yang pemilik blog ini adalah peminat vokal Mael...



Tuesday, December 4, 2018

cd 2018 - versi tempatan Pt 3

Lagi cd-cd tempatan yang terkini dalam simpanan.

Kalau rajin ada la ceritanya nanti...


Exothermix - Reaction / V - Sumpahan Pendekar / 
Nosferiel - Blood Raven Dominia / XPDC - Doa


Support Local !... thrash metal, heavy/speed metal, black/death metal, mainstream metal...semua metal pun ada...



Wednesday, November 21, 2018

Timur Barat - vinyl

Yang terkini di pasaran...


XPDC - Timur Barat (vinyl 2018)

Selepas Darjah Satu, kini giliran Timur Barat pula di piringhitamkan. Lama tunggu. Setahun lebih. Tak silap Darjah satu dipiringhitamkan pada bulan Februari tahun lepas. Tapi ok la, sempat kumpul duit.


Dari segi sound memang banyak kemajuan berbanding dengan Darjah Satu. d'Atok Akeem dari Otai Art Studio telah melakukan kerja yang baik. Re-remastering dari beliau memang sentiasa terbaik. Tabik!



Dari segi harga memang terus terang rasa mahal. Main lp lagu melayu ni memang dah jadi hobi yang mahal. Tapi bab berbaloi ker tidak, itu terpulang pada diri masing-masing. Tepuk dada tanya selera dan raba poket. Letih lah nak berbalah pasal harga ni.



Harapnya lepas ini giliran Brutal dan Kita Pengyu. Lama lagi pun tak apa. Memang sesak nafas la kalau tiap-tiap bulan keluar lp harga macam ni. Memang mampu tengok jer la...



Tuesday, February 14, 2017

Darjah Satu - vinyl

Demam reissue lp rock melayu berterusan...


XPDC - Darjah Satu (2017 vinyl - Edisi Terhad 300 keping 180 gram Japanese Pressed)


Yang terkini di pasaran. Khabarnya dah "sold out". Harganya boleh tahan…boleh tangan mengigil tangan nak bayar…huhu…


Tak pandai sangat bab sound. Tetapi mendengarnya menggunakan set-up marhaen seperti saya bunyinya agak boleh tahan. Sama seperti keluaran Life Records sebelum ini (Rusty Blade - 786 Ikrar Perwira), ianya memang tidak mengecewakan.


Cuma agak janggal juga bila piring hitamnya dikeluarkan dari belah atas. Tak perasan pada awalnya. Hampir-hampir juga terjatuh. Lainnya tak ada nak komplen. Cuma gambar covernya tu agak blur. Mungkin syarikat rakaman pun dah tak simpan gambar asal.


Secara keseluruhannya puas hati. Tapi kalau boleh harganya biarlah mampu milik. Janganlah jadikan negara pengeluarnya sebagai penyebab. Iyer faham. Ini bukan untuk golongan marhaen...tapi...kalau boleh  lah....


Apa-apa pun terimakasihlah kepada yang terlibat. Khabarnya selepas ini giliran Rintangan Hidup Dunia....atau mungkin juga Fenomena.....




Monday, January 23, 2017

Seleksi Head Bang

Sementara menunggu keluarnya piring hitam Darjah Satu. (khabarnya lepas raya cina) Layan dulu kompilasi ini. Ini satu lagi yang tersangkut dalam draf dari tahun lepas...


XPDC - Seleksi Head Bang (1996)

Kena dengan tajuknya. Semua lagunya adalah lagu-lagu berat dari 3 album pertama XPDC. Boleh feeling-feeling Metallica...hahaha...

Ketika cd ini diterbitkan, demam XPDC memang sedang memuncak. Saya sendiri yang sebelum itu tidak mengambil tahu perihal mereka (circa awal 90an yang sangat "true") telah mula membeli kaset dan cd mereka. Merekalah penyebab mengapa saya mula kembali mendengar rock melayu di pertengahan tahun 90an.


