Showing posts with label Nirvana. Show all posts
Showing posts with label Nirvana. Show all posts

Wednesday, May 31, 2023

44 hari di tahun 1991

Di awal 90an dulu pastinya kaset-kaset ini pernah kita beli, pinjam, dengar atau sekurang-kurangnya nampak di kedai. Yang menarik kesemuanya diterbitkan dalam tempoh 44 hari dari 12/08/1991 hingga 24/09/1991. Dan kesemuanya membawa pengaruh besar di dalam muzik era 90an.

Tetapi posting ini sebenarnya bukanlah nak cerita pasal tu sangat....tetapi ini hanyalah sekadar bertujuan untuk tujuan riak kasetwi...hahaha....😁


Metallica – Metallica, 12/08/1991

Pearl Jam – Ten, 27/08/1991

Guns N’ Roses – Use Your Illusion I, 17/09/1991

Guns N’ Roses – Use Your Illusion II, 17/09/1991 

Red Hot Chilli Peppers – Blood Sugar Sex Magik, 24/09/1991

Soundgarden – Badmotorfinger, 24/09/1991 

Nirvana – Nevermind, 24/09/1991 



Monday, June 9, 2014

MTV Unplugged in New York

Yang dah 20 tahun...


Nirvana - MTV Unplugged in New York (1994)

Zaman ni, semua artis pun di"unplugged"kan. Nirvana tidak terkecuali. Tambah-tambah pula ini rilisan pertama mereka selepas kematian Kurt Cobain. Cerita tengah panas. Makanya tak hairanlah kalau album ini terus melonjak ke no 1 di carta Billboard.

Saya sebenarnya kurang berminat dengan idea unplugged. Satu-satunya album unplugged yang saya suka adalah Tesla - Five Man Acoustical Jam (1990). Pada saya itulah album unplugged yang asli. Yang lain dah jadi MTV punya trendy.

Tak ingat kenapa saya beli kaset ini. Mungkin kerana sukakan lagu cover David Bowie, "The Man Who Sold the World" atau mungkin sahaja pada waktu itu ianya seperti sesuatu yang wajib untuk ada kaset ini untuk lebih kelihatan "cool"...heheh..



Sebenarnya lama dah tak dengar. Satu-satunya lagu yang biasa dengar adalah  "The Man Who Sold the World" yang sering keluar radio. Satu lagi "About a Girl". Ini adalah antara lagu untuk latihan saya bermain gitar selain "Leaving On A Jet Plane" yang saya belajar ketika mula hendak berjinak-jinak semula mengenal chord selepas bertahun tak pegang gitar. Maklumlah chord dia senang.

Senang kata, lagu-lagunya santai. Siapa yang tak suka lagu-lagu bising pasti suka. Orang rumah saya salah seorang darinya...






Friday, November 8, 2013

In Utero

Lagi album klasik yang dah genap 20 tahun.


Nirvana - In Utero (1993)

Seperti Vs. - Pearl Jam, kaset In Utero ini di beli oleh saya asalnya adalah kerana ingin mengikut peredaran zaman. Sekali lagi diingatkan, saya bukanlah pengemar grunge dan saya hanyalah peminat casual Nirvana. Lagu yang boleh saya ingat tanpa merujuk kepada track list cd/kasetnya adalah "All Apologies". Mungkin "Heart-Shaped Box" juga. Terimakasih kepada game Guitar Hero 2. Yang lainnya hampir terlupa. Untuk entri ini saya mengambil masa selama seminggu untuk mendengarkannya semula. Sama seperti Vs. cd ini pun saya beli dengan harga cuma RM13++.

