Showing posts with label Napalm Death. Show all posts
Showing posts with label Napalm Death. Show all posts

Tuesday, September 1, 2020

Diatribes

Memori tahun 90an.


Napalm Death - Diatribes (1996)

Bukanlah peminat tegar Napalm Death mahupun Grindcore. Sekadar pendengar kasual. Tetapi bila terbaca ulasan dalam majalah Kerrang bil 579 (13th Jan, 1996), yang memberikan 4 K dari 5K dan ditambah dengan covernya yang cantik, memang teruja la juga untuk membeli kasetnya.

Tenyata di tahun 90an, majoriti band metal 80an telah bertukar arah. Napalm Death pun tidak terkecuali. Ini sememangnya bukan grindcore yang sinonim  dengan mereka. Tiada blastbeat. Ianya seperti mendengar album Sepultura Chaos AD.


Seperti kebanyakkan band metal ketika itu, Napalm Death juga cuba untuk menembusi pasaran mainstream. Muziknya lebih mudah untuk diterima oleh khalayak peminat rock biasa. Vokal Barney Greeway juga lebih jelas bunyi butir. Produksinya juga lebih bersih. 

Yang minat groove metal seperti Machine Head atau Sepultura era Chaos AD pastinya tiada masalah untuk menerima album ini. Tetapi bagi peminat grindcore sejati, album ini adalah antara yang dibenci.

Friday, July 14, 2017

Scum

Yang dah 30 tahun pada 1hb Julai yang lalu...


Napalm Death - Scum (1987)

Grindcore bukanlah makanan saya. Tak berapa masuk sangat. Tetapi album ini ada kenangannya yang tersendiri.

Pertama kali mendengarnya pada tahun 1990, ketika menuntut di ITM Segamat. Ramai juga kenalan yang kaki metal. Bilik depan mengenalkan saya kepada Morbid Angel – Altar Of Madness manakala bilik sebelah pula membuatkan saya kenal kepada Napalm Death – Scum.

Ianya pengenalan pertama saya kepada genre grindcore. Masa tu tak tahu pun ianya dipanggil grindcore. Semua pun hentam death atau thrash metal. Kita yang biasa dengan lengok rock melayu jadi terkejut juga bila kali pertama mendengarnya.


Susah juga nak hadam. Walaupun hampir hari-hari juga mendengarnya. Manakan tidak, baru nak layan...lagunya dah habis...haha...

Lagunya pandek-pendek tapi banyak. Paling tak suka selalu "lost" tak tau dah track nombor berapa bila dengar menggunakan kaset. Tahu-tahu dah abis..tak perasan pun...paling win lagu "You Suffer"...haha..

*kalau tak ada versi cd NSR ni memang tak ada la kot cdnya dalam koleksi. Ianya bukan keutamaan. Tak nak komplen sangat la pasal inlay lipat 2 dan status cd ini. Rasanya dulu versi kaset VSP pun jenis inlay lipat 2 tak ada lirik...ntah la...dah tak ingat...




Friday, December 14, 2012

Utopia Banished

Lagi yang dah capai 20 tahun



Napalm Death - Utopia Banished (1992)

Grindcore bukanlah kegemaran saya. Sebab itu bila pertama kali mendengar Scum, saya agak kurang berminat dengan Napalm Death. Tetapi segalanya berubah bila mereka mula bermain death metal ala Florida   terutamanya untuk album Harmony Corruption.

Utopia Banished adalah kesinambungan dari Harmony Corruption. Walaupun ada yang berkata mereka kembali bermain grindcore tetapi bagi saya yang buta genre ni Utopia Banished adalah lebih kepada death metal. Saya bukanlah pandai tetapi sound gitar Mitch Harris dan Jesse Pintado memang berbunyi seakan2 sound band death metal. Mana mungkin dorang bermain seperti Scum lagi selepas Mick Harris, satu-satunya band member asal di era Scum juga meninggalkan mereka.


Walaupun saya lebih menyukai Harmony Corruption, tetapi ada juga beberapa lagu dari Utopia Banished yang pada saya best. 'The World Keeps Turning', 'I Abstain', Idiosyncratic dan 'Dementia Access' adalah diantaranya. Pada saya mendengar lagu2 ini di waktu memandu adalah sangat menyeronokkan tetapi mendengarnya sambil memandu di jalan2 yang ada kamera AES adalah amat tidak di galakkan...heheh...




**Sehingga kini, saya tidak mempunyai walaupun satu cd Napalm Death. Ketika saya kemaruk mengupgrade kaset2 saya ke cd. Saya lebih mengutamakan band2 heavy metal 80an termasuk band glam metal seperti Poison...hmmm...mungkin juga saya seorang poser...heheh...