Sering memutarkannya di dalam kereta sehinggakan isteri saya yang tak minat rock pun menjadi tahu akan lagu-lagu XPDC. Cd ini masih sekali sekala saya putarkan bila rasa teringin nak dengar lagu-lagu heavy mereka.

Best!




Thursday, December 31, 2015

XPDC - Rockin' Live at D'va Sri Alam

Entri terakhir untuk 2015...Asalnya macam malas nak buat cerita pasal ni...sebab utamanya handphone rosak...habis semua gambar dalam tu termasuklah gambar XPDC live ni hilang...tetapi memandangkan saya bukannya selalu berkonsert. Ini cuma konsert saya yang ke 2 untuk 2015 selain Search Panggung Khayalan...dan saya rasa rugi pula kalau tak menulis pasalnya...tambah-tambah pula ianya memang cukup happening...malah saya rasa ianya lebih happening dari Search....maka...


Kat tiket tulis 11 malam. Maka kita orang (Shafid, Portdy + isteri) masuk sebelum 11 malam. Rasa tertipu juga bila harga tiket tulis RM20. Tapi bila nak masuk kita dipaksa pula untuk membeli minuman sebagai syarat untuk masuk. Ni dah kira kos tersembunyi. Saya tak pasti berapa harga minuman (segelas coke) yang dikenakan. Mungkin RM20++. Shafid yang tolong bayarkan. (Mintak halal la bro kalau aku terkurang bayar...)

Untung juga Portdy ada tempah meja. Kalau tak...tahu kat mana nak melepak dalam tu. Sementara tunggu XPDC, kita dihiburkan oleh band club. Yang datang majoriti mat rock...maka dorang pun main lagu rock...rock orang putih la...ada la dorang main lagu Search khas untuk Portdy yang pakai baju Search..Bagus juga band ni...muzik tight...suara penyanyinya (2 perempuan & 1 lelaki) pun power.

(Shafid, aku ada ambik beberapa keping gambar Linda D'va...sayangnya handphone kong...hahaha...tak dapat la nak share kat sini...huhu...)

Ingatkan lepas habis dorang perform, XPDC masuk...rupanya tak jugak...jenuh juga menunggu sambil dihiburkan dengan seleksi lagu-lagu disco yang bukan kakak-kakak dan yang bawak anak jer pening dengar...aku pun pening sama...

gambar kredit pada Portdy

Akhirnya...pukul 12 lebih baru XPDC keluar...lega....terutamanya bila nampak kelibat Mael...tapi bila mula lagu pertama...terus rasa hilang segala penat menunggu....memang terbaik la...

Maksud terbaik tu bukanlah nak kata dorang perfert...suara Mael sampai, Jeff tak terkucil...tapi bak kata Mael pada malam tu, XPDC bukan band yang protokol, semua nak kena perfect...XPDC adalah band yang untuk semua peminat boleh enjoy...dan saya rasa semua yang berada dalam kelab D'va malam tu memang enjoy...singa a long semua...meriah giler...

lagi sekali kredit gambar untuk Portdy...sayang betul la gambar2 saya semua hilang...

Malam tu Mael boleh tahan banyak cakap...dia cakap XPDC kini dah ada 3 orang Johor...sambil kenalkan Jeff dengan nama kat kampung sebagai Jeffridin. Sempat juga dia cerita sejarah dulu-dulu XPDC main expo kat Masai (Sri Alam ni kawasan Masai) sambil tujukan lagu "Raja Kertas" buat otai-otai yang dah malu-malu nak headbanging depan anak-anak...

Malam tu semua anggota pun muka happy...Zuar dan Amy memang senyum memanjang...rasanyanya line-up kali ni semua pun happy. Tak ada Izo pun tak terasa sangat. Jeff sebagai penganti Izo malam tu memang sempoi. Dia memang tak sama...ada juga terkucil tersalah masuk...tapi tak kisah la...dengan gitar bercabang ala Dimebag Darrell dia tu memang happening la...solo pun dasyat juga..

ni kredit untuk Shafid...iyer-iyer jer mamat pakai baju Def Leppard tu ambik gambar dan rakam video...last-last semua pun hancus...heheh....