Saya bukanlah orang yang layak untuk bercerita perihal In Utero. Sampai sekarang pun saya masih tertanya-tanya apa yang hebatnya Kurt Cobain ni. Tetapi jujurnya saya suka Nevermind. Saya rasakan In Utero adalah masih dalam acuan Nevermind. Cuma soundnya agak kasar dan mendap. Saya ada terbaca komen yang  mengatakan kenapa mereka perlu berabis berjuta dollar hanya untuk mendapatkan sound yang sebegini. Sound begini sudah mereka buat semasa album Bleach tanpa perlu kos yang tinggi. Mungkin ada logiknya komen sebegini.


Mungkin sepatutnya grunge soundnya begitu. Saya tak pasti. Ada yang kata Nevermind terlampau bersih. Tetapi apa yang saya puji Nirvana tidak menjadi mellow selepas terkenal. Lagu-lagunya masih banyak yang aggresif. Masih ada lagu-lagu ala "Territorial Pissings". Walaupun ada lagu yang seolah-olah di recycle dari Nevermind. "Rape Me" dari "Smells Like Teen Spirit" contohnya. Tetapi tak kisahlah. Yang penting lagu-lagunya memang sedap.


Mungkin lagu-lagu seperti "Frances Farmer Will Have Her Revenge on Seattle", "Very Ape" atau "Radio Friendly Unit Shifter" bukanlah jenis yang saya minati tetapi lagu-lagu lain memang ok. Tapi ianya tidaklah sebagus Nevermind. Pada saya Kurt Cobain dan Nirvana bukanlah pemuzik yang hebat, tetapi idea menghasilkan lagu yang bagus dan sedap disamping liriknya yang kreatif lah yang mejadikan mereka sebagai lagenda.


I think I'm dumb...Or maybe just happy...





Tuesday, September 10, 2013

Heavier Than Heaven





Heavier Than Heaven: A Biography of Kurt Cobain - Charles R. Cross

Berbulan juga nak khatamkan buku ni. Maklum la curi-curi masa sambil tunggu wife balik kerja jer yang sempat nak baca. Lagipun aku bukanlah peminat Kurt Cobain. Maka semangat nak kasi cepat abis tu tak seberapa.

Aku difahamkan ini adalah buku perihal Kurt Cobain yang paling lengkap. Tak kisah la kalau ianya bukan datang dari beliau sendiri. Dia dah tak ada. Nak buat macamana kan. Tak pasti pula adakah semua kandungannya adalah cerita benar. Pasal ada juga yang mendakwa buku ini lebih kepada versi Courtney Love. Mak beliau malah band member macam Dave Grohl pun tak pernah dijemput untuk terlibat dalam projek buku ini. Tetapi usaha pengarangnya Charles R. Cross yang membuat kajian selama lebih 4 tahun dengan mengadakan temuramah lebih dari 400 kali dan diberikan kebebasan oleh Courtney untuk membaca journal dan gambar-gambar peribadi Kurt haruslah di puji.

zaman rambut panjang itu rock...
Ini adalah buku wajib ada bagi pengemar Kurt. Kisah dari beliau kanak-kanak hinggalah kehari kematiannya. Banyak juga perihal Kurt Cobain yang baru aku tau. Ternyata beliau adalah seorang sangat seni jiwanya. Kreatif dalam hal-hal seni. Tapi apa  yang pastinya, walaupun nampak rebel. Beliau sebenarnya adalah seorang yang sangat jiwang. Banyak liriknya adalah perihal kisah cintanya. Buktinya album Nevermind adalah berdasarkan kisah cinta beliau dengan kekasih lamanya manakala In Utero pula adalah untuk Courtney Love.

Peminat Kurt Cobain patut ada buku ni.










Monday, April 4, 2011

Nevermind

Kalau cerita pasal album2 dari tahun 1991...memang tak sah kalau tak cerita pasal album ni...Nirvana - Nevermind..




Banyak aku terbaca kat majalah maupun website meletakkan Nevermind sebagai album no 1 bagi tahun 1991...mungkin ada kebenarannya kot...Nevermind mejadi punca bermulanya fenomena muzik alternatif rock ke dunia mainstream...tetiba semua nak jadi alternatif...yang dulunya metal hantu pun tetiba nak jadi alternatif...memang dasat pengaruh Nirvana pada zaman tu...

