Showing posts with label white lion. Show all posts
Showing posts with label white lion. Show all posts

Thursday, January 16, 2025

Songs Of White Lion, Vol. II

 Lagi album terbitan 2024..

Mike Tramp - Songs Of White Lion, Vol. II

Ini adalah kesinambungan dari Volume 1.

Sebagai peminat setia White Lion dan Vito Bratta, saya tidak mempunyai masalah apabila Mike Tramp mahu merakamkan semula lagu-lagu White Lion. Namun, secara peribadi, cukuplah jika ia dilakukan hanya sekali. Tidak perlu ada kesinambungan lagi.

Namun, untuk berlaku adil kepada Mike Tramp, beliau sejak awal telah memaklumkan bahawa album ini akan terdiri daripada dua bahagian. Pilihan lagu kali ini lebih tertumpu kepada lagu-lagu yang kurang popular. Seperti bahagian pertama, Mike Tramp tidak melakukan perubahan yang ketara. Susunan muziknya tidak banyak berbeza daripada versi asal, cuma ia dinyanyikan dalam nada yang lebih rendah dan santai, mungkin atas faktor usia. Sudah tentu, terdapat beberapa solo gitar yang tidak sama dengan versi asal.

Apa pun, tahniah buat Mike Tramp kerana menghormati legasi Vito Bratta. Walau bagaimanapun, cukuplah sekadar dua bahagian. Tidak perlu ada Volume III.


Friday, July 28, 2023

Songs of White Lion

 Antara album pilihan untuk tahun 2023...

Mike Tramp  - Songs of White Lion (2023)

Berdasarkan apa yang diceritakan oleh Mike Tramp, rasanya memang tidak akan ada sebarang ruang untuk White Lion melakukan reunion. Masalah utamanya adalah Vito Bratta. Dia sememangnya dah pencen dari bermain muzik. 

White Lion adalah milik mereka berdua. Tak kisahlah kalau James LoMenzo boleh mencuri masa dari Megadeth atau Greg D'Angelo bersetuju untuk reunion. Tetapi tanpa Vito, ianya memang tidak akan menjadi kenyataan.

Album ini adalah rakaman semula lagu-lagu pilihan Mike Tramp dari dari 3 album White Lion. Ianya dimainkan oleh pemuzik yang agak kurang dikenali. Tiada perubahan yang ketara. Kecuali When The Children yang menggunakan piano, lagu-lagu lainnya masih mengikut acuan lagu yang asal.

Tabik untuk gitaris yang bermain di dalam album ini, beliau tidak banyak mengubah solo-solo Vito terutamanya untuk bahagaian-bahagian yang bermelodi. Solo-solo melodic dari Vito sudah menjadi seperti lirik kepada lagu-lagu tersebut. Jika diubah, maka hilanglah seri dan identiti lagu-lagunya. 

Secara keseluruhannya sebagai seorang peminat besar Vito, saya rasakan yang Mike Tramp telah yang melakukan yang sepatutnya. Dia tidak cuba mengubah legasi Vito. Dan vocal beliau pun masih cemerlang. Cumanya kali ini lagu-lagunya dinyanyikan dengan cara yang lebih santai mungkin bersesuai dengan usia beliau.


Tuesday, December 13, 2022

Gila Format - Freak of Nature

Ayu Azhari punya laki punya band selepas White Lion....

Freak of Nature - Freak of Nature (1993)

Ini adalah band Mike Tramp selepas White Lion. 

Tahun 90an banyak menenggelamkan band-band hard rock dan yang ada kaitan dengan glam/hair metal. Freak of Nature adalah salah satu darinya. Mereka hanya sempat mengecap sedikit populariti di Eropah tetapi gagal menembusi pasaran di US.

Sebenarnya muzik sebegini bukanlah tidak bagus tetapi ianya lebih kepada keadaan semasa pada ketika itu. Fenomena "Nirvana" dan "Grunge" serta media mainstream yang tidak lagi mempromosikan band-band seperti ini menjadikan generasi 90an menganggap mereka tidak lagi "cool" dan ketinggalan zaman.