Jangan tanya setlist...kejadian dah lama berlaku...saya pun dah ingat-ingat lupa segala detailnya...show habis pukul berapa pun dah tak ingat...Nanti minta Portdy la bagi setlist...dia ada rakam video the whole show...

Kesimpulannya memang enjoy la...rasa best pula tengok live kat kelab kecik-kecik macam ni. Semua pun depan mata...walaupun telinga bingit sikit la bunyi kuat nak mampus tambah pula bau rokok dan alkohol melekat kat baju....

Apa-apa pun memang puas hati la...cuma rasa macam tak puas pulak...semoga berjumpa lagi di show lainnya di tahun depan (macam la selalu tengok konsert...hahaha...)

untuk laporan dari Shafid sila klik >SINI<



Monday, April 6, 2015

XPDC & Rakan-Rakan - Unplugged & Accoustic Guitar

Lagi yang dah 20 tahun...


XPDC & Rakan-Rakan - Unplugged & Accoustic Guitar (1995)

Tidak pasti apakah tujuan album ini dikeluarkan. Mungkin syarikat rakaman sekadar mengambil untung dari populariti XPDC dan album-album MTV unplugged yang sedang popular pada ketika itu.

Sebenarnya ini bukanlah muzik yang dimainkan oleh XPDC. Berdasarkan maklumat di inlay kaset, muziknya adalah rakaman baru yang dimainkan oleh pemuzik studio. Hanya suara Mael menggunakan rakaman asal. Antara pemuzik yang terlibat termasuklah gitaris seperti Aznan Alias, Hillary Ang (lagu Hairan Bin Ajaib) & Arwah Samad (lagu Pijar).


Mungkin oleh kerana itu mereka mengguna tajuk "Rakan Rakan". Tambahan pula hanya 4 lagu dari XPDC. Selebihnya adalah artis-artis yang sama syarikat rakaman. Tetapi menarik juga bila lagu-lagu mereka ini di "unplugged dan accoustic"kan.

Tambah menarik bila album ini juga memuatkan lagu kegemaran saya, Aku Yang Masih (Nuradee) dan Blues Generasi Baru (Rausyanfikir).

Tak pasti jika ada dikeluarkan dalam bentuk cd.



Friday, December 19, 2014

Kita Peng-Yu

Yang mengamit memori 20 tahun yang lalu....


XPDC - Kita Peng-Yu (1994)

Awal 90an adalah tahun-tahun yang saya tidak mengambil endah perihal rock melayu. Saya seperti kebanyakan mat metal semasa remajanya sedang melalui frasa menjadi "true". XPDC adalah salah satu bahan kutukan budak-budak underground ketika itu kerana penglibatan Lee Space. Ramai tak boleh terima kot apabila drummer band seganas Rator menjadi drummer untuk lagu cintan C.I.N.T.A.

Saya kemudiannya pernah duduk berjiran dengan Mael di Flat Taman Kosas, Ampang. (sekitar tahun 1993 - pernah diceritakan pada entri-entri yang lalu berkenaan XPDC). Hampir hari-hari melihat kelibat beliau bermain sepak takraw dan kadang-kadang terserempak juga dengan Izo. Tetapi  masih tak berminat pun hendak mendengar muzik mereka sehinggalah saya balik ke JB dan terbaca review album "Kita Pengyu" di dalam sebuah akhbar.


Tak sangka pula mereka adalah klon Metallica. Metallica pun pada ketika itu sudah tidak mahu menjadi Metallica. Tetapi mereka pula yang menjadi terlebih Metallica. Semenjak dari itu saya mula mendengar dan membeli album-album lama mereka. Kita Peng-Yu dan Brutal adalah 2 album mereka yang paling saya suka tetapi Kita Peng-yu mempunyai lebih "sentimental value".

