Showing posts with label Randy Rhoads. Show all posts
Showing posts with label Randy Rhoads. Show all posts

Thursday, January 6, 2022

Blizzard of Ozz

 Memori awal remaja...

Ozzy Osbourne - Blizzard of Ozz (1980) - vinyl reissue 2011

Antara koleksi terkini dalam simpanan. Kalau dulunya semua kenangan akan cuba di"cd"kan. Tetapi kini semenjak kembali meriahnya pengeluaran piring hitam, ada kenangan yang cuba pula di"piring hitam"kan. Sayangnya saya tidak pernah memilikinya dalam versi kaset (dulunya sekadar kaset kompilasi) makanya tak dapatlah Blizzard of Ozz untuk di"giler formatkan".

Ini semua adalah kenangan di sekitar tahun 85-86 ketika baru mula untuk terjebak dengan muzik rock. Walaupun pada ketika Duran Duran masih menjadi idola, lagu-lagu seperti Mr Crowley dan Crazy Train telah mula membuka minda kepada muzik heavy metal.

Blizzard of Ozz akan sentiasa dikenang sebagai album yang mengenalkan Randy Rhoads kepada dunia. Salah seorang gitar hero yang agak sukar untuk dicari ganti.


Monday, March 29, 2021

Quiet Riot

 Randy Rhoads sebelum Ozzy dan Quiet Riot sebelum Metal Health...

Quiet Riot - Quiet Riot (1977)

Album ini sebenarnya hanya pernah dikeluarkan di Jepun. Randy Rhoads ketika hayatnya dan keluarga beliau selepas kematiannya tidak membenarkan ianya di keluarkan semula terutamanya di US. Pernah terbaca yang Randy berasa malu dan pernah menangis bila ibunya sendiri mengkritik album ini. Dan ada juga terbaca yang Kevin Dubrow semasa hayatnya juga tidak mahu album ini dikeluarkan semula. Tak pasti juga adakah album ini pernah dikeluarkan dalam bentuk cd. Yang pastinya versi cd kepunyaan saya ini adalah versi bootleg dari Russia. 

Album ini memang jauh bezanya jika hendak dibandingkan dengan Quiet Riot di zaman Metal Health apatalah lagi Randy di zaman Ozzy Osbourne. Ia sememangnya bukan sebuah album heavy metal. Muziknya lebih terarah kepada pop rock 70an. (ala-ala Queen mungkin?..). Kerja gitar Randy dalam album ini juga agak kurang menonjol jika hendak dibandingkan dengan status beliau sebagai gitar hero di kemudian harinya. Namun begitu ada juga solo-solo dan rif-riff beliau yang sudah nampak ke arah tersebut. Cumanya mungkin produksi album ini yang kurang memberi perhatian kepada gitar beliau.

Album ini sering mendapat ulasan dan kritikan dengan rating yang rendah. Tetapi secara peribadinya, saya rasa ianya masih sebuah album yang saya boleh enjoy selagi tidak kita membandingkannya dengan Blizzard of Ozz, Diary of a Madman, Metal Health atau pun Condition Critical.


Monday, March 20, 2017

Tribute

Yang dah 30 tahun dah usianya semalam, 19th Mac


Ozzy Osbourne Randy Rhoads - Tribute (1987)

Dah 30 tahun. Sekejap betul masa berlalu. Ketika itu ianya diterbitkan bersempena ulang tahun kematian Randy Rhoads yang ke 5. Bermakna hari ini dah 35 tahun dah beliau meninggalkan kita.


Seorang gitaris yang cukup berbakat. Gitar hero saya di zaman awal remaja. Tetapi hanya tahu tentang beliau selepas beliau tiada. Pernah cerita berkenaan album ini 5 tahun yang lalu >SINI< dan berkenaan Randy Rhoads >SINI<.

Selain dari vokal Ozzy yang dah di "touch-up", lain-lainnya adalah asli. Apa yang dipersembahkan pada ketika itu adalah apa yang dapat kita dengar dari album ini. Ianya adalah bahan bukti tentang kehebatan kerja gitar Randy. Ada antara solo-solonya kedengaran lebih menarik dari  solo lagunya yang asli.


Jika anda tertanya-tanya apa yang hebatnya tentang Randy hinggakan Ozzy dan Sharon sendiri sentiasa bercerita perkara baik-baik sahaja tentang beliau hingga ke hari ini, sila dengar album ini...








Thursday, November 21, 2013

The Randy Rhoads Years

Lagi album yang sambut ulangtahun. Ni yang ke 20 tahun.
(Disember makin dekat...banyak lagi album nak cerita ni...kena cepat-cepat...iskhhhh...)