Freak Of Nature sedikit berbeza dari White Lion. Soundnya lebih kasar bersesuaian dengan era rock moden pada ketika itu. Lagu-lagunya sedap. Mike Tramp membuktikan yang tanpa Vito Bratta, beliau masih mampu menghasilkan lagu-lagu yang baik. 

Walaupun saya adalah peminat besar Vito Bratta, tetapi perlu saya akui yang kerja gitar dari 2 gitaris yang bermain untuk Freak Of Nature ini sangat bagus dan tidak boleh dipertikaikan. Tanpa "signature sound" dari Vito, Mike Tramp berjaya melarikan diri dari imej White Lion. Sayangnya cap mohor "hair metal" telah sebati dengan nama beliau....

Kaset dibeli pada tahun ianya diterbitkan. Cd ketika zaman pandai e-bay di tahun-tahun 2000an. Manakala lp adalah versi reissue dari tahun 2021 yang baru berjaya dibeli pada beberapa minggu yang lalu.


Tuesday, July 21, 2020

Gila Format - Pride

Lagi yang berjaya di"giler format"kan...


White Lion - Pride (1987)

Sebuah lagi album yang banyak kenangan dan menjadi 'soundtrack' ketika zaman remaja.

Pride akan sentiasa mengingatkan saya kepada Cik Safiah (dulu la... 30 tahun dulu... Sekarang dah tentu-tentunya puan 😅). Lecturer accounting ketika saya menuntut di ITM Segamat.

Kaset di dalam gambar di atas asalnya adalah milik beliau. Dibeli ketika beliau menuntut di UK. Kami tukar pakai. Dia bagi pinjam Pride, saya bagi Metallica Black Album. Tetapi hingga habis semester dari tukar pakai akhirnya menjadi tukar hak milk. Haha...

Dan pembaca asal blog ini pasti tahu yang saya adalah fan boy Vito Bratta. Mana mungkin ianya tidak saya giler formatkan...


Thursday, March 15, 2018

Return Of The Pride

Yang dah 10 tahun pada 14hb Mac...


White Lion - Return Of The Pride (2008)

Awalnya agak was was dengan album ini. Tanpa Vito Bratta, James Lomenzo dan Greg D'Angelo mana mungkin ianya adalah White Lion. Tetapi oleh kerana dah minat. Tetap beli juga.

Sebenarnya album ini tidaklah mengecewakan. Mike Tramp masih mampu menghasilkan lagu-lagu yang sedap dan melodic. Beliau sedaya upaya cuba untuk menghasilkan lagu-lagu yang berbunyi seperti White Lion. Tetapi tanpa kerja gitar Vito Bratta mana mungkin ianya boleh menjadi sama.


Rasanya kalau beliau menggunakan gitaris yang sudah ada nama pastinya album ini akan jadi lebih menarik. Senang cerita ini adalah sebuah album hard rock yang bagus...tetapi ianya bukanlah White Lion.

Apa-apa pun pujian harus juga diberikan kepada Mike Tramp atas usaha beliau untuk meneruskan White Lion. Sedangkan yang lainnya sudah tak berminat. Vito bersara. James ketika itu bersama Megadeth dan Greg pula dengan Britny Fox.


Wednesday, June 21, 2017

Pride

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada hari ini, 21hb Jun...


White lion - Pride (1987)

30 tahun dah. Tak sangka betul. Rasa macam baru jer lagi. Saya sememangnya fan boy mereka. Minat gila dengan petikan gitar Vito Bratta. Pertama kali dengar solo beliau dalam lagu “Lady Of The Valley” dah tahu yang dia bukannya seorang gitaris yang biasa biasa. Dari situ terus jadi suka. Beliau adalah salah seorang gitar hero saya.


Memang suka album ni. Semua lagu sedap. Solo-solo melodic shred yang dasyat. Walaupun vokal Mike Tramp bukanlah yang terbagus. Agak meleweh. Vokal pemalas kata seorang rakan. Tetapi lagu-lagu ciptaan beliau memang sedap. Sekali dengar dah menangkap. Mungkin itu satu lagi faktor kenapa saya sukakan mereka. Ianya antara cd terawal yang dibeli bila bermulanya zaman cd.