Pada saya album inilah yang menjadi pemangkin untuk saya kembali mendengar lagu-lagu rock/metal melayu. Lagu-lagu berat mereka walaupun berbau thrash tetapi cukup catchy untuk jiwa anak melayu.

Kerana mereka perkataan "metal" telah menjadi suatu yang mainstream.

Rekomended!



Friday, February 1, 2013

V6

Lagi yang dikorek dari draf untuk entri tahun lepas...album rock melayu yang dah 10 11 tahun..


XPDC - V6 (2002)

Ketika XPDC terpecah 2, saya memihak kepada Mael dan Real XPDCnya. Tak kisah lah walau live dia hancur ker apa. V6 adalah XPDC yang bukan sahaja tanpa Mael, tapi ianya juga tanpa Zuar dan Amy. Maknanya hanya tinggal Izo sahaja anggota yang asal. (walaupun sebenarnya Yan adalah seasonist untuk seisi rakaman album2 XPDC sebelumnya)

Terus terang pada ketika itu saya sudah kurang berminat kepada XPDC. XPDC pada saya adalah album Kita Pengyu dan Brutal. Tetapi saya tertarik untuk membeli cd ini kerana dapat t-shirt percuma. Kira berbaloi la juga dengan harganya.



Lagu-lagunya ok, cumanya kurang lagu heavy. Kebanyakannya adalah lagu-lagu jenis mid tempo. Kurang dah rif-rif yang boleh hanguk kepala. Satu yang tak berubah mereka masih meniru Metallica. Bila Metallica berorkestra, mereka juga mahu berorkestra. Terdapat beberapa lagu slow yang berkonsep begitu.


Berdesup Cahaya dan Haprak adalah antara lagu yang berjaya menarik minat saya. Haprak adalah bunyi Metallica XPDC yang lama. Sakinah, Mongol Dah Pulang pun boleh tahan cuma rasanya masih tidak boleh menandingi lagu-lagu lama mereka. Dan tiada pula lagu slow yang benar-benar saya suka. Mungkin juga saya bias...




Monday, December 24, 2012

Timur Barat

Yang melayu punya dah 20 tahun



XPDC - Timur Barat (1992)

1992 adalah tahun yang aku tak berapa follow rock melayu. XPDC pun aku start dengar zaman Kita Pengyu. Maknanya album ni aku dengar sepenuhnya mungkin dalam tahun 1994 atau 1995.

Walaupun begitu aku memang kenal Mael (tapi dia memang tak kenal aku...heheh). Maklum lah masa tahun 1993 kami berjiran. Rumah flat sewa abang aku di Taman Kosas, Ampang berhadapan dengan blok rumah Mael. Dari tingkap rumah kami memang jelas nampak rumah beliau. Gold Disc yang tergantung kat ruang tamu rumah dia pun aku boleh nampak. Zaman tu Mael berambut pendek tapi berekor panjang di belakangnya. Boleh dikatakan hampir tiap2 petang aku nampak dia main sepak takraw kat bawah blok. Dan kekadang terserempak juga dengan Izo masa dia datang.

Tapi memang aku tak ambik tau pun pasal sememangnya aku tak berminat. 2 lagu dari Timur Barat yang aku tau pun hanyalah C T Cinta Kenangan Silam (selalu keluar radio) dan Hairan Bin Ajaib (keluar kat Muzik Muzik TV3 member aku rakam dan tunjuk kat aku). Tapi bila aku dengar Kita Pengyu aku rasa bersemangat pulak untuk mendengar album2 lain mereka.



Dula aku beli kaset (dah hilang) dan akhirnya upgrade ke cd. Timur Barat tak lah sebest Kita Pengyu. Pengaruh thrash terutama Metallica mereka pun baru sikit2. Mungkin lagu Talam Dua Muka yang ada bunyi2 thrash. Lain2 banyak lagu slow (3) dan mid tempo (3). Lagu heavy pun cuma 3. Paling boringnya album ini di bazirkan dengan lagu minus one C T Cinta Kenangan Silam.