Quiet Riot - The Randy Rhoads Years (1993)

Quiet Riot ditubuhkan oleh Randy Rhoads. Tetapi beliau lebih dikenali ketika bersama Ozzy. Quiet Riot sendiri mencapai zaman kegemilangan selepas ketiadaan beliau (album Metal Health). Mungkin mereka tidak ada rezeki untuk terkenal secara bersama.

Album ini adalah himpunan lagu-lagu terbaik di zaman ketika beliau bersama Quiet Riot. (Quiet Riot - 1977 dan Quiet Riot II -1978). 2 album yang asalnya hanya boleh diperolehi di pasaran Jepun. Lagu-lagunya dipilih dan diterbitkan semula atas persetujuan keluarga Randy oleh vokalist Quiet Riot, mendiang Kevin DuBrow .

Mendengarnya mengingatkan saya kepada lagu-lagu Van Halen di era 70an David Lee Roth. Memang tak pelik kerana mereka adalah band pembuka tirai untuk Van Halen di zaman tersebut. Cuma nasib tidak menyebelahi mereka. Van Halen menjadi terkenal sedangkan mereka hanya mendapat kontrak rakaman untuk pasaran Jepun. Bezanya lagu-lagu mereka ada yang terlebih pop bunyinya. Seperti kata Kevin DuBrow "We desperately wanted a record deal that we sometimes lost sight of our heavy metal roots". Lagu-lagu seperti "Picking Up the Pieces" dan "Breaking Up Is a Heartache" memang kuat pengaruh popnya.


Quiet Riot di era 70an ini agak berbeza dengan Quiet Riot di era 80an. Nampak nyata pengaruh mereka adalah band rock 70an seperi yang diakui oleh Kevin sendiri. Contohnya "Trouble" dari Led Zeppelin/Boston, "Killer Girls" dari Sweet dan "Look in Any Window" pengaruh dari Alice Cooper.

Walaubagaimanpun tumpuan utama album ini adalah kerja gitar Randy. Dari zaman ini lagi dah nampak kehebatannya. Paling best kita boleh dengar solo dan riff yang kemudiannya beliau gunakan ketika bersama Ozzy. Contohnya dalam lagu "Laughing Gas". Kalau dengar betul-betul boleh perasan ada bahagian "Dee", "Goodbye to Romance" malah "Crazy Train". Manakala lagu "Force of Habit" ada riffnya yang beliau gunakan untuk "Suicide Solution".

Khas untuk peminat Randy khususnya dan peminat rock 70an amnya.




Monday, March 19, 2012

Tribute

Oleh kerana hari ni 19hb Mac...kebetulan pulak genapnya 30 tahun peristiwa kemalangan kapal terbang yang meragut nyawa Randy Rhoads...jom cerita pasal album ni...


Ozzy Osbourne - Randy Rhoads Tribute (1987)

Bila cerita pasal album live...ntah kenapa aku selalu terlupa pasal album ni...padahal Randy Rhoads adalah salah seorang gitar hero aku...entri aku pasal RR kat >SINI<...1st time dengar kalau tak silap tahun 1988...kaset pinjam...tak beli pun...mungkin ketika itu aku dah mula tinggalkan Ozzy sejak Jake E Lee kena tendang menyebabkan aku kurang berminat ngan apa2 rilisan baru Ozzy...

Bila zaman cd melanda...zaman2 aku selalu melepak kat Tower Records, KL Plaza (tahun 97 ker 98 camtu)...zaman tu aku mula upgrade koleksi kaset2 aku ke cd...aku beli 5 sekaligus cd Ozzy zaman Randy Rhoads dan Jake E Lee termasuklah cd ni...time tu lah baru aku dengar betul2 album ni...aku rasa kalau tak pasal Ozzy dah overdubbed suara asal dia...dah tak jadi ori...album ni masuk antara album live favourite aku...



Iyer jangan tak caya...Ozzy memang dah touch-up bab vokal dia...tu pasal kita dengar macam perfect je...takder off key langsung....banyak fan kata kalau nak dengar rakaman yang asli...kena cari bootleg "Bats Head Soup"...live rekoding 11 May 1981 kat Music Hall, Cleveland, Ohio...kerana kabarnya majoriti rakaman dari album Tribute ni diambil dari master tape bootleg ni...mungkin En Deaf tau...dia pakar bab2 bootleg ni...

walaupun bahagian vokal kena touch-up...tapi part bass dan drum tak kena kacau macam kes cd2 lain Ozzy versi remastered 2002...mungkin pasal Rudy Sarzo dan Tommy Aldridge takder isu saman menyaman...so Ozzy tak kacau...selain part gitar RR...aku rasa rythm section dari Rudy dan Tommy jugalah adalah yang terpenting...bagi aku inilah line up terbaik Ozzy...sayangnya line up ni takder studio album...