Tak payah la aku nak review lagu2nya...rasanya majoriti korang lebih tau pasal album ni dari aku...terutama yang membesar zaman 90an kan...Nirvana ni kira macam Iron Maiden ataupun Metallica bagi budak2 zaman 80an macam aku ni....oleh kerana jati diri rock metal 80an aku kebal (heheh...) aku agak lambat untuk follow album ni...



Pengalaman pertama aku pasal Nirvana kalau tak silap masa awal tahun 1992...tu jam aku memang rajin belek2 surat kabar The Star setiap hari Isnin nengok carta Billboard...iyer la selepas Skid Row,Van Halen, Metallica dan GNR dapat no 1 kat US Billboard masa tahun 1991...aku macam rajin pulak nak belek2 kot akan ada lagi band2 rock dapat no 1 kat situ...tetiba nampak nama Nirvana ni no 1...aku target ni band rap ker apa ni...tambah pulak lagu dia yang masuk carta top 10 pelik bebebonya tajuknya...Smell Like Teen Spirit...

Lepas tu memang aku buat tak tau...sehinggalah aku tertengok video clipnya kat MTV tv Singapore...baru tau ini rupanya Nirvana...layan jugak lagunya...tapi memang aku tak beli kasetnya lagi sehinggalah Nirvana ni tetiba jadi besar...semua sibuk pasal Nirvana...ntah mana datang tetiba muncul pulak perkataan grunge...oleh kerana aku pun tak nak ketinggalan...nak trendy...akhirnya terbeli jugak kaset ni...heheh...

Dalam banyak2 so called grunge band ni...aku rasa Nirvana yang aku boleh masuk...pasal lagu2 dorang bukannya jenis meleweh sangat..slow tempo dan depressing macam kebanyakan band2 grunge yang lain...pelik kan...rock n roll supposed to be fun...tapi masuk era 90an ni...rock n roll jadi murung...tu yang aku kurang berkenan tu...bak kata sorang kawan aku...lagu rock pemalas...(ni mesti budak2 90an tak puas hati ngan aku ni...hahaha)

Tapi Nirvana aku masih boleh terima...lagu2 dorang memang giler catchy...cuma potong stimnya...dorang takder solo2 gitar hero...zaman dah berubah...tak payah la nak susah2 praktis gitar sampai jari berdarah...tapi aku enjoy semua lagu dorang...terutama ngan lagu2 macam "Breed" dan "Lounge Act"...tapi personal fav. aku dah tentu2 "Territorial Pissings".

Aku upgrade kaset ke cd beberapa tahun lalu...kalau terjumpa murah...cdnya pulak ada kenangan...memang aku beli punya...cuma yang bezanya cd dari kaset ni..lepas lagu last "Something in the Way"....kalau korang biar jer cd tu berputar...selepas beberapa minit diam...tetiba akan ada bunyi lagu....mula2 dulu terperanjat aku...dah la tengah malam buta...hahaha...check kat internet baru tau..memang ada hidden track rupanya...tajuknya "Endless, Nameless".



Tak tau la korang perasan ker tak...sejak dulu aku rasa Smell Like Teen Spirit ni ada macam persamaan ngan Boston - More Than A Feeling...mungkin kebetulan jer kot...atau pun aku jer yang rasa camgitu....tapi yang pastinya...aku sampai sekarang pun tak paham lirik lagu ni...dah la dulu kasetnya takder lirik...Kurt Cobain punya sebutan pun ntahapahapa...aku suspek lagu ni memang takder makna apa2 pun..aku pernah terbaca yang Dave Grohl cakap Cobain buat lirik lagu ni janji hujungnya rhymes sudah...

Tak kisah la korang minat grunge ker gitar hero ker...walaupun aku bukanlah minat sangat pun...tapi yang pastinya album ni memang sedap...