Terus terang aku menyampah C T Cinta Kenangan Silam...meleweh...sekali lagu mengeja pada aku dah cukup...kalau ke 2 dah jadi bosan. Kalau lagu slow lagi sedap lagu Ikatan atau Impian Seroja. Tapi untuk Timur Barat aku menyukai lagu2 mid temponya seperti Lagu Dari Aku, Hairan Bin Ajaib dan Cekal. Memang menangkap. Best!

Timur Barat bukanlah album XPDC yang terbaik. Seperti tajuknya iannya adalah album yang masih mencari arah. Patut ada jika anda die hard sahaja. Tapi solo2 Izo memang sedap. Sangat catchy dan melodic. Pada aku selain Awang BPR, Izo lah yang mepunyai solo2 yang sangat catchy dan melodic.






Tuesday, September 6, 2011

3 gegaran

Kepada sesapa yang terlepas nak nengok rancangan ni pada raya ke 6 hari tu...enjoy (terimakasih kasih Jaiswings kerana upload)

20++ tahun yang dulu aku selalu harap nak nengok benda cengini kat nasional tv...hmmm...better late than never la kan...

Asik2 Search Wings jer...sesekali macam ni baru best...harap2 pasni Rusty Blade,Rockers,Sofea pulak dapat can...dan kalau boleh Belantara...harap sangat la dorang reunion...

dah tua2 pun best!! heheh..







Friday, January 7, 2011

Darjah Satu

Ni bukan pasal budak masuk sekolah...aku takder anak yang darjah satu tahun ni...tapi ni aku nak sambung entry pasal album2 tahun 1990 yang tak sempat aku nak abiskan sepanjang tahun lepas...Kali ni album rock melayu...album pertama XPDC...Darjah Satu.



Sebenarnya aku tak follow pun album ni masa ianya diterbitkan tahun 1990...aku start dengar XPDC zaman Kita Pengyu...tu jam terbaca satu artikel kat suratkabo cakap Kita Pengyu best...ntah macamaner tergerak hati pulak nak beli...sekali dengo mak aii...Metallica abis...lagu2 heavy dia lebih best dari majoriti lagu2 dalam Metallica Black album (huhuhu...)

Start dari tu aku suka XPDC...teringin pulak nak dengar camnner bunyinya album2 awal dorang...time tu baru aku beli Darjah Satu ni...padahal masa 1990 tu dah kecoh dah kat bebudak metal dan underground pasal XPDC ni...siap keluar kat fanzine semua...ni semua gara2 Lee Space la...mamat ni memang glamer arr...semua band dia join...dari death metal sampai ke Ayah Pin...hihihi....ok la...seriusnya...kalau korang masih tak tau...Lee Space ni memang aktif main dengan band2 metal underground tahun2 80an dulu...antaranya the legendary RATOR...kalau mainstream Def Gab C pun dia jugak...so bila dia join XPDC memang kecoh gak la fanzine2 bagi komen...terutamanya kutuk XPDC band rock jiwang...aku pun yang masa tu tengah zaman2 remaja baru nak naik...terpengaruh jugak la...troo la konon...kena pulak lepas dengar lagu C.I.N.T.A tu...meleweh je kan...terus malas nak layan XPDC ni...



Tapi korang rasa2 la kan...agak2 C.I.N.T.A tu mesti ideanya cilok dari L.O.V.E Machine dari WASP ek...sama jer bab mengeja nya tu...nasib melodinya tak di cilok sama ala2 Anak Liar Sofea kan...tapi kesian tengok Mael terkial2 bawak lagu ni masa final Juara Lagu TV3 dulu tu...hancus...

Sebelum aku beli kaset ni...selain C.I.N.T.A...hanya lagu Aku Dan Sesuatu jer yang aku pernah dengar...tu pun pasal ada keluar radio...so masa memula tu excited jugak la...ada ker lagu2 heavy dia macam lagu2 heavy album Kita Pengyu...Metallica?...tapi bila dengar abis...ok la...aku tak rasa rugi sangat tak follow album ni masa dia mula2 keluar dulu...tak berapa menarik pun...satu je lagu yang aku rasa heavy dan ada rif2 ala Metallica tu...lagu Pelesit Mata Sebelah...lain2 tu biasa ajer...lagu Gerak 2000 tu aku macam terbayang Rusty Blade pulak...perasaan aku jer kot...nampaknya zaman ni dorang belum berapa nak jadi Metallica kot..


lawak baca nama mael tulis kat sini EL....eiiii...tak boleh blah...hahaha

Tapikan...zaman aku dengar album ni..aku tengah ber"ehem ehem"...ni jam dah tak troo lagi (hihi)...so feeling pulak dengar lagu Aku Dan Sesuatu tu...suara Mael ni kalau kat album memang lunak ooo...menusuk feel dia...kalau bab live tu cerita lain lar...satu lagi lagu yang best adalah lagu mid tempo Bukan Milik Aku...sampai sekarang aku rasa lagu ni adalah lagu yang paling aku suka dari album Darjah Satu ni...time cintan2...time frust...ni lagu makan dalam oo....hahaha..

Apa2 pun tak kisah la orang kata klon ker...Mael tak leh nyanyi live ker..harap lagu JS Kevin ker...aku memang suka XPDC...yang penting lagunya sedap...terutamanya album Kita Pengyu dan Brutal...

Monday, November 30, 2009

Rasopariso

Satu habit yang semakin umur meningkat pun aku tak boleh buang ialah membeli cd..terbukti lagi perkara ni terjadi..2 minggu lepas..sedang duk menunggu wife aku abis kerja…jalan2 di kedai cd Plaza Kotaraya, JB (or kedai vcd sebenarnya…mana ada lagi genuine kedai cd di JB)..ternampak cd XPDC – Rasopariso…belek2 tak sampai 10 saat kaki aku dah melangkah menuju ke kaunter untuk membayar…padahal tak der niat pun nak beli asalnya…hmmmm…



Rasopariso adalah album XPDC yg keberapa ek?…kalau V6 tu 6…dan tak campur kompilasi2 dan hanya mengambil kira album penuh…ni yang ke 7 kot…correct me if I’m wrong…dan yang pertama sejak 12 tahun (?) dengan line-up mereka yang paling popular dan disukai ramai Mael, Izo, Zua dan Amy

XPDC ni tak kira la…korang true black metal ker apa ker…at some point of your life mesti sikit2 korang tau kan lagu2 dia…terutama yang membesar during 90’s…memang aku respek pengaruh dorang ni..rasanya dorang la yang mempopularkan perkataan “METAL” kat dunia mainstream…sebelum ni orang tau rock ajer…aku pernah dengar cerita ada yang kenal Metallica pun melalui XPDC…dunia metal Tanah Melayu memang kena berterima kasih ngan dorang..tengok jer la berapa ratus ribu unit album mereka terjual..aku pulak hanya start follow dari zaman Kita Pengyu…2 album awal memang tak follow langsung…walaupun teringin jugak nak dengar album Darjah Satu pada satu ketika dulu semata2 kerana drummer dorang Lee Space tu…Tau2 sajalah sapa mamat ni zaman Underground Scene 80an dulu kan..

Ok cukup la dengan intro aku yang meleret ni…back to business…setelah mendengar lebih kurang 5,6 kali…ini kesimpulan aku track by track…



1-Sanasinisamasaja – lagu terbaik dari album ni bagi aku..1st time dengar aku dah berkenan..mengingatkan aku kepada lagu heavy ala2 thrash metal zaman Kita Pengyu dan Brutal..ini memang trademark XPDC…best!