Tapi sudah semestinya yang patut jadi tumpuan utama cd ni adalah kerja gitar Randy Rhoads...memang best...takder touch up2...takder overdub...maklum la masa album ni diterbitkan dia dah takder dah pun...senang cerita ini adalah  bukti kenapa aku, Ozzy sendiri dan beribu lagi peminat menjadikan Randy ni sebagai gitar hero mereka...

Try dengar kerja gitar dia dalam lagu2 seperti I Dont Know...Crazy Train...Mr Crowley terutama part solo last tu...dan nak lagi best try dengar solo panjang dia kat lagu Sucide Solution...ataupun akustik ala2 klasikal untuk lagu mak dia Dee (versi ni lebih panjang dari versi studio album)...malah lagu2 macam Iron Man, Children Of The Grave dan Paranoid rasa macam lagi best pulak dari versi asal Black Sabbath...padahal RR pernah cakap dia tak minat pun Black Sabbath...simple sangat gitarnya kata dia...hahaha....cuba dengar riffing dia kat Children Of The Grave ataupun solo simple kat Paranoid...memang kalah Tony Iommi...huhuhu....pada aku the best cover version untuk lagu2 tu...


cd aku ni versi 1995...booklet dlm nipis ajer...mungkin versi Darkshahrulez punya lagi best kot...lagi tebal...lagi banyak gambo...

Akhir kata...pada sapa2 yang masih ragu2 pasal Randy Rhoads...cakap banyak pun tak guna...dengar je la sendiri...abis cerita...

Kabarnya Guitar World ada riliskan biography dia...tapi nengok dari reganya yang sampai USD100 tu...tak mampu la aku nak belinya...tapi aku tengah cuba nak cari buku Rudy Sarzo Off The Rails : Aboard the Crazy Train in the Blizzard of Ozz...kalau boleh yang Collector's Edition...pasal ada banyak tambahan gambo terutamaya dari Ross Halfin...sambil tu pulak ada 2 buah buku biography yang ada kena mengena pasal RR pun dalam pembikinan...satu daripada Kelly Garni...kawan masa kecil dan original bassist untuk Quiet Riot...dan satu lagi dari Bob Daisly...pemain bass untul Blizzard Of Oz...banyak pulak pemain bass semua nak buat buku biography...apa2 pun tengah tunggu jugak kot2 Dr Ben nak trade buku Crazy Train: The High Life And Tragic Death Of Randy Rhoads dia tu....heheh

btw...Classic Rock Megazine dalam isu terbaru dia pun ada buat tribute untuk RR...dan ada pulak fan dalam FB dah scan untuk sapa2 yang tak berpeluang nak beli...
http://norest4thecollectors.x10hosting.com/pdf/pdf234.pdf

Thank you for the music Mr Randall William Rhoads!




Wednesday, October 27, 2010

Diary Of A Madman

Membaca buku autobiography Ozzy membuatkan aku ketagih nak dengar semula lagu2 beliau..aku dah pernah cerita pasal Blizzard Of Ozz..so kali ni nak cerita album solo ke 2 beliau Diary Of A Madman...



Tahun depan...genap 30 tahun dah album ni (dengar cerita Sony nak keluarkan special edition sempena 30th anniversary ni...cantik gak tu...tambah menarik edisi kali ini adalah edisi asal...bass dan drum dimainkan oleh Bob Daisley (Rainbow,Uriah Heep) dan Lee Kerslake (Uriah Heep)...bukannya seperti versi cd remaster rilisan tahun 2002..atas sebab kes saman menyaman...bass dan drum dirakamkan semula oleh Robert Trujillo (Suicidal Tendencies,Metallica) dan Mike Bordin (Faith No More)...tapi nasib aku punya ni versi tahun 1995...

Secara peribadinya...Diary Of A Madman dan Blizzard Of Ozz adalah 2 album Ozzy yang paling aku suka sekali...lagu2nya memang banyak meninggalkan nostalgia pada diri aku dan yang paling best dah tentu2 lah pasal ini lah 2 album yang gitarisnya adalah Randy Rhoads...salah seorang gitar hero aku....sayangnya beliau mati terbunuh kerana kemalangan kapalterbang semasa tour untuk album ni...


ni line-up tour sebenarnya..Rudy Sarzo (bass) dan Tommy Aldridge (drums)



Aku rasa album ni memang betul2 tunjuk kehebatan Randy...ianya tidaklah seheavy Blizzard Of Ozz...kali ni lebih slow skit...tapi jelas boleh dengar pengaruh klasikal dalam solo2 beliau...contoh paling ketara kat intro lagu Diary Of A Madman...ianya diakui oleh Ozzy sendiri dalam bukunya...pengaruh dari lagu Mozart...

Kalau tak kerana Randy...rasanya karier Ozzy dah lama berkubur dah...walaupun aku lebih suka Blizzard Of Ozz terutamanya pasal ada lagu2 macam Mr Crowley dan Crazy Train...tapi Diary Of A Madman bestnya lebih pada guitar work Randy...kalau korang gitarist...atau minat gitar hero...ini album memang wajib la...bagi aku hasil terbaik dalam kariernya yang singkat tu...

Lagu yang paling best pada aku dah tentu2 la Diary Of A Madman...aku cukup suka susunan muzik dan gitar work lagu ni...semuanya yang best2 pada lagu ni...sememangnya Randy adalah gitaris dan komposer yang bagus...dalam buku autobiography Ozzy ada sebut di malam sebelum kejadian Randy cakap nak stop main lepas album ni...nak sambung belajar...gi university...rupanya itu la petanda dia memang nak pergi selama2nya...



Lain2 yang aku rekomen...Over The Mountain (heavy riff...solo shredding yang buat aku terngaga...klasik arr!!)...Flying High Again (lirik aku blur..tapi rasanya pasal dadah...lagu poppy sikit...tapi solo memang awesome!!), You Can't Kill Rock & Roll (antara anthem zaman sekolah aku...mula slow...part separuh jadi heavy...salah satu fav lagu ozzy aku..), Believer (lagu ballad...walaupun tak sekuat Goodbye To Romance...tapi tetap menarik...terutama solo Randy dan S.A.T.O (lagu heavy...sekali lagi rif dan solo menarik dari Randy)

Memang aku puji melambung ni...maklum la dia sememangnya salah seorang gitar hero aku...album2 selepas tu dah tak sehebat 2 album ni...walaupun aku masih boleh terima Ozzy zaman Jake E Lee...tapi zaman Zakk Wylde memang aku dah kurang berminat...

Sedikit trivia...kalau korang pernah dengar FF (Flying Funeral)...band rock 80's dari Singapura...band awal Maman Teacher's Pet...ada satu lagu tu (aku lupa dah tajuknya)...sebijik tiru lagu Diary Of A Madman...

Next...review buku Ozzy...tu pun tengok berapa cepat aku boleh khatam la..
sikit preview citer Ozzy masa audition Randy..

Monday, January 19, 2009

Gitar Hero 3

sambung lagi citer pasal gitar hero...



Randall William "Randy" Rhoads
Dec 6, 1956 - March 19, 1982

Seorang lagi gitaris hebat...sayangnya mati muda...masa beliau berumur hanya 25 thn..kemalangan kapal terbang...

aku start minat beliau bila 1st time dengar lagu Mr Crowley...dasat sungguh gitar dalam lagu tu...bila aku ada album Blizzard Of Ozz...baru aku tau sapa yg empunya gitar tu...sayangnya masa aku dapat tau pasal beliau...beliau telah pun meninggal dunia...aku start dengar Ozzy masa 84,85 kot...iyer la zaman dulu mana ada internet nak download...kaset pun susah nak dapat hinggalah munculnya zaman kaset apache...

Antara hasil kerja beliau yg aku suka ialah Mr Crowley,I Dont Know, Crazy Train,Suicide Solution,You Cant Kill Rock and Roll,Diary Of A Madman,Over The Mountain,SATO dan nanyak lagi la...dan tak lupa jugak satu lagu slow rock yg feeling abis dia punya solo...Goodbye To Romance.

Selepas beberapa tahun kemudian..zaman era dah ada internet..baru aku berpeluang mendengar hasil kerja awal beliau bersama Quite Riot...ternyata zaman tu lagi beliau memang dah hebat...dan aku rasa dalam ramai2 gitarist Ozzy...Randy adalah yg paling best.

aku memang suka betul gitarist yg pakai V...nampak cool ajer...baru Metal...hehe...
ni polka-dot flying V memang trademark dia la..

JacksonRR5 ni pun cantik ahh..salah satu custom made untuk Randy



Ni tribute video untuk Randy....layannnn




"Apparently Ozzy went through every player in L.A. after he quit Black Sabbath, and I never knew about it. I never looked for outside things; I was stuck in a rut. To be honest, I wasn't a big Black Sabbath fan. They were great for what they did, and obviously they did it well and made it huge. I respect that. I don't want to get into it too much, but I wasn't a big fan. I'm not sure why I got into Ozzy's band. Possibly he knew a certain sound he was looking for, and all of these other players tried to show off too much. I just started making a few harmonics. Perhaps it was my personality, because I was real quiet. I still don't know. I was 22 when I joined his band."