Kaset ini pula ada ceritanya. ianya kepunyaan seorang pensyarah wanita ketika saya menuntut di ITM. Dia memang agak rapat dengan saya dan rakan-rakan. Selalu melepak di bilik beliau waktu di antara kelas atau jika tiada kelas. Pelajar lain datang untuk tanya soalan, tetapi kita orang datang untuk dengar lagu. Mungkin kerana usia beliau yang muda. Baru grad. Maka senang nak masuk dan sekepala. Tambah pula dia tahu sikit-sikit pasal rock. Kaset Pride ni dia beli masa dia menuntut di UK. Popular masa dia kat sana katanya. Puas juga mengecek buat souvenier. Akhirnya kami tukar pakai. Saya bagi kaset Metallica Black Album, dia bagi saya kaset ini. Kalau dengar lagu-lagu dari Pride ni memang teringatkan kenangan zaman tu. Tak tahu dah kat mana dia sekarang. Lost kontek lepas tinggalkan ITM.

Sangat berharap yang Vito akan kembali untuk buat re-union. Rasanya yang lain tiada masalah. James  LoMenzo pun sejak lepas Megadeth rasanya tiada band tetap. Greg D'Angelo pun. Cuma Mike Tramp sibuk sikit dengan album-album solo. Tapi ntah la…tak tau bila Vito nak kembali…

ROCK N ROAR!!!




Monday, May 15, 2017

United Abominations

Demam Megadeth belum kebah. Yang menyambut ulangtahun ke 10 pada hari ini, 15hb Mei.


Megadeth - United Abominations (2007)

Ini adalah album yang mengembalikan kepercayaan saya kepada Dave Mustaine. Lagu-lagunya lebih menarik, sedap dan lebih konsisten berbanding album sebelumnya, The System Has Failed (2004). Mungkin ramai juga yang bersetuju dengan saya kalau tak, takkanlah album ini berjaya menduduki tangga ke 8 dalam carta Billboard 200.


Lineup serba baru. Saya suka bila Abang Mus mengambil ahli baru yang sebenar bukan lagi sekadar pemuzik jemputan. Glen Drover adalah pilihan yang bijak. Sesiapa yang pernah bermain dengan King Diamond pastinya mempunyai solo solo shred yang hebat.

Paling menarik dan agak kurang percaya bila James LoMenzo menyertai Megadeth. Saya adalah pengemar White Lion. Memang rasa janggal awalnya kerana perbezaan genre yang agak ketara. Tetapi beliau sememangnya pemain bass yang hebat. Bahkan dalam buku biography Mustaine, beliau menyatakan kalau bukan kerana Junior yang beriya-iya nak kembali. James LoMenzo pastinya akan kekal dalam Megadeth.


Antara lagu yang menjadi pilihan sudah semestinya 'Sleepwalker' dan 'Washington Is Next!'. Tetapi yang menjadi perhatian sudah semestinya rakaman semula 'A Tout Le Monde'. Mungkin juga kerana nak dengar suara Cristina Scabbia (Lacuna Coil) atau sahaja untuk perbandingan kerja gitar antara Glen Drover dan versi asal Marty Friedman.

Best!










Thursday, August 27, 2015

Gila Format 4




White Lion - Big Game (1989)

Lagi album pujaan hati ketika zaman remaja. Tak kisahlah kalau ada yang kata cheesy ker apa...tetapi saya memang cukup kagum dengan petikan gitar Vito Bratta. Sayang beliau bersara awal.

Album-album yang bernostalgia sebegini sememangnya layak untuk saya bergila format.


Friday, December 6, 2013

Freak Of Nature

Album kegemaran peribadi yang dah 20 tahun


Freak Of Nature - Freak Of Nature (1993)

Mungkin tak ramai yang tau pasal Freak Of Nature. Mungkin peminat setia White Lion seperti saya sahaja. Freak Of Nature adalah sebuah band yang ditubuhkan oleh Mike Tramp sejurus selepas berakhirnya White Lion. Sekurang-kurangnya ia adalah pengubat luka kepada pengemar White Lion seperti saya.

Tiada lagi imej spandex dan rambut besar ala glam. Mike Tramp kini seolah-olah seperti pemuzik grunge dengan gaya jean lusuh dan kemeja kotak-kotak. Tetapi muzik mereka masih seperti bunyian LA bukannya Seattle. Muziknya tak lari jauh dari White Lion. Cumanya soundnya sedikit gelap. Tapi yang pasti di rindui adalah rif-rif dan shredding solo dari Vito Bratta.


Kali ini Mike Tramp mengambil pemuzik-pemuzik yang tidak dikenali. Bezanya dengan White Lion, Freak Of Nature mengunakan 2 gitaris. Mungkin untuk menutup jika ada kekurangan maklumlah mencari pengganti  gitaris sehebat Vito adalah sesuatu yang sukar dan mungkin juga untuk sedikit perbezaan jika ianya dibandingkan dengan White Lion.

Dari segi penciptaan lagunya, walaupun tanpa Vito, Mike Tramp masih hebat. Lagu-lagunya memang sedap dan melodic. Secara jujurnya saya katakan ada karyanya lebih bagus dari zaman beliau bersama White Lion. Malah mutu suaranya pun adalah lebih baik dari zaman tersebut. Lagu-lagu seperti "Rescue Me","Possessed", "92" sememangnya seperti White Lion malah lagu perlahannya "Love Was Here" memang sesedap "When The Children Cry".


Sayangnya album ini kurang diberi perhatian. Walau sedap macamanapun, apa yang ada kaitan dengan 80an...tambah pula yang berkaitan dengan hair metal 80an tidak lagi "cool" di tahun-tahun 90an.

Wajib ada bagi pengemar White Lion ataupun Mike Tramp. Kalaulah Vito yang bermain..mesti lagi best...




Wednesday, February 27, 2013

The Best Of White Lion

Lagi belen2 draf dari tahun lepas. (dah nak masuk bulan 3 pun tak habis-habis :P )
Album kompilasi yang dah mencapai 20 21 tahun.


White Lion - The Best Of (1992)

White Lion akan sentiasa ada tempat istimewa untuk saya. Kalau anda pengikut blog saya ini dari awal, pasti anda akan tahu yang gitarist mereka Vito Bratta adalah salah seorang gitar hero saya. Dan saya tak malu mengaku yang saya adalah fan boy mereka.


Gelaran cheesy ker lembik ker itu saya tak kira. Dengar sendiri permainan mereka terutamanya bab kerja gitar Vito. Memang awesome. Mereka memang pemuzik yang berbakat. Siapa nak bangkang kalau Dave Mustaine sendiri pernah ambik James Lomenzo bermain untuk Megadeth. Band-band hair metal/glam/pop metal atau tak kisahlah apa pun term yang anda guna untuk mereka memang banyak menghasilkan pemuzik-pemuzik yang hebat.

The Best of White Lion ini mengandungi lagu-lagu terbaik/popular dari 3 album klasik line-up mereka, Pride, Big Game dan Mane Attraction. Walaupun ada antara lagu-lagu yang saya suka tiada dalam kompilasi ini, tetapi jika anda baru bercadang untuk mengenal muzik mereka, album ni adalah tempatnya.


Yang menariknya pada saya untuk memiliki kompilasi ini (walaupun saya ada semua cd-cd mereka) adalah kerena adanya versi live lagu favourite saya "Lady of the Valley". Maklumlah line-up klasik Mike Tramp - Vito Bratta - James Lomenzo - Greg D'Angelo ini tak pernah mengeluarkan album live secara rasmi. Ntah bila lah mereka ini nak bergabung semula.

Rekomended untuk yang meminati gitar shredder ataupun melodi lagu yang sedap-sedap.


***ada sesiapa menonton "The Amazing Race 21"? Tak pasti adakah anda tau yang pasangan rocker dalam season tersebut adalah James Lomenzo. Sayangnya mereka tersingkir ketika 6 pasangan terakhir.




Thursday, November 8, 2012

Nam Blas

Happy 16th anniversary dear...



16 years today....and we're doing just find.




                                                        Till Death Do Us Part - White Lion


***gambar adalah nukilan anak bongsu saya



Wednesday, April 20, 2011

Mane Attraction

Lagi bercerita pasal album dari tahun 1991...kali ni dari satu lagi album kegemaran aku... Mane Attraction dari White Lion...untuk lain2 album dari tahun 1991...cekidot >SINI<



White Lion adalah sebuah lagi kumpulan yang aku tak malu mengaku aku sebagai fan boy...majoriti dari band2 rock omputeh yang aku minat adalah kerana gitaristnya...dan White Lion tak terkecuali...Vito Bratta sememangnya gitar hero aku..

Mane Attraction adalah album ke 4 dan jugak terakhir untuk klasik line-up White Lion...dan sad but true...ini adalah jugak yang terakhir buat Vito Bratta...kerana selepas dari ni...dia terus hilang dari dunia muzik...takder berita langsung...sehingga lah dia muncul untuk satu interview pada tahun 2007 dulu...sayang sungguh...orang yang berbakat besar macam dia bersara terus dari muzik...



Aku suka album ni...bertahun aku cuba nak upgrade ke cd...akhirnya berjaya jugak tahun lepas...akhirnya koleksi White Lion aku completed...yeay!!!..thanks Deaf...pasal >NI<...cerita Deaf pasal album ni boleh cekidot kat >SINI<

Walupun album favourite White Lion aku adalah Pride...tapi Mane Attraction bagi aku adalah album rock yang sangat complete...best...White Lion dah berubah dari hair metal kepada hard rock yang lebih matang...kombinasi lagu2 ciptaan Vito Bratta/Mike Tramp memang tak pernah mengecewakan aku...ntah bila ntah nak dapat dengar lagi dorang berdua ni buat lagu...



Dari lagu pertama yang panjang lebih 8 minit "Lights And Thunder" (part solo panjang Vito tu memang awesome ler...epic!!)..lagu lama dorang yang ditouch up semula "Broken Heart" (boleh dengar perbezaan gitar Vito lama dan baru)...dan "Leave Me Alone" (lagu yang ada bau2 rock 90an..)...lagu2 mid tempo.."Love Don't Come Easy", "It's Over"...heavy rock macam "She's Got Everything", "Out With the Boys"...lagu tema peace no war yang setiap album mesti ada selepas "When The Children Cry" jadi hit...cuma kali ni lagu heavy.."Warsong" (ni pun giler dasat solo Vito...dengarkan jugak bass James Lomenzo kat lagu ni.. )...ke lagu blues instrumental khas untuk mendiang Stevie Ray Vaughn..."Blue Monday" (sapa kata shredder takder soul)...hinggalah ke lagu2 leleh buat aku cair..heheh.. "You're All I Need", "Til Death Do Us Part" dan "Farewell To You"...semua pun best...semua pun aku suka...

Dulu masa aku lum kawin...selalu terbayang...kalau buat majlis kawin aku nak lagu "Til Death Do Us Part" jadi lagu tema...tapi aku kawin cara kampung...takder muzik2 ni semua...so kompang jer la jadi lagu tema....hahahaha...tapi seriusly...kalau ada satu lagu yang boleh buat aku teringat kat wife aku...lagu Anuar Zain...oppss!!!...haha..."So Fine" dari Guns N Roses la...ohh..ok...ni cerita lain...



kalau ada yang pelik naper aku suka sangat Vito Bratta ni...(entri aku pasal dia >SINI<)...cakap banyak tak guna...try la dengar petikan gitar dia dalam album ni...memang awesome beb...

pejam celik pejam celik tak sangka dah 20 tahun dah album ni...white lion ni takder pulak keluar special edition ker..deluxe edition ker...kalau tak sure kopak kocek aku...ker dah ada...aku jer tak tau...tapi tak kisah la...walau 20 tahun...aku tetap rasa teruja mendengarnya sama macam 1st time aku dengar dulu..

Baru2 ni ada terbaca dalam satu interview Mike Tramp cakap sebab utama White Lion tak bersatu semula hanyalah kerana Vito...tak tau la bila Vito nak buat comeback...Jamez Lomenzo sejak Jr dah join balik Megadeth pun free sekarang...dengar cerita dia main untuk Tim "Ripper" Owens kan sekarang... harap2 reunion ni jadi la...20 tahun dah nunggu ni....

Wednesday, April 21, 2010

Dari Singapura

Sabtu lepas aku dapat satu surat yang aku tak jangka dari Singapura…dalamnya terdapat cd White Lion “Return Of The Pride”…Cd ni bukanlah dalam wanted list aku…tapi disebabkan reganya yang murah Sing$7.95 ajer…aku kirim beli jugak…sekadar pelengkap koleksi cd White Lion aku…dah lengkap pun kesemua studio album…Pride,The Big Game, Mane Attraction dan yang ni…



Aku memang minat White Lion…tapi semata2 kerana gitaris mereka Vito Brata…so disebabkan album baru ni tak der beliau…malah yang ada sebenarnya hanya vocalist dia…si laki Ayu Azhari (nyum..nyum..) tu ajer…maka tak der la beriya2 nak sangat pun…

Tapi bukan la tak best langsung cd ni…Mike Tramp masih hebat dalam mencipta melodi2 yang sedap…cuma suara dia sedikit berbeza dari zaman 80an dan 90an dulu…sedikit kasar…lagi bagus kot…tapi disebabkan tiadanya gitar work Vito Brata…pada aku dah tak bunyi White Lion dah…walaupun aku tau Mike Tramp cuba sedaya upaya nak balik ke zaman tu….tapi tanpa Vito Brata….ini bukan White Lion…rasa macam solo projek Mike Tramp pulak ataupun Freak Of Nature (band Mike Tramp selepas White Lion)..



Aku memang harap la satu hari nanti akan ada reunion dari dorang…Cuma tak pasti la tangan Vito Brata tu dah ok ke tak nak meng”shred” macam dulu…Cuma beberapa tahun lepas dalam satu interview dia ada cakap segalanya mungkin…tambah pulak sekarang ni semenjak Dave Mustaine dah berdamai ngan Dave Ellefson….memang dah takder tempat la untuk James Lomenzo dalam Megadeth…mungkin dorang boleh on projek ni kot…

Abis bab White Lion….dalam surat dari Singapura tu jugak…terdapat 2 keping dvd 1983 Dortmund Rock Pop Festival…lama dah aku cari dvd konsert ni…sebelum ni yang dapat aku sedut dari internet hanyalah Iron Maiden, Judas Priest dan Def Leppard…dengan adanya dvd ni maka dapat la aku tengok keseluruhan band2 yang ambik bahagian dalam festival ni…Quiet Riot, Scorpions,Krokus, Ozzy Osbourne dan Michael Schenker Group…semua nama2 besar heavy metal masa awal2 80an tu…memang best beb…puas hati…selepas berpuluh tahun…baru ni dapat nengok…



kalau boleh teringin gak nak cari US Festival 83…yang ada Motley Crue, Van Halen, Scorpions, Quiet Riot, Judas Priest, Ozzy dll tu...cari versi sedut pun tak dapat nak complete…kalau dapat yang melayu punya Dari Panggung Annivesary pun best jugak kan..

sedikit snapshot dari dvd tersebut..3 band yang aku suka live performance dorang dalam dvd tersebut...Iron Maiden, Def Leppard dan Quiet Riot..







Akhir sekali terimakasih la kepada pengirim surat tersebut…the one and only Mr. Deaf Angel…thanks fren…kerana sudi belikan aku White Lion dan salinkan aku dvd festival tu…kalau turun Jb jangan lupa roger2 aku…boleh kita pekena the tarik bang segelas dua…

Friday, February 27, 2009

White Lion Concert Anthology




2 minggu lepas aku terjumpa dvd ni kat Popular City Square...aku tak sure adakah dvd ini ori...siap ada logo KHEDN..tapi daripada cover dan inlaynya tu sangat mencurigakan...rasanya dvd ini adik beradik macam cd keluaran asialink tu..tapi tak kisah la...bukan senang nak jumpa White Lion live...


gambar cover ori dvd ni yg aku cut & paste dari internet..tapi yang aku beli macam gambar yg kat atas sekali tu...sah memang bukan ori...tu gambar album baru White Lion tu...apara!!!


yang lawaknya lagi...kat inlay tu gambar Jamez Lomenzo pakai tshirt Megadeth...dgn stail rambut tu nampak sangat ni gambar zaman sekarang...zaman dia ngan Megadeth...kot ye pun cari la gambar lama...lagi sekali...apara!! hahaha..

Track Listing

1. Hungry
2. Dont Give Up
3. Lonely Nights
4. Sweet Little Lovin
5. Broken Heart
6. Fight to Survive
7. Tell Me
8. All Join Our Hands
9. Wait
10. When the Children Cry
11. All You need Is Rock N Roll
12. All The Fallen Men

Aku beli dvd ni semata2 pasal Vito Brata...dari segi track list...ada banyak lagu best tak der...paling boring lagu Lady Of The Valley takder...his!!!..nasib vito brata punya pasal...lagu 1-6 adalah konsert kat New York...yang lebih tu kat Tokyo...tak tau lah tahun bila...tapi dua2 kualiti gambar tak best...rasa macam tengok konsert guna tape VHS zaman dedulu ajer...his!!!...diulangi...nasib Vito Brata punya pasal...

Aku tak tau la samada dvd ni official ker tak...tapi selain konsert...ada bonus video clip lagu Broken Heart dan 3 lagu live kat Jepun Freak Of Nature (Band Mike Tramp lepas White Lion pecah)...yang best sikit ada interview...tapi pendek sangat...

Kesimpulannya...hanya untuk die hard la...kalau korang tak pernah dengar White Lion...tak payah la...kecualilah kalau nak tengok kehebatan Vito Brata...macam aku kata...semata2 Vito Brata punya pasal...

Tuesday, January 20, 2009

Gitar Hero 4



Vito Bratta (ex White Lion)

Seorang lagi shredder hebat yg aku minat giler...solo2 dia yg complicated tapi bermelodi dan permainan rythm yang luarbiasa membuatkan aku teruja untuk meminati album2 White Lion walaupun aku tak suka betul suara Mike Tramp yg meleweh dan pemalas bunyinya...hehe..

Kepada sesapa peminat shredder atau gitar amnya...wajib dengar petikan Vito...mmg dasat arr...Aku suka White Lion mmg pasal Vito Bratta...tp sayangnya beliau bersara dari muzik selepas dari album Mane Attraction...last beliau muncul ngan White Lion thn 1991...lepas tu terus menghilangkan diri tanpa berita sehinggalah beliau muncul kembali dlm satu interview radio dlm thn 2007...rumours yg kata dia injured tangan memang betul dan ditambah masalah keluarga (bapak dia sakit ketika itu)membuatkan dia terus memilih untuk bersara dari main gitar utk menjadi family man...

Aku memang berharap la satu hari nanti akan ada re-union White Lion...walaupun susah kot...Vito pun dah lama tak main..Jamez Lomenzo pun dah join Megadeth...walaupun Vito sendiri cakap kemungkinan tu ada...harapnya jadi la...kalau tak pun dia buat album solo ker...

Vito dengan gitar Steinberger M series

ini pula ESP Custom Guitars Vito

Mungkin ramai tau White Lion pasal lagu When The Children Cry ajer...tapi cuba dengar lagu2 macm Lady Of The Valley,Little Fighter,Wait,Hungry,All You Need Is Rock N Roll,Radar Love,Going Home Tonite,Lights And Thunder,If My Mind Is Evil atau mana2 lagu slow beliau... hayati solo dan ryhthm gitar dia...sangat melodic dan teknikal...walaupun ada yg kata dia tiru Eddie Van Halen tapi aku tak setuju..sound dia langsung tak sama arr...

Kali ni aku pilih lagu Lady Of The Valley...lagu yang paling aku suka...solo yg dasat...sorry gambo dia tak berapa cantik...tapi dah ini aje yg aku jumpa untuk live version...so layan jer la..



"I think the tragedy of Vito Bratta is that he was in the band White Lion. Mike Tramp had to be the biggest pussy in metal next to Kip Winger. What a tool. The guy had a whiney voice, and wrote some of the most syrupy lyrics ever.

If Vito would have instead hooked up with Ozzy, people would all be talking about Vito right now instead of Zakk"