2- Aku Tetap Aku – sebuah lagu ballad yang pada aku lebih pada moderate… lepas 2,3 kali dengar best jugak la …kalau selalu main kat radio boleh popular kot

3- Ntahye Ntahtidak - Lagu moderate..kononnya ala2 bukan milk aku,hijau bumi tuhan dll tu la…tapi jauh meleset dan aku sedikit bosan dengan lagu ni…dengan panjangnya yang hampir 6 minit…lagu yang mendatar dan meleret…agak letih rasanya menunggu nak habis...boring…

4- Rasopariso – lagu raggae?..dah banyak kali aku dengar lagu ni kat radio sebelum membeli cd…1st time dengar pun macam tak percaya ini XPDC…apa dah jadi dengan sebuah band yang me”metal”kan semua jenis lagu…kenapa tak metalkan je lagu reggae ni…or at least bagi heavy skit part gitar tu ala2 Is there Anybody There – Scorpions…arah tuju baru?..iyerrr....lagu reggae memang layan…tapi bukan untuk aku.

5- Rasa – lagu moderate lagi..berapa banyak daa…tapi at least tak bosan sangat macam Ntahye Ntahtidak

6- Puing Cinta – lagu recycle???..tak semua benda bila 1st time buat berjaya…kita akan berjaya lagi pada percubaan kedua…ni contohnya..lagu ala2 60an Hidup Bersama ni macam lagu dah kering idea la..

7- Sampai Bila – at last..jenuh menuggu…masuk lagu ke 7 baru jumpa lagu heavy balik..lagu ni lebih pada lagu2 heavy ala2 dorang zaman Ali…zaman V6…aku suka drum Amy dalam lagu ni

8 – Curahan Rasa
9 – Menentang Arus
Ni 2 lagu slow kabarnya diambil dari album Rock Union…aku tak pernah dengar..last dengar XPDC album V6 la kan…lagu ni jugak merupakan lagu2 arwah JS Kevin…seorang individu yang banyak mencipta lagu2 best untuk XPDC…sayangnya 2 lagu ni tak cukup kuat la..adakah lagu2 ni asalnya lagu2 reject arwah…ntah la..sekali lagi bukan untuk aku..

Manakala lagu2 lainnya dari track 10 - 13 adalah antara lagu2 terbaik XPDC dari zaman Darjah Satu hingga Brutal…kenapa yer tak der lagu2 best macamgini…mungkin aku menaruh harapan terlalu tinggi untuk album ni…iyer la..line-up paling ditunggu2 la kan…tapi setelah menonton vcdnya (iyer beli cd dapat vcd free)…aku paham kenapa album ni dibuat begitu rupa…kononnya…album ni dibuat sebagai tribute jenis2 lagu yg pernah mempopularkan mereka iaitu heavy,moderate dan ballad…tapi yang reggae tu pehal pulak?…



Er..pasal vcd free tu pulak…rasanya..dapat..bukak..tengok sekali…lepas tu dah boleh buang…hehe..tak der yang menarik pun..ingatkan ada interview band member ke apa…takat tunjuk slide gambo (yang pernah dan biasa tengok…tak der rare mana pun..)..selang seli pulak dengan sedutan video clip dan video karaoke…apa barang?…

Kesimpulannya…bagi aku la…hanya ada satu lagu je yang best..Sanasisamasaja…ok la…Aku Tetap Aku dan Sampai Bila pun boleh pakai…yang lain2 kurang menyengat…ni pendapat aku…pendapat orang lain mungkin lain pulak..macam Bro Speedrider ni…satu lagi aku nak komplen..kenapa takder lagu2 ciptaan Mael?..dan Brutal tu sapa pulak?...sudah sampai masanya band2 Malaysia belajo buat lagu sendiri la..

Akhir kata…patut dibeli hanya pada die-hard XPDC sahaja…atau mungkin mereka2 yang mempunyai sindrom terbeli cd bila masuk kedai cd macam aku…